Tuesday, February 10, 2009

AWAS Bukit Selambau ! jika UMNO silap calun

Suasana politik di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat nampaknya semakin menarik untuk diberi perhatian dan kajian yang mendalam. Sudah nampak meletup sana-sini seperti popcorn goreng. Mana mungkin harimau, beruang, singa dan buaya tinggal di dalam satu kandang. Masing-masing tidur tidak nyenyak kerana ketakutan di makan rakan sekandang.

Selepas isu lompat melompat parti di Perak dan kematian wakil rakyat Bukit Gantang kini yang terbaru isu perletakan jawatan Exco dan Adun PKR di Kedah kawasan Bukit Selambau V.Arumugam. Dari maklumat SB Rakyat, kawasan ini agak menarik untuk dibuat analisa mendalam. Bukan analisa kekuatan pembangkang tetapi analisa dan bedah siasat di dalam BN dan UMNO sendiri.

Bukit Selambau terletak di dalam UMNO Bahagian Merbok yang suatu ketika dahulu gagah di bawah kepimpinan Daim Zainudin sebagai Ahli Parlimen dan diambil alih oleh Zainudin Maidin, bekas Menteri Penerangan.

Yang tragisnya kedua-dua Ahli Parlimen ini pada peringkat awal kemasukan mereka, mereka tidak diterima sepenuhnya oleh kempimpinan UMNO Bahagian. Tetapi rakyat akar umbi dan pengundi atas pagar menerima mereka apabila mereka menang besar bertanding di dalam PRU di kawasan ini. Mungkin rakyat dan pengundi atas pagar lebih bijak dan cerdik menilai pemimpin dari kepimpinan UMNO Nahagian sendiri.

Komplot dan sabotaj UMNO Bahagian ini berlarutan sehingga PRU12 yang lepas apabila Zam Maidin ditendang keluar bertanding di kawasan Sungai Petani dalam jangka masa notis yang singkat oleh Pak Lah. Akibatnya Zam kecundang di Sungai Petani dan calun UMNO Tajul Urus tajaan kumpulan Mahazer Khalid dan Khairi Jamaludin pun turut kecundang.

Sekarang apabila berlaku kekosongan di DUN Bukit Selambau yang pasti gatal untuk menjadi calun ialah Tajul Urus, Ketua UMNO Bahagian yang memenangi Ketua UMNO Bahagian sekarang ini secara korup dan rasuah politik.

Menurut maklumat SB Rakyat juga Tajul Urus terlibat dengan beberapa skandal atau affair dan menjadi kaya raya hasil “pau” komision projek beberapa tokoh perniagaan. Rakyat akar umbi di atas pagar yang bukan ahli UMNO tahu isu ini. Tetapi kerana bijak bersilat dalam politik UMNO, kes ini dikambus. Yang nyata jika beliau dicalunkan pastinya gambar-gambar skandal dan tiket pelancongan ke Australia suapan semasa pertandingan UMNO Bahagian akan didedahkan oleh PKR.

Mesejnya, jika percaturan calun tidak dihalusi secara terperinci oleh pucuk pimpinan UMNO khasnya Najib maka kawasan ini juga akan berakhir seperti Kuala Terangganu. NGAP SAYOTTTT!!! Bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana integriti UMNO yang cabuk, sombong dan angkuh.

36 comments:

  1. MEMANG BETUL MUMMY, INILAH YANG PALING SAYA TAKUT, SILAP CALON KALU...ABIS, KT TU MEMANG UMNO BOLEH MENANG TAPI PASAL SI FLIP FLOP NGAN MENANTU HANTU DIA PUNYA PASAL....ABISSSS...

    HARAP DS NAJIB AMBIK CALON YANG BAGUS....CONTOH MCM DR ZAMRY KAT PERAK....REKOD BAIK PUNYA...

    INI KALAU KENA GAYA MUMMY, MEMANG DUA-DUA BOLEH MENANG PUNYA NI....

    JANJI FLIP FLOP NGAN MENANTU HANTU TAK KACAU DAH LA...

    ReplyDelete
  2. mummy,bukit selambau kawasan mic dulu.dlm pru12,calon mic tu belot pd Bn.semua org tau.dia pi sokong si aru. ni.hampas punya org.

    ReplyDelete
  3. Salam,klu ikut kwsn MIC, tp klh PRU lalu. Kali ni bg ja Umno kat situ, org India sokong Hindraf ja mana nak sokong BN. Buang masa ja...

    ReplyDelete
  4. Mummy,
    yg penting calun yg diterima olih rakyat ,kalau Zam sudah berjasa dan popular kepada rakyat disana tidak salah Zam diletakan sebagai calun Bukit Selambau . Zam akan dapat menarik sokongan dari melayu dan sudah pasti dari orang orang india . Ini juga memerlukan stategi luar kotak umur tidak menjadi ukuran .

    ReplyDelete
  5. ayam punya mummy...orang sini sokong Tajul...ni main tuduh-tuduh ni apasallll...aku saman kangg...bagi laa bukti kalu ada...

    ReplyDelete
  6. pirah mabuk...kedarah la hampa..x ingt neraka ka hampa...

    ReplyDelete
  7. Apa punya Melayu tak tau hadap..

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera..blog N 25 BUKIT SELAMBAU untuk PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU TELAH SIAP.BLOG INI AKN MENGIKUTI SECARA RAPAT DAN DEKAT MNEGENAI PRK N 25 DUN BUKIT SELAMBAU.SILA LINK KE BLOG ANDA.SEKIAN TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  9. Salam bloggers,
    Mummy hanya sekadar mengingatkan sahaja supaya jangan terantuk baru nak terngadah. Bila calun silap dipilih barulah Najib dan menteri-menteri kabinet terpaksa kerja kuat turun padang jumpa rakyat marhean membawa gulu-gula getah atau chewing gum untuk menarik pengundi semasa itu dah terlewat lihat apa berlaku di KT.Rakyat dah muak dengan sandiwara UMNO ini.

    Pendapat Chengho ada sedikit menarik. Hang nak calun Zam di Bukit Selambau? Mimpi kot?
    Dalam politik salah satu percaturan yang perlu ialah "the right time and the right team". Zam? now is the wrong time and he got no more team. Mungkin dulu semasa baru masuk timingnya tepat dan Zam according to SB Rakyat hold the right person walaupun Zam buta politik UMNO dan satu cawangan UMNO pun Zam tak tau jauh sekali ketua-ketua UMNO cawangan.
    Cuma Zam pandai pegang panglima yang patuh dan setia padanya ketika itu yang membuat kerja-kerja "donkey".
    Now, Zam dok cita-cita nak jadi duta,mungkin baginya calun ADUN habuk pun tarakkk..So the timing is wrong.

    Blog PRK Bulit Selambau menarik akan Mummy follow blog hang tapi hang jangan dok gedembong dan bagi fakta yang salah.

    ReplyDelete
  10. Komen kpda Chengho,memang Zam ada personal touch di Merbok seperti cuti yang lepas saya ke Kedah makan kenduri ada yg menyebut jasa Zam memberi kain kapan secara percuma semasa beliau wakil rakyat dan setiap kenduri yang dijemput rakyat dlm kawasan pasti Zam akan hantar surat ucap selamat dan sedikit saguhati walaupun Zam tak dapat hadzir kenduri tersebut.
    Tetapi adalah tidak logik meletak Zam dari Parlimen ke ADUN. Saya kira perkara calun ini di serah kpada Najib. Let Najib get the blame kalau tewas juga maka jalan Najib sebagai Perdana Menteri menghadapi liku-liku yang sukar.

    ReplyDelete
  11. Salam mummy,

    Apa yang mummy tulis tu memang benar,sebagai orang lama dalam merbok saya boleh cerita panjang lebar berkenaan BUKIT SELAMBAU.DUN ini asalnya milik dan kubu kuat UMNO.Pak Jang Badri wakil rakyat dari 1986 hingga 1995 lepas itu UMNO serah kepada MIC,Pak Jang ditendang ke DUN Tanjung Dawai.

    Pengundi Bukit Selambau majoritinya Melayu dan tinggal ditaman taman perumahan dan mereka amat meluat dengan gelagat MIC dan puak puak HINDRAF yang berlagak sombong lagi angkuh.

    Pengundi Melayu mahukan DUN Bukit Selambau dikembalikan kepada Melayu.

    UMNO MERBOK ketandusan pemimpin yang ada semuanya half past six,kalau letak TAJUL siang siang lagi kantoi .Tajul adalah orang kuat Mahadir Khalid dan KJ,mereka inilah yang mengatur calon didalam negeri kedah pada PRU 12.Lihat apa jadi pada P MERBOK dan P SUNGAI PETANI, dua dua tewas dengan amat memalukan.

    Enough!cukuplah !jangan jadi pisang berbuah dua kali.D S Najib tolong dengar suara rakyat,rakyat tak mahu calon MIC dan tak mahu TAJUL.The shit is on your head if you make the wrong choice !

    ReplyDelete
  12. Salam mummy,

    Apa yang mummy tulis tu memang benar,sebagai orang lama dalam merbok saya boleh cerita panjang lebar berkenaan BUKIT SELAMBAU.DUN ini asalnya milik dan kubu kuat UMNO.Pak Jang Badri wakil rakyat dari 1986 hingga 1995 lepas itu UMNO serah kepada MIC,Pak Jang ditendang ke DUN Tanjung Dawai.

    Pengundi Bukit Selambau majoritinya Melayu dan tinggal ditaman taman perumahan dan mereka amat meluat dengan gelagat MIC dan puak puak HINDRAF yang berlagak sombong lagi angkuh.

    Pengundi Melayu mahukan DUN Bukit Selambau dikembalikan kepada Melayu.

    UMNO MERBOK ketandusan pemimpin yang ada semuanya half past six,kalau letak TAJUL siang siang lagi kantoi .Tajul adalah orang kuat Mahadir Khalid dan KJ,mereka inilah yang mengatur calon didalam negeri kedah pada PRU 12.Lihat apa jadi pada P MERBOK dan P SUNGAI PETANI, dua dua tewas dengan amat memalukan.

    Enough!cukuplah !jangan jadi pisang berbuah dua kali.D S Najib tolong dengar suara rakyat,rakyat tak mahu calon MIC dan tak mahu TAJUL.The shit is on your head if you make the wrong choice !

    ReplyDelete
  13. AAh,
    Terima kasih. Nanti Mummy belanja hang makan tosei kat Caravan Cafe simpang lima.

    ReplyDelete
  14. http://pkrpasdap.blogspot.com

    bukan setakat calon bahkan kekuatan jentera parti juga penting...

    apa disebarkan oleh pembangkang perlu dijawab oleh BN, kalau tak rakyat akan kata ia benar wp fitnah

    ReplyDelete
  15. SALAM MUMMY,

    Sekarang pengundi-pengundi sangat calculative mummy,tak macam dulu,asai lambang dacin depa pangkah.la nie kalau hang silap sikit depa dah tak peduli lambang apa hang pakai,lebih-lebih lagi kalau ada sangkut paut nagan khairy ngan flip-flop memang meluat habih..pengundi tak marah umno tapi depa hukum umno kerana segilintir individu terutama khairy..saya harap depa piqiaq la betui-betui masa pilih calon.kalau kena gaya memang BN boleh balun dua-dua mummy oooi..

    ReplyDelete
  16. Kalau calun Bebas V.Arumugam letak jawatan kerana ada skandal seperti desakan kumpulan yg berjumpa sultan.
    jika UMNO meletak calun yg ada skandal baru sedap kita main dan spin isu ini. KONG KALI KONG. DUA KALI LIMA.

    ReplyDelete
  17. Mummy,
    Craven A tu bukan kat simpang enam ka?

    ReplyDelete
  18. Mummy,
    Kesian dekat penggundi DUN Bukit Selambau. Pilihanraya Umum lepas depa pilih calon bebas, V. Arumugam, tapi bahlul ni join PKR lepas tu buat skandal pula, dan lari sembunyi. Lebih 50 peratus penggundi Melayu tapi BN bagi kat MIC. Orang Kling di Bukit Selambau ramai Hindraf, tolong fikir macamana BN nak menang. Kalau UMNO nak balik DUN tu, la masanya kerana MIC kini amat lemah dan orang Kling di situ masuk Hindraf, good point to urgue with Samy Vellu. Jika MIc juga dapat bertanding di situ, jawapannya BN angkat kati balik awal-awal lagi.
    kami orang UMNO Bukit Selambau, tak mahu jadi lembu dicucuk hidung lagi. Kami tak mungkin undi non-BN candidate but kami buat macam erection (pinjam kata-kata Zam) lepas, undi semua calon. Padan muka Samy Vellu dan Bapak Flip-flop.Lagi pun jika BN menang pun, masih tak boleh tubuh kerajaan buat apa dok sokong kling BN ni. Kalu UMNO bertanding , kami pasti sokong abis-abisan dan sanggup tak tidur siang, serta belanja sikit-sikit duit kami beli biskut kering dan serbuk kopi.
    Jika UMNO bertanding peluang menang adalah cerah jika MIC gelap macam depa.

    ReplyDelete
  19. Salam Mummy,

    Calon paling sesuai untuk DUN Bukit Selambau ialah Melayu dan bukannya dari barisan kepimpinan UMNO Merbok termasuk Tajul.
    Jika di semak penyata/lapuran UMNO Merbok 2007 kalau tak salah, rata-rata cawangan meminta calon Melayu di letakkan. Tetapi Perwailan UMNO baca tak?
    Barisan Kepimpinan UMNO Merbok sekarang adalah dari pengamal POLITIK WANG. Tajul (sedekah sorang max RM500 per head nak menang ketua bhg), Dr Mail(sessi yg lepas x pernah hadir mesyuarat AJK, skandal dengan Yati, sedekah h/p) , Man Boleh ( naib yg x tahu ukur diri sendiri, alah dgn RM,Penyelia kemas yang kecoh duit KEmas), Kak Besah ( anak didik Tajul dalam ilmu rasuah Politik), Saiful (menang Ketua Pemuda dgn rasuah perwakilan RM150), Anuar Bucu (penyeleweng duit pur12, duit lori) termasuk juga Ajk Bahagian yang di lantik iaitu Syed Osman (Pengerusi Perkasa Kedah...hehhhe...yang mendapat tiket percuma ke Medan @ Brunei hasil pengaturan G7 juga merangkap broker Ali Rustam).
    Pilihlah calon yang ada keiklasan terhadap bangsa, agama dan tanah air. Kalau letak juga calon dari kalangan kepimpinan UMNO Merbok sekarang hancur!! Sebab semua mereka adalah pemusnah UMNO-alah dgn RM. Tetapi kalau bercakap bab UMNO merekalah pejuang Melayu tulin.
    Harapan yang tinggi di letakan kepada Dato Seri Najib untuk meletakan calon yang paling sesuai. Tapi ikut Det Khalid pun mampuih!
    Semoga calon Melayu mengisi kekosongan DUN Bukit Selambau.

    ReplyDelete
  20. Mummy,

    Selambau Hill kechoh lagi,Sultan titah nak jumpa Arumugam, tapi ARU hilang entah kemana ? ada kata dia ada kat Chennai,ada kata dia sembunyi bawah ketiak AL JUB.

    UMNO Merbok buat laporan Polis,suruh polis cari Aru,'WHAT A DRAMA'

    SPR umum saja berlaku kekosongan biar kita tengok sapa lebih kuat,UMNO ka ? DAP ka?MIC ka? PKR ka? atau calon BEBAS MELAYU.

    Tinjauan rambang rata rata Pengundi nak calon BEBAS MELAYU sebab calon ni bersih tak ada skandal macam calon UMNO.

    MUMMY siapa calon BEBAS ni ?

    ReplyDelete
  21. Salam bloggers,
    Nampaknya situasi di Bukit Selambau akan jadi meruncing jika silap calun.Tetapi jika Najib pandai dan bijak seperti Tun Mahathir perkara ini akan menjadi mudah dan Najib tidak akan dtg ke Bukit Selambau kelak menangis dan mengemis seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kepada pengundi India yg kita tahu talam dua muka.
    Demand pengundi India ini yang sahih kita tahu ialah mohon dibebaskan tahanan Hindraf di bawah ISA dan banyakkan binaan kuil. Permohonan pembebasan tahanan HIndraf di bawah ISA ini bukan saja datang dari extremis haram Hindraf tetapi dari Samy Veloo sendiri yang sekarang ingin menjadi hero kumpulan Hindraf ini.
    Jika Najib bersedia maka Najib kena bebaskan mereka ini, tetapi yang pasti apabila dibebas pun pengundi India tidak akan mengundi BN atau UMNO. Kerana mereka talam bermuka-muka.
    Yang pasti selamat dan menjadi pengajaran kepada pengundi India dan Samy ialah meletakkan calun Melayu.
    Walaubagaimana pun pastikan calun Melayu yang ada touch dan betul-betul pernah perform dan deliver di kawasan ini. Calun-calun dari kepimpinan UMNO dlm Bahagian yang ada mengikut sumber sahih SB Rakyat semuanya "mata duitan" dan boleh dijual beli.
    Perbalahan sesama mereka dari PRU12 dahulu sehingga berlarutan pemilihan UMNO Bahagian yang lepas pun tak habis-habis lagi sehingga sekarang.
    Kumpulan Dtk Azmi janggut yang tewas dlm pertandingan UMNO yg lepas seperti membawa diri dan kumpulan Dtk Tajul Arus yang menang masih angkuh, sombong, riak dan berpoya-poya mendabik dada merayakan kemenangan sehingga hari ini.
    Rumusan nya calun yang tepat ialah dari luar kepimpinan UMNO yang ada atau mana-mana Melayu dari luar kotak dan Najib jangan sekali-kali pakai cakap atau laporan Mahadzir Khalid yang pemuhong dan perosak politik Kedah.

    ReplyDelete
  22. Mummy,

    Saya tak kenal mummy tapi mummy mungkin kenal saya ! tak pa asalkan pendirian kita jelas berkenaan Mahadir Khalid dan Tajul.

    Nak bagi tau mummy,tahun lepas semasa perjumpaan Ahli MKT diketuai oleh D S Najib dengan Ketua Ketua dan AJK Bahagian Negeri Kedah di kelab Cinta Sayang, Det Khalid kena belasah teruk di depan D S Najib.

    Ada Ketua Bahagian maki hamun Det Khalid dengan bahasa yang cukup memalukan,antaranya Det Khalid guna dan sewa JET MEWAH untuk pergi kemerata pelusuk negara dan dunia macam naik teksi.

    Banyak lagi perbuatan buruk Det Khalid didedahkan,tak payah sebutlah amat jijik dan memalukan.

    Kalau Pak Lah dan Najib masih guna pakai nasihat Det Khalid Bukit Selambau dengan mudah ditawan oleh Bebas atau PKR.

    ReplyDelete
  23. Salam..orang kedah tak ngam ngan umno..letak sapa pun la..tp memandangkan apa yang berlaku di Perak,dan stesen TV yang masih tak berubah..memang UMNO akan tumbang..
    lagi satu,saya tak bersetuju dengan ayat terakhir Mummy tu..PR semakin kuat,bila kita asyik mencanangkan PR menang bukan sbb mereka kuat,kita tiada usaha ke arah itu..kita kena berubah,jangan jadi pak lah yang asyik menafikan sahaja..tp tiada tindakan..btw,saya tidak menyokong mana-mana pihak..cuma lebih kepada PAS,:) sekian..

    just dua kupang saya..

    ReplyDelete
  24. Seharusnya pilihanraya KT menjadi pengajaran kepada UMNO dan BN.
    Dalam masa dan ketika ini, untuk memenangi mana-mana pilihanraya khasnya suasana politik sekarang perkara utama yang harus dielak atau disekat terus ialah:
    a) Mana-mana juga, sesiapa juga, individu mana juga dan pemimpin mana juga kalau ingin berkempen mesti mengelak diri dari bayangan Pak Lah, menantu Pak Lah, kroni Pak Lah,anak Pak Lah, bisan Pak Lah pendek kata semua yang bebau Pak Lah dan berbayang dengan Pak Lah. Apa nak buat perkara ini angkara memenantunya menconteng arang di muka Pak Lah yang alim dan lembut.
    b) Calun yang dipilih jangan dimumkan oleh Pak Lah atau mantan MB Kedah.
    Elak dua perkara ini insyaalah menang pilihanraya.
    Apa nak buat Pak Lah ooooiii...nasib dema.

    ReplyDelete
  25. Senario kini UMNO Bahagian Merbok adalah seperti geng gagak hitam. Bila ada majlis apa2 maka 2 ekor gagak ( 2 buah harrier hitam PHT1103 & sebuah lagi kepunyaan Zubir Farmasi Zufa (dulu kuat PKR))akan berterbangan bersama. Bila sampai destinasi spt majlis kenduri puak depa sahaja yang akan dok sekali. Orang2 lain khasnya ahli UMNO tak berpeluang langsung nak rapat!!!
    Lee Tapai, Lee Jerung, din jj, Mamak TNB-Shukur yang akan kepong kepala gagak hitam ni. Orang/masyarakat dah meluat! Cuma depa syok sendiri sahaja!
    Tajul......pernah cekak Tun Daim kerana tidak puas hati.... katanya kuat dengan ///, tpi kenapa tak menang kerusi Parlimen Merbok baru ni?????? Menang ketua bahagian guna rasuah politik.... Non Bkt Inas, Abdullah Sany, Bang Lah Jilid, Safar, Puat, Ali Din, Chop Keda, PakLong Jin bolehlah termakan dengan kata-kata manis dan suapan RM. Nampak mcm kemas dalam UMNO tetapi tidak kepada pengundi berdaftar.
    Det Khalid x boleh pakai! Ini adalah kerana pada perj di Kelab Cinta Sayang selepas PUR12, dia telah di belasah oleh Kadir kerana tidak bincang langsung bab calon. Main ikut kepala dia + KJ+ Tajul+ Dol.
    Nak letak Saiful jd calon????? Geng KJ dia ni...mana org mau. Menang pun beli undi..RM150 sorg, Mustafa Pen.S/U atoq dlm toilet.
    Man Boleh.....Hutang kedai Cikgu Mat beli barang program KEMAS pun kecoh..sampai setahun baru nak bayaq. Alah dgn RM...semua boleh.
    Rata2 orang tak suka kepada semua yang berada dalam kepimpinan UMNO Merbok sekarang.......
    Apa kata try buh Tok Mi tgk??? Mampuih Tajul nk setuju!!! Dia rela kerat kote sekali lg dari Tok Mi jd calon...hehheheheheeeeee!
    Mampuih la UMNO cam ni

    ReplyDelete
  26. Dok perati dari luaq,
    Nampaknya maklumat hang lebih terperinci dari maklumat SB Rakyat Mummy di Kedah. Ambooooiiii hang karang sampai naik belemoih UMNO Merbok.
    Bukan di Merbok saja lani.. mana-mana juga UMNO dlm Malaya ni semua pengotoq. Semalam MUmmy pi Bkt Gantang sama juga Rosli dan Mat Isa mcm kucing dgn anjing.
    Cuma Mummy nak tanya sejauh mana katanya Dtk Azmi rapat dgn Dtk Najib?
    Kalau Dtk Azmi jadi calun amacam?
    Kan hang kata Ketua Bahagian org meluat jadi letak Dtk Azmi janggut.

    ReplyDelete
  27. Ptg tadi Tajul ada buat perjumpaan di Swiss Inn konon depa nak boikot pilihanraya ni kalau Najib letak calun MIC. Baguih la biaq depa semua kena tindakan disiplin lepas tu kita buat pemilihan lain naik org-org baru yg lebih wibawa dan berintegriti.
    Tajul pernah buang poster dlm sungai semasa dia ketua pemuda dulu boikot pilihanraya.

    ReplyDelete
  28. Bismillah

    Calon Mokhzani Mahathir camne?
    lawan Calon Islam Bebas? dan PKR India HINDRAF

    ReplyDelete
  29. dalam pilihanraya yang lepas peti undi tajul di taman ria dia kalah terok taman ria ni banyak pembangkang kot mami cuba semak tengok.

    ReplyDelete
  30. Komoi,
    Dia kalah terok di Taman Ria dan Taman Ria Jaya ke? Kata SB Rakyat de;pa meluat dia kerana depa tau skandal dia dan perangai bongkak dia.
    SB Rakyat lapur kata ada perbalahan UMNo di situ angkara beliau melaga-lagakan kepimpinan di situ.
    Betoi ka?

    ReplyDelete
  31. Mummy,

    AJK Bahagian Merbok dari Ketua Bahagian hingga kebawah semuanya tak ada kelas,lapaq ayak,kemaruk wang dan kuasa.

    Nilai puak puak ni RM 200 dan mee rebus Abu saja.None of them ar fit to be Wakil Rakyat.

    Yang layak di Merbok ialah Dato Mokhzani Mahathir tapi dia dah keluar umno,Najib boleh pujuk dia masuk balik dan bagi dia tanding DUN Bukit Selambau.

    Ada sorang lagi dia pun dah keluaq umno ikut Tun, dia ni dah lama dalam Merbok,lantang orangnya dan very straight forward.Dengar khabaq kalau UMNO tak ambil balik Bukit Selambau dia akan tanding BEBAS dan akan lawan dengan puak puak HINDRAF habis habisan.Pengaruh dia di Merbok pun cukup hebat,biasa tanding Timbalan Ketua Bahagian dan kalah 2 undi saja.

    Mummy tolong kempen kat dia,INSHALLAH dengan sokonggan rakan rakan Blogger dia akan menang ,SIAPA DIA NI ? MUMMY CUBA TEKA !

    ReplyDelete
  32. Pangdam,
    Mana la Mumm nak tau...Tapi semalam Mummy ada dapt email dari SB Rakyat ada satu calun yang berminat.
    Mummy tengah buat siasatan. Kalau line clear Mummy akan siarkan lusa.

    ReplyDelete
  33. Perkhidmatan Duta Malaysia ke Indonesia yang ada sekarang telah dilanjutkan lagi kerana masalahnya Datuk Zam telah menarik diri sedangkan namanya telah dicalonkan dan hanya tunggu agremo dari Indonesia.
    Saya mendapat maklumat ini dari orang kedutaan bila melawat Jakarta baru baru ini.Jadi tidaklah wajar bagi Mummy Rokiah terus membuat fitnah pada yang manusia yang tidak berminat dan telah menimbulkan masalah kepada kerajaan. Cuma kalau tak bermiknat kenaapa setuju pada mulanya.Ini perlu dijelaskan oleh Zam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.