Monday, June 16, 2014

ANWAR IBRAHIM RAJA GORENG. PADA TAHUN 2005 DIA GAGAP DALAM BBC HARDTALK.


Jargon-jargon yang dilafazkan oleh Anwar Ibrahim dalam wawancara BBC Hardtalk untuk menipu rakyat pada 2005 tidak banyak berbeza dengan jargon-jargon dalam Hardtalk 2014. 
"Reform", "Authoritarian Rule", "No free Media", "The Need To Be Reform", "Independent of Judiciary"."Bla, bla, bla, bla"...
Cuma mula dulu Anwar Ibrahim tergagap-gagap dalam wawancara BBC kerana teraba-raba mencari alasan untuk digoreng kini dengan jargon-jargon yang sama lidah Anwar Ibrahim sudah lancar menyebutnya kerana terlalu banyak diulang-ulang nya hampir semua station TV di dunia sudah boleh hafal ayat-ayat temberang Anwar Ibrahim.
Yang terkini nampak lidahnya dah kalut kerana gorengan dah naik hangit.

Wednesday, June 11, 2014

AWAS! DATUK-DATUK, TAN SERI-TAN SERI, TOK GURU-TOK GURU DAN USTAZ-USTAZ DI LUAR SANA. JANGAN HANYA TERPIKAT DENGAN KECANTIKAN NYA SAHAJA KERANA DI DALAM NYA ADA KESENGSARAAN.



mStarOnline:Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi,Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah. 

Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.
 

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.
Terdahulu, Hakim Syarie,Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.
Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.
Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.
 

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.
 

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.
 

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
 

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.
 

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.
 

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.
 

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.


Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
 

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

KOMEN:
Selama ini berita sering memaparkan  kisah-kisah yang menyayat hati tentang penderaan kanak-kanak, pembantu rumah Indonesia, isteri-isteri dan anak gadis remaja. Tetapi hari ini agak mengejutkan apabila negara didedahkan dengan satu berita yang menggemparkan berhubung kes seorang isteri jelita yang sering menjadi gilaan politikus telah mendera suaminya secara fizikal dan mental.
Saya kira kes penderaan sebegini sebenarnya ramai berlaku di kalangan sang suami tetapi mereka tidak berani melapurkan kepada pihak berkuasa kerana ingin mempertahankan macho mereka.
Berhubung kes di atas, kesimpulannya jangan hanya gila dengan kecantikan di luar tetapi harus di awasi dengan kebuasan di dalam.
Nasihat kepada Datuk-Datuk, Tan Seri-Tan Seri, Tok Guru-Tok Guru dan Ustaz-Ustaz yang musim pilihanraya lepas nampak tergila-gila dan gatal untuk menambah isteri dengan mengambil artis ini haruslah berhati-hati kerana ia hanya indah rupa kelak jiwa merana penuh sengsara.

Wednesday, June 4, 2014

ADA 3 DNA DALAM RATU DAP, DYANA SOFYA YANG MENYELAMATKAN MAH SIEW KEONG



PRK Teluk Intan berakhir meninggal bekas yang mendalam kepada generasi hadapan. Dyna Sofya ibarat ratu DAP dengan sikapnya yang lemah lembut ketika dilucahkan oleh musuh-musuh politik pro BN/UMNO.

Realitinya Dyana memiliki raut wajah yang sedikit manis berbanding dengan putri dan wanita UMNO yang kebanyakan obes dan bermake-up tebal.
Tokoh ujikaji politik DAP ini berkata beliau akan terus melekat dalam DAP kerana DAP sudah seperti keluarganya. Menurut Dyana DAP telah berjaya membangkitkan rasa semangat sebagai rakyat Malaysia perasaan yang  tidak pernah beliau rasai selama ini.
Mungkin di dalam maksud yang lebih tepat DAP telah menyekolahkan beliau dalam ilmu politik yang sebenar dan tidak lain mahaguru nya ialah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. LKS dan LGE ternyata lebih berjaya mendidik ilmu politik beliau dari ibunya sendiri. Ibu nya Yammy Samat yang telah bertahun di dalam UMNO  gagal menyemarakakan darah UMNO di dalam jiwa Dyana.

Dyana masih muda, kini berusia 27 tahun masih ada banyak masa untuk mengambil alih kepimpinan DAP daripada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Kekalahan dengan margin 238 bukan lah kekalahan yang teruk malah undi rosak berjumlah 543 lebih tinggi dari margin kekalahan beliau. Pengaruh masih kuat.

Kekalahan Dyna berpunca dari kejayaan BN/UMNO menakut-nakutkan pengundi Cina atas pagar berhubung penglibatan Dyana dan ibunya Yammy Samat dalam pertubuhan yang amat digeruni oleh kaum Cina iaitu PERKASA. 

Hasil rumusan dari ujikaji politik mendapati bahawa punca kekalahan Dyana di sebabkan terdapat 3 DNA bahaya dalam darah Dyana Sofya sehingga pengundi Cina memerap dan menggigil di dalam kain selimut di rumah takut untuk keluar mengundi.

Ketiga-tiga DNA tersebut ialah DNA UiTM (institusi pendidikan Melayu), DNA UMNO (melalui ibunya) dan yang paling bahaya ialah DNA PERKASA. Kesemua DNA-DNA ini menyalurkan darah pekat Melayu dalam diri Dyana. Pengundi Cina tidak yakin dan percaya bahawa Dyana telah betul-betul masak diintrokdinasikan oleh Lim Kit Siang kerana umurnya masih muda. 
Apa pun hakikatnya, ketiga-tiga DNA ini telah menyelamatkan lawan Dyana Mah Siew Keong.
WASSALAM.

SURAT TUNJUK SEBAB UMNO HANYALAH BERSAMAAN KERTAS BALUT KETUL BELACAN

Yammy Sammat ibu kepada Ratu DAP Dyana Sofya telah diberi surat tunjuk sebab oleh SU Agung UMNO, Tengku Adnan bagi menjawab mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berikutan tindakannya berkempen bersama anaknya dalam PRK Teluk Intan baru-baru ini.
Menurut Yammy, tindakannya itu tidak salah kerana beliau hanya mengiringi Dyana dan bukannya berceramah di atas pentas untuk memburuk-burukkan Umno dan Barisan Nasional (BN). 
Menurut Yammy lagi beliau tidak salah kerana sebagai seorang ibu yang ingin menjaga keselamatan seorang anak beliau bertanggung jawab mengiringi anaknya ketika berkempen. 
Bercakap tentang surat tunjuk sebab di dalam UMNO ini ia tidak ubah persamaannya seperti kertas balut ketul belacan. Tidak ada nilai dan keharumannya.
Sewaktu pilihanraya umum yang ke 13 dahulu entah berapa ramai kaki sabotaj calun-calun UMNO yang terang-terangan mengangkat sepanduk menentang calun-calun yang bukan selera mereka. 
Di Kedah, calun-calun BN/UMNO pilihan Mukhriz dihamun dan disabotaj malah ada unsur ugut mengugut untuk menutup bilik gerakan dan bermacam-macam kerenah lagi. Malah ada tawar menawar inginkan habuan jawatan Senator bila tidak dipilih sebagai calun. Begitu juga di Selangor dan Terangganu. 
Yang terbaru bekas MB Terangganu telah pun menghantar surat keluar parti dan mengistihar sebagai wakil rakyat bebas. Mana surat tunjuk sebabnya? 
Konklusinya surat tunjuk sebab UMNO hanyalah bersamaan dengan kertas balut ketul belacan. Tidak ada nilai dan keharumannya.

Tuesday, June 3, 2014

APABILA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN MENGANGGAP RAKYAT OTAK KARTUN.

VISUAL KARTUN
Visual kartun iklan GST yang dibelanjakan puluhan juta ringgit oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar nampaknya dihentam hebat oleh beberapa pihak. 
Di antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. 
Selain dari Irwan Siregar seorang lagi pegawai yang yang berotak kartun ialah Setiausaha Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Datuk Siti Halimah Ismail.
Kedua-dua mereka ini didesak supaya bersara awal kerana menurut Puad papan iklan GST kartun gagal membawa mesej yang berkesan kepada rakyat. 
Menurut beliau paparan visual iklan kartun GST di tepi jalan raya adalah satu perkara yang amat memalukan sebab orang ramai tidak sempat membaca kerana hurufnya yang sangat kecil membuatkan pembaca pening kepala kecuali mereka memberhentikan kenderaan beberapa minit untuk membacanya. 
Inilah akibatnya jika ada pegawai-pegwai yang menganggap rakyat boleh diyakinkan dengan watak-watak kartun. Hakikatnya kartun telah mengusai bukan setakat anak-anak remaja tetapi kini kartun juga telah menguasai pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Spiderman, Superman, Doraeman, Angry Bird, Sponge Bob dan lain-lain adalah kartun-kartun yang hidup dalam kehidupan seharian masyarakat kita.
Mungkin atas pertimbangan ini Irwan Serigar dan Siti Halimah mudah diyakini pakar perunding iklan untuk berbelanja jutaan ringgit bagi memahaman rakyat bahawa GST bukan cerita kartun. 
Persoalannya bukan setakat Irwan Serigar dan Halimah yang perlu bersara awal tetapi juga Menteri Keewangan dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan juga harus dipertanggung jawabkan dalam memperkartunkan rakyat dalam hal GST ini. "Ada berani?".
WASALLAM.