Thursday, April 30, 2009

Tan Seri Ahmad Rithaudin nak mansuh sayap, vateran UMNO pula minta sayap?

(Utusan Malaysia 30/4/2009)
Veteran UMNO mahu status sayap

KUALA LUMPUR 29 April - Kelab Veteran UMNO yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk memohon status sayap seperti diberikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Naib Pengerusi Kelab Veteran UMNO Malaysia, Datuk Nordin Yaani berkata, veteran perlu diberi hak itu memandangkan mereka membentuk 30 peratus atau hampir 800,000 daripada keahlian UMNO di seluruh negara.

"Perkara ini akan kami bawa ke pengetahuan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

KOMEN:
Veteran pulak dahh..minta sayap. Sayap pun kalau banyak-banyak sangat nak terbang pi kemana? Kita takut banyak-banyak sayap sangat sat lagi terbang sana-sini simpang kelewang kot..

Tadi ada sahabat telefon Mummy, dia kata golongan vateran UMNO ni kalau dah pencen sepatutnya lebih banyak beribadah di mesjid-mesjid dan surau-surau. Jangan biarkan puak-puak PAS dan PKR dok monopoli surau dan mesjid.

Katanya lagi kalau yang berbakat dan rajin tulislah blog jadi bloggers vateran seperti Tun, "Pak Lah", Rohani Ahmad, Tg Razaleigh, Zainudin Maidin, Kassim Ahmad dll.

Mummy kata kat dia, nak buat macam mana....politik ini macam menggaru ’ kudis buta’ lagi garu lagi sedappppp...padahal mereka tak tau silap garu keluar darah dan kudis merebak.

Perlu difahami yang sebenarnya istilah vateran ini bukan sahaja pencen dan tua tetapi yang ramai di kalangan vateran politik ni adalah mereka yang kalah pilihanraya dan yang tidak lagi dicalunkan.

Mummy minta juga sahabat tersebut jangan anggap hasrat veteran ini sebagai tindakan "gila talak" kerana mereka bukan diceraikan talak tiga tetapi kerana keadaan senario politik semasa sahaja mereka rasa terpisah.

Apapun vateran juga adalah pengundi dan jasa mereka juga banyak kepada rakyat, anak menantu mereka dan kroni-kroni mereka.

Tuesday, April 28, 2009

Haiwan Babi tidak pernah membuat manusia aman

Perihal yang dikatakan Babi atau Khinzir ini membuat kita hidup tidak pernah tenteram dan aman. Dari satu angkara ke satu angkara, dari satu penyakit ke satu penyakit yang di bawa oleh haiwan yang dipanggil BABI atau KHINZIR ini.

Malah Babi juga adalah sejenis haiwan yang jarang-jarang mendapat liputan khasnya dalam media-media negara-negara Islam.

Kerapkali liputan yang diberi pun oleh negara-negara barat dan negara yang halal babi menyiarkan tentang keistimewaan dan keenakan masakan atau resipi babi seperti Roast Pork, Sweet and Sour Pork, Bacon and scramble egg, Smoke Ham dan lain-lain lagi.

Hari ini babi dah mula kembali mendapat liputan dalam media-media kita kerana angkara babi membawa satu lagi penyakit yang cukup mengancam seperti dalam lapuran AP:

ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Dalam negara kita babi mula mengamuk sebaik sahaja selepas Pilihanraya Umum ke 12. Semua negeri-negeri yang baru diperintah PAS, Keadilan dan DAP khasnya yang ketara seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah memperuntukan satu kawasan yang luas untuk menternak Babi.

Mereka terpaksa megambil pendekatan ”Babi Friendly” kerana ingin mengambil hati pengundi-pengundi mereka yang makan babi. Harapan mereka untuk menarik pemakan-pemakan babi tegar ini agar menukar menjadi penyokong-penyokong tegar mereka dalam PRU ke 13 nanti.

Nampaknya dengan menularnya wabak selesema babi yang bakal mengancam penduduk dunia ini, MB Selangor Khalid Ibrahim dan MB Kedah Ustaz Azizan seharusnya melupakan terus hasrat membina kandang mega di negeri masing-masing.

Malah apa yang mesti mereka lakukan ialah memadam terus agenda ladang babi dalam minit-minit mesyuarat exco mereka dan hebahkan kepada rakyat.

Jika tidak wabak babi ini akan mencemarkan dan menghancurkan pemerintahan mereka di negeri-negeri ini. Sejarah Malaysia akan mencatat kejatuhan kerajaan Islam PAS Kedah dan kerajaan Parti Keadilan Selangor adalah agkara babi.

Sunday, April 26, 2009

Global Upline kontraktor penipu Plaza Rakyat

Tan Sri Ting Pek Khiing with the award

Global Upline bids for jobs worth RM8bil

By JACK WONG( The Star Saturday March 3, 2007)
KUCHING: Global Upline Sdn Bhd is bidding for four major infrastructure projects worth between RM7bil and RM8bil.

Company advisor Tan Sri Ting Pek Khiing said the projects included two new airports and a highway. The fourth entails upgrading work for an existing airport.

“These proposed projects under the Ninth Malaysia Plan are mostly under the private finance initiative. The outcome of the bids is expected in the next few months,” he said.

Business Initiative Directions, in a statement, said the award to Global Upline, the only Malaysian firm honoured, was in recognition of its commitment to quality, leadership, technology and innovation.

“Global Upline has proven very successful in undertaking and delivering projects, including dams, airports, roads and flyover - in time and within budget,” it added.

Set up in 1999, Global Upline has earned a reputation as a mega builder after completing several airport projects in Sarawak and Sabah. These include the new Bintulu Airport, the extension and upgrading of the Kuching and Miri Airports, and the upgrading of the Kota Kinabalu International Airport.

He said Global Upline was now constructing three multi-million ringgit flyover projects – one in Kuching and two in Miri.

“We have carried out some 10 major infrastructure projects worth about RM4.5bil,” said Ting.

KOMEN :
Global Upline adalah kontraktor yang bertanggung jawab terhadap kegagalan Plaza Rakyat. Mereka adalah kontraktor kroni Daim dan Mahathir. Satu ketika dahulu Mahathir sangat mengagung-agungkan Ting Phek King ini kerana berjaya menyiapkan D'lima Resort Langkawi, hotel 1000 bilik dalam jangka masa yang singkat.

Hari ini D'Lima Resort telah runtuh dimakan anai-anai dan tanah tersebut telah dibina kuarters polis. Bayangkan lokasi hotel yang begitu strategik dibina kuarters sahaja.

Daim telah memperalatkan Syarikat Thing Pek King, Ekran Bhd untuk melonjakkan saham syarikat tersebut di BSKL konon ada satu projek di Qisham Island Iran, tetapi habuk pun tak ada.

Daim telah meletak proksi beliau di dalam Ekran Bhd iaitu Josephine Sevaratnam dan Hisham Zainol Abidin kawan-kawan rapat isteri kedua Daim, Naimah Khalid.

Apabila saham telah melonjak tinggi mereka menjualnya dan meraih keuntungan yang lumayan.

Plaza Rakyat harus dikembalikan kepada rakyat

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman
KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.
Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.
– BERNAMA

KOMEN:
Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri memang kelihatan cantik dan betul-betul membuat kerja apabila selalu turun padang dan melawat kawasan atau bertemu rakyat.

Hakikatnya selepas setiap lawatan rakyat menaruh harapan yang tinggi ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah kesan, tindakan, perubahan dan hasil selepas dari setiap lawatan tersebut.

Jika tidak ada apa-apa tindakan dan hasil lebih baik YAB dan YB-YB jangan melakukan lawatan takut nanti rakyat melabelkan YAB dan YB-YB sebagai pembohong dan mungkir janji.

’Iddah paling lama yang rakyat boleh tunggu ialah 3 bulan untuk mengetahui hasil dari lawatan itu. Kalau lebih rakyat akan naik ”fedup” dan yang panas akan sejuk yang segar akan menjadi basi, yang rangup akan menjadi lemau, yang sakit akan parah.

Kadangkala adalah lebih baik jangan membuat lawatan langsung kalau tidak boleh membawa perubahan. Lebih baik YAB dan YB-YB duduk diatas kerusi empok didalam pejabat sambil tunggu pilihanraya akan datang seperti kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR.

Contoh seperti Plaza Rakyat dan Puduraya yang sudah 12 tahun di dalam penantian rakyat, tertunggu-tunggu kerana di situlah tempat pertama rakyat dari kampung, ulu dan banat seluruh negara yang menaiki bas express mula mendarat di bumi Ibukota Kuala Lumpur .

Projek-projek kelas atasan seperti KLIA dan LCCT telah lama siap sebelum dari Plaza Rakyat lagi. Tetapi mungkin atas nama ”Rakyat” dan tidak menguntungkan tauke-tauke besar maka ia dibakulsampahkan atau dijadikan alat untuk melonjak saham-saham syarikat besar dalam pasaran saham.

Sama-samalah kita lihat hasil dari lawatan DS Najib ini. Mungkin ada hikmahnya Tsunami Politik BN pada PRU12 yang lepas maka hak rakyat mula dapat dirasai oleh rakyat di bawah kepimpinanan Najib.

Saturday, April 25, 2009

Peranan pengerusi Perhubungan UMNO negeri seperti ’RUBBER STAMP”

Najib telah menyenaraikan pengerusi-pengerusi dan timbalan-timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri semalam. Tumpuan khasnya diberi kepada negeri-negeri yang BN kalah seperti Selangor, Wilayah, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Semua pengerusi-pengerusi di negeri ini terdiri dari pemimpin dari negeri lain mungkin perlantikan mereka di atas kapasiti mereka sebagai Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden kecuali Kelantan Dato Mustapha Mohammad.

Contohnya yang menarik ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah ialah Shafiee Apdal dari Sabah dan Timbalan Pengerusi ialah Mahdzir Khalid.

Amalan yang sudah-sudah sejak dari pemerintahan Tun Mahathir dan Pak Lah peranan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri ini hanya seperti ”rubber stamp” sahaja. Timbalan Pengerusi yang lebih camca dari bubur kerana pengerusi sibuk di peringkat persekutuan.

Timbalan-timbalan ini yang kerap mencorak politik UMNO negeri tersebut manakala pengerusi hanya turun bertemu exco-exco perhubungan UMNO negeri hanya untuk mendengar lapuran indah dari pelakon-pelakon ini.

Ketua-ketua UMNO cawangan dan ahli–ahli hanya dapat melihat dari jauh atau pun di pertontonkan seperti tayangan wayang kulit. Ahli-ahli dan rakyat hanya syok, seronok dan terhibur dengan bayang-bayang dari lampu dibelakang tok dalang.

Pengerusi-pengerusi ini tidak menyelami sedalam-dalamnya sepak terajang politik UMNO negeri itu dan kerapkali mereka ”play safe”.

Kesimpulannya DS Najib harus pantau rapat-rapat pengerusi-pengerusi ini supaya peranan mereka betul-betul membawa perubahan senario politik negeri-negeri tersebut dalam lain perkataan jangan banyak bermain dengan bayang-bayang seperti wayang kulit.

Thursday, April 23, 2009

Rintihan Naziatul, mana UMNO mana BN?

Kisah sedih peminjam PTPTN
TUJUAN saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.

Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi. Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800.

Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?
Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.
Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna.
Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.

Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009.

Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang

KOMEN:
Rintihan adik Naziatul Azlin Ibrahim yang berasal dari Besut, Terangganu ini bukannya kali pertama kejadian sebegini. Tetapi telah berlaku berkali-kali hanya samada didedahkan oleh media atau kejadian tersebut dibakulsampahkan oleh PTPTN.

Slogan BN membela rakyat, UMNO bersama rakyat hanya retorik politik semata-mata. Jika kejadian ini berlaku semasa musim pilihanraya kecil Kuala Terangganu tempoh hari, Mummy percaya adik Nazaiatul terpaksa menyediakan karung guni bagi menerima sumbangan wang dari calun-calun dan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang ingin mendapatkan publisiti murah dari kesengsaraan adik Naziatul.

Malah lebih terbukti lagi dari tarikh tersiarnya rintihan pada 21/4/2009 dalam Forum Utusan Malaysia sehingga hari ini langsung tidak nampak pemimpin UMNO atau BN yang tampil menjuarai isu ini. Mereka lebih leka berpolitik bergaduh sesama sendiri seperti yang tersiar dalam Berita Harian hari ini ms6 "Ketua Sayap UMNO Besut dakwa kena perangkap".

Hakikat yang sebenarnya UMNO sudah jauh dilambong kemewahan dan mabuk kekuasaan. Inilah cabaran DS Najib.

Wednesday, April 22, 2009

Tindakan bermusim, Lembaga Disiplin UMNO tidur kembali

Datuk Abu Talip semasa remaja yang banyak berJASA

PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah berlalu. Kita tidak pasti samada ia berlalu sepi atau berlalu dengan penuh erti dengan membawa pengajaran dan iktibar kepada BN dan kepimpinan Najib.

Muhyiddin Yassin, TPM ada mengumumkan akan membuat post-motem, bedah siasat dan kajian yang terperinci mengapa BN kecundang.

Walauapapun mungkin keputusan dan rumusannya terlalu awal untuk dimaklumkan atau ianya terus dilupakan langsung. Kemungkinan juga ”finding” nya menjadi rahsia dan sulit hanya untuk dikongsi sesama pemimpin tertinggi BN.

Tetapi apa yang menarik ialah PRK Bukit Selambau yang menyaksikan ramai calun Bebas seramai 15 orang yang merupakan sejarah pilihanraya negara ini. Sepanjang proses berkempen ada lapuran yang dibuat terdapat ahli-ahli UMNO sendiri yang menyokong calun Bebas sehingga yang membawa poster dan berkempen secara terang-terangan memboikot calun BN. Ada juga yang mensabotaj secara senyap dengan melumpuhkan semangat jentera-jentera pilihanraya khasnya dilakukan oleh UMNO Bahagian Merbok kerana puncuk pimpinan atas tidak mengikut telunjuk mereka untuk meletak calun UMNO. Sekarang di mana siasatan dan tindakan Lembaga Disiplin UMNO?

Di Bukit Gantang pula pihak Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah melakukan satu kesilapan yang besar apabila menyebarkan karikatur khinzir. Visual ini telah menjadi ”backfired” kepada JASA yang konon ingin bermain dengan physcology-warfare. Apa jadi dengan KP dan TKPnya?

Walaubagaimanapun bedah siasat tidak harus dibiarkan terbungkang tanpa apa-apa tindakan.

Monday, April 20, 2009

Terima Kasih ITM

Impian Yayasan Arshad Ayub Hampir Tercapai

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Yayasan Arshad Ayub (YAA) yang kini bukan sahaja berupaya membantu lebih ramai penuntut kurang berkemampuan mencapai kelulusan tinggi menerusi kejayaannya mengutip derma dan sumbangan lebih RM1 juta, tetapi lebih bermakna ia berdiri sebagai lambang memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin berjaya dalam hidup.

Diwujudkan oleh usahawan berjaya terdiri daripada alumni Institut Teknologi Mara (ITM) daripada empat zaman, yayasan itu mengabadikan nama Tan Sri Arshad Ayub, pengarah ITM pertama bagi menjadi contoh ikutan dan menghargai jasa beliau dalam membangunkan pusat pengajian tinggi itu yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

KOMEN:
Kami adalah Melayu yang tidak diberi ikan tetapi Melayu yang dibelasah dan dilatih bagaimana memancing.

Wednesday, April 15, 2009

Kerana SMS 10 ADUN lari lintang pukang

10 Adun BN Terengganu Tidak Hadir Sidang DUN
KUALA TERENGGANU, 14 April (Bernama) -- Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri, disini.
Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Tindakan kesemua Adun BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

KOMEN:
Dunia dan rakyat Malaysia khasnya terkejut dan cemas apabila membaca berita bahawa keselamatan 10 Wakil Rakyat Barisan Nasional Terengganu terancam kerana ugutan SMS nyawa mereka akan melayang.

Mereka menjadi panik dan cemas sehingga takut untuk hazir ke sidang DUN dan semalam TV3 melapurkan mereka semua berkumpul dan berehat dibilik hotel.

Inilah kualiti wakil yang mewakili rakyat kita. Mereka mudah dipecah-belahkan dengan satu SMS sahaja di mana kesahihannya boleh dipertikaikan. Ini baru SMS, apa pula akan terjadi apabila mereka digempar dan dimomok-momokan dengan cerita-cerita hantu, tahyul dan jembalang?
Pastinya mereka pun akan lari lintang-pukang, riuh-rendah, panik, berlanggaran sesama sendiri malah tidak mustahil ada yang akan terjun ke dalam perigi buta sambil menggigil-gigil ketakutan macam cerita Panglima Bujang Lapuk arahan Tan Seri P.Ramlee–Cubaan...Cubaaan...Cubaan...

Maka hari ini terpancarlah dengan jelas kebodohan wakil-wakil rakyat yang kita pilih mewakili kita. Mereka tidak bijak menilai yang mana tulin dengan yang mana palsu. Sebab itu mereka mudah melatah apabila Anwar Ibrahim melancarkan serangan ”Gempaq Kelin” untuk menawan Putrajaya pada 16 Sept 2008.

Rakyat menaruh harapan agar DSN meneliti semula kelayakan wakil-wakil rakyat BN yang ada hari ini.

Tuesday, April 14, 2009

"Birds of same feather, flock together"

SEREMBAN 14 April — Senarai Ketua Pemuda UMNO negeri yang akan diumumkan hujung bulan ini terdiri daripada muka-muka baru yang berwibawa dan berkemampuan, kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

KOMEN:
Kita tinggu dan lihat muka-muka pemuda yang bertuah dan yang telah mendapat habuan yang akan dilantik nanti.

Ada pepatah mengatakan kaki memancing akan berkawan dengan kaki pancing juga. Kaki golf akan berkawan dengan kaki golf. Kaki bonsai akan berkawan dengan kaki bonsai juga. Maka tidak terkecuali kaki rasuah akan melantik kaki rasuah juga.

Bapa Hamka pernah mengatakan jika ingin mengenali seseorang itu maka lihatlah siapa kawannya.

Monday, April 13, 2009

Datuk Seri Najib harus segerakan penjelasan skop peranan dan fungsi kementerian

DSN harus segerakan memberi penjelasan tentang peranan, fungsi dan skop bidang setiap kementerian dengan segera terutamanya kementerian-kementerian baru dan kementerian-kementerian yang telah digugurkan.

Kesegeraan ini penting supaya ruang ini tidak dipolimekkan dengan tekanan-tekanan dan "demand" yang bukan-bukan dari mereka yang sedang mencari isu untuk melemahkan kewibawaan kepimpinan DSN.

Rakyat masih menunggu halatuju kemana DSN ingin mengemudikan bahtera Malaysia ini melalui gagasan ONEMALAYSIA dengan ONE CABINET TEAM.

Saturday, April 11, 2009

MIC - Bagi betis nak paha

MIC may withdraw its lone minister, deputies from Govt
By A. LETCHUMANAN, The Staronline

KUALA LUMPUR: The MIC is studying a proposal for the party to withdraw its one minister and two deputy ministers from the Government as a protest over the lack of importance accorded to the Indian community, said a senior party official.
The official, who declined to be named, said the proposal was drawn up at a meeting of top party officials on Friday.
“The proposal will be tabled in the party’s central working committee meeting on Thursday where it is expected to be endorsed,” he said.
MIC’s sole representative in the new Cabinet is Datuk Dr S. Subramaniam who was reappointed the Human Resources Minister.
The party also has two deputy ministers namely Datuk M. Saravanan (Federal Territories Ministry) and Datuk S. K. Devamany (Prime Minister’s Department).

KOMEN:
Jika benar MIC ingin meneruskan tindakan tersebut maka ternyata MIC cuba membawa kembali amalan sistem kasta dalam kerajaan ini.

Apakah MIC cuba mengkelaskan kementerian-kementerian yang diperkecilkan oleh PM DSN dengan tujuan menjadikan semua kementerian penting dan berfungsi dengan lebih efektif.

Atau dalam lain perkataan ada kementerian yang kasta tinggi dan ada kementerian kasta rendah?

Tidak ada satu kementerian pun yang lebih penting dari kementerian lain. Semua kementerian penting. Hanya yang membuat kementerian itu penting atau tidak, ianya bergantung keatas menteri itu sendiri samaada menteri itu tidur atau menteri itu cergas.

Inilah MIC, mereka lupa bahawa dahulu mantan Presiden MIC Tan Seri Manikavasagam pun pernah menjawat sebagai Menteri Buruh yang sama dengan Menteri Sumber Manusia sekarang.

Hanya dahulu menteri buruh menguruskan buruh-buruh dari India di estate tetapi hari ini menteri sumber manusia menguruskan perkerja-pekerja Indon,Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal dll.

Friday, April 10, 2009

Apa? Tak caya kaaa??

PUTRAJAYA 9 April - Prestasi para menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam akan dinilai menggunakan pendekatan Petunjuk Pretasi Utama (KPI) setiap enam bulan sekali.

Pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet baru di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, KPI akan menekankan aspek impak, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. (Utusan Online 10/4/2009)

KOMEN:
Hakikat yang sebenarnya pendekatan yang ingin dibuat oleh PM DS Najib ini bukannya perkara baru tetapi pendekatan yang sama juga telah diumumkan oleh Pak Lah semasa mula-mula mengangkat sumpah jadi PM dahulu. Hanya Pak Lah memperkenalkan "report card" untuk memantau menteri-menteri dan timbalan menteri melalui lapuran setiap 3 bulan sekali.

Kata Pak Lah jika kad lapuran ini merah menteri atau timbalan menteri tersebut tidak akan dicalun lagi dalam pilihanraya kelak.

Tetapi akhirnya "report card hanya tinggal report sahaja". Ia berakhir setiap calun dalam PRU yang lepas yang dilantik semuanya atas kuasa lobi melalui KJ juga. Akhirnya apa jadi?

Minta jangan Najib hangat-hangat taik ayam. Rakyat akan tanya "boleh caya ka???".

KJ dikuarantinkan selama dua penggal

“Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy Jamaludin) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti". Tun Mahathir.

Nampaknya Najib bertindak tegas dan bijak apabila tidak melantik KJ. Ini kerana KJ adalah "liabilities" kepada UMNO dan Najib tidak mahu menanggung biawak hidup di dalam kabinetnya.

Tentunya Bapa Mertua KJ akan keciwa apabila menantu kesayangannya yang ditatang dan didik seperti minyak yang penuh tidak dilantik sebagai menteri walaupun memenangi Ketua Pemuda.

Najib telah memecah tradisi UMNO di mana inilah pertama kali Ketua Pemuda UMNO tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet.

KJ harus dikuarantin selama satu penggal agar kuman-kuman, penyakit-penyakit, kurap-kurap dan panau di badannya hilang samasekali. Pelaburan yang dibuat untuk memenangi Ketua Pemuda UMNO nampaknya tidak balik modal kerana tidak ada kuasa dalam Kerajaan untuk mengaut kembali belanja yang telah dilabur.

Jangan pula keciwa yang amat sangat nanti KJ bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menentang Najib. Bukan nya perkara mustahil kerana di dalam politik seribu kemungkinan boleh berlaku.

Wednesday, April 8, 2009

BN tergolek di Bukit Selambau kerana jentera BN berkecamuk dan UMNO Bahagian Merbok main wayang

Calun BN PRK Bukit Selambau Datuk S.Ganeson tergolek dan kalah dalam PRK Bukit Selambau dengan hanya mendapat undi sebanyak 10,229 dan calun PKR Manikumar mendapat 12,632 dengan majoriri sebanyak 2,403.

Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok. Tekanan-tekanan dan lobi kuat yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok sebelum pemilihan ini kepada pucuk pimpinan atasan ternyata benar. Inilah hujah untuk kepentingan mereka sahaja.

Kalau umum mengikuti perjalanan PRK Bukit Selambau ini ternyata semua daerah mengundi yang BN kalah adalah di kawasan-kawasan pekan dan taman di mana kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di sini hanya pandai bermain wayang dan hanya mementingkan wang tetapi tidak menjalankan kerja-kerja secara ikhlas dan jujur. Mereka hanya bersemangat dengan penyokong luar dari kawasan yang datang membantu mereka.

BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman. Komposisi pengundi yang terdiri dari ”middle and upper class voters” dan pengundi-pengundi muda professional seperti Tasek Apong, Jalan Badlishah, Laguna Merbok, Ambangan Height, Taman RiaUtara, Taman Bandar Baru,Sungai Lalang, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan dan Taman Peruda kesemuanya BN kalah.

Jika dilakukan bedah siasat dengan ikhlas dan jujur hakikat yang sebenarnya ialah kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. Mereka tidak berkaliber untuk memimpin ahli-ahli mereka yang lebih muda, professional dan berkelayakan yang lebih bijak dari mereka. Ahli-ahli yang tulin dan ikhlas untuk perjuangan telah diketepikan dan langsung membawa diri kerana terlalu banyak politiking.

Dalam ertikata yang mudah mereka boleh dijual beli semasa pemilihan bahagian yang lepas. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ahli. Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri untuk kepentingan ketua bahagian semasa musim pertandingan.

Kesimpulanya memang tepat apa yang diucapkan oleh negarawan ulung Ybhg Tun Dr Mahathir dan PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa jangan diletakan parti menguasai Kerajaan tetapi yang utama ialah rakyat harus menguasai kerajaan.

Jika Najib hanya melayan UMNO maka akan berulanglah kejatuhan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Monday, April 6, 2009

Aura Mahathir bergema dalam perhimpunan PRK Bkt Selambau di Institut Kemahiran MARA Sg Petani.

Sungai Petani 6.4.2009. Ketibaan Tun Mahathir pada jam 5.00 petang di IKM, Sg Petani disambut meriah oleh masyarkat di dalam dan luar kawasan Bukit Selambau. Dianggarkan kehadziran seramai 6,000 orang bersesak-sesak didalam dewan tersebut dan tercetus sedikit pertengkaran kecil sesama anggota keselamatan. Juga terdapat beberapa pemberita, jurugambar dan bloggers ditolak sehingga terjatuh dari pentas.

Ramai yang ditemui ternanti-nanti seolah-olah dahaga dengan ucapan negarawan ulong ini. Intipati ucapan yang tidak putus-putus menyokong kepimpinan Najib disambut dengan tepukan gemuruh dan bersemangat.

Walaubagaimanapun Tun tidak menjamin tidak akan mengeritik UMNO jika ada kepincangan di dalam kepimpinan UMNO yang mengabaikan kepentingan rakyat.

Walaupun kehadziran yang begitu ramai tetapi masih sukar untuk menjamin kemenangan calun BN S.Ganeson kerana keseluruhan yang hadzir hanyalah pengundi Melayu dan hampir tidak ada pengundi kaum Cina.

Ternyata kaum Cina masih lagi berkabung dan masih merayakan hari cuci kubur sepanjang bulan ini agaknya.

Sunday, April 5, 2009

"Hari ini giliran anak Tun Razak pula menerima anak saya sebagai Menteri" Tun Mahathir

PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.

”Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya” kata Tun Mahathir.
(Utusan Malaysia - 5/4/2009)



KOMEN:

Najib seharusnya memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Tun di dalam kenyataan tersebut. Mesej yang sebenarnya ialah supaya Najib melantik Mukhriz sebagai Menteri penuh di dalam susunan kabinet Najib yang akan datang.

Dalam bahasa yang mudah ”hari ini giliran anak Tun Razak pula menerima anak saya sebagai Menteri”.

Faham-fahamlah Najib untuk membaca ”the message in between the line” supaya mudah perjalanan politik yang penuh liku-liku dan cabaran.

Sama-samalah kita tunggu pengumuman barisan kabinet Najib nanti. ”Wait and see, you tak faham you mati”

Friday, April 3, 2009

Mahathir ingin menebus kesilapan yang lepas

Dr Mahathir buat sentuhan terakhir di Bukit Selambau
Utusan Malaysia Online - 03/04/2009 3:18pm

SUNGAI PETANI 3 April — Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Selasa ini.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada pukul 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.

“Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini.

KOMEN:
Nampaknya Tun Mahathir ingin melihat calun BN S.Ganeson menang dalam PRK Bukit Selambau sebagai manifestasi sokongan beliau kepada Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Kemasukan beliau kembali ke dalam UMNO maka tamatlah edah kebenciannya kepada kepimpinan Pak Lah khasnya anak dan menantu Pak Lah. Begitulah tergurisnya seorang negarawan yang kini ingin menebus kembali serba sedikit kesilapan yang lalu.

Seharusnya Najib dan barisan kepimpinan UMNO yang baru berbaris menghormati negarawan ini dan mencium tangan beliau sebagai tanda hormat kerana perjalanan Najib masih jauh dan penuh berliku.

Wednesday, April 1, 2009

Waris seorang patriot

Mungkin ada di antara kita sudah terlupa satu peristiwa bersejarah iaitu Misi Lawatan Diplomatik Tun Abdul Razak ke Beijing pada tahun 1974. Hasil daripada lawatan ini, Malaysia telah buat pertama kalinya menjalinkan hubungan dua hala dengan negara komunis China.

Ini kerana sebelum ini, iaitu di era Tunku Abdul Rahman, dasar luar negara kita lebih bersifat anti-komunis dan bersekutu dengan British dan Amerika Syarikat. Dasar yang telah di bawa oleh Tun Abdul Razak dengan menjalinkan hubungan dua hala Malaysia - China ini merupakan perang saraf terhadap PKM, apabila pihak komunis China sendiri tidak mengisytiharkan kesahihan PKM.

Malahan, hasil daripada hubungan dua hala ini, ia telah mengubah dasar luar negara kepada lebih bersifat berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak samaada di pihak anti-komunis dan di pihak komunis. Tun Abdul Razak merupakan pengasas jambatan hubungan dua hala Malaysia - China yang kini telah berusia 35 tahun.

Hari ini waris patriot ini, Mohd Najib Tun Abdul Tazak akan mengambil-alih kepimpinan negara ini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.