Blog ini dilahirkan pada 13 October 2008 di bawah runtuhan Tsunami
politik 2008 diatas kesedaran untuk bersuara akibat suara-suara rakyat sedikit sebanyak dipinggirkan.
Kerajaan yang memerintah ketika itu merasa kemenangan besar pilihanraya 2004 seperti
besar kepala dan amat hebat sehingga mencorak kerajaan seperti mencorak hal-ehwal keluarga.
Ingin ditegaskan bahawa suara blog ini adalah suara
konsistant non-partisan. Adakalanya menggigit Kerajaan yang memerintah adakala nya
menggigit pembangkang yang menentang. Sepanjang perjalanan berblogging ini MR
menerima banyak pandangan yang membina, ada juga yang menghina dan ada juga yang
semuanya tak kena. Komen-komen yang diterima ada yang positif ada yang negatif kadangkala sangat buruk untuk disiarkan.
Ramai yang melontar kata blog ini pro pembangkang kerana
tidak membodek dan sealiran dengan kehendak mereka. Ada juga yang melontar kata
pro pemerintah apabila menyuruh Tuan Guru Nik Aziz menonton video Anwar Ibrahim
. Sehingga ada kenyataan yang dibuat oleh sebuah blog yang berbunyi Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap
Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah
mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan
dosa kepada Allah susulan posting MR Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum menonton video tersebut
Itu semua MR tak ambil
pusing kerana yang utama ialah lontaran suara rakyat di atas pagar didengari. Yang mahu
dengar mereka dengar sebaliknya yang tidak mahu menerima mereka buat tulikan
telinga dan buat butakan mata.
Ramai blogger-blogger seangkatan ada yang masih aktif, ada
yang sedang tidur, ada yang sudah ketandusan ilham, ada yang sibuk kerana
dianugerah jawatan malah dukacitanya ada yang sudah mati. Ramai juga yang
bermula dengan seronok-seronok, terikut-ikut dan tidak kurang yang menerima latihan
untuk menjadi cybertrooper dan kini ada yang telah bertukar menjadi mata
pencarian kerana mendapat upahan, imbuhan dan pendapatan tetap hasil berblog.
Ikhlas ingin MR nyatakan di sini bahawa blog ini bukan blog
upahan atau dipelihara oleh mana-mana tauke. Terdapat beberapa blogger yang
menyedut artikel dari blog ini dan dipastekan ke blog mereka tanpa memberi sedikit
kredit pun kepada blog MR. Mereka mungkin ketandusan bahan tetapi dek kerana blog
mesti dihidupka untuk mendapat upahan dari penaja mereka mereka mula mencuri.
MR tidak menegah untuk sesiapa menyedut atrikel di blog ini jika
blog ini mendapat kredit yang sewajarnya.
Tetapi janganlah mencuri dan dalam masa yang sama mendapat upahan hasil
curi. Kalau ikut hukum hudud pencuri dihukum potong tangan. Blogger-blogger PAS
seharusnya sedar hal ini.
Mereka yang cari makan dengan blogging seharusnya banyak membuat
kajian dan rujukan yang tepat bukan sekadar hentam keromo terikut-ikut kehendak
tauke. Tembak tanpa peluru.
Ingatlah otak adalah pemberian tuhan untuk memikir, menganalisa dan menilai. Otak bukan stor simpanan maklumat seperti komputer GARBAGE IN GARBAGE OUT” @ SAMPAH YANG MASUK MAKA SAMPAH LAH YANG KELUAR.
Ingatlah otak adalah pemberian tuhan untuk memikir, menganalisa dan menilai. Otak bukan stor simpanan maklumat seperti komputer GARBAGE IN GARBAGE OUT” @ SAMPAH YANG MASUK MAKA SAMPAH LAH YANG KELUAR.
WASALLAM.