Thursday, December 31, 2009

Apa dah jadi ni? "Allah" pun mereka heret ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rrayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah"
boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.
Apakah ini keterlauan? Sehingga "Allah" diheret ke mahkamah.

Bila dah cinta ketiak pun bau wangi

Dengar khabar Bung Mokhtar sedang berbulan madu di Eropah bersama isteri barunya artis Zizi Ezette. Zizi Ezette juga dihadiahkan dengan sebuah kereta mewah mungkin sebagai satu hadiah perkahwinan mereka. Inilah kelebihan berkahwin dengan Ahli Parlimen atau YB kerana kesenangan hidup boleh di”shortcut”kan.

Jika harap nak jadi pelakon dan artis mungkin sampai berkedut pun tak dapat beli sebuah rumah kerana “jangka hayat” kecantikan seorang wanita atau artis tidak lama. Apabila masuk era umur 40an mereka diibaratkan seperti kata pujangga Hamka – “wanita seperti sepohon getah apabila susunya habis tidak boleh ditores lagi”.

Apapun risiko berkahwin dengan wakil rakyat ini amat tinggi kerana “jangka hayat” wakil rakyat di tangan rakyat dan pengundi. Jangan sampai rakyat jelak dengan isu-isu tuntutan nafkah yang berjuta ringgit apabila berlaku perceraian.
Kerana rakyat bimbang wang mereka disalah gunakan untuk membayar tututan yang tidak menasabah oleh mana-mana artis.

Harap bahagia Bung Mokhtar, apabila dah berbulan madu dan cinta menyintai disaat inilah ketiak pun bau wangi.

KEPADA SEMUA COMRAD MUMMY ROKIAH. SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Friday, December 25, 2009

DS Ustaz Azizan Abdul Razak and the Good Political Practice

Sebaik sahaja berlaku pengistiharan pada malam keputusan Pilihanraya Yang Ke 12 bahawa Negeri Kedah Darul Aman telah ditawan oleh PAS, Keadilan, Bebas dan DAP berbagai-bagai andaian, persepsi dan momokan dibuat terhadap bagaimana akan jadi kepada Negeri Kedah di bawah pemeritahan pembangkang.

Cerita-cerita tersebar luas bahawa berlaku rampasan di Wisma Negeri, perarakan besar-besaran di ibu negeri Alor Setar, dewan-dewan orang ramai dirampas kunci, tadika-tadika akan dihalau, mesjid-mesjid akan ditawan dengan khutbah Jumaat yang berapi-api, ceramah-ceramah umum akan berleluasa, penyelewengan Kerajaan Negeri BN di bawah Mahadzir Khalid akan dibongkar dan berbagai-bagai lagi seperti apa yang berlaku di Terengganu semasa Hadi Awang naik berkuasa.

Gambaran, situasi dan persepsi tak ubah seperti Garuda Hijau melanggar negeri Kedah Darul Aman yang dahulukala dikenali sebagai Kedah Langkasuka seperti didalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Tetapi persepsi-persepsi ini ternyata meleset, penantian demi penantian situasi sebegini akan berlaku rupa-rupanya tidak berlaku. UMNO dan BN yang sedang menunggu untuk mengeksploitasikan situasi cempera ini terpaksa pulang ke rumah dengan tangan kosong. Tidak ada bahan untuk “attack”.

Inilah kebijaksanaan, diplomatik, kemesraan pendekatan yang diambil oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dari parti PAS Kedah.
Dasar, sikap dan polisi yang diambil oleh beliau di negeri Kedah ternyata berbeza dari negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang yang lain.

Beliau bijak “to customised” corak pemerintahan Negeri Kedah dengan acuannya sendiri. Beliau dilihat bersih, tidak bermusuh, diplomatik, mesra rakyat, lendit dan tidak banyak isu.

Mungkin cara beliau diambil dari pengalaman beliau bercampur-gaul dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu.

Berbalik kepada UMNO Kedah pula, setelah tidak ada banyak isu untuk “attack” Kerajaan PAS Kedah, mereka balik bercakaran sesama sendiri. Perebutan pengagihan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk setiap kawasan Parlimen yang diamanahkan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian nampaknya tidak akan habis sehingga PRU yang akan datang.

Telah wujud kelompok-kelompok “orang ini” “orang itu”, “itu orang dia” ”ini orang aku”, “mengapa jemput dia? mengapa tidak jemput aku?”, “mengapa nama dia ada? Mana nama aku?” , “ini program mengapa tak bagi tahu aku?”, “kalau nak aku pergi program ini jangan jemput dia”, “mengapa Menteri turun aku tak tahu?” inilah yang berlaku di kalangan UMNO Kedah hari ini.

Macam kata orang Kedah “Hang, Hang. Aku, Aku”, “Tak dapat kepala telinga aku pulas”. Jika ditanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah tentang masaalah ini, kesemuanya akan kata “siapa kata UMNO Kedah ada problem? Kami tidak ada problem?”.

Setiap perjumpaan, mesyuarat dan majlis mereka akan bersalaman dan berdakapan yang cukup erat, tetapi sebaik selepas sahaja perjumpaan tersebut masing-masing mereka akan mecebir bibir masing-masing dengan kata-mengata, kutuk-mengutuk dibelakang. Kata orang Kedah juga “depa tutuh sesama depa dibelakang”.

Kesimpulannya? UMNO Kedah tidak ada kesimpulan kerana semuanya “no problem”.

Wednesday, December 23, 2009

Apa bezanya kalau Zahid Hamidi umumkan sahaja SEBUAH PESAWAT F5E yang hilang, kan senang?


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)dalam kejadian dua tahun lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.
“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Sabtu lalu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.
Hari ini, akhbar mendedahkan bahawa sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin. (sumber Utusan Online 23/12/2009)


Apabila dikorek dan "stock check" setiap hari rupa-rupanya banyak lagi benda yang hilang. Nampaknya setiap hari Zahid akan mengumumkan banyak lagi “parts” pesawat yang hilang. Bukan satu tapi dua, bukan dua tapi banyak lagi . Apa dah jadi ni?

Ini bermakna bukan enjin dan avionic parts sahaja yang hilang tetapi sebuah atau dua buah pesawat F5E yang hilang. Kan senang cakap?

Kalau “body” pesawat ada tetapi enjin tak ada apa nak buat? Samalah seperti tong kosong sahaja.

Tuesday, December 22, 2009

Siapakah Menteri? Rosmah atau Shahrizat?

(Sumber MStar Online)

Isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan.

Nampaknya di mana ada Shahrizat Jalil di situ ada Rosmah. Siapakah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Rosmah atau Shahrizat?

Friday, December 18, 2009

Tokoh Ma'al Hijrah - Malaysia honors Al-Qaradawi (source : www.qaradawi.net)

د. D. يوسف القرضاوي Yusuf al-Qaradawi
موقع القرضاوي/14-12-2009 Site Qaradawi / 14.12.2009

قررت ماليزيا منح العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين جائزة الهجرة النبوية للعام 1431هـ، وذلك تقديرا لعلمه وجهوده في خدمة الإسلام والمسلمين، يسلمها لفضيلته ملك ماليزيا في الاحتفال الكبير بالعام الهجري الجديد صباح الجمعة 1 محرم 1431هـ الموافق 18 ديسمبر 2009م. Malaysia decided to give the mark, Dr. Yusuf Qaradawi, president of the International Union for Muslim Scholars of the Prophet's Award in 1431 for him, and in recognition of his knowledge and efforts in serving Islam and Muslims, handing it over to his eminence the King of Malaysia in the celebration of the great new year on Friday morning, 1 January 1431 H, corresponding to December 18, 2009.

وجاء هذا التكريم للشيخ القرضاوي " تقديرا لعلمه وعطائه وجهوده في خدمة الإسلام والمسلمين، ونشر الثقافة الإسلامية، ونصرة الدعوة الإسلامية، وترشيد الصحوة الإسلامية، وتجلية الفكر الإسلامي والعلوم الإسلامية، وتنبي قضايا الأمة الإسلامية". This honor came to Sheikh Qaradawi, "in recognition of his knowledge and his tender and efforts in serving Islam and Muslims, and the dissemination of Islamic culture, and support of the Islamic faith, and the rationalization of the Islamic awakening, and pre-eminence of Islamic thought and Islamic Sciences, Tenby and the Islamic nation."

وجائزة الهجرة النبوية جائزة كبرى تمنح لكبار الشخصيات التي قدمت خدمات جليلة للأمة الإسلامية، والتي تعمل على رفعة الإسلام على المستوى المحلي داخل دولة ماليزيا، أو على المستوى العالمي. Award of the Prophet's grand prize awarded to leading figures provided great services to the Islamic nation, which operate at the elevation of Islam at the local level within the State of Malaysia, or at the global level.

وأرسل الوزير بإدارة رئيس الوزراء الماليزي للشؤون الإسلامية السيناتور جميل خير بن حاج بهروم، رسالة باسمه وباسم حكومة ماليزيا للشيخ القرضاوي يعبر فيها عن سعادته باختيار فضيلته كشخصية العام لمنحه الجائزة. He sent the management of Malaysian Prime Minister of Islamic Affairs, Senator Jamil bin Haji Behrom best, a letter on his behalf and on behalf of the Government of Malaysia to Sheikh al-Qaradawi in which he expressed his happiness by choosing eminence public figure to give him the award.

ويغادر القرضاوي الدوحة متوجها إلى العاصمة الماليزية كوالالمبور لتسلم الجائزة الأربعاء 16 الجاري بمشيئة الله تعالى، حيث يقوم بإلقاء كلمة عن الرسالة المحمدية في الحفل الذي يحضره الملك، والوزراء، والعلماء، وكبار رجال الدولة، كما يقوم بإلقاء بعض المحاضرات، واللقاء بالمفتين أعضاء مجلس الفتوى الوطني والعلماء والمفكرين، وزيارة عدد من معالم ماليزيا. Qaradawi and leave Doha on his way to the Malaysian capital Kuala Lumpur to receive the award Wednesday, 16 being the will of God, where he delivered a speech on the mission of the Prophet at a ceremony attended by the king, ministers, scientists, senior statesmen, as he will make some of the lectures, and meet members of the muftis, the National Fatwa Council scientists and thinkers, and visit a number of features of Malaysia.

وجائزة الهجرة النبوية هي ثامن جائزة عالمية في سجل جوائز العلامة القرضاوي من ماليزيا، وقد سبق للشيخ الحصول على جائزة البنك الإسلامي للتنمية في الاقتصاد الإسلامي لعام1411هـ، وجائزة الملك فيصل العالمية بالاشتراك في الدراسات الإسلامية لعام 1414هـ، وجائزة العطاء العلمي المتميز من رئيس الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا لعام1996م، وجائزة السلطان حسن البلقية (سلطان بروناي) في الفقه الإسلامي لعام1997م، وجائزة سلطان العويس في الإنجاز الثقافي والعلمي لعام 1999م، و جائزة دبي للقرآن الكريم فرع شخصية العام الإسلامية 1421هـ. And the award of the Prophet is the eighth international prize in the register of awards from Malaysia, Al-Qaradawi, the Sheikh has already been the award for the Islamic Development Bank in the Islamic economy in 1411, the King Faisal International Prize jointly in Islamic Studies in 1414 AH, tender Scientific Excellence Award from the President of the International Islamic University Malaysia for in 1996, and the award of Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan of Brunei) in Islamic Jurisprudence in 1997, and the award of achievement in the Sultan Al Owais Cultural and Scientific in 1999, and the Dubai branch of the Holy Qur'an Islamic Personality of the Year 1421.

وتعتبر آخر الجوائز التي حصل عليها الشيخ جائزة الدولة التقديرية للدراسات الإسلامية من دولة قطر لعام 2008م، تسلمها الشيخ من سمو أمير قطر الشيخ حمد بن خليفة آل ثاني منذ شهر واحد. The other awards received by Sheikh State Award for Islamic Studies from the State of Qatar in 2008, received from His Highness Sheikh Amir of Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, one month ago.

وقامت الحكومة الماليزية بإطلاق جائزة الهجرة النبوية (السنوية) العام 1408هـ 1987م، ويشترط في المرشح لها أن يكون متبحرا ومتعمقا في مجال العلم والمعرفة اللذين يؤهلانه في أن يسهم في النهوض بالأمة والدين والوطن، وأن تتوافر لديه صفات متميزة وشخصية فريدة، يمكن بها أن يكون قدوة يحتذى بها، وأن يكون له إسهامات متميزة في تنمية الشعار الإسلامي وتطويره والنهوض بالأمة، وأخيرا أن يكون ذا شخصية مرموقة في مجتمعه، ومعترفة ومقبولة لدى العامة. The Malaysian government launched award of the Prophet's (annual) year 1408 AH in 1987, and requires the candidate to be Mtbhra and in-depth in the field of science and knowledge which qualifies to contribute to the advancement of the nation and religion and the homeland, and that it had the characteristics of distinct and unique personality, can be a model by example, and have a distinctive contribution to the development of the logo of the Islamic and development and advancement of the nation, and finally to be a prominent figure in society, and recognizing and acceptable to the public.

Wednesday, December 16, 2009

Zaini “gempaq kelin” atau “kelin gempaq” Zaini?

Zaini Hassan, kolumnis Cuit dalam Mingguan Malaysia telah melancarkan “mogok menulis” minggu ini sebagai protes apabila menerima 3 lapuran Polis berikutan tulisan beliau yang bertajuk “India di India, India di Malaysia”.

Lapuran-lapuran Polis tersebut dibuat kononnya ada unsur-unsur cemuhan terhadap kaum India di dalam tulisan beliau itu.

Zaini telah menulis artikel tersebut selepas kembali menghadiri “World Editors Forum di Hydrabad, India” pada 30 November – 4 Disember 2009.

Hasil dari forum ini Zaini telah mendedahkan "di sepanjang dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris ``Ini tempat suci jangan kencing’’. Kencing berdiri sambil si anunya memancut ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan.

Awas, setiap pagi berhati-hati berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai".

Berikutan itu Zaini telah membuat perbandingan India di India dengan India di Malaysia. Mungkin penganjur forum tersebut tidak sepatutnya menganjurkan forum tersebut di India. Kerana ramai editors-editors yang lebih becok dari Zaini akan menulis perkara-perkara yang lebih teruk lagi.
Adalah lebih selamat jika forum ini diadakan di negara-negara seperti New Zealand, Swizerland atau sekurang-kurangnya Malaysia. Kerana negara-negara ini lebih makmur, bersih cuma Malaysia ada sikit kecoh, kecoh, kecoh kerana ada sedikit India, India, India.

Tindakan terburu-buru Zaini Hassan untuk ‘mogok menulis’ jelas sebagai satu tamparan ke atas “freedom of press” dalam negara ini.
Zaini nampaknya terperangakap dalam “gempaq kelin” yang dilakukan oleh kelin-kelin yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka selalu bikin kecoh, kecoh, kecoh dalam negara ini.

Zaini seharusnya terus menulis dan tidak melancarkan mogok kerana ini adalah perangkap “gempaq kelin”.
Mummy Penang mai... ingat Zaini kot....yang nak mengempaq kelin-kelin ini?

Thursday, December 10, 2009

Nazri Aziz memusnahkan "ONE MALAYSIA" dengan melabelkan TUN M sebagai "racist"

Sindrom bisu wakil rakyat UMNO khasnya di negeri Kedah nampaknya berpunca dari akarnya lagi. Kalau ianya pokok ubi kayu atau ubi keledek ianya berpunca dari ubinya lagi. Kalau pokok-pokok lain yang tidak berubi ianya berpunca dari akar atau tunjangnya lagi.

Mewarisi sindrom bisu ini tidak hairan lah tidak ada seorang pun ketua-ketua Bahagian UMNO atau MT UMNO yang bangun memangkas lidah Nazri Aziz yang ceulpar menuduh Tun M sebagai “Racis”. Hanya Bakal Presiden UMNO Tan Seri Muhyidin Yassin yang bersuara memintas Nazri supaya tidak keterlaluan.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan kepimpinan tertinggi UMNO mungkin memang bersetuju dengan tuduhan Nazri itu atau tidak ambil kisah atau dungu dan bengap apa itu tuduhan “Racist”. Atau masing-masing ingin menjaga kepentingan masing-masing kerana kedudukan jawatan itu lebih penting dari menjaga UMNO dan kepentingan Melayu.

Jika UMNO membisu dan tidak mengutuk dan menghukum Nazri Aziz maka UMNO juga menghalalkan kenyataan Nazri bahwa Tun Mahathir itu “racist”. Ini bermakna sepanjang 22 tahun dahulu UMNO dipimpin oleh Presiden yang racist.

Secara tidak langsung Nazri juga telah memusnahkan “SATU MALAYSIA” gagasan DS Najib dan “SATU MALAYSIA” telah diperalatkan untuk melabel Tun Mahathir Mohammed sebagai “RACIST”.

Tuesday, December 8, 2009

Nazri ibarat kaki busok "bergangrene" patut dipotong

"Dia adalah ahli UMNO. Dia patut letak jawatan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai selaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadapnya mengenai isu Biro Tata Negara (BTN).
Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, Umno sendiri adalah sebuah parti bersifat perkauman yang membela nasib orang Melayu. (sumber - mStar Online)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan “racist” terhadap Tun Mahathir berhubung isu BTN oleh Nazri Aziz adalah kenyataan yang melampau.

Sifat kurang ajar Nazri terhadap Tun M bukanlah perkara baru, ianya bermula dari Pak Lah menjadi Perdana Menteri lagi. Pantang sikit isu Tun M bangkitkan,orang yang pertama akan bangkit menghentam Tun M adalah Nazri Aziz.

Nazri jugalah di antara penyumbang utama kekalahan BN dan UMNO dalam PRU 12 yang lepas. Seharusnya kepimpinan Najib dan Muhyiddin mengambil tidakkan tegas memecat Nazri dari barisan cabinet mereka.

Nazri ibarat kaki busuk “gangrene” yang mesti dipotong sebelum ianya melarat satu badan keseluruh anggota dan hinggap ke kepala dan otak “UMNO”.

Monday, December 7, 2009

Nazri VS Mahathir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata:

Kerajaan tetap mempertahankan keputusan untuk merombak modul BTN sedia ada selaras dengan matlamat untuk menyatukan semua etnik di negara ini.
"Katalah(komen)... kritiklah, tapi kabinet dah buat keputusan untuk rombak
modul BTN agar lebih relevan," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Baru-baru ini Mohamed Nazri berkata kurikulum BTN akan dirombak bagi
mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. (sumber mStar Online)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata :

Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.
''Saya tidak nampaklah apa sebab (nak rombak)...saya ingat (modul sedia ada) kekal". (Sumber : Utusan Malaysia)


Nazri yang pernah mengheret Pak Lah berbalah teruk dengan Che Det dengan keceluparannya menghentam Che Det nampaknya melakukan sikap kurang ajarnya kembali.
Nazri begitu mudah terperangkap di dalam perangkap pembangkang dan akan mengheret Najib sekali.

Jika Najib tidak segera menjinakkan kelakuan liar Nazri ini ia akan merebak sehingga ke pilihanraya yang ke 13. Ketika itu nasi telah menjadi bubur slogan ‘Satu Malaysia’ akan berkubur seperti mana slogan ‘Islam Hadari”.

Friday, December 4, 2009

Hang dok pi tunjuk pungkoq buat apa?

(Sumber - Utusan Malaysia 4/12/2009)
PULAU PINANG 3 Dis. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh lagi pagi ini apabila semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan kira- kira 15 minit persidangan bermula.

Ia ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya meminta maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya ketika diarahkan keluar dewan petang semalam.

*(Gambar di atas hanya hiasan sahaja)

AWAS! The Star suka memainkan isu kabur

(Sumber: Mstar Online 4/2/2009)
Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di negara tersebut.

Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas oleh media massa negara tersebut. Bagaimanapun, permohonan visanya untuk melanjutkan lawatannya telah ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Fatine kini berhadapan dengan kemungkinan didepot balik ke Malaysia dan dia kini bimbang akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dikecam oleh masyarakat sendiri dan juga berkemungkinan berhadapan dengan tindakan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Jika dia didapati bersalah dan didepot balik ke Malaysia ada kemungkinan Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan mengharamkannya ke luar negara selama dua tahun.

Pada masa yang sama, Fatine juga khuatir dia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama kerana perkahwinan sesama seks adalah diharamkan di Malaysia.

Salah satu isu kabur yang sedang digemburkan oleh The Star ialah isu transsexuals Mohd Fadzil Min Bahari atau nama yang ditukar kepada Fatine.

Telah dua hari The Star sedang berusaha mengheret isu ini agar diperdebatkan. Isu-isu kabur sebegini sangat senang dimanipulasikan untuk memperbodohkan Islam terutamanya mereka yang tidak tahu tentang hukum-hukum Islam.

Apabila isu sebegini diseret akan berlaku perdebatan di media-media mereka dan akhirnya akan menampakan Islam dipermainkankan dan zalim di dalam menangani isu hak asasi manusia.

UMNO – Habis manis sepah dibuang


UMNO hari ini seperti ada pertembungan di antara dua generasi. Generasi tua dan generasi muda.

Bekas-bekas pemimpin lama UMNO yang dahulu dijulang dan disanjung sebagai tokoh wira UMNO, hari nampaknya bersuara menghukum kembali UMNO.

UMNO diistilahkan mereka ”Busuk sehingga ke Usus” seperti apa yang Che Det siarkan di dalam blognya. Iaitu komen dari bekas tokoh kanan UMNO yang sedang memikir untuk menyokong PAS.

Kerapkali kita didoktrinasikan dan dimotivasikan oleh BTN dengan ungkapan ”Busuknya badan sehingga ke ekor semuanya bermula dari kepala”.

Jika hari ini ketua-ketua UMNO cawangan berlumba-lumba untuk meraih projek luar bandar dan menjadi kontraktor kelas F ini bukanlah perkara yang baru.

Semuanya bermula dari kepala yang di atas, tokak-menokak sesama gergasi untuk menguasai projek-projek mega bukan setakat Kelas F atau jutaan ringgit tetapi ”Super Ultra Class” yang melibatkan billionan ringgit.

Projek-projek yang melibatkan Janakuasa, Minyak dan Gas, Infrastruktur, Saham-Saham, Udara, Laut, Air, Telekomunikasi, Ruang Angkasa, Perbankan dan berbagai lagi adalah mainan gergasi utama.

Projek-projek ini bukanlah permainan JKKK atau Ketua Cawangan UMNO atau Kontrator Kelas F. Projek-projek ini tidak perlu lobi Perdana Menteri tetapi cukup dengan Pegawai Daerah (DO).

Kontraktor Kelas F bertokak sesama sendiri berebut-rebut peluang projek-projek parit (parit gila), longkang, mendalamkan taliair, jalan kampung, dewan orang ramai, repair surau dan mesjid dan titi-titi ban sungai.

Mereka berebut-rebut mencabut undi di Pejabat Daerah atau mengikut giliran. Ada projek yang mereka jalankan sendiri dan ada juga projek yang mereka "subkan" atau alibabakan.

Hari ini mereka di salahkan kerana BN dan UMNO kalah dalam pilihanraya di beberapa negeri. Kerana kekalahan ini bekas tokoh kanan tersebut menyatakan"UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya) sehingga beliau sedang memikirkan untuk menyokong PAS. Menurut kenyataannya ramai lagi bekas-bekas tokoh yang telah bersara juga sependapat dengan beliau.

Jika ini menjadi realiti ternyata busuk-busuk di kepala telah menular ke badan dan akan berakhir di ekor.

Akhirnya UMNO akan menjadi bangkai dan rangka akan dipamerkan di dalam muzium seperti dinasour.