Friday, February 26, 2010

The Star mesti dibasuh

Friday February 26, 2010
Show-cause letter for The Star

KUALA LUMPUR: The Home Ministry has issued a show-cause letter to The Star over the article “Persuasion, not compulsion”, that was published on Feb 19.

The two-page letter yesterday, signed by ministry secretary-general Datuk Seri Mahmood Adam, gave the newspaper 14 days to reply as to why action should not be taken against it.

The commentary, written by managing editor P. Gunasegaram in his column Question Time, was on the caning of three Muslim women for illicit sex.
Several groups have since lodged police reports against him and the newspaper.
The Star apologised on Wednesday, stating there was no intention to insult or offend any Muslim with the publication of the article. (Pic Source - The Star 26.2.2010)


Tulisan P.Gunasegaram dalam The Star ternyata penuh persendaan dan penghinaan yang keterlaluan ke atas hukum Islam, umat Islam serta Al Quran dan Hadith.

Tulisannya yang penuh persendaan tanpa memahami keindahan hukum Islam yang sebenar ternyata tiada ruang untuk dimaafkan demi maruah agama Islam yang maha suci ini.

Umat Islam yang selalu diseru supaya cinta akan kedamaian tidak pernah sekali-kali mempersendakan dan memperkolotkan amalan kaum lain di negara ini. Malah Islam sentiasa menyeru umatnya hormat-menghormati kaum lain.
Jika isu-isu sebegini yang menghina Islam, umat Islam dalam negara ini lebih defensif , berjaga-jaga dan tertib kerana bimbang sekali dicapkan sebagai extremis, terroris atau "bigots".

Hari ini ternyata kebebasan berakhbar dalam negara ini dipergunakan sepenuhnya dan sewenang-wenangnya ruang oleh anasir-anasir yang anti Islam untuk memperbodohkan amalan umat Islam. Peranan The Star kerapkali nakal dalam isu-isu sebegini, malah bukannya perkara baru mainan mereka jika ada isu-isu yang menyentuh Melayu dan hukum-hukum Islam.
The Star tidak harus berpuas hati dengan memohon maaf sahaja tetapi keseluruhan pengurusannya juga harus dibasuh dan bertanggung-jawab dan P.Gunasegaram harus disingkirkan kerana kesalahan P.Gunasegaram bersamaan kesalahan Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menghina Nabi Mohammad.

Tuesday, February 23, 2010

Malaysian Business seharusnya mendedahkan tokoh Melayu terkayap.

Di dalam Malaysian Business keluaran khas 15 Mach 2010 kita disajikan kembali 40 tokoh terkaya dalam Negara Malaysia ini.

No satu yang terkaya adalah Robert Kuok Hock Nien dengan nilai kekayaan sebanyak RM42.8 billion dan yang ke 40 di bawah terkaya ialah Datuk Seri Nazir Tun Razak dengan nilai sebanyak RM385.1 juta.

Dari 1 hingga 40 tokoh Melayu hanya 9 orang, tokoh India hanya 2 orang dan selainnya seramai 29 tokoh terdiri dari kaum Cina.

Jika dikumpul keseluruhan nilai tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang ini ianya berjumlah RM12.8billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3billion.

Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6billion pun ternyata tewas.

Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar-legar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.

Malaysian Business dalam sekitar 1990an dan tahun 2000 pernah menyajikan juga senarai-senarai tokoh-tokoh terkaya Melayu seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Shamsudin Abu Hassan, Tan Sri Tajudin Ramli dan ramai lagi. Mereka ini rata-ratanya proxy kepada Tun Daim Zainudin selaku Bendahari UMNO ketika itu.

Persoalannya di manakah mereka hari ini? Apakah mereka benar-benar kaya atau lakonan kepada Melayu UMNO sahaja atau DEB dimanupulasikan? Dimana Tun Daim Zainuddin ketika ini? Malah yang lebih penting di mana kekayaan mereka dahulu? Adakah Tun Daim hanya proxy kepada UMNO atau tokoh-tokoh ini hanya proxy kepada Tun Daim? Yang mana satu wang mereka, yang mana satu wang UMNO dan yang mana satu wang Tun Daim?

Hari ini Tun Daim secara senyap-senyap membuka banyak banknya, ICB atau International Commerce Bank di Negara-negara yang peraturan dan system institusi kewangannya mudah dimanipulasikan seperti Tanzania, Mali,Ghana,Gambia, Sierra Leone, South Africa dan banyak lagi yang tidak diketahui.

Dari mana datangnya kekayaan Tun Daim itu? Malah persoalan utama yang perlu diketahui berapa baki jumlah terkumpul wang UMNO yang memerintah Negara ini selama 52 tahun selepas Tun Daim meletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan?

Bagaimana saham-saham dan asset UMNO diuruskan? Bagaimana kalau dicadangkan Malaysian Business mendedahkan tokoh-tokoh Melayu yang dahulunya terkaya kini telah kayap kerana hanya menjadi proxi atau kuda kayu.

Thursday, February 18, 2010

Pulau Pinang gincah air FREE dari Kedah

Lim Guan Eng mengaku bahawa rakyat Pulau Pinang suka membazir air yang sangat teruk atau dalam perkataan orang utara SUKA GINCAH AIR dengan purata sebanyak 285 liter sehari bagi setiap penduduk.

Pembazirzn yang tinggi ini mengalahkan Johor yang merekodkan penggunaan air dengan purata sebanyak 207 liter sehari bagi setiap penduduk, Selangor (234 liter), Kedah (236 liter), Negeri Sembilan (239 liter) dan Melaka (268 liter). Manakala piawaian penggunaan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu ialah 165 liter sehari bagi setiap pengguna.

Kononnya fakta bodoh Lim Guan Eng bahawa penggunaan air yang banyak oleh penduduk Pulau Pinang berkemungkinan disebabkan negeri itu mengenakan tarif air paling rendah berbanding negeri lain iaitu pada kadar 31 sen bagi satu meter padu.

Lim Guan Eng yang buta sejarah terlupa bahawa air Pulau Pinang banyak dibekalkan oleh Kedah dengan bayaran honararium hanya ciput sebanyak RM10,000 setahun bersamaan RM830 sebulan yang diberikan kepada kerajaan Kedah. Jumlah ini terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bungalow mewah Lim Guan Eng.

Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Ustaz Azizan seharusnya mengkaji kembali perjanjian pembayaran itu. Perjanjian semasa penjajahan British ketika Pulau Pinang dan Seberang Perai diambil daripada Kedah itu ternyata sudah lapuk.

Semasa perjanjian itu dibuat British bersetuju membayar dalam bentuk wang perak sebanyak $10,000 mata wang Sepanyol setahun, tetapi pembayaran hanya sekadar dibuat $10,000 setahun dalam bentuk mata wang Negeri-Negeri Selat yang nilaiannya lebih rendah.

Inilah masanya Ustaz Azizan kena tuntut supaya Pulau Pinang kaji semula bayaran itu demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Kedah seperti slogan yang dilaung-laungkan Ustaz Azizan “KEDAH SEJAHTERA”.

Dalam masa yang sama supaya Lim Guan Eng tidak bercakap besar dan mendabik dada kononnya tariff air Pulau Pinang paling rendah dan supaya rakyat DAP Pulau Pinang tidak keterlaluan bergincah air percuma dari Kedah.

Wednesday, February 17, 2010

Tugas Tok Pa bukan lagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tanggungjawab Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed nampaknya bukan setakat membawa masuk pelaburan antarabangsa ke negara ini tetapi bertanggungjawab juga memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada masyarakat perdagangan dan industri antarabangsa bahawa liwat, homosex dan kerja tak senonoh lelaki dengan lelaki itu adalah haram, salah dan tidak bertamaddun.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh mentafsirkan perbuatan meliwat melalui kaca mata mereka, iaitu ada negara yang menerima perbuatan berkenaan.

"Seperti di Amerika, di negara mereka wujud undang-undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita boleh berkahwin dengan wanita".

"Amalan seperti itu pada pandangan umat Islam di negara ini dan seluruh dunia ianya bertentangan dengan lumrah manusia. Jadi ada dunia perlu menilai kes Anwar melalui kaca mata Malaysia dan bukannya pandangan liberal mereka," katanya.

Mungkin penjelasan ini perlu dibuat kerana Anwar Ibrahim di dalam forum antarabangsa yang beliau hadiri telah menyatakan kerja-kerja homosek, liwat dan perhubungan lelaki sesama lelaki itu halal di negara Malaysia ini?
Mungkin menteri-menteri kabinet lain yang ke luar negara juga perlu membawa mesej dan penjelasan yang sama khasnya negara-negara yang pernah dijejak oleh Anwar Ibrahim.

Monday, February 15, 2010

DAP anak haram PAP

Beberapa pendekatan, strategi, tindakan, dasar dan arah tuju DAP yang anti Islam dan Melayu bukanlah perkara baru bagi mereka kerana inilah matlamat DAP. Modul pemerintahan mereka saling tidak tumpah seperti BAPA HARAM mereka, PAP Singapura.

Sasaran mereka yang pertama sebenarnya ialah meruntuhkan Raja-Raja Melayu kerana instistusi inilah yang sedang memelihara Islam dan Melayu. Jika institusi ini runtuh maka secara automatic Melayu dan Islam akan runtuh.

Menurut sahabat yang terdekat telah ada surat-surat resmi kepada Gavenor Pulau Pinang yang dihantar dalam bahasa Cina dan banyak majlis-majlis resmi Kerajaan Negeri seringkali meminggir Gabenor.

Hakikatnya apa juga kenyataan Lim Guan Eng di hadapan rakyat Pulau Pinang ianya adalah muslihat dan lakonan semata-mata. Di sebalik lakonan ini ada agenda besar di belakang DAP untuk menjadikan Pulau Pinang “THE REPUBLIC OF PENANG”.
Jika ini berlaku maka Melayu dan Islam Pulau Pinang akan menangis tidak berlagu. BALIK PULAU BAYAN LEPAS, SINI TERPELAU SANA TERLEPAS.

Thursday, February 11, 2010

Pagi yang penuh hiba


Seperti kebiasaan awal pagi MR mengambil akhbar Utusan Malaysia dan membelek muka hadapan sebelum meneguk secawan kopi panas. Mata terpaku melihat visual muka hadapan di atas sebelah kanan Utusan wajah bersih seorang bayi mati dibuang dengan hurungan penuh semut gatal membuat hilang nikmat sarapan pada pagi ini.
Jika ini hasil dari ketelanjuran remaja bersosial bermakna pendidikan sex di sekolah harus dimantapkan. Ilmu sex bukanlah ilmu yang harus disembunyikan, memalukan atau diserah kepada ustaz dan ustazah disekolah.
Masyarakat Melayu Islam kebanyakannya mengetahui tentang ilmu sex apabila mempelajari Ilmu Feqah dalam subjek bersuci, hadas besar, jimak, haid, nifas dan baligh. Lanjutan sedikit daripada itu disentuh juga hukum nikah dan kahwin serta larangan berzina.
Pendekatan pendidikan sex harus dicari fomulasinya dengan penerapan kasih sayang dan cinta menyintai bukannya cuba-cuba atau melakukan "experiment" perhubungan jenis.

Monday, February 8, 2010

Yang mana satu WAJAH yang mana satu RUPA

Sumber wajah : The Straits Times Singapore

SEBUAH PUISI UNTUK WAJAH YANG MERUPA
Adakah ini rupa atau ini wajah?
Kalau wajah bukan begini rupanya
Memang sukar ditelah mana rupanya mana wajahnya

Kalau inilah wajahnya memang jelek rupanya
Rupa-rupanya inilah wajahnya

Di sebalik wajah ada rupa pura-pura
Di hadapan kita merupa wajahnya

Di belakang kita rapu rupanya
Mana wajah mana rupa
Rupa-rupanya wajahnya berbagai-bagai rupa.
(Nukilan : Mambang di awan)

Sunday, February 7, 2010

Berdoalah PAS dan UMNO menemui titik pertemuan demi Islam dan Melayu

(Sumber MStar Online)
PAS Sedia Bincang Dengan Umno – Abdul Hadi
KUCHING: PAS sedia untuk berbincang dengan Umno dalam isu-isu yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama termasuk yang berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal dengan kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

"Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di sini hari ini.


Jika hasrat ini terlaksana dengan ikhlas,jujur dan berhemah maka rakyat akan melihat kembali kekuatan Melayu dan Islam.
Sama-samalah kita berdoa dan solat hajat memohon kehadzrat Allah SWT agar tidak lagi berlaku perpecahan dan kembalikan penyatuan.

Saturday, February 6, 2010

U Mobile dibeli oleh Singapura


PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan is said to have struck a deal to sell a 33% stake in the celco to Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) in a deal that could be worth RM626mil or RM5 a share.

It is learnt that a term sheet was signed this week by Tan’s company, U Television Sdn Bhd, and STT, the parent of Singapore’s second largest telco, StarHub. (The Star)
Vincent Tan akan menjual majoriti 33% saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT)dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Singapura pernah gagal menguasai 30% Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

Mungkin sedikit demi sedikit hasil dari Lee Kuan Yew bersiar-siar dari Penang, Kelantan dan rumah Najib telah mula nampak sebabnya.

Jual maklumat samalah seperti menjual negara

Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mendedahkan satu lagi kes yang terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia apabila di dapati ada pegawai-pegawai dalaman ATM yang menjual maklumat kepada kedutaan asing.

Mereka-mereka ini jika di medan peperangan digelar petualang, pembelot, talibarut, hanturaya atau apa juga gelaran seharusnya ditembak dahulu.

Sejarah telah membuktikan sesebuah empayar itu jatuh ke tangan musuh bukannya kerana musuh itu kuat tetapi berpunca dari pembelot-pembelot dalaman sendiri yang menjual maklumat kepada musuh. Mereka mudah disogokan samada menjanjikan jawatan, wang atau pun wanita.

Zahid Hamidi harus menelanjangkan identiti mereka ini, rangkaian-rangkaian mereka mesti dimusnahkan sehingga ke lubang cacing.

JIka maklumat ATM satu kementerian yang strategik telah dibolos apa lagi dengan kementerian-kementerian lain?

Apakah Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan dahulu gagal menghidu pembelot-pembelot ini?

Wednesday, February 3, 2010

Tun M dan Utusan memberi nafas politik pada Nik Aziz

Politik Nik Aziz yang sedang tercungap-cungap ibarat ikan dalam aquarium yang kehabisan oksigen dek kerana membusung isu-isu intigreti kepimpinan kroni anak beranak beliau dan perpecahan teruk PAS Kelantan telah kembali segar sehari dua ini.

Apabila Utusan Malaysia 3/2/2010 menyiarkan di muka hadapan komen Tun M terhadap Ku Li menggunakan pentas PAS berhubung isu tuntutan royalty minyak Kelantan ternyata “milage” politik banyak memihak kepada Nik Aziz.

Menyedari beliau sedang berada di ambang kejatuhannya, Nik Aziz terpaksa juga menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim. Beliau pandai mengambil kesempatan politik kerana dalam "krisis ada peluang" . Dengan harapan krisis buasir Anwar Ibrahim akan membantu memulihkan kembali moral politik beliau. Di tambah dengan sorakan takbir oleh penyokong-penyokong hangit PAS dan PKR di mahkamah semalam.

Ternyata kebijaksanaan Mursyidul Am PAS berpolitik mengatasi kebijaksanaan beliau sebagai Tok Guru kerana kerapkali yang memberi nafas politik pada beliau bukannya calang-calang orang iaitu Tun M sendiri dan bukan calang-calang media iaitu Utusan Malaysia sendiri.