Friday, September 21, 2012

Tidak ada lelaki yang gembira kerana mati pucuk kecuali...



Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan seorang tukang urut berusia 65 tahun dari tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun pada Januari 2011 di sebuah rumah Jalan Changkat Jong. Beliau yang berasal dari Manjoi Baru Tambahan Ipoh di bebaskan kerana pihak pembela berjaya membuktikan melalui satu laporan perubatan yang mengesahkan tertuduh tidak berdaya melakukan hubungan sex atau persetubuhan.Dalam lain perkataan mangsa menghadapi masaalah mati pucuk.
Sebaik mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Adli Abdul Ghalib mangsa terus menadah tangan sambil melaungkan ‘YAA Allah’ dan kemudian mencium lantai mahkamah tanda bersyukur kerana dibebaskan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 6 tahun serta tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
 Dalam wajah kegembiraan beliau mengucapkan terima kasih kepada peguambela dan semua ahli keluarga dan rakan kerana memberi semangat dan kekuatan mental. Beliau berjanji akan memulakan hidup baru sambil memeluk isteri tersayang.
Di sebalik kegirangan ini mungkin beliau terlupa bahawa yang membebaskan beliau adalah kerana beliau mati pucuk bukannya peguambela. Pada hakikatnya tidak ada lelaki di dalam dunia ini akan bergembira kerana mereka mati pucuk. Mereka akan berusaha dengan apa cara sekali pun sehingga berbelanja ratusan ringgit untuk memulihkan kejantanan mereka. Dalam masa yang sama tidak ada juga isteri yang bergembira apabila mengetahui suaminya mati pucuk.
Kelazimannya lelaki Melayu akan mencari tukang urut walaupun yang mengurut itu megarut dibuktikan dengan kes ini apabila tukang urut juga mati pucuk.  Beliau mungkin boleh bergembira kerana terlepas hukuman dan mengahabiskan sisa-sisa hidup dengan berumur 65 tahun tetapi bagaimana kesan trauma anak tiri nya yang kini baru berumur 14 tahun untuk meneruskan kehidupan bersama suami yang tidak mati pucuk.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.