Friday, December 31, 2010

Ramai kaki kentut di Kedah

“Lately” MR yang sebenarnya dah majai dan cemuih nak buat apa-apa komen tentang situasi politik semasa khasnya di Kedah dan Pulau Pinang kerana "jet lag" dan kesibukan untuk menyudahkan beberapa “chapter” lagi buku tulisan MR yang sudah melangkau “dateline”.

Walaubagaimanapun dek dikejan dan diligan oleh beberapa sahabat di Kedah untuk mendapatkan komen dan pendapat tentang perubahan pucuk pimpinan UMNO Negeri Kedah terpaksa juga MR mengalih tumpuan seketika menyelidik situasi pendapat akar umbi di Kedah tentang penerimaan mereka terhadap Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang baru, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah.

Jika tidak silap Ahmad Bashah pernah berkhidmat sebagai kerani dengan syarikat pembalakan Datuk Khalid Julung @ Tan Seri Khalid Abdullah bekas Pengerusi Utusan Melayu Bhd rakan karib Che Det.

Apa juga pertimbangan untuk melantik pemimpin kelayakan akademik tidak seharusnya menjadi ukuran kerana di dalam politik demokrasi penerimaan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu adalah kriteria utama.

Rakyat menilai bukan setakat personaliti pemimpin itu sahaja tetapi keseluruhannya sehingga ke dalam kain pemimpin itu, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan di mana tempat pemimpin itu sering berfoya-foya dan kedai mana mereka kerap tikam ekor. (thanks to WikiLeaks)

Bertolak daripada itu pemimpin itu juga dinilai sejauh mana wawasan mereka dan arah mana perubahan yang bakal dibawa.

Begitu jugalah lantikan baru pucuk pimpinan itu dibuat kerana pucuk pimpinan atasan ingin membawa perubahan dengan dimensi yang baru, dinamik dan progressif bagi mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada UMNO dan BN.

Persoalannya apa pembaharuan yang Datuk Ahmad Bashah boleh lakukan untuk UMNO Kedah dan Barisan Nasional sedangkan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah di bawah DS Shafie Apdal pun langsung tidak nampak apa satu hasil tangan beliau yang boleh meninggalkan kesan di hati dan jiwa nurani rakyat.

Tugas-tugas yang di “delegate” oleh DS Shafie Afdal kerapkali menjadi bangkai hanyut dan yang mendapat impak negatif dan “backfired” ialah DS Shafiee Afdal sehingga DS Shafiee dilihat gagal memimpin UMNO Kedah. Orang lain yang kentut orang lain yang kena tuduh.

Hari ini kaki yang kentut kuat dilantik pula menjadi ketua dan kentut ini pasti akan tempias sehingga kepada timbalannya Mukhriz kalau tak pandai mengelak.

Menurut pemerhati politik Kedah rupa-rupanya ramai kaki kentut yang sedang memimpin bahagian di Kedah, mereka licik membaling batu tangan disembunyi, “wait and see, you don’t change you mati”.

Sebelum dianugerahkan "Datuk"kepada Rajagobal, anugerahkan "Tan Seri" kepada Mokhtar Dahari dahulu

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merasakan setimpal agar diberi gelaran Datuk kepada K. Rajagobal yang melatih skuad bola sepak negara sehingga berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi.

Rajagobal juga turut berjaya membawa skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas di Sukan Sea di Laos Disember lalu.

Walaubagaimanapun sebelum dianugerahkan "Datukship" kepada beliau kempimpinan negara harus terlebih dahulu mendahului augerah Tan Seri kepada Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih gagah dengan gelaran “Super Mokh”.

Kita ghairah dengan kejayaan hari ini jangan kita lupa mereka yang berjasa kelmarin.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Muda! DS Najib mendengar suara anak-anak muda Malaysia.

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto THE STAR Oleh: Glenn Guan.
Tahniah skuad Harimau Muda yang ternyata berjaya membaham Garuda di dalam kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi walaupun bermain di bawah tekanan penyokong fanatik Indonesia.

Khasnya MR ingin mengucapkan syabas kepada penjaga gol chome lote - Kahrul Fahmi Che Mat yang telah menunjukkan kecekapan cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan merbahaya serangan Indonesia termasuk satu cubaan sepakan penalti.

Perdana MenteriPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan.

Sesungguhnya cuti umum ini bukan setakat satu pengiktirafan PM kepada pemain Harimau Muda tetapi seluruh anak-anak muda Malaysia.

Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki, Indonesia dan Malaysia siapa menang?

Megawati, bekas presiden berharap pasukan Indonesia akan menang dalam perlawanan akhir itu dan menggesa setiap pemain ‘jangan pantang mundur menghadapi Malaysia.’

“Sekarang ini sedang demam bola. Saya berharap dan siapapun juga pasti berharap Timnas (pasukan kebangsaan) jangan pantang mundur,” kata beliau.


Megawati mendedahkan cucunya yang berumur lapan tahun juga sudah pandai memberikan semangat untuk Timnas.


“Cucu saya sendiri yang masih berumur lapan tahun juga bersemangat dalam Timnas. Dari kelmarin saya dan cucu saya berSMS menuliskan ‘Timnas Jangan Pantang Mundur, Garuda di Dadaku, Indonesia Negeriku, Jangan Mau Kalah Sama Malaysia’.

“Itu hebatnya kerana cucu saya masih lapan tahun sudah seperti itu,” kata Megawati dengan penuh bersemangat. (Bharian Online)


Nampaknya Megawati dan cucunya masih menaruh harapan yang tinggi walaupun terpaksa bermula dengan kosong manakala Malaysia membawa bekal 3 gol pada malam ini.

Sama-sama kita tunggu Harimau Muda membaham Garuda.

Monday, December 27, 2010

Boleh kah Kedah berubah?

Najib melantik Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru dan Timbalannya Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

MR malas nak komen cuma nak dengar apa kata pengundi-pengundi di Kedah?

Wednesday, December 22, 2010

Politiking kaum Cina dan Politiking kaum Melayu

DS Najib semasa upacara memecah tanah Lapangan Terbang Pulau Pinang yang bernilai RM250juta
Melayu UMNO hari ini terkial-kial berjuang untuk mempertahankan ketuanan dalam negara ini kerana bimbang kerusi ketuanan mereka dirampas kaum lain. Mereka yang selama ini dikira juara dalam sepak terajang politik walaubagaimanapun terpaksa akur dan tunduk kepada kaum Cina yang dikira lebih licik dan cerdik berpolitik sehinggakan sesiapa juga yang berkuasa yang pasti perolehan kepentingan mereka mendatangkan pulangan yang maksimum.

Apabila PM DS Najib turun membuat lawatan ke Pulau Pinang, beliau tidak turun dengan tangan kosong tetapi menggendong projek gula-gula yang bernilai RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Semasa upacara memecah tanah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Isnin lalu dimana ianya turut dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan dan Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha, DS Najib menyatakan Kerajaan Persekutuan akan menjadikan Pulau Pinang satu hab pilihan di rantau ini.

Dalam masa yang sama DS Najib menyatakan selain dari projek pembesaran lapangan terbang itu ada 10 lagi projek infrastruktur yang dikenal pasti akan dibawa ke Pulau Pinag yang di antaranya Pelabuhan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.

Mungkin projek jambatan kedua dan koridor raya dibawa oleh Pak Lah sebagai gula-gula untuk rakyat PP menyokong beliau tetapi akhirnya beliau juga tewas dengan kelicikkan politiking pengundi Cina PP.

Mereka ternyata bijak mengambil pendekatan mentor mereka Lee Kuan Yew seperti di dalam tulisan Tunku  di dalam buku “Looking Back”- tentang sikap Lee Kuan Yews “what’s mine is mine and what’s yours is mine”.

Rata-rata tahu bahawa Pulau Pinang hari ini dikuasai DAP dan kaum Cina menjadi dominan di pulau tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan telus hakikatnya, setakat statistik dan congak rambang hari ini adalah hampir mustahil untuk BN menawan kembali PP.

Malah dengan sikap KM, Lim Guan Eng yang bijak untuk “mempuppetkan” Gabenor Pulau Pinang dalam lain perkataan Raja-Raja Melayu ternyata pengundi Cina PP akan kekal terus mengundi DAP untuk dua atau tiga penggal yang akan datang dan terus memandang hina terhadap Raja-Raja Melayu.

Ditambah dengan peningkatan nilai harta tanah PP kelak seperti Singapura, Melayu akan menjadi minoriti kerana tidak mampu dan terpaksa berhijrah keluar dari Pulau Pinang.

Sebaliknya yang melucukan apabila seorang Perdana Menteri, DS Najib turun melawat Kedah beliau hanya mengendong 10,000 tilam dan 5,000 dapur gas kepada mangsa banjir Kedah. Tidak ada satu pun projek-projek pemangkin yang dibawa ke Kedah yang boleh membawa kesejateraan kaum Melayu di Kedah, hanyalah di Langkawi itu pun untuk mengambil hati Che Det yang masih sihat walafiat.

Apakah hanya itu yang mampu dibawa DS Najib untuk negeri Kedah sebuah negeri Melayu dan Islam? Malah yang mendukacitakan selepas pembahagian tilam-tilam tersebut ada pula bunyi-bunyi sumbang, “rumah siap ada lagi pahat berbunyi” tilam-tilam tersebut bukannya empok untuk menyenyakkan tidur sebaliknya menjadi bahan politiking di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tempatan yang hanya mengagihkan kepada Melayu-Melayu UMNO sahaja. Akhirnya DS Najib seolah-olah menjadi alat politik bagi mempopularkan pihak tertentu di Kedah.

Kedah adalah negeri majoriti Melayu dan harapan untuk BN mengambil-alih kuasa dalam PRU13 yang akan datang adalah 50-50 itu pun jika berlaku muhasabah yang jujur dalam kepimpinan UMNO Kedah jika tidak Kedah akan berterusan sejahtera di bawah kepimpinan Ustaz Azizan.

Kesimpulannya, di sinilah cerdiknya kaum Cina berpolitik, mereka mungkin tidur di atas tilam yang berlainan tetapi mimpi mereka tetap sama. Melayu UMNO Kedah berebut tilam, Cina DAP Pulau Pinang dengan projek mega menghidang talam.

BERNIAGA RUGI BULUH KASAP, MASUK ANGIN KELUAR ASAP.

Monday, December 20, 2010

JASA dan Jabatan Penerangan harus dirombak selaras dengan misi 1Malaysia elak aktiviti Tongong

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’Seri Utama Rais Yatim menyeru supaya kakaitangan JASA dan Jabatan Penerangan memberi lapuran yang tepat dan benar berhubung dengan isu-isu di akar umbi kepada pemimpin atasan. Kenyataan beliau di hadapan 125 pegawai dan kakitangan jabatan itu ternyata tepat dan wajar pada masa ini.

Ini kerana PRU13 sudah panas diperbualkan di kalangan parti-parti politik dan memang telah menjadi lumrah kedua-dua Jabatan ini hanya muncul berperanan dan berfungsi semasa pilihanraya sahaja.

Sebelum ini pun kedua-dua Jabatan ini hanya sunyi dan bisu kerana aktiviti-aktiviti yang dianjur mereka hanya berlegar-legar di kalangan khalayak yang pro mereka sahaja.

Menurut maklumat pegawai mereka kepada MR, ada lapuran-lapuran yang dihantar kepada menteri hanyalah lebih kepada lapuran mengipas ketua-ketua UMNO bahagian kerana kebanyakan hayat jawatan mereka atas ihsan rekomen Ketua UMNO Bahagian.

Di dalam menjayakan matlamat 1Malaysia misi DS Najib, peranan jabatan-jabatan ini harus dikaji dan dirombak keseluruhannya supaya tidak berpolitiking sempit yang menyebelahi satu kaum sahaja. Mereka juga seharusnya celik isi kandung media baru supaya tidak diperlekeh pengundi muda.

Terdapat sesetengah pegawai JASA hanya berkebolehan berinteraksi dengan kaum Melayu dan di kalangan orang-orang UMNO sahaja. Mereka ternyata gagal memenangi minda dan hati pengundi kaum lain dan gagal mendapat maklumat yang tepat berhubung sentimen dan sikap akar umbi.

Buktinya di dalam PRU12 yang lepas mereka gagal sama sekali menghidu bunga-bunga yang BN akan kalah tersepok sehingga ada di kalangan mereka terkejut bewak dan menepuk dahi sendiri apabila berhadapan tragedi ini.

Ada juga di kalangan pegawai-pegawai mereka langsung tidak melapur diri di pejabat rasmi jabatan sebaliknya lebih kepada berlegar-legar sembang kosong di markas-markas UMNO sahaja.

Beberapa aktiviti yang dianjurkan lebih kepada menghabiskan peruntukan dan menjurus kepada menjulang keterlaluan membina pengaruh ketua UMNO bahagian mereka.

Hakikatnya JASA dan Jabatan Penerangan harus dirombak kembali peranan mereka menjurus kepada “The Blue Ocean Strategy” supaya lebih relevan dengan sentimen semasa dan wang rakyat tidak dibazirkan kepada aktiviti yang tongong (kata orang Negeri Sembilan) @ tong kosong.

London menggigil

Bila kesejukkan begini barulah tahu kenikmatan matahari di negara sendiri.

Sementara Melayu dan Islam masih mampu berjuang dengan hak yang ada sedikit ini berjuanglah supaya tidak hilang kenikmatan yang dikecapi hari ini.

Sunday, December 19, 2010

WIKILEAKS : Apa kelayakan Ketua Bahagian UMNO untuk dilantik dalam syarikat Singapura?

Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald telah menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat telah dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Susulan daripada itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat protes itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia T. Jasudasen melahirkan rasa tidak senang Putrajaya dengan komen pegawai-pegawai Kementerian Luar Singapura.

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan ‘menyusahkan’ Singapura.

Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”

Pendedahan WIKILEAKS ini seharusnya menyedarkan rakyat negara ini tentang pendirian Singapura yang tidak pernah berubah sejak dari perpisahan mereka dengan Malaysia.

Mereka sering mengunakan pendekatan dengan memandang rendah dan lekeh akan kemampuan dan kebolehan negara-negara jiran yang lain kerana dengan pendekatan ini akan sentiasa menjana moral atau “moral booster” kepada rakyat mereka yang hidup dalam pulau yang sempit sehingga banyak yang membunuh diri kerana "stress".

Sehinggakan apabila mereka memandu keluar dari Singapura memasuki Malaysia dengan kereta besar dan "big bike" mereka, mereka akan memacu dengan laju seolah-olah dunia ini mereka yang ampunya.

Apa yang harus menjadi kesedaran kepada rakyat Malaysia hari ini berhubung isu pendedahan yang terbesar abad ini oleh Wikileaks ini ialah pengurusan intelligensia dunia kini tidak ada kerahsiaan lagi.

Komplot dan perbincangan rahsia begitu mudah terbongkar dengan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini, seperti kata sesetengah pihak bahawa meja dan kerusi di dalam bilik persidangan pun bisa berbicara.

Seringkali juga kita menjadi bimbang apabila membaca berita bahawa rahsia-rahsia Kerajaan cukup mudah bocor kepada Negara jiran. Kadangkala rahsia-rahsia ini tanpa disedari terbocor melalui tindakan tanpa sedar sesetengah pemimpin kita sendiri yang begitu mudah diumpan dengan menerima habuan dan rakus menerima elaun pengarah  apabila dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat-syarikat strategik Singapura.

Sebagai contoh yang terdekat bagaimana seorang bekas guru dan sekarang menjawat Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah bahagian di Kedah layak dilantik sebagai pengarah di dalam sebuah syarikat berteknologi tinggi Singapura http://www.astigp.com/01_05corpinfo.htm

Jika terdapat pemimpin yang rakus sebegini maka tidak hairanlah apa juga dasar yang diputuskan di dalam UMNO dan BN begitu mudah bocor kepada Singapura.

Konklusinya pembocoran yang sebegini lebih tepat dan terperinci dari pembocoran Wikileaks.

Saturday, December 18, 2010

Taib Mahmud berkahwin gadis Lebanon

Perhubungan dengan Dian P Ramlee hanyalah gossip
Berita kencang yang membawa khabar bahawa Ketua Menteri Serawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dikatakan telah mengangkat nikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dari Lebanon berusia 30-an sudah pastinya akan mengembirakan rakyat Serawak.

Ini kerana bukan sahaja sebuah mesjid terbina tetapi Ketua Menteri mereka tidak lagi didakap kesepian dan kedinginan malam yang sering menikam kalbu.

Faktor usia, kemampuan  dan kekuatan bukan menjadi halangan kerana Serawak merupakan pengeluar utama "gambir" dari hutan Borneo tropika di dunia.

Ramai yang mengatakan kekuatan lelaki terletak pada kekuatan isteri, kalau isterinya muda dan jelita walaupun usia agak lewat tetapi jiwanya secara automatik akan menjadi cergas dan cerdas.

Dalam lain perkataan mineral dan vitamin yang disajikan isteri muda akan menjadi lonjakkan untuk beliau kekal dan meneruskan perjuangan sebagai Ketua Menteri Serawak selagi minda mampu mengenali bulan dan matahari.

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Friday, December 17, 2010

Apabila orang-orang hutan bersidang

Pic - The Star
Persidangan menjadi gawat dan sukar dikawal apabila Kera, Monyet, Lutong, Beruk dan Siamang bersidang di Dewan Parlimen.

Masing-masing dengan perangai loklux(biadap)apabila otak mereka telah diudangkan.

Tuesday, December 14, 2010

Melayu tidak lekeh lagi


Dua acara besar yang menjurus kepada pembangunan ekonomi orang Melayu bawahan di penghujung “wrapping up” 2010 ialah MAHA 2010 di Serdang dan Showcase SDSI 2010 di MITC, Melaka.

Kejayaan MAHA telah banyak diperkatakan dan blog Che Det juga memuji kejayaan MAHA pada tahun ini. Tahniah pada Tan Seri Muhyiddin Yasin, pelopor awal MAHA semasa beliau menjadi Menteri Pertanian.

Di sini MR ingin menyentuh Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)2010 di mana MR dijemput membuat liputan.Pameran 3 hari ini disertai seramai 570 usahawan dan jabatan yang berkaitan pembangunan usahawan mewakili setiap daerah dalam Malaysia.
Negeri Kedah telah mendapat tempat pertama pemenang keseluruhan SDSI 2010 dengan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan kemenangan ini merupakan kali kedua berturut-turut mereka memenanginya.

Usahawan-usahawan yang mewakili negeri Kedah ialah D’Cinda Enterprise (produk kertas buatan tangan yang dihasilkan dari jerami padi), HR Marketing Sdn Bhd (produk susu kambing HiGoat), Ambang Dorongan Sdn Bhd (kueh frozen cucur badak), Tobiar Gold Industri (minuman mangga), Batik Merbok Sdn Bhd (batik nusantara), Wawasan AMS Enterprise (kerepek serunding), RBW Collection (sulaman), Homestay MADA Pulau Pisang dan agensi seperti FAMA dan MADA.

Apa yang menarik perhatian ialah tempat pertama kategori makanan telah di menangi oleh Ambang Dorongan Sdn Bhd yang menghasilkan frozen cucur badak berjenama Nani’s.

Nanis (http://nanis.com.my) yang memulakan perniagaan pada tahun 1996 secara kecil-kecilan membuat cucur badak kini telah berupaya mengekspot cucur badak mereka sehingga ke Timur Tengah dan England.


Duhulu Melayu pernah diperlekehkan “lu balik kampong tanam ubi laaa…..” kini nyata bukan lekeh lagi. Malah menurut pengusahanya En Nan, hasil dari permintaan ubi keledek yang tinggi untuk membuat cucur badak beliau terpaksa membawa masuk ubi keledek dari negara jiran.

Satu lagi pengusaha ialah HiGoat oleh HR Marketing yang mengusahakan powder susu kambing. Susu kambing yang satu ketika dahulu tidak ramai mengemarinya kerana hamis kini menjadi permintaan yang tinggi dan dibeli dari gembala-gembala kambing di Kuala Nerang dan sekitarnya.

Jualan bulanan mereka telah mencecah jutaan ringgit (angka tepat yang ditunjukan pada MR tidak dapat dicacatkan atas permintaan mereka) dan “the spill over” dari kejayaan ini juga telah memenafaatkan ekonomi Melayu luar Bandar.

Inilah diantara secebis contoh kejayaan mikro yang menjurus kepada pembangunan ekonomi Melayu di peringkat bawahan yang sebenarnya. Kadangkala kita sering dibuai mengejar projek jutaan dan billionan ringgit seperti mengapai awan dilangit dan terlupa bahawa pengusaha kecil kampong yang pernah dahulu diperlekehkan kini lebih hebat, bermakna dan menyentuh rakyat di bawah jika betul-betul diberi peluang dan bimbingan kepada mereka.

TAHNIAH SDSI KEDAH!

Friday, December 10, 2010

Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom dah dihinggapi batuk-batuk atas tangga perangai orang politik

Apabila Utusan menyiarkan berita di muka hadapan perkahwinan Abdul Manan Osman dan pasangannya Siti Maryam Mahmood yang berumur 14 tahun berbagai reaksi berbangkit berikutan perkahwinan ini yang dikira sebagai perkahwinan bawah umur atau “child marriage”.

Marina Mahathir melalui tulisannya dalam The Star menyelar pihak yang tidak menegur serta membenarkan perkahwinan ini. Menurut beliau perkahwinan tidak harus dilihat untuk menghalalkan perhubungan sex.

Justru itu beliau menyeru supaya diharamkan terus perkahwinan kanak-kanak dalam negara ini selaras dengan konvensyen CEDAW (Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) yang ditandatangani Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyatakan pihak kementerian beliau tidak dapat campur tangan di dalam hal ini kerana tidak ada polisi di bawah kementerian beliau yang menegah perkahwinan bawah umur.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil langsung tidak bersetuju dengan perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur kerana khuatir kesannya kepada masyarakat.

Remaja bawah umur masih memerlukan perlindungan, bimbingan dan pembelaan daripada keluarga bukannya menggalas tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga.

Seperti biasa Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom telah dihingapi penyakit perangai orang politik yang cuba mengelak dengan kenyataan untuk tidak mahu perpanjangkan isu ini.

Hujah dan perdebatan ini jika tidak dihurai dan rungkai secara intelektual dan bijaksanana ia akan sekali lagi menampilkan kekolotan dan tidak bertamadun Jabatan Agama Islam, Menteri Agama Jamil Khir Baharum, perundangan Syariah dan Islam akan menjadi bahan lucu secara keseluruhan.

Apapun hujah logik akal, persepakatan konvenyen dan resolusi antarabangsa masakini tidak boleh dibuat perbandingan dan didebat “apple to an apple” di antara wahyu, sunnah, hadis, hukum yang termaktub di dalam Al Quran dengan hujah akal manusia yang hanya panjang sejengkal.

Thursday, December 9, 2010

Sehati Berdansa- Bukan semua rancangan realti membawa sial

Program realiti terkangkang terkoyak ,Sehati Berdansa telah mengundang satu lagi perceraian anak mantan MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib Noor Diyana Muhammad, 26 dan Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa.

Mereka merupakan pasangan kelapan yang disahkan bercerai. Sebelum ini, sebanyak tujuh pasangan sudah bercerai.

Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Rancangan ini ternyata gagal membawa nilai murni atau memupuk keluarga bahagia dan kemesraan pasangannya tidak realistik seperti yang mereka tonjolkan.

Walaubagaimanapun bukan semua rancangan realiti membawa sial malah rancangan realiti Imam Muda membawa "branding" yang baik sehingga ke Negara Islam luar.

Tuesday, December 7, 2010

Hangky-pangky dalam UMNO Kedah? Biar selesai Khir Toyo dahulu

Jawatan Menteri Besar Selangor tenyata jawatan berpuaka. Semuanya berakhir dengan tragis apabilagelap dengan  wang ringgit dan harta dunia.

Manakala jawatan MB Kedah pula kerap berakhir dengan konspirasi seperti DS Syed Nahar Shahbudin berakhir dengan isu  MONTOYA DELMONTE sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan MB.

MR tidak mahu cerita penuh apa itu MONTOYA DELMONTE kerana yang lepas biar ia berlalu dihembus angin petang, mungkin generasi lama tahu akan apa itu insiden tersebut.

Isu terbaru ini kena tanya Tok Senawi.
http://toksenawi.blogspot.com/2010/12/benarkah-ada-hangky-pangky-dalam-umno.html

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TINGGAL DATUK SERI S. SAMY VELLU.

"Yang ditunggu sudah tiba" Itulah ungkapan dari rakan MR dalam telefon tadi semasa teruja memberitahu bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu telah secara resmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC dan menyerahkan kepada Timbalannya Datuk G.Palanivel manakala Datuk S. Subramaniam sebagai Timbalan Presiden.

Seharusnya masyarakat India Negara ini tidak merayakan atau berwail-wail-wail berhubung pengunduran DS S.Samy Vellu kerana beliau bukannya dewa untuk kekal selama-lamanya sebagai Presiden MIC.

Samy Vellu akhirnya sedar bahawa kuasa ini berada di tangan rakyat. Kaum India negara ini juga seharusnya sedar bahawa suara mereka sudah didengar dan mereka seharusnya kembali menyokong MIC dan menguburkan Hindraf yang tidak mampu membawa apa-apa harapan kepada mereka. Hanyalah nyanyian-nyanyian kosong yang hanya sedap didengar seperti dalam filem Tamil tetapi realitinya tidak ada.

Usahlah membazir masa menunggu wang pampasan RM1juta seorang daripada Kerajaan Inggeris seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Hindraf itu, kerana hakikatnya ia adalah janji pemimpin berlidah biawak yang sanggup berbohong untuk mengutip dana bagi kepentingan peribadi mereka.

Realitinya, mereka harus bersatu berjuang bersama MIC kerana bukan sahaja perjuangan MIC telah terbukti menaikkan kaum mereka tetapi telah memerdekakan mereka dari taraf paria kepada taraf Datuk, Tan Seri dan Tun. Hasil perjuangan MIC juga mereka sudah ada bandar sendiri, LittleIndia di Brickfield sama seperti China Town di New York dan Canada.

Kepada DS S.Samy Vellu, MR mengucapkan SELAMAT BERSARA DARI DUNIA POLITIK dan isikanlah persaraan tuan dengan aktiviti-avtiviti yang tuan suka dan tidak dapat melakukannya dahulu.

Paling utama dan penting jangan pula tuan komen atau mengeritik successor tuan seperti Tunku mengeritik Che Det, Che Det mengeritik Pak Lah/ Najib dan Lim Kheng Yaik mengeritik Khoh Tsu Khoon. Rehat lah sepuas-puas hati tuan.

Sunday, December 5, 2010

Langkawi dan Che Det, Che Det dan Langkawi

Mahathir membonceng motorsikal ketika meninjau pembangunan di Langkawi, pada 1994 - Gambar Potret Mahathir
Hari ini di dalam sejarah, Pulau Pinang telah hilang keharumannya sebagai Pulau Mutiara apabila mereka ketinggalan jauh dari segi kemasukan pelancung yang hanya 6 juta pada tahun lepas jika dibandingkan dengan Melaka yang mencatatkan jumlah sebanyak 8.9 juta pelancung.

Ternyata kerajaan negeri Pulau Pinang lemah untuk mengambil sebarang usaha dan initiatif di dalam mengekalkan prestasi Pulau Pinang sebagai pulau  pelancungan yang unggul di rantau ini.

Manakala kemasukan pelancung ke Langkawi yang berjumlah 4 juta pada tahun lepas langsung tidak memabawa apa-apa menafaat kepada tanah besar Kedah. Tidak ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membawa masuk pelancung dari Pulau Langkawi ke Kedah amnya atau Alor Setar khasnya.

Pelancung hanya berlegar-legar dan berbelanja di Langkawi, bandaraya Alor Setar hanyalah sebuah bandar yang muram, boring dan sunyi sepi.

Berita yang terbaru dan pasti hebat ialah Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju menerima pelantikan sebagai penaung Ekspo Pelancongan Malaysia (MTEX) untuk tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

MTEX 2011 yang akan diadakan selama lima hari bermula 23 Mei depan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi, Padang Matsirat ternyata akan mendapat sentuhan emas dari mantan PM, Che Det.

Hakikatnya pembangunan Langkawi tidak dapat elak dari sentuhan Che Det dan Che Det juga begitu sentimental dengan pembangunan Langkawi.

Pengaruh dan kuasa jurujual Che Det masih diperlukan supaya Langkawi tidak kembali menjadi padang jarak padang terkukur dan tidak berselerak lagi tersungkur.

Mana-mana juga PM yang cuba mengabaikan dan menidakkan usaha pembangunan di Langkawi semasa Tun M masih ada mereka akan tersungkur. Ini juga merupakan satu peringatan buat DS Najib supaya jangan dianaktirikan Langkawi kerana ini akan menguris hati Che Det.

Untuk makluman, ketika MR bersama-sama Che Det membuat liputan pembangunan Langkawi dahulu, MR kagum dengan Che Det apabila hampir setiap inci, jumlah pokok, ceruk dan denai di Langkawi dan 99 pulau-pulau berhampiran diambil tahu oleh Che Det.

Salah seorang Pengarah sebuah agensi Kerajaan pernah dilenting oleh Che Det kerana menggondol  bukit dan pokok-pokok ditebang sehingga botak tanpa dimaklum pada beliau. Beliau juga pernah menegur apabila air laut di gigi pantai Teluk Datai menjadi merah kerana pembangunan padang golf di situ.

Di dalam salah satu ucapannya beliau pernah berkata “Rakyat Langkawi bukan sahaja mendapat durian runtuh tetapi dengan pokok-pokok durian juga runtuh sekali”.

Itulah Che Det dan Langkawi dan Langkawi masih memerlukan Che Det.

Thursday, December 2, 2010

Kedah tuntut kembali Pulau Pinang, patut dibawa ke tribunal antarabangsa

Pic - NST
Tokoh Sejarahwan Kedah merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof mahu P. Pinang dikembalikan kepada Kedah yang merupakan pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada tahun 1786.

Menurut Datuk Wan Shamsudin, usaha itu lebih penting berbanding dengan menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya.

Beliau berkata, perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

Menyingkap Sejarah -  Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Tanah Melayu. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Tanah Melayu.


Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. 

Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.

Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah seharusnya dipandang sirius oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Kerajaan Kedah seharus mengambil initiatif ini untuk membawa tuntutan ini kepada tribunal antarabangsa agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah secara berdaulat.

SYABAS YBHG DATUK DR WAN SHAMSUDIN WAN MOHD YUSUF!

Wednesday, December 1, 2010

Saat-saat sukar bagi DS Najib, satu bulan seperti satu tahun

Apabila DS Najib menyatakan penyusunan semula jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini rasanya seperti begitu lama sangat pada hal hari ini sudah masuk bulan December dan hujung bulan ini adalah hujung tahun 2010.
Visual ini hanya hiasan sahaja.

Kata Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memerlukan masa untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Hakikatnya di negeri-negeri UMNO berhadapan gawat kuasa itu lah yang sukar bagi Najib untuk umumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Bagi mereka yang sedang terloncat-loncat macam kera kerana tergila-gilakan jawatan itu, satu bulan seperti satu tahun begitu lambatnya. Kuncu-kuncu yang lebih camca dari bubur di sekeling mereka seperti cacing kerawit kepanasan kesana-kemari bercatur untuk Tauke mereka. Kalau Tauke dilantik mereka senang jalan mendabik dada hidung tinggi bak seludang.

Menurut rakan dari Kedah semalam, rupa-rupanya ramai yang dok “qayan” (loghat Kedah yang bermakna Mimpi/ Fantasi”) untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Mana tidaknya jika dilantik menjadi PPUNK mereka automatik bakal menjadi MB kelak “kalau-kalau-kalau” BN kembali perintah Kedah.

Yang sebenarnya yang dok qayan nak jadi PPUNK itu pun tak tentu lagi nak jadi MB kerana yang depa dok qayan nak jadi MB pun tak tentu lagi BN dan UMNO akan kembali memerintah Kedah.

Apapun tidak salah mereka nak qayan hanya takut kalau tinggi sangat qayan mereka, jika tidak dipilih muka mereka jadi seperti tempayan dan bila sampai PRU13 mereka akan sabotaj rakan-rakan.

Biarkan qayan tinggal qayan dan DS Najib jangan dok layan.

Sunday, November 28, 2010

Mahadzir Khalid, Pegerusi UMNO Kedah- mana slogan Najib "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"?

Ribut membawa berita bahawa Najib terpaksa akur untuk melantik mantan pelingkup Kerajaan BN di Kedah, DS Mahadzir Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Det sebagai Pengerusi UMNO Kedah kerana beliau mendapat sokongan dari majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Kedah.

Kata Ribut bahawa hanya DS Tok Det yang layak dan boleh membawa penyatuan kembali UMNO Kedah kerana semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang ada adalah ghurka-ghurka dan pandir-pandir Tok Det dahulu semasa beliau menjadi MB.

Semua mereka ini akan patuh, jujur dan taat kepada Tok Det kerana atas bantuan dan pertolongan Tok Det lah mereka naik berkuasa dan kaya raya. Hasrat mereka jika Tok Det dilantik maka jangka hayat politik mereka akan berterusan dan projek-projek yang terbantut diteruskan kembali jika mereka berkuasa.


Jika ada kebenaran seperti berita dari Ribut ini ternyatalah Presiden UMNO juga buta mata dan telinga dari mendengar suara rakyat dan di dalam kontek ini slogan “rakyat didahulukan pencapian diutamakan” hanyalah menjadi retorik Burung Kakak Tua.

Nampaknya rakyat Kedah harus pertimbangkan dengan waras samada ingin meneruskan kepimpinan Islam PAS atau mereka rela jatuh kembali kedalam mulut singa,beruang,ular sawa dan harimau (hari-hari mau).

Friday, November 26, 2010

Siapa bakal terajui UMNO Kedah?

Blogger Tok Senawi meramalkan Mahzir Khalid akan kembali menerajui UMNO Kedah. http://toksenawi.blogspot.com/2010/11/transformasi-umno-kedah-det-khalid.html

Jika benar ramalan Tok Senawi nampaknya UMNO Kedah Pimai Pimai depa dok tang tu juga. Macamlah tak ada lagi tokoh lain yang boleh membawa pembaharuan di Kedah.

Sunday, November 21, 2010

Apakah UMNO dan BN telah betul-betul pulih untuk menghadapi pilihanraya?

Cakap-cakap, bisik-bisik dan gossip-gossip kencang dah mula kedengaran di lobi-lobi hotel lima bintang di ibu negara sedikit hari ini bahawa PRU sudah semakin dekat.

Pelobi-pelobi calun dan mula mengatur strategi, akaun-akaun bank dah mula dikemaskini malah calun-calun yang terdiri dari ketua-ketua UMNO bahagian dah mula geli-gelaman dan bersiap-siaga pasang badan.

Baju Melayu, songkok dan songket baru dah mula ditempah begitu juga isteri-isteri mereka dah mula berjinak-jinak dengan produk-produk make-up berjenama. Jika dulu hanya pandai menempek bedak sejuk dan bedak cap nyonya hari ini jenema-jenama itu sudah tidak ada classss lagi.

Mereka juga sama naik dengan suami pasang badan untuk bersedia mengiringi suami semasa penamaan calun nanti.

Mutakhir ini peramal-peramal politik mempunyai banyak “tips” untuk menguatkan gorengan mereka. Banyak fakta disandarkan untuk menyokong ramalan mereka itu yang di antaranya, Najib dah mula masukan agenda PRU di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Parti lawan, PKR dah mula nampak porak peranda, Anwar Ibrahim seperti ular air yang tidak berbisa lagi, ekonomi dan pasaran saham pun menunjukkan indek prestasi yang memberangsangkan, PAS di Kedah telah membangkitkan kebencian rakyat kepada mereka apabila gagal dalam isu banjir di Kedah baru-baru ini.

Sehari dua ini kenyataan-kenyataan Tun M pun dah mula nampak positif menyokong Najib, kuasa-kuasa besar dunia AS khasnya telah kembali berjinak-jinak dan yakin dengan kepimpinan Najib dan cukup berminat untuk berkawan rapat dengan Malaysia.

Berdasarkan faktor-faktor inilah peramal-peramal politik merasakan inilah masa yang sesuai untuk DS Najib mengadakan PRU13 dan membentuk Kerajaan beliau sendiri dan menghakis parut-parut Kerajaan tinggalan Pak Lah.

Apa juga ramalan,percaturan dan kayu pengukur yang diguna pakai untuk DS Najib membuat keputusan megadakan PRU13 apa yang penting adalah faktor fundumental, dalaman UMNO itu sendiri perlu di "overhaul" dan suara-suara akar umbi rakyat kampung bawahan mendapat perhatian dan yang utama termasuklah faktor-faktor pengundi muda di hadapan internet.

Hakikat yang sebenarnya penyakit dalaman UMNO masih belum pulih di peringkat akar umbi khasnya di Kedah negeri yang UMNO tewas dalam PRU12.

Ketua-ketua bahagian masih bermain wayang kulit di hadapan Presiden UMNO.Di hadapan lain di belakang lain.

Perpecahan masih berlaku apabila terdapat ketua-ketua bahagian hanya berpihak kepada orang-orangnya sahaja. Pengundi Atas Pagar (PAP)masih dipinggirkan. Wajah ketua-ketua bahagian masih dilihat angkuh dan egoistic.

Kriteria dan rekod cemerlang calun adalah paling utama dari rekod parti termasuklah keluarga dan suku sakat calun juga harus bersih dan bermoral.

Thursday, November 18, 2010

Tuanku Aishah, sepi itu tidak indah

MR dikejutkan dengan rasa simpati melihat visual-visual bekas Permaisuri Agung, Tuanku Aishah Dato Seri Abdul Rahman jika benar seperti yang didedahkan Uncleseekers.

Rakyat sering tertanya-tanya kemana hilangnya bekas permaisuri mereka dan bagaimana penghidupan beliau selepas kemangkatan suaminya.

Apa juga persepsi dan pandangan umum kita seharusnya menghormati dan memahami bukan setakat individu itu tetapi menyelami lebih daripada itu bahawa jiwa juga bisa berbicara dan jiwa juga bisa bergelora.

Apabila jiwa berbicara maka lahirlah sebuah lagu seperti ciptaan allahyarham P Ramlee dengan liriknya seperti berikut:

“Jiwa rasa gelora, Kasih pada teruna, bukan kerna intan permata, kerna budi bahasa. Kasih bukan paksaan, sayang bukan mainan, Jiwa dan raga jadi taruhan”

Apapun sebagai rakyat biasa MR turut bersimpati dan berdoa semoga beliau diberi kebahagian untuk meneruskan kehidupan yang baru, percaturan adatnya di dalam usia beliau itu perjalanan hidup beliau masih jauh dan naluri seorang wanita ingin memiliki zuriat melonjak kuat dan sepi itu tidak indah lagi bagi beliau.

Desiran angin kesepian pantai
Air tenang mudik ke hulu
Sayu sungguh pohon melambai
Gelora di jiwa siapa yang tahu

Sunday, November 14, 2010

"13 Mei banyak suey...tatak ong....."

Apabila mata pelajaran sejarah akan di wajibkan di sekolah berbagai tafsiran dari semua kaum dan nampak kebimbangan di kalangan sesetengah kaum.

Mungkin kebimbangan ini berkisarkan sejarah itu kelak akan menyebelahi kaum yang mana satu? Kaum mana yang mendapat milage lebih atau kaum mana yang kurang.

Berikut MR postkan articles menarik dari www.merboktimes.blogspot.com
.
13 November, 2010
Najib tidak harus tunduk atas desakan, 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara

Najib tidak seharusnya tunduk dengan desakan sesetengah pihak untuk mewartakan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara seperti 12 July Hari Keharmonian Kaum yang diraikan di Singapura.

Hakikatnya kekuatan dan keberanian Lee Kuan Yew tidak sama dengan kekuatan dan keberanian Najib. Jika 13 Mei hendak diwartakan sebagai Hari Muhibbah Tun M sudah lama lakukannya.

12 July yang diraikan di Singapura adalah usaha-usaha memesongkan sejarah pembentukan Negara itu sendiri. Rusuhan Melayu-Cina yang berlaku di Singapura pada 12 July 1964 secara kebetulan Hari Maulud Nabi sebaik sahaja Lee Kuan Yew habis bermain golf di Royal Singapore Golf Club.

Lee Kuan Yew telah menyalahkan Utusan kerana menghasut seperti tajuk berita pada 26 Julai yang disiarkan dari laporan akhbar Indonesia “Lee bertanggung jawab terhadap rusuhan Singapura”.

LKY naik angin apabila Syed Jaafar Albar berkata bahawa kejadian itu berlaku kerana ada iblis di Singapura yang melagakan orang Melayu dan Cina. Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar dituduh mengapi-apikan perasaan orang Melayu.

UMNO dipersalahkan kerana meniupkan api perkauman dan kononnya ingin mendapatkan pengaruh politik serta mempergunakan Melayu Singapura untuk menguatkan sokongan UMNO di Malaya.( Lihat Memoir LKY, Kisah Singapura)


Rentetan dari peristiwa ini maka 12 July harus diraikan sebagai Hari Keharmonian Kaum supaya rakyat Singapura sentiasa diingat-ingatkan atau ditakut-takut agar menjauhkan diri dari UMNO dan Melayu Malaysia kerana mereka rasis dan suka kekacauan.

Matlamat utama ialah rakyat Singapura khasnya Melayu juga harus dipisahkan “kiblat” mereka kepada Malaya atau Malaysia. Itulah sebenarnya Hari Perpaduan Kaum tujuan LKY.

Cadangan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara yang sebenarnya sudah terlambat kerana suasana politik hari ini berbeza samasekali. 13 Mei amat menakutkan kaum Cina kerana mereka melihat hari itu “banyak suey looooo…” angka 13 “tatak ong…” “unlucky number maaaaa…”.

Saturday, November 13, 2010

Pengalaman selepas banjir di Kedah. Ustaz Azizan should learn from this group rather shouting like mad.

Berikut MR postkan pengalaman dari blogger : www.alkerohi.blogspot.com

Banjir Utara : Tahniah Persatuan Tzu Chi

Lagi cerita tentang banjir di Kedah.

Kasihan 91 penduduk Tamil di Taman Aman Anak Bukit. Depa cerita, "MIC punya orang tarak nampak muka. UMNO pun tarak tolong, MCA pun tarak tolong".

Sapa tolong ? "Welfare (JKM) sama PAS juga kasi tolong. Tapi sikit lambat juga" Betoika ?

Di Taman Uda dan Jalan Fajar - hanya pada hari kelima nampak sukarelawan UMNO dan PAS dengan bantuan makanan.

"Bawa pi la beras hampa. Ayaq dah surut hampa mai buat apa" jerkah anak perempuan salah seorang pengasas UMNO Kedah pada lori satu Malaysia.

Cuma saya nak bangkitkan satu perkara yang saya lihat sendiri. Persatuan Buddhist Tzu Chi Cawangan Kedah.

Cara mereka bekerja hebat. UMNO, PAS, ABIM, NGO-NGO lain pergilah belajar dengan mereka tentang organisasi, cara bekerja, keutamaan, apa yang perlu disampaikan, di mana, siapa dan sebagainya. Hari kedua banjir, saya lihat mereka memberikan roti planta/ coklat, biskut, air minuman dan benda-benda makanan ringan kepada mangsa.


Mereka tidak memberikan beras, sardin dan makanan berat kerana mereka tahu dapur di rumah mangsa dimasuki air. Apabila air mula surut, baru mereka mula memberikan beras, gula, kopi dan sebagainya.

Tadi saya jumpa mereka lagi. Mereka membahagi-bahagikan tuala, berus gigi, biskut, sabun, wang tunai dan keperluan pemulihan. Lebih hebat, mereka pergi dari rumah ke rumah. Mereka tidak pilih warna politik dan warna kulit.

Hebat ! Lima puluh kali lebih hebat dari persatuan dan parti politik Melayu.
Saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri, jemputlah mereka memberikan penerangan bagaimana tersusun dan berkesannya organisasi mereka.

Pada kerajaan persekutuan, saya lontarkan syor yang sama. Belajarlah ilmu yang bermanafaat biar dengan siapapun.

Saya tidak pasti objektif penubuhan Tzu Chi. Tetapi apa yang saya yakin matlamat mereka membantu mangsa banjir dengan menyampaikan bantuan terus kepada mangsa tercapai dan berjaya.

Ketika menghubungi mereka sebentar tadi, saya difahamkan cawangan mereka di Alor Setar telah wujud sejak 1997 lagi.

Tahniah Tzu Chi.

Wednesday, November 10, 2010

Beza jamban di India dengan jamban di "Little India"


Masihkah kita ingat pada tanggal 10 Disember lalu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul Kuala Lumpur oleh ahli Pemuda MIC, T. Padmanathan.

Pengadu mendakwa artikel Zaini Hassan, kolumnis Cuit dalam Mingguan Malaysia mengandungi unsur-unsur berupa komen dan cemuhan terhadap masyarakat kaum India dan memburuk-burukkan sikap mereka. Pengadu juga mendakwa artikel tersebut berunsur fitnah melalui kenyataan:

''India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh."

Berikutan itu Zaini telah melancarkan “mogok menulis” sebagai protes. MR ketika itu membawa tajuk “Zaini gempaq kelin atau Kelin gempag Zaini”
http://mummyrokiah.blogspot.com/2009/12/zaini-gempaq-kelin-atau-kelin-gempaq.html

Apa pun hari ini Zaini seharusnya ketawa besar apabila komennya dikuatkan lagi dengan kajian dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dilapurkan oleh The Associated Press pada 30/10/2010 bertajuk “India: Land of many cell phones, fewer toilets” oleh wartawan Ravi Nessman.
Read more: http://www.thenewstribune.com/2010/10/30/1402422/india-land-of-many-cell-phones.html#ixzz14rJkgXrV

Lapuran ini menyatakan bahawa India ialah sebuah negara yang lebih banyak pengguna telefon bimbit dari kemudahan tandas. Statistik PBB mendapati hanya 366 juta penduduk India yang mempunyai kemudahan tandas dan selebihnya 665 juta hanya melepas secara terbuka di mana-mana suka.

Menurut Sulabh Sanitation dan Social Reform Kerajaan India telah membelanjakan sebanyak RM1.08 billion untuk menyediakan kemudahan tandas dan masih memerlukan sekurang-kurangnya 120 juta lagi kemudahan tandas yang dikira projek tandas terbesar dalam sejarah dunia.

Di kawasan kepadatan Mumbai di mana 14 juta jumlah penduduknya permintaan untuk tandas begitu mendesak dan ada tandas-tandas yang dibina dengan dinding zink oleh penduduk dikenakan bayaran sebanyak 2rupee (14sen) dan waktu menunggu sehingga 5pagi malah kebanyakkannya hanya melepas dipadang , celah-celah timbunan sampah, dinding jiran atau menunggu sehingga masuk bekerja.

Sesungguhnya pembangunan “Little India” di Brickfield yang diresmikan bersama oleh PM India Manmohan Singh dan Najib adalah syurga tandas yang terindah dan harum mewangi yang harus dijaga dan mengsyukuri kemudahannya oleh penduduk-penduduk “Little India”di Malaysia.

Tuesday, November 9, 2010

Dimana silapnya Najib dengan meletak Naib-Naib Presiden UMNO mempengerusikan badan perhubungan UMNO Negeri di bawah pembangkang?

Di dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini wakil pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyuarakan peranan Shafie Afdal sebagai Pengerusi UMNO Kedah harus dikaji semula kerana “gagal” membawa apa-apa perubahan kepada UMNO Kedah dan masa telah begitu suntuk untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Saranan ini yang sebenarnya adalah “tips of the iceberg” atau "signal" kepada DS Najib bahawa fomula beliau meletak Naib-Naib Presiden UMNO di negeri-negeri di bawah kuasa pembangkang ternyata gaga.

Mungkin menyedari ini juga DS Najib berjanji akan melakukan perubahan seperti yang dinyatakan dalam ucapan pergulungan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Sebagai contoh di dalam kontek negeri Kedah tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh DS Shafie Apdal kerana beliau dianggap “penjajah” dari Sabah untuk menjajah UMNO Kedah.

UMNO Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh UMNO Negara yang cemerlang, gemilang lagi terbilang langsung tak heran dengan Shafie. Dalam pergaulan mudah, kata mereka “Lu sapa?”.

Shafie Apdal langsung tidak boleh usik cuba mengubah untuk membawa perubahan struktur UMNO Kedah kerana beliau juga menang sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia atas sokongan juak-juak ini. Dalam pergaulan mudah, kata mereka “Lu naik jadi Naib Presiden pun gua undi lu? Apa lu mau cakap?”. Kata penjajah Inggeris pula "You scratch my back, I scratch your back".

Nasib tak baik juak-juak ini jugalah yang akan menjatuhkan Shafie Afdal dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Shafie yang dikira pemimpin unggul dari Sabah juga risau politik beliau akan tergolek dan cita-cita politiknya yang menggunung setinggi Gunung Kinabalu akan jatuh merudum seperti nangka busuk.

Hakikatnya episod Shafie Apdal akan berakhir di Kedah dan UMNO Kedah langsung tak berubah semenjak selepas PRU12 sehingga sekarang malah lebih teruk dari pemerintahan Syed Razak yang diguling secara terhormat oleh Mahazir Khalid.

Muka Shafie Apdal pun tak nampak lagi di Kedah dan dalam kejadian banjir besar di Kedah wartawan tercari-cari, mungkin tak jumpa. Wassalammmmmmmmmmmmmmmm.

Sunday, November 7, 2010

Kerajaan Kedah gagal tangani banjir besar di Kedah

MR turun ke Kedah selama 3 hari. Banjir seperti laut. Semalam langit cerah ini bukan jaminan banjir akan surut. Almari-almari baju dan perabut rumah buatan fiber board kembang seperti biskut Marry direndam kopi “o”. Baju-baju masam terendam air. Anak-anak lompat-lompat sorak suka bermain air seperti Sunway Lagoon.

Dibawa memantau sana-sini ternyata PAP (pengundi atas pagar) begitu angin dengan Kerajaan Negeri, ayahanda Ustaz Azizan kerana lambat bertindak hanya banyak kenyataan-kenyataan politik.

Kewibawaan sesebuah Kerajaan yang sebenarnya bukan harus dinilai dari segi pandai bermain politik atau memenangi pilihanraya sahaja tetapi nilaian yang sebenarnya ialah bagaimana mereka menguruskan insiden-insiden bencana alam sebegini. Bagaimana sistem pengurusan bencana disusun supaya tidak bercempera dan lintang pukang.

Semalam Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu.

Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa.

Mesej yang tersirat harus difahami secara menadalam oleh Kerajaan Negeri supaya tidak asyik menjaga pengundi mereka sahaja kerana mereka sekarang memerintah Kedah bukannya memerintah parti PAS sahaja.

Hakikatnya PAP harus menilai kewibawaan dan kelayakan PAS memerintah Kedah. Apakah mereka layak?

Friday, November 5, 2010

"Kemenangan di Galas dan Batu Sapi adalah kemenangan PRU13" Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kemenangan BN dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan gambaran sebenar kekuatan BN menawan PRU 13. Kemelut dalaman pakatan PAS dan PKR yang tidak berkesudahan sebenarnya banyak mengundang malapetaka kepada PAS dan PKR dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas yang sebenarnya.

Kacau bilau ini banyak memihak kepada BN dan peranan besar kewibawaan Ku Li di Galas juga memulih keyakinan pengundi atas pagar. Manakala di Batu Sapi pula slogan Sabah untuk Sabah ternyata membunuh PKR dan SAPP kerana rakyat telah muak dengan slogan basi ini modal lama yang dimainkan oleh Pairin Kitingan semasa di luar BN dahulu dan kini Pairin telah kembali dalam BN.

Dakwaan sesetengah pemimpin UMNO khasnya wanita muda UMNO bahawa kejayaan di Galas dan Batu Sapi adalah gambaran sebenar yang akan dapat dilihat dalam PRU13 nanti adalah kenyataan politik cetek tanpa berpegang kepada asas akar umbi yang kukuh.

Ini kerana hakikatnya pergolakan di peringkat mikro dalam UMNO dan BN di bahagian-bahagian sebenarnya masih lagi belum selesai malah ada bahagian yang lebih parah dan masih berpuak-puak.
Kebiasaan di dalam pilihanraya umum masing-masing akan sibuk dengan kawasan masing-masing tidak seperti pilihanraya kecil di mana ramai tumpuan tokoh-tokoh besar yang turun membantu.

Jika Galas dan Batu Sapi diambil sebagai “benchmark” PRU13 akan datang ternyata UMNO hanya mimpi di siang hari atau kata orang Kedah “depa dok mamai atau qayan sorang-sorang” di mana akibatnya mereka dibuai syok sendiri dan akan kantoi lagi.

Apa pun UMNO jangan RAYA HINDU hasil kemenangan Galas dan Batu Sapi.

Wednesday, November 3, 2010

Banjir buruk di Kedah, pengurusan bencana alam Kerajaan Kedah lembab

MR menerima panggilan semalam dan simpati dengan beberapa rakan di Kedah yang terlibat dengan bencana banjir yang dikira teruk selepas 2005. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terpaksa ditutup kerana limpahan air di sekeliling lapangan terbang tersebut.

UUM terpaksa menangguh upacara konvokesyen mereka kerana ramai kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam bencana ini.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah Kerajaan Kedah ternyata lembab di dalam tindakan menguruskan bencana alam. Muka-muka wakil rakyat dan pemimpin negeri yang ada seperti tiada.Kalau BN di bawah Syed Razak dahulu telah pun umumkan jumlah bantuan kepada mangsa tetapi Kerajaan Negeri hari ini masih bisu dan pekak.

“Tidak ada usaha-usaha untuk membantu mangsa-mangsa baik dari segi wang ringgit atau sehelai dua kain selimut” kata rakan yang menalefon MR.

“Depa dok bukut dalam selimut depa MR oooiiiiii....…” kata rakan itu lagi.

“Dulu semasa mereka menjadi pembangkang depa dok asyik kutuk kerajaan BN semasa bantuan Tsunami di Kota Kuala Muda, hari ini giliran mereka lagi teruk. Kalau pengundi atas pagar tidak buka mata lagi ternyata buta dan tulilah mereka” kata rakan MR.

Kesimpulan nya mengikut rakan-rakan MR di Kedah, pentadbiran Kerajaan Kedah tidak ada pengalaman dalam menguruskan bencana alam mereka hanya pandai berceramah dan bersyarah.

Monday, November 1, 2010

Najib demam campak, tilam empuk bukan penawar

Alhamdulillah DS Najib dah mula menunjukkan tanda-tanda pulih dari sakit demam campak. DS Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun mambu agar cepat sembuh.

Rawatan penyakit campak tidak ada fomula khas dari pakar perubatan ia memerlukan rawatan secara tradisional seperti daun mambu dan air kelapa. Daun mambu hendaklah di alas di atas tempat tidor dan pesakit hendaklah tidur di diatas daun tersebut.

Menurut orang-orang tua daun mambu juga boleh dibuat untuk menggaru badan jika gatal-gatal campak.Pantang sekali jika terkena hujan kerana parutnya akan berkekalan sampai akhir hayat.

Ternyatalah dalam dunia moden hari ini tilam empok bukan penawar bagi penyakit campak yang sedang dihidapi oleh Perdana Menteri.

Tuesday, October 26, 2010

Ustaz Azizan dihisap lintah kerbau

Auditor-general Tan Sri Ambrin Buang questioned the efficiency of the Kedah State Secretariat Office’s (SUK) vehicle maintenance plan after three of its cars had their tyres changed twice within four and nine months. The state government said it was due to heavy usage.

Based on the Road Transport Department’s record, Ambrin also listed 204 vehicles registered under the Kedah SUK that had gone missing from the state’s Vehicle Central Record.

“An investigation must be carried out to determine the status of these vehicles, whether they still exist and are being used or have been disposed off,” he said.
The Audit Department also discovered an imprudent payment system for vehicle maintenance and fuel where payments for these were made twice within a month which took place in April and November last year.

This resulted in the auditor-general urging the Kedah SUK to reclaim the redundant payment and take disciplinary action against the officers involved.(NST -26/10/2010)

204 kenderaan yang didaftar atas Setiausaha Kerajaan Kedah lesap dan ghaib dari dalam rekod kenderaan negeri.

Entah mana ghaibnya harus disiasat oleh Ustaz Azizan. Manakala bayaran lebihan telah dibuat untuk petrol dan servis kenderaan-kenderaan Kerajaan Negeri.


Inilah akibatnya jika Ustaz Azizan dok harap sangat kepada pegawai pentadbir negeri, mereka ini ibaratnya lebih dari “ lintah kerbau” menghisap darah pesawah sehingga buncit perut.

Malah ada pegawai yang kaki betina membeli hadiah dengan umpan lumayan kepada gundik-gundik kesukaannya.

Ustaz Azizan dikelentong mereka sekupang dua duit sahaja. Itulah kelemahan pentadbiran Ustaz Azizan yang tidak berpengalaman mentadbir Kerajaan Kedah.

Kata rakan Ustaz Azizan takut dengan pentadbir negeri.

Sunday, October 24, 2010

Ucapan mantap Najib

Semua pihak yang berada di dalam parti komponen kata Datuk Seri Najib Tun Razak , memberi persetujuan untuk tidak lagi mengungkit isu-isu sensitif, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sesungguhnya agak sukar untuk mengekalkan momentum yang mantap seperti ucapan DS Najib dalam sessi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu. Ini kerana isu ini seperti gula-gula yang dapat meraih undi dalam pilihanraya.

Yang sebenarnya kerangka dan “hardware” UMNO memang telah sedia mantap cuma yang tidak stabil ialah “software”nya. Inilah yang banyak disentuh secara telus di dalam ucapan beliau itu.

Contoh-contoh nyata yang disentuh beliau seperti boikot memboikot apabila tidak dipilih sebagai calun adalah hakikat yang sebenar. Ada pemimpin bahagian yang tidak nampak batang hidung apabila namanya tidak dicalun semasa PRU11 dan akibatnya merebak dan berjangkit sehingga PRU12.

Ada juga calun Parlimen memboikot calun Dewan Undangan Negeri kerana tidak sebulu semasa bertanding dalam pemilihan UMNO. Sifat-sifat PHD (perangai hasad dengki) ini tidak mudah dihakis di kalangan kepimpinan di peringkat UMNO Bahagian  dengan satu ucapan penggulungan sahaja khasnya di negeri yang BN kalah  tetapi mereka ini harus “dicloroxkan” atau diputihkan setiap bulan.

Ini menepati hasrat Najib untuk turun padang bersama Muhyiddin pada tahun hadapan untuk bertemu rakyat. Najib tidak boleh lagi mengharapkan lapuran-lapuran yang dicantikkan oleh Ketua UMNO Bahagian sahaja.
Jika Najib betul-betul menyedari masaalah ini beliau harus betul-betul “cloroxkan” isu ini dengan segera, bak kata orang putih “walk the talk” waima kawannya sendiri.

Apa pun yang menarik MR di dalam ucapan beliau ialah strategi Bah Besar UMNO yang keempat “UMNO mesti menjadi juara media baru”. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa UMNO akan buat untuk jadi juara media baru ini.

Saturday, October 23, 2010

“Anak Ku Dino…. Bapa Berani kerana bapa disebelah yang benar nak…...”

Hari ini terbukti siapa yang lebih berintegriti, bloggers atau ahli politik? Bloggers-bloggers yang kurang ajar telah pun diajar oleh Rais Yatim. Sama-samalah kita mengikuti perkembangannya apa kesudahan episod ini?


Rais's son named in telco civil case... but Dino denies any involvement in biz dealings
Reena Raj
Friday, October 22nd, 2010 13:55:00

KUALA LUMPUR: The Civil High Court here this morning was the setting for a case involving a telecommunications company, where the son of a minister in charge of the industry, was mentioned.

Dino Rais, son of Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, was named in an affidavit filed by businessman Abdul Razak Mohd Nor and Nor Aishah Harun against respondents Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd and Looh Siong Chee.

The affidavit had stated that in January this year, Looh, a shareholder and director with Magic Telecom, had proposed to Abdul Razak that Dino be given a five per cent shareholding in Magic Telecom to ease the obtaining of the spectrum approval and other necessary licences.

The affidavit also stated that they both allowed the involvement of Dino to assist other employees in Magic Telecom from Jan to July.

In the petition filed, Abdul Razak and Aishah had enclosed a copy of the EGM dated Oct 11, signed by Looh.

Abdul Razak, in the petition, also stated he believed the EGM was being called with ill-intentions.

He said despite him giving a notice on Oct 4 to Looh and the other directors of Sejahtera to refrain from requisiting any EGM because Sejahtera was not a valid shareholder of Magic Telecom but just a temporary loan borrower, he did not get a reply from Looh.

Abdul Razak said he believed Looh's action to call for the EGM was to extend his intention to take over Magic Telecom via Sejahtera.

An originating petition was filed by Numix Engineering Sdn Bhd, Abdul Razak and Aishah against respondents Magic Telecom, Sejahtera Saluran and Looh on Oct 8.

The prayers in the petition included an injuction restraining or preventing Sejahtera Saluran and Looh from exercising any powers and rights as directors or shareholders of Magic Telecom and also to declare the additional issuance of RM4 million, which was allotted on July 21, 2010 as ordinary shares in Magic Telecom as null and void.

He also pleaded for an order of rectification of the share register of Magic Telecom to delete the shareholdings of Sejahtera Saluran of RM4m shares in Magic Telecom.

He is also claiming for an order of damages against Sejahtera Saluran and Looh or in alternative, an order to buy out Magic Telecoms shareholdings at a fair value to be determined by the court.

He is also seeking an order that the petitioners buy out at the total of RM350,350 shares of Looh at a fair value to be determined by the court.

In the alternative, an order to wind up Magic Telecom under the provisions of the Companies Act 1965 and that the official receiver be appointed as liquidator.

The injunction hearing of the petition will be heard on Nov 18.

In an SMS response to The Malay Mail this morning regarding the mention of his name in the afidavit Dino said: "I don't have anything to do with Razak. I was merely invited by Desmond (Looh) to advise him in terms of Malay write up and Malay social ethic since his Bahasa vocabulary is not that generous.

"Furthermore his partner (Abdul Razak) is Malay and I was only giving personal views regarding simple matters. I never touched on business dealings and I've never owned a telecommunications company as mentioned lately.

"Perhaps Razak is not happy with certain things hence he is claiming 'names' as a stepping stone to wrestle things his way."

Wednesday, October 20, 2010

PNB harus menjawab kepada generasi "Merah Sangat la Mak Ngah...."

Masih kah kita ingat di sekitar tahun 1981 apabila Permodalan Nasional Bhd mula melancarkan skim Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional dengan salah satu iklan mereka yang cukup berkesan di kalangan orang-orang Melayu kampung ialah iklan “Merah Sangat la Mak Ngah…”.

Iklan yang dipromo saban hari itu cukup berkesan dan memikat orang-orang kampung untuk melabur dalam ASB. Wang-wang simpanan Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Long, Pak Long, Nana dan Mamu yang selama ini disimpan di merata tempat seperti di bawah bantal, tabung buluh, tabung gajah dan baju dalam dikumpul sebanyak mungkin untuk dilabur dalam ASB.

Hasil pulangan pelaburan mereka pada peringkat awal pelancaran skim tersebut ternyata memberangsangkan dan menguntungkan. Ada yang membeli rumah, harta tanah, membiayai anak belajar, pergi Haji dan Umrah.

Generasi MSM (Merah Sangat la.. Mak Ngah) memang tidak tahu berniaga tetapi pandai menyimpan wang. Mereka percaya dan mengharap penuh 150 persen kepada pengurus dana PNB agar bijak menguruskan pelaburan mereka supaya mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Cetusan dari kejayaan itu, PNB telah melancarkan berbagai lagi skim tetapi pulangannya tidak lagi seindah ASB. Bonus dan dividen nya hanya cukup-cukup makan sahaja sehinggalah ke hari ini.


Tetiba hari ini generasi MSM terkejut beruk apabila mendengar pengumumam oleh Perdana Menteri mereka, bahawa wang mereka akan dilabur oleh PNB untuk membina “Menara Warisan” yang menelan belanja sebanyak RM5billion. Menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia itu dijangka siap pada tahun 2015-2020.

Rata-rata pelabur yang umur mereka telah lanjut tidak akan dapat melihat malah jauh sekali untuk menaiki lift menara 100 tingkat tersebut. Pendek kata Menara tersebut bukan untuk mereka. Jasa mereka akan dilupakan begitu sahaja oleh generasi Melayu baru yang tidak pandai menyimpan hanya pandai bermewah dan berjoli.

Apapun sebelum upacara pecah tanah untuk membina Menara Warisan yang dicadangkan itu, Permodalan Nasional Berhad harus menjawab dahulu kepada orang-orang Melayu yang melabur khasnya generasi “Merah Sangat La Mak Ngah” mengapa pulangan saham, bonus dan dividen mereka tidak setimpal dengan belanja membina “Menara Warisan” sebanyak RM5billion.

Tuesday, October 19, 2010

Lagi kejayaan kaum Cina di luar negara

Lagi berita kejayaan kaum Cina Malaysia di luar negara, tetapi sayang beliau telah dibeli awal oleh Singapura.Mungkin cintanya kepada Singapura melebihi cintanya kepada Malaysia kerana imbuhan yang lumayan.

(The Star) PETALING JAYA: A 23-year-old Malaysian has emerged as the top student in his final-year law examinations at Cambridge University.

Tan Zhongshan (pic) obtained a first-class honours in the Bachelor of Arts (Law) in June this year at Queens’ College, which is part of the university, one of England’s oldest and most prestigious.

He even scored the “Slaughter and May” prize given by the university’s Law Faculty – an award given to those who achieve the best overall performance in the final-year law examinations.

Other coveted prizes he bagged include The Norton Rose Prize for Commercial Law, the Clifford Chance Prize for European Union Law and the Herbert Smith Prize for Conflict of Laws.

Queens’ College dean Dr Martin Dixon said Tan definitely stood out among the students there.

“He is probably the best Malaysian student I have seen in the last 10 years,” said Dr Dixon, who taught Tan on Land and Equity for two years.

“He is the most able, dedicated and one of the most likeable students I have taught in more than 20 years at Cambridge.”

Tan, he said, was also a great help to fellow students.

“He works really hard, has great insight and intuition. He is a problem-solver, listens well and learns,” he said.

Tan was modest about his achievements. “It was a pleasant surprise as it is hard to predict the end results,” said the Ipoh-born, who has been in Singapore since August.

On his secret to success, he attributed it to “consistent work and a detailed understanding of the subjects”.

The classical guitar player is not done yet. He will pursue his Bar exams, expected to be completed by end of 2011, in Singapore.

“I will also join the Singapore Legal Service in January,” said Tan, who was awarded an Asean scholarship by Singapore’s Ministry of Education after completing his A-Levels at the Temasek Junior College there.

On his reasons in pursuing a law degree, he said, “Being in the legal line gives you a chance to make changes that have a far-reaching effect.”

Saturday, October 16, 2010

JKKK, JKKP dan Tok Batin ucap Terima Kasih pada Tok Najib.

Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.

Marilah kita berdoa ke hadzrat Allah SWT agar tidak berlaku perebutan kuasa di peringkat akar umbi khasnya merebut jawatan JKKK dan JKKP kerana hubuannya sangat lumayan.

Pengundi Atas Pagar (PAP) hendaklah memastikan Ketua JKKK dan JKKP mereka turun ke bawah memantau kerja-kerja di kampong mereka.

Tidak ada lagi dewan orang ramai yang bocor, jalan kampong yang berlubang, kelas-kelas Quran dan Tajwid sentiasa mendapat sambutan, tadika Kemas berjalan lancar, tidak ada penagih dadah atau hidu gam dan yang utama pastikan Ketua UMNO Bahagian berfungsi sebagai Ketua Bahagian bukannya pergi makan angin di Perth dan lobi-lobi projek kerajaan untuk poket sendiri.

Akhirnya undilah Kerajaan DS Najib Tun Razak untuk PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Friday, October 15, 2010

Rocky dan Rais mengulangi sejarah ZAM dan GOBLOK.


Di dalam Utusan Malaysia hari ini Rais menyatakan beliau berani kerana beliau berada di dalam pihak yang benar dan bloggers harus diajar.
Menurut Rais bloggers mesti diajar berhemah mungkin kerana selama ini mereka tidak berhemah dan kurang ajar.
Sebelum Rais, Menteri Penerangan dahulu Tan Seri Zainudin Maidin pernah menghina bloggers dengan katanya bloggers itu goblok. Goblok yang membawa makna seperti di dalam kamus dewan ialah bodoh, tolol, bangang,  dungu dan makna yang bersamaan dengannya.
Apabila post-mortem kekalahan PRU12 dibuat ternyata BN amat ketinggalan dalam peperangan media siber. Banyak kawasan yang tewas terdiri dari pengundi-pengundi muda yang sudah jemu dengan ceramah-ceramah propanganda pendekatan Sukarno dan Asri Muda.
Pengundi muda tidak membaca akhbar Utusan dan menonton TV1 dan TV2. Rupa-rupanya goblok-goblok ini ternyata memainkan peranan yang besar.
Bila sudah terantuk baru tengadah. Hari ini hampir semua menteri ada Facebook dan ada Blog. Persoalannya siapa yang GOBLOK dan siapa yang harus diajar berhemah?

Wednesday, October 13, 2010

Apakah ada agenda tersembunyi disebalik isu Rais Yatim.

MR bukan orang business tapi bunyi-bunyi gembar-gembur isu Datuk Seri Utama Rais Yatim ini seperti ada agenda tersembunyi yang dimainkan oleh pemain-pemain industri sendiri.
Di dalam persaingan dunia perniagaan bukan semua orang boleh dipercayai. Jatuh menjatuhkan tokoh-tokoh tertentu dalam dunia korporat lebih hebat dari menjatuhkan tokoh politik.
“Corporate intelligent” pun bukan calang-calang strategi mereka, yang akhirnya akan menjadi mangsa ialah pemimpin yang tidak ada kena mengena dalam permainan mereka.

Berhubung dengan blogger, Rais harus adakan pertemuan dengan blogger-blogger ini bagi menyatakan situasi yang sebenar supaya blogger dapat bermanja dengan Menteri Komunikasi mereka.

Sunday, October 10, 2010

Perceraian, bapa mentua Raja Azura pening

Menteri Besar Kedah antara 1985 hingga 1996, Tan Sri Osman Aroff mengakui sudah tidak ingat lagi fakta kontrak antara Kerajaan Negeri di bawah pemerintahannya dengan syarikat pembekal air bersih di Langkawi, Taliworks Sdn Bhd kerana sudah terlalu lama.

“Saya sudah lama sangat tinggalkan kerajaan, saya tak ingat apa-apa lagi mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Tok Man Aroff mana nak ingat kerana beliau sedang sibuk handle isu perceraian anaknya Azmin dan pengacara hot Raja Azura.

Apa yang UMNO la ni dok korek-korek isu lama. Kata sahabat di Kedah semalam, “MR oiii..hang tau ka apa jadi? Ustaz Azizan akan londeh sehelai demi sehelai sampai BN Kedah telanjang bulat. BN Kedah dah tak cukup kain nak katup. Katup atas nampak bawah, katup bawah nampak atas. PRU13 depa nahas”.

Apa pun ada mata lihat, ada telinga dengar, bila sampai PRU13 sebelum pangkah tepuk dada tanya yang mana lebih berselera. Memang seperti yang MR nyatakan mereka ini seperti "Bangau sakit perut makan nasi mentah" dok persalahkan sana dan sini.

Berilah ketenangan kepada bapa mertua Raja Azura kerana beliau sedang pening dengan anaknya yang tidak kurang romeonya itu.

Friday, October 8, 2010

Insyaallah Datuk Mukhriz akan ambil alih memimpn UMNO Kedah

Desas-desus bahawa akan berlaku perubahan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah daripada Datuk Shafiee Afdal kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir dalam sebulan dua ini ternyata menarik minat pengundi-pengundi di atas pagar(PAP).

PAP sedang memerhati kelaku, kerenah dan perangai ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Kedah yang sedang kelam-kabut buat sibuk. Apa tidaknya semua program yang Datuk Mukhriz turun telah dihurung seperti semut menghurung gula oleh pelakon-pelakon dan hippokratis UMNO Kedah.

Jika dulu Datuk Mukhriz dihentam dari belakang sekarang ini tangan Datuk Mukhriz pun sanggup dicium walaupun berbau gulai nasi kandar. PAP sekali lagi naik termuntah dengan sandiwara muka tak tahu malu oportunis-oportunis politik ini.

Apa pun PAP akhirnya akan melihat apakah betul-betul akan berlaku perubahan di dalam UMNO Kedah. Lapis-lapis bengkang hangit yang ada harus dikikis seratus peratus dan diganti dengan yang baru. Ini kerana noda-noda politik yang telah mereka lakukan dalam PRU12 masih segar dalam ingatan PAP serta sukar untuk dimaafkan.

Isu tariff air di Kedah yang telah didedah Uztaz Azizan sedikit demi sedikit ternyata hakikatnya kepincangan adalah dari kepimpinanan BN yang lepas. Dahulu semasa memerintah mereka rakus, tamak dan haloba.

Hari ini mereka ternyata tidak dapat membela PAP di dalam mesyuarat DUN dan di luar mesyuarat DUN kerana Ustaz Azizan telah menggengam erat telur kemuruk mereka.

Konklusinya jika Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diambil alih terajunya oleh DatukMukhriz Mahathir beliau harus mengubah muka-muka lama kepada muka-muka baru yang bersih dan dinamik yang betul-betul yang boleh bersuara untuk perjuangkan PAP.

Jika tidak UMNO Kedah tidak akan kemana hanya dikelilingi oleh “bangau-bangau yang sedang sakit kerana makan nasi mentah”.

Tuesday, October 5, 2010

Awas! kemunculan Parti Barbarian

Hampir rata-rata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku kekecohan, insiden bantah-membantah, ketegangan dan keganasan sepanjang tiga minggu lalu dan berakhir semalam.

Cabang-cabang yang ganas adalah Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Pasir Gudang, Tebrau, Kota Tinggi,Saratok, Lubuk Antu, Serian, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus. Dari Serawak sampai ke Kedah.

Rakyat tahu, insiden-insiden sebegini bukanlah perkara baru dalam PKR kerana PKR bermula dan diasaskan dari keganasan dijalanan yang dipelopori oleh Penasihat mereka Anwar Ibrahim.

Anggota-anggota mereka berdaya berucap berapi-api menaikkan semangat sehingga tercetus keganasan jalanan dengan membakar harta awam dan kenderaaan. Wajah-wajah mereka ketika itu kelihatan amat bengis dan menakutkan seperti wajah penasihat mereka AnWAR Ibrahim.

Tian Chua berkemammpuan berguling-garak di atas jalan. Gopala Krisnan berkemampuan ludah-meludah kepada pihak berkuasa.

Anggota-angota mereka hampir semuanya terdiri dari taring-taring tajam yang hanya percaya bahawa demokrasi itu harus ditegakkan melalui keganasan dan demonstrasi jalanan.

Hari ini di dalam kandang mereka ada beruang, ada harimau, ada musang, ada singa, ada gajah, ada ular tedung, ada naga dan ada buaya. Mereka tidak akan aman untuk duduk berdiskusi, berbincang dan bermesyuarat dengan waras serta berkepala dingin.

Sesama mereka juga di dalam senyap mahu meratah dan membaham sesama sendiri, dalam kata mudah “harap-harap percaya tidak”.

Hari ini rakyat sendiri boleh menilai bagaimana akan terjadi jika mereka diberi peluang memerintah negara ini. Nescaya kita semua akan beralih ke zaman barbarian bersenjatakan belantan. kapak bodo dan berkain cawat.

Kata Barbarian “ kita orang tak kira orang, kalau orang kacau kita orang, kita orang makan orang"

Monday, October 4, 2010

Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik kepada Tun M

Gambar terbaru Tun M di Melbourne bertarikh 4 Oktober 2010 jam 11.00 Melbourne.
(sumber gambar dari - bigdogdotcom.wordpress.com)

TV3 promo muka tak laku, Mahdzir Khalid

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.

Kata Azizan “sekiranya kerajaan pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air,” Mahdzir berkata, kerajaan Pusat hanya menetapkan harga siling air dan kerajaan negeri berhak untuk tidak menaikkan tarif sekiranya tidak bersetuju. (Bernama)

Semalam semasa minum teh tarik di Pelita Restoran, Seberang Jaya terpacul lagi muka Mahdzir Khalid menjelaskan di dalamTV3 yang dahulu banyak membantunya menaikan beliau sebagai MB Kedah.

Sebaik muka Mahdzir Khalid muncul beberapa pelanggan di sebelah meja MR mencebik bibir yang memualkan.

Kata seorang pelanggan itu lebih kurang berbunyi “apa nak cakap lagi, muka dah tak laku yang melingkupkan negeri Kedah cakap pun oghang dah tak mau dengaq…”.

Inilah persepsi rakyat bawahan teradap Mahdzir Khalid. Beliau tidak layak berhadapan dengan Ustaz Azizan kerana mukanya yang penuh dengan noda-noda politik. Mahdzir Khalid yang sebenarnya terlalu sinonim dengan sebab-musabab kejatuhan Kedah ke tangan pembangkang.

Setiap kali beliau muncul dan cakap menghentam PAS yang sebenarnya memberi bonus kepada PAS Kedah.

Kasihan Mahdzir Khalid naiknya pun mengejut turunnya pun mengejut.Harap-harap TV3 jangan lagi promo Mahdzir Khalid.

Sunday, October 3, 2010

Persaraan Menteri-Menteri telah dijanjikan dengan pulangan lumayan termasuk Samy Vellu.

AKHIRNYA, Samy Vellu akan bersara sebagai Presiden MIC Januari tahun hadapan.

Semoga Samy Vellu bercakap benar kali ini. Kebanyakan orang politik lidah bercabang. Kesetiaan, kepada kebanyakan mereka, hanya modal bersandiwara untuk berkuasa dan mengekalkan kepentingan diri.

Sudah pasti Samy Vellu termasuk di dalam golongan ini. Dahulu apabila Samy diura-urakan akan berhenti, khabar angin bertiup kencang beliau akan dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke India dan Pakistan.

Duta bertaraf Menteri bermaksud kehidupan beliau akan kembali selesa sepertimana semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kerjaraya dan portfolio yang lain.

Ia bermaksud Samy Vellu akan mendapat keistimewaan yang sama sepertimana Jamaluddin Jarjis yang kini Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang juga bertaraf Menteri. Terbang ke sana-sini menaiki penerbangan kelas pertama, disambut bagaikan Menteri oleh kakitangan kedutaan serta menikmati elaun-elaun yang memberi cukup keselesaan kepada beliau dan keluarga.

Ini masalah negara kita. Orang yang sama mendapat keistimewaan walaupun pencen sudah beribu ringgit, tetapi orang biasa terus dengan kehidupan sediakala.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem politik kita. Lihatlah senarai-senarai Pengerusi Syarikat-Syarikat milik kerajaan. Sebahagian daripada mereka Ahli Parlimen yang bergaji dan mereka juga Pengerusi Syarikat.

Musa Hitam, kini berumur 76 tahun, yang bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986, iaitu 24 tahun yang lalu, adalah Pengerusi Sime Darby Berhad. Dapat pencen Timbalan Perdana Menteri, dapat gaji beribu ringgit sebagai Pengerusi Sime Darby dan terbang ke sana sini naik kapalterbang kelas pertama dan ada kuasa untuk menyewa jet peribadi menggunakan wang syarikat.

Shahrir Samad, ahli Parlimen dan sekarang Pengerusi MPOB. Anak Mohamed Rahmat, Nurjazlan, Ahli Parlimen dan Pengerusi Uda. Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak, adalah Pengerusi Felcra. Bekas Menteri Perusahaan Utama Yusof Noor (1990-1995), ada pencen Menteri dan dah bertahun-tahun jadi Pengerusi Felda. Tidak tersenarai ramainya mereka-mereka ini.

Ahli-ahli Umno yang lain dirayu, dipinta teruskan perjuangan Melayu. Bangkitlah Melayu. Melayu akan hilang kuasa. Yang hidup senang lenang Ahli Parlimen, bekas Menteri dan Ketua-Ketua Umno berjawatan. Tiada noktah kepada kesenangan.

Tidak payahlah sensitif kepada kenyataan Jelapang ini. Ianya realiti. Lebih teruk lagi bila adanya Melayu yang memegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan mengubah cara hidup mereka menjadi Melayu aristokrat.

Kita tidak lupa suatu ketika dahulu bagaimana seorang Pengerusi syarikat milik kerajaan terbang ke London kelas pertama dua kali seminggu secara percuma dan mengangkut botol-botol arak yang kandungannya tinggal separuh kerana hendak minum percuma.

Pengerusi-Pengerusi ini diberi gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' dan JP. Orang Melayu yang berkehidupan sederhana dipaksa menunjukkan rasa hormat kepada mereka kerana mereka Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato dan JP. Jawatan tidak cukup. Mereka perlu diberi gelaran untuk membeza kelas mereka di dalam masyarakat. Cukup menyedihkan dan memualkan.

Mereka-mereka ini menjadi Pengerusi kerana mereka Melayu, kerana Melayu dan kerana Melayu berkuasa. Tetapi malangnya nama Melayu hanya tunggangan untuk menikmati kesenangan.

Melayu yang rendah diri hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu realiti negara kita hari ini.

Harapan kita Najib Razak mengubah sistem politik ini. Kalau tidak sanggup mengubah, tidak perlulah kita cakap tentang Melayu hilang kuasa.

Perlu ingat, Melayu akan hilang kuasa bukan kerana Bukan Melayu. Orang Melayu sendiri yang buang kuasa pemimpin Melayu yang lupa asal-usulnya.

Balik kepada persaraan Samy Vellu. Lihatlah kenyataan Najib. Beliau sendiri amat berharap Samy Vellu bercakap benar kali ini.

Terima Kasih atas apa yang anda lakukan, kata Najib kepada Samy Vellu semalam. Amat jelas ianya kenyataan politik yang mahu memadam terus niat Samy Vellu untuk membuat pusingan U jika Samy Vellu mempunyai niat sedemikian.

(Posting ini diakstrak dari blogger Jelapang - kedahku.blogspot.com)