Di dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini wakil pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyuarakan peranan Shafie Afdal sebagai Pengerusi UMNO Kedah harus dikaji semula kerana “gagal” membawa apa-apa perubahan kepada UMNO Kedah dan masa telah begitu suntuk untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa hari lagi.
Saranan ini yang sebenarnya adalah “tips of the iceberg” atau "signal" kepada DS Najib bahawa fomula beliau meletak Naib-Naib Presiden UMNO di negeri-negeri di bawah kuasa pembangkang ternyata gaga.
Mungkin menyedari ini juga DS Najib berjanji akan melakukan perubahan seperti yang dinyatakan dalam ucapan pergulungan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.
Sebagai contoh di dalam kontek negeri Kedah tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh DS Shafie Apdal kerana beliau dianggap “penjajah” dari Sabah untuk menjajah UMNO Kedah.
UMNO Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh UMNO Negara yang cemerlang, gemilang lagi terbilang langsung tak heran dengan Shafie. Dalam pergaulan mudah, kata mereka “Lu sapa?”.
Shafie Apdal langsung tidak boleh usik cuba mengubah untuk membawa perubahan struktur UMNO Kedah kerana beliau juga menang sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia atas sokongan juak-juak ini. Dalam pergaulan mudah, kata mereka “Lu naik jadi Naib Presiden pun gua undi lu? Apa lu mau cakap?”. Kata penjajah Inggeris pula "You scratch my back, I scratch your back".
Nasib tak baik juak-juak ini jugalah yang akan menjatuhkan Shafie Afdal dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Shafie yang dikira pemimpin unggul dari Sabah juga risau politik beliau akan tergolek dan cita-cita politiknya yang menggunung setinggi Gunung Kinabalu akan jatuh merudum seperti nangka busuk.
Hakikatnya episod Shafie Apdal akan berakhir di Kedah dan UMNO Kedah langsung tak berubah semenjak selepas PRU12 sehingga sekarang malah lebih teruk dari pemerintahan Syed Razak yang diguling secara terhormat oleh Mahazir Khalid.
Muka Shafie Apdal pun tak nampak lagi di Kedah dan dalam kejadian banjir besar di Kedah wartawan tercari-cari, mungkin tak jumpa. Wassalammmmmmmmmmmmmmmm.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
MR.Dalam hal ini bukan salah Dato Najib.Semua ada cerita nya yang tersendiri sandiwara politik UMNO di Kedah.Pengerusi hanyalah sebagai koordinator atau penyelaras sahaja.Yang kena berperanan penting ialah Ketua Bahagian yang ada 15 bahagian semuanya.Meraka hulubalang disitu.Merakalah yang mengangotai Badan Perhubungan UMNO Negari.Bukan orang lain yang berada disitu,Setakat hari hampir banyak Ketua bahgian tak buat kerja politik UMNO kearah menguatkan parti.Meraka buat kerja hanya menguatkan diri sendiri.Ibarat kepala gerabak keretapi bergerak tetapi tinggal gerabak dibelakang.Sikit kerja banyak guna media massa.Pada hal kalau pergi dekat penghasilan nilai kerja politiknya kosong.Dalam hal ini Dato Najib dan Pengerusi UMNO Perhubungan tar perlu di persalahkan.Yang perlu dihumban dan memikul tanggung jawab ini ialah Ketua Bahagian. dibahagian masing-masing.Kalau semua ketua bahagian berkerja kuat dibahagian masing-masing secara otomatiknya UMNO Kedah akan kuat dan perkasa.Ini kalau Ketua Bahgian pun jadi segala punca masaalah parti bagaimana UMNo nak kuat.Ringkasnya Dato Najib tak salah dalam hal ini.Sepatutnya semua pemimpin kena akur dan ikut cakap Presiden disebuah negeri yang kalah pada PRU 12 yang lalu.Kuasa penoh terletak pada Ketua Bahagian.Kalau dia lena dan syok sendiri terima hasilnya.Adakah wajar Presiden UMNO pula dipersalahkan.Tak patut dan tak taat pada Presiden.
ReplyDeleteUMNO ada lagi ke di Kedah.Rasanya yang pun macam tiada.Lebih baik tak ada dari ada macam tak ada.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteCek setuju sangat dengan pandangan Helangkawi tu. Sebelum PRU 12 lagi ketua-ketua Umno kat Kedah ni dah bekelahi sesama sendiri. Sabit tu masuk ja PRU 12 teruih bungkuih..haa..menangih ayaq mata darah skalipun tak guna. PM nak buat lagu mana kalu orang-orang kuat tempatan sekoq pon tak buleh nak harap. Terpaksalah ambik player import.
Mr.MR.Tolong habak kata Dato najib sat.Semua kepala kepala umno yang ada di Kedah hari ini termasuklah Ketua bahagian pemuda wanita PU3 macam pemimpin lepat liat.Depa layak jadi kontrakter saja.Kalau nak tukak tukak depa dulu...
ReplyDeleteDalam percaturan ds.najib pada masa itu..sepatutnya ds safe apdal menolak cara baik pelantikan keatasnya sebagai ketu perhubungan n.kedah dia tak akan mampu buat apa apa di kedah.waima bukan ds safe yang dilantik menerajui perhubungan kedah hakikatnya,tidak keterlaluan kalau dikatakan agak terlalu mustahil bagi UMNO utk tawan semula n kedah.jangan bermimpi lagi di siang hari malah ada manfaatnya UMNO tumpu usaha perkuat kubu yg masih sedia ada lupaknlah dulu kedah buat seketika pada pru13,ianya tetap milik pas,belum ada tanda tanda peralihan sokongan terhadap pas di kedah,terimalah hakikat kedah akan menjadi seperti kelantan kelak.Tun M ada bagi ingatan sekali kuasa terlepas dari tangan terlalu payah utk mendapatkanya kembali.ds shafe akan berada dipenghujung kemuncak kerjaya politiknya sekiranya tak keluar dari kedah.Tapi pemimpin seperti datuk safe boleh menjejaskan simpanan tetap bn di sabah sekiranya dia disingkir begitu sahaja.
ReplyDelete