Wednesday, June 30, 2010

Anak Ramli Ngah Talib mengorat Fasha Sanda dengan helicopter


Menurut Fasha, kedua mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

Ketika penggambaran itu, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai hadir membuat kejutan untuk bertemu Fasha di pulau itu dengan menaiki sebuah helikopter.

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di TV3 di Ampang hari ini. (Sumber Star Online)


Bayangkan anak Ramli Ngah Talib bekas MB Perak mengorat Fasha Sanda dengan melayurkan helicopter. Mana artis yang tidak teliur?

Maka hari ini terbuktilah implikasinya kesan dan hasil bekas MB Perak itu kepada negeri Perak selama ini. Mewah dan kaya raya.

Dari mana hasil perolehan kekayaan mereka selama ini? Adakah dengan gaji dan elaun MB tanpa dicampur dengan wang rakyat mereka mampu bermewah sehingga sebegini? Jawapannya berada dalam hati kecil rakyat yang tergerak untuk tidak memangkah UMNO dan BN semasa PRU12 yang lepas.

Padanlah apa yang terjadi kepada UMNO dan BN Perak selama ini sehingga sekarang politiknya tak stabil. Kuasa UMNO dan BN semakin terhakis.

Bumbung Stadium Kuala Terangganu perlukan sentuhan magik pilihanraya

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009. Ini bermakna sudah satu tahun bumbung tersebut runtuh. Menteri Besar Terangganu Datuk Ahmad Said telah menyuarakan rasa malu dengan keadaan stadium itu kerana sehingga kini masih belum dibersihkan mahupun dibaiki.

JKR negeri rujuk JKR Persekutuan, JKR Persekutuan tunggu JKR negeri. Ding dong sana, ding dong sini. Apa juga penjelasannya ini lah birokrasi yang rakyat sedang hadapi dalam negara ini.

Cuma apa juga isu akan menjadi magik zam-al-kazam ialah apabila ada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Apabila nak menang pilihnraya projek yang tiada pun diadakan, yang busuk pun diwangikan, yang buruk pun dicantikan.

Bertalu-talu Pak Menteri-Pak Menteri turun dengan Mercedez Benz dan BMW melihat bumbung runtuh, warga tua sedang sakit, ziarah kematian, pimpin warga tua ke hospital dan berbagai-bagai lagi kelakuan pura-pura prihatin kepada rakyat yang susah. Bawa duit berkoyan-koyan turun berkempen.

PM akan bersyarah berapi-api janji kepada semua kaum, Cina peruntukan sekolah Cina, India peruntukan kuil dan memberi sumbangan kepada orang-orang miskin Melayu. Projek-projek turun dengan sekelip mata siap. Yang anihnya, yang mustahil menjadi tak mustahil. Redtape menjadi greentape. Media-media pun tidak putus-putus menyiarkan lawatan-lawatan Pak Menteri.

Begitu juga lah dengan isu bumbung stadium yang runtuh ini. Apakah MB Terengganu, Datuk Ahmad Said kena tunggu PRU baru mahu diselesaikan.

Tuesday, June 29, 2010

Anugerah kepada pencuci longkang.

P.Shanmugam berada di dalam longkang sedang mencuci saluran yang tersumbat

P.Shanmugam,54, sudah 28 tahun bekerja sebagai pencuci longkang dan rakannya S.Govindasamy, 53 sudah 31 tahun. Mereka bekerja dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pengalaman sepanjang kerjaya mereka sebagai pencuci longkang termasuklah mengangkat bangkai binatang seperti babi yang mati di dalam sungai, berendam di dalam longkang yang penuh sampah sarap dan berkejaran dengan tikus-tikus di dalam terowong longkang untuk membuang sampah yang tersekat dan berbagai-bagai lagi kerja jijik yang tidak sanggup orang lain lakukan malah ada yang meloya dan termuntah apabila melihat dan menyebutnya.

Shanmugan dan rakan-rakannya sudah mangli dengan bau busuk. Deria bau hidung mereka mungkin sudah kematu dan busuk itu adalah wangi bagi mereka.

Mengenang jasa-jasa mereka “the unsung heroes” ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan pingat penghargaan dan wang tunai RM500 di dalam satu program "Cleaner Greener Penang" di Komtar semalam. Ia disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, En Lim Guan Eng.

“Saya rasa terharu dan tidak menyangka kerja saya selama ini dilihat oleh kerajaan. Walaupun kerja ini nampak kotor dan jijik tapi demi kebersihan dan keselesaan penduduk, kami perlu laksanakan tugas sebaik mungkin” kata P.Shanmugam.

Mungkin selama ini jasa mereka terlepas pandang oleh pemerintahan BN kerana asyik melihat jasa-jasa datuk-datuk, YB-YB dan golongan elitis sahaja sehingga terlepas pandang golongan bawahan seperti pencuci longkang, jamban dan parit.

Sunday, June 27, 2010

Jawapan kepada Awang Selamat- KSU mana lebih berkuasa?

Awang Selamat dalam kolumnya Mingguan Malaysia 27/6/2010 membangkitkan isu KSU yang sangat berkuasa di sebuah Kementerian. Kuasa KSU tersebut mungkin lebih berkuasa dari Menterinya sendiri kerana mengikut Awang Selamat KSU tersebut begitu berkuasa sehingga banyak membuat percaturan mengikut kesukaan beliau.

Ada yang mendakwa KSU tersebut bijak memanipulasikan keadaan agar segala keputusan memihak kepada beliau. Dalam kata lain inilah contoh terbaik Napoleon Kecil.
Jika kita memperkatakan sejauhmana kekuasaan seseorang itu harus juga diingat seluas mana kementerian yang beliau kuasai. Kelau size kementeriannya besar maka besarlah kuasanya begitulah sebaliknya.

Size sesebuah kementerian itu juga memberi ruang kuasa kepada KSU tersebut menterjermahkan kuasanya yang ada. Terdapat juga size sesebuah kementerian yang kecil sehingga langsung peranan KSUnya malah Menterinya tenggelam begitu sahaja tanpa publisiti.

Apabila DS Najib dinobatkan sebagai PM beliau membuat pengstrukturan semula dan rombakan cabinet dan ada kementerian yang beliau mansuhkan dan ada kementrian yang beliau satukan.

Kementerian yang paling besar disatukan di mana tiga kementerian disatukan menjadi satu ialah Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.Ketiga-tiga kementerian ini disatukan menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dengan penyatuan ini bidang kuasa dan kuasa yang paling besar ialah KSUnya mengatasi Menteri kerana “Menteri datang Menteri pergi @ Minister come Minister go and I am here to stay”. Menteri dipilih rakyat dalam pilihanraya, dengan suasana politik yang tidak stabil sekarang menteri pun seperti telur dihujung tanduk tetapi KSU kekal sehingga pencen. Menteri pun bukannya tahu sangat kuasa-kuasa pentadbir.

Sebelum pencen mestilah ada perancangan selepas pencen. “Bila lagi nak kampoi? sebelum pencen la, besok kuasa den dah habis artis cantik pun dah tak pandang den lagi dahhhhhh” kata rakan dari Seremban.

Meminjam kata-kata akhir pojok Awang Selamat “Terserah kepada tafsiran masing-masing”.

Saturday, June 26, 2010

Kerajaan Melayu Islam Malaysia batal lesen judi bola, padan muka Vincent Tan

Atas desakan Melayu dan umat Islam Malaysia Najib terpaksa akur dengan membatalkan lesen judi bola yang telah dilulus secara dasar kepada Ascots Sports Sdn Bhd. Ascots Sports adalah syarikat kepunyaan Tan Sri Vincent Tan manusia no 9 kaya di Malaysia yang nilai kekayaannya US1.3billion.

Kata DS Najib, lesen pertaruhan sukan ini bermula dari 1989 apabila Ascot mendapat lesen berkenaan daripada kerajaan tetapi mereka menyerahkan semula lesen itu pada 1990 selepas mendapat kerugian besar.

Inilah perangai dan sikap Vincent Tan kalau rugi diserah pada kerajaan dan kalau untung disonglap sampai tinggal tulang belulang.

Di sebalik tabir pula ada segelintir pihak yang menyoal mengapa lesen ini tidak dibatal sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula. Apakah perjudian ini telah berjalan dengan lancar diperingkat awal kejohanan ini dan Vincent Tan telah pun meraih keuntungan berbillion ringgit.

Kalau dilihat pendedahan media akhir-akhir ini berhubung dengan penangkapan operator gelap judi bola haram yang dibuat ia telah mencecah jutaan ringgit. Itu baru anak-anak bilis di kedai-kedai kopi Cina. Bagaimana pula dengan datuk-datuk yang terlibat dan tidak mustahil Vincent Tan juga telah mengaut keuntungan berbillion ringgit sebelum Kerajaan mengharamkan lesen ini.

Sama-sama kita tunggu dan lihat senarai kedudukan jutawan Malaysia yang terbaru pada awal tahun hadapan di dalam majalah Datuk Kadir Jasin, The Malaysian Business di mana tangga kedudukan Tan Sri Vincent Tan.

"Depa kata kalau tak judi bukan Cina namanya" kata Pak Bakar.

Friday, June 25, 2010

Renungan pagi Jumaat – Ulama' dan jasa YTM Tunku Abdul Rahman kepada umat Islam negara ini.

Barisan generasi pertama pelajar Darul Quran bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman al-Haj.

Hari ini hari Jumaat. Apabila membaca sisipan Mega Fokus dalam akhbar Utusan Malaysia mukasurat 4 rencana tentang huffaz Quran dan gambar hitamputih tidak bewarna yang di atas, membuat minda ini mengimbau kembali jasa-jasa YTM Tunku amat besar kepada umat Islam negara ini.

Di bawah adalah petikan sejarah penubuhan Darul Quran dari lamanweb JAKIM untuk rujukan bersama:-

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.

Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.

Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.

Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor.

Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Mungkin YTM Tunku Abdul Rahman bukan dari golongan ulama’ tetapi peranan beliau di dalam membangunkan syiar Islam untuk menempatkan negara ini sebagai negara Islam bukannya kecil.

Kadangkala jasa-jasa mereka ini tenggelam dek terlalu banyak bergelumang dengan politiking sempit sehingga jasa-jasa mereka yang berjasa terbabas jauh dan kesempitan diambil oleh mereka yang berwajah-wajah. Malah yang mengeciwakan apabila nama Islam dijaja menjadi modal politik dan alat untuk berkuasa.

Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah. Semoga roh YTM Tunku ditempatkan bersama roh-roh mereka yang beriman.

Sunday, June 20, 2010

Dr Asri Zainal Abidin masih belum buat keputusan menyertai mana-mana parti politik


Berbagai kenyataan telah dibuat berhubung dengan penyertaan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abdidin ke dalam arena politik. Kononnya beliau dijangka akan membawa bersama 100 orang lagi ulama muda menyertai UMNO.

Berikut adalah kenyataan terkini beliau yang disiar dalam blog beliau http://www.drmaza.com/ :


Penyertaan Ke Dalam Parti Politik

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.

- dr mohd asri zainul abidin.
Apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh beliau semua pihak harus menghormati beliau. Jika UMNO menjadi pilihan Dr Asri semua pihak di dalam UMNO harus memberi kerjasama dan ruang kepada Dr Asri agar beliau tidak dijadikan mangsa sepak terajang orang-orang UMNO yang lapar dan rakus kuasa.

Bukan perkara baru alim ulama menyertai UMNO, dahulu seorang tokoh ulama muda Datuk Ustaz Firdaus Ismail bekas Imam Mesjid Negara pun diguling-garakkan oleh puak-puak UMNO Bahagian Permatang Pauh. Hari ini beliau langsung diam.

Semoga penyertaan tokoh ulama di dalam UMNO tidak dijadikan alat dan diletak sebagai pembaca doa semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja.

Saturday, June 19, 2010

Kasihan peminat Piala Dunia 2010 ditemberang oleh RTM


“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia.

“Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.

“Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. “Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan,” katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia” Kenyataan beliau yang disiarkan dalam Harian Metro 18/6/2010.

Ini adalah pertanda-pertanda positif harapan tinggi rakyat kepada RTM untuk melihat Piala Dunia secara percuma.

Mungkin dituduh temberang berpunca dari promo-promo RTM yang dipromo secara pukal malam dan siang. Seharusnya promo dibuat hanya kepada perlawanan yang RTM mendapat hak siaran sahaja.

Malah yang lebih “over” dan gobra lebehhh ialah apabila mempercayai "tagline" jumbo yang disiarkan baik di laman web RTM dan siaran promo iaitu “SAKSIKAN PIALA DUNIA FIFA 2010 HANYA DI TV1 DAN TV2”. Ini mengundang marah peminat Piala Dunia kepada RTM.

Harapan rakyat semoga RTM tidak terbawa-bawa dengan cara pengiklanan "exaggeration" yang keterlaluan seperti stesyen penyiaran swasta di dalam menghadapi persaingan menarik penonton.

Wednesday, June 16, 2010

Her Excellency Datin Paduka Rosmah Mansor is the liability to His Excellency Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pembongkaran aktivis jalanan MP Batu, Tian Chua berhubung dengan soalan beliau dalam Parlimen kepada PM tentang iklan dua muka warna-warni dalam New York Times April 16 ternyata membawa milage besar kepada PKR amnya dan aktivis jalanan Tian Chua khususnya.

Dalam jawapannya yang disiarkan dalam NST 16/6/2010 Najib berkata :
"I believe its cost to the government does not arise and this matter should be put to rest," he said in a written reply to Tian Chua (PKR-Batu).

Dalam bahasa lain beliau percaya ia tidak melibatkan kos kepada kerajaan dan perkara ini tidak harus dibangkitkan.

Pemerhati melihat ia mungkin tidak melibatkan kos kepada kerajaan tetapi ia melibatkan kos yang besar kepada kredibiliti, kewibawaan, pengaruh, integrity, air muka dan kejantanan kepimpinan DS Najib sendiri.

Di dalam Najib usaha membina suasana kemuncak kepimpinan beliau dalam masa yang sama juga seperti ada satu aura negative yang sedang meruntun perlahan-lahan meruntuhkan kewibawaan beliau. Yan g mendukacitakan aura ini berada di dalam keluarga beliau sendiri.

Hakikatnya disini ternyata mereka yang sanggup membayar untuk iklan mewah ini sangat strategis dan berpandangan jauh seperti Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Monday, June 14, 2010

Ternyata Che Det sokong Vincent Tan

BERNAMA - Isnin Jun 14, 2010

Bantahan Lesen Judi Bola Sepak Lebih Bersifat Politik - Tun M

KUALA TERENGGANU: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya PAS berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebihbermotif politik dan bukan kerana Islam. "DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak. Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (PAS) kata yang ini saja tak boleh," katanya.

Kerajaan sebelum ini menimbang untuk mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, kerajaan masih belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

Najib dilaporkan berkata pihak kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhanbookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia. - BERNAMA


MR dah nyatakan di sini bahawa Che Det dengan Vincent Tan macam isi dengan kuku. Che Det akan lemah apabila Vincent Tan menangis di hadapannya meminta pertolongan.

Muzium Hakka @ Khek Pulau Pinang

Pertubuhan Hakka Pulau Pinang akan membina muzium Hakka di Balik Pulau sebagai mengingati kewujudan mereka membuka Pulau Pinang 200 tahun yang lalu.

Kata Presiden Pertubuhan Hakka Pulau Pinang, Dr Cheah See Kian dalam The Star:

“There was historical evidence to prove the existence of Hakka settlement in Balik Pulau about 200 years ago. Although the Hakka community is not the largest native dialect group in Penang, it was the pioneer group to open up Penang island, with other dialect groups successfully migrating to Malaysia from south China,”.

Muzium ini akan menjadi kebanggaan kaum China Hakka atau Khek kerana telah melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong yang telah berjaya membangunkan Singapura dari “Third world to first”.

Tidak mustahil jika China Hakka juga yang terus memimpin Pulau Pinang, pulau tersebut juga akan maju seperti rakan mereka Singapura.

Ada rakan mencadangkan Persatuan India Muslim (Mamak) Pulau Pinang pun patut mendirikan muszium mereka sendiri sebagai tanda kewujudan kejayaan mereka membangunkan Pulau Pinang mungkin melebihi 200 tahun.

Saturday, June 12, 2010

Shafie Apdal tidak ada masa untuk politik Kedah


Suasana politik di Kedah sedikit tenang apabila buat pertama kalinya Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Shafie Apdal mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN UMNO yang bukan Ketua Bahagian dan berjanji akan menyelesaikan beberapa isu berhubung peruntukan kepada rakyat dari Kerajaan Persekutuan.

Mengikut Datuk Syed Sobri, pertemuan khas ADUN bukan ketua bahagian dengan Mohd Shafie diadakan kali pertama sejak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah itu mula memegang tampuk kepimpinan UMNO Kedah dua tahun lalu.

Mungkin selama ini Shapie Apdal terlupa atau sibuk dengan tugas-tugas sebagai Menteri Kabinet, naib presiden UMNO dan hal ehwal UMNO Sabah sehingga terabai ADUN-ADUN ini.

Beliau mungkin lebih asyik dan sibuk melayan Ketua UMNO Bahagian di Kedah sahaja kerana mereka merupakan watak-watak yang penting untuk memilih Naib Presiden, Timbalan Presiden atau Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.

Budaya kepimpinan UMNO yang menjahanamkan UMNO dalam PRU12 yang lepas ialah pemimpin-pemimpin ini hanya melayan dan mendengar gedembong watak-watak yang di sekeliling mereka sahaja.

Nampaknya Shafie Apdal masih tidak belajar dari tsunami politik yang lepas, “mengapa Shafie menunggu sehingga Datuk Syed Sobri nak keluar parti baru nak berjumpa mereka?”.

Friday, June 11, 2010

PAS bertindak bijak membuka kepada bukan Islam

Pengundi harus menerima baik tindakan PAS membenarkan bukan Islam mengunakan symbol PAS dalam PRU13 yang akan datang.

Keputusan ini dikira bijak apabila PAS mengambil pendekatan liberal dan keterbukaan dengan kerelaan mengundang kaum lain mendekati parti Islam mereka.

Kaum lain harus diberi peluang mendekati selok-belok berpolitik cara Islam yang diamalkan oleh PAS. Dari membiarkan Lim Guan Eng dari parti DAP yang konon mengambil pendekatan kepimpinan Saidina Omar apa salahnya membuka peluang kepada Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja pemimpin yang bukan beragama Islam dididik dan diasuh cara Islam PAS.

Memetik berita Bernama kata Ustaz Hadi Awang- "Untuk bukan Islam bertanding di bawah PAS kita kena beberapa syarat. Yang pertama mereka perlu terima dasar dan perjuangan PAS dan keduanya calon itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Jumaat.

Walaubagaimanapun apabila membicarakan tentang akhlak dan moral ternayata PAS mendahului MCA dan Parti Keadilan Rakyat kerana akhlak Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek telah tercemar begitu juga akhlak Penasihat PKR, Saudara Anwar Ibrahim.

Malah tidak mustahil ramai pemimpin dari MCA dan PKR akan berhijrah kepada PAS untuk sama-sama menegakkan moral dan akhlak.

Wednesday, June 9, 2010

Vincent Tan terkencing

Rakan baik Che Det, tokoh korporat Vincent Tan terkantoi kali ini. Yang sebenarnya lesen judi bola masih belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Vincent Tan, Ascot Sports Sdn Bhd seperti kenyataan DS Najib dalam Utuan Malaysia 8/6/2010.

Hanya Vincent Tan yang berlunjur sebelum duduk telah membuat kenyataan awal bahawa kerajaan telah meluluskan lesen tersebut kepada Ascot Spots Sdn Bhd.

Dengan lesen ini nilai Ascot Sport telah naik dan dijual kepada Berjaya Corp Bhd sebanyak RM525juta tunai yang juga syarikat di bawah penguasaan beliau. Dalam lain perkataan keluar poket kiri masuk poket kanan.

Yang lebih menarik lagi ialah untuk menghalalkan perolehan judi ini, Vincent Tan dengan tergesa-gesa menubuhkan Yayasan Better Malaysia dan semua perolehan RM525 juta akan disumbang kepada yayasan ini. Konon nak tunjuk baik.

Ini lah strategi Vincent Tan yang kerap digunapakai semasa Che Det menjadi PM. Tapi bila Najib jadi PM baru “lu chai”.

Jika terbelit tidak mustahil Vincent Tan akan pergunakan kabel “Godfather” beliau, Che Det, tunggu dan lihat apa akan jadi.

Tuesday, June 8, 2010

Misi GAZA - Mana Romeo-romeo pemuda UMNO

WIRA NEGARA... (dari kiri) Senator A Kohilay Pillay, Mathias Chang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamed, Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Shamsul Akmar Musa, Ahmad Faisal Amuzu, Halim Mohamed, Mohd Jufri Judin dan Datuk Mukhriz Mahathir ketika sesi fotografi selepas sidang akhbar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam semalam. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Wajah-wajah Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Askar Wataniah Khairi Jamaludin langsung tak nampak batang hidung menyambut kepulangan wira-wira misi bantuan kemanusian GAZA.
Mungkin "assignment" ini diserah bulat-bulat kepada Datuk Mukhriz Mahathir kerana mereka kesibukan membawa balik gadis-gadis yang teraniaya dibawa lari lelaki Lombok.
Nampaknya Pergerakan Pemuda UMNO tak boleh diharap lagi untuk PRU13 nanti. SELAMAT JALAN ROMEO!

Friday, June 4, 2010

UMNO Kedah makin hari makin karut, makin lama makin kalut, sesama depa dok berebut.

Pergolakan di antara ADUN-ADUN UMNO di Kedah yang bukan Ketua Bahagian UMNO dengan Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen BN semakin meruncing.

Ini berikutan peruntukan elaun lumayan Kerajaan Persekutuan hanya disalurkan kapada Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen BN sahaja dan ADUN nampaknya melopong.

Persoalannya bagaimana wang rakyat disalur kepada Ketua UMNO Bahagian atau dipergunakan untuk parti politik? Di mana hak-hak ADUN yang dipilih oleh rakyat?

Amalan inilah yang membuatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian menjadi rebutan, sombong dan angkuh. Mereka tidak berja kuat di dalam pilihanraya dan mereka lebih rela kalah dalam pilihanraya kerana yang penting mesti menang Ketua Bahagian. Ini kerana memenangi Ketua Bahagian UMNO lebih senang dan lumayan ganjarannya dari memenangi pilihanraya.

Apabila Datuk Syed Sobri, ADUN Kuala Nerang mengemparkan untuk meletupkan bom jangkanya, puak-puak UMNO negeri menyerang peribadi beliau kiri dan kanan. Puak-puak yang selama ini sedang tidur lena dibuai mimpi membangkitkan isu hutang-piutang Datuk Syed Sobri.

Contoh yang terdekat baru-baru ini ialah , apabila Datuk Syed Sobri menggesa Datuk Mohd Rozai Safian, Ketua UMNO Bahagian Pendang merangkap Setiausaha BN negeri meletak jawatan kerana gagal memenangi pilihanraya, beliau dengan angkuh mengalih alasan dengan berkata “jika saya diminta meletak jawatan kerana kalah pilihanraya, bukan saya yang perlu dituntut meletak jawatan malahan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal juga perlu letak jawatan kerana ia tanggung jawab bersama”.

Amboooii Mohd Rozai. Mohd Rozai mungkin lupa bahawa yang menyebabkan kekalahan PRU yang lepas telah pun meletakkan jawatan mereka iaitu Pak Lah dan Mahdzir Khalid. Mengapa pulak Najib dan Shapie Apdal dijadikan sasaran. Tidakkah ini kenyataan emosi yang melulu dan berunsur menghina.

Nampaknya pergelutan dan gawat politik UMNO Kedah semakin parah dari hari ke hari dan jika pambu-pambu @ular-ular sawa ini tidak ditambat dengan segera nampaknya sehingga ke ambang PRU13 nanti pun mereka tidak akan selesai bergomoi.

“Buat malu kat oghang…” kata Pak Long Temengau.

Thursday, June 3, 2010

Dialog rakyat di kedai makan Ikan Temenung Temengau.

Selesai assignment di JB dan Singapura MR balik sekejap ke USM dan langsung ke Kedah menunaikan jemputan dari sahabat yang telah lama terpisah semasa sama-sama menuntut di luar Negara dahulu. Kesempatan berjumpa, sahabat telah membawa MR makan pagi ke sebuah kedai makan kampong, bukannya restaurant, bukannya café dan bukannya kopitiam.

Kedai makan yang terletak di bawah pokok paku lima di persimpangan jalan ke Kuala Kedah terletak dalam kampong yang bernama Temengau atau Tebengau begitulah lebih kurang sebutannya. Kedai makan itu terkenal dengan gulai ikan termenong atau kari ikan kembong kata orang KL, yang segar dan manis.

Kata sahabat beginilah setiap pagi ramai “regular customer” dan salah seorang regularnya ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzil.

Apa yang menarik, duduk di sebelah MR ialah seorang Pak Long tua dalam lingkungan 80an yang MR kira masih cergas dan banyak bercakap sambil menggentel rokok daun tembakau jawanya.

“Dulu kalau kata bangkrap harta kena rampas hanya pakai baju singlet pagoda dan kasut jepun. Pakai kain chukin dan kena mandi air hujan” kata Pak Long.

Rupa-rupanya Pak Long ini sedang risau bagaimana jadinya kalau negara ini bangkrap pada tahun 2019. Mungkin beliau risau takut kena pakai kain cawat apabila subsidi ditarik balik.

Idris Jala harus menjelaskan sejelas-jelasnya apa yang beliau percakapkan itu. Kenyataan dan istilah berat ini amat menakutkan khasnya golongan bawahan. Takut-takut Idris Jala juga kena galas sumpit dan pakai cawat menyumpit burung, kera, lutung dan monyet.

Wednesday, June 2, 2010

Kabinet baru Najib lantik anak untuk cuci kotor bapa

Nampaknya KJ melopong lagi hari ini. Apabila Najib mengumumkan kabinet barunya nama KJ tak termasuk dalam senarai sebaliknya nama Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis yang juga anak pelakon video xxxx telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Begitulah bijaknya percaturan politik Najib, bapa rekod buruk ambil anak untuk mebersihkan noda-noda hitam kerjaya politik bapa.

Semoga barisan-barisan kabinet baru ini akan membawa kembali kegemilangan BN dalam PRU yang akan datang.

Tuesday, June 1, 2010

Israel buat cerita bohong untuk halalkan pembunuhan mereka

(Source - Washington Post 1 June 2010)

Upon touching down, the Israeli commandos, who were equipped with paint guns and pistols, were assaulted with steel poles, knives and pepper spray. Video showed at least one commando being lifted up and dumped from the ship's upper deck to the lower deck. Some commandos later said they jumped into the water to escape being beaten. The Israeli military said some of the demonstrators fired live ammunition. Israeli officials said the activists had fired two guns stolen from the troops.

Israeli forces continued to land on the ship from above and climb aboard from boats, eventually seizing control and navigating the vessel into Ashdod hours later. Israel declared the port a military zone and prevented journalists from interviewing passengers.

Inilah pembohongan yang nyata oleh tentera Israel bagi menghalalkan kerja-kerja pembunuhan mereka.