Friday, April 29, 2011

Lagi episod Video Sex DS Anwar Ibrahim

Lagi pendedahan Video Sex DS Anwar Ibrahim. Penyiaran siri-siri ini tak ubah seperti drama bersiri Korea yang selalu disiarkan di kaca TV.

Semalam episod lengkap disiarkan lagi dalam Youtube dan beberapa blog http://panglima-harimau.blogspot.com.

Nampaknya pendedahan demi pendedahan ini sukar dikawal  kerana maklumat tersebar dengan cepat tanpa sempadan.

DS Anwar seharusnya gentlemen dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh rakan-rakan wartawan penyiaran bukannya menyembung tak tentu pasal umpama ular tedung senduk seperti apa yang terjadi kepada rakan wartawan TV3 semalam.

Diharap persatuan wartawan  dapat berjuang membela rakan wartawan TV3 yang dinina sebegitu rupa oleh seorang pemimpin pelopor "insan kamillllllllllllllllllll" di dalam ABIM dahulu.

Thursday, April 28, 2011

NC UUM lebih politik dari orang politik

Isu rebet tanah UUM tidak seharusnya menjadi isu politik sempit oleh semua pihak. Apa perlu Kerajaan Pusat berkira untuk membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta demi jihad pendidikan anak-anak pelajar dan warga UUM yang seramai lebih kurang 25,000 orang.

Jika Kerajaan Pusat boleh membawa pembangunan yang berbillion ringgit kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa jumlah yang ciput ini menjadi pertikaian dan senjata politik murahan.

Apa yang melucukan pemerhati politik ada para academia ialah kenyataan-kenyataan Naib Chanselor Professor Datuk Dr Mustafa Ishak yang lebih politik dari orang politik.

Beliau yang sepatutnya menjadi academician yang professional dan menyerahkan tugas dan tanggung-jawab politik ini kepada wakil rakyat atau Ahli Parlimen kawasan itu untuk besuara dalam hal ini.

Walaubagaimanapun situasi menjadi lintang pukang apabila wakil rakyat membisu seribu bahasa kerana mungkin YB-YB kawasan itu sedar bahawa isu cukai tanah UUM ini tidak ada asas untuk dipertikaikan.

Mungkin Prof Mustafa juga bercita-cita ingin menjadi ahli politik dan ini sebagai persediaan atau latihan sebelum menjadi calun dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Tidak salah untuk memasang cita-cita politik cuma pilih kawasan yang sesuai.

Wednesday, April 27, 2011

Haramkan persembahan Kris Dayanti - Hassan Ali mendahului Rais Yatim

SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.

“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.

Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.

“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.

Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Katanya “benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,”.

Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.

“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.

“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya. (Sumber Sinar Harian)

Nampaknya posting MR refer untuk mengharamkan persembahan Kris Dayanti dalam negara ini disambut awal oleh Datuk Hasan Ali kerana sikap tidak senonoh Kris Dayanti mengandung dahulu sebelum berkahwin.

Seharusnya pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sensitif dalam hal ini. Sharizat Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konon lantang berjuang menentang anak-anak haram hanya diam membisu, hanya bertindak apabila masaalah membengkak.

Itulah kualiti menteri-menteri kabinet barisan DS Najib yang ada. Hangguk tak kena tempat tembak tak kena sasar.

(Latest updated) Pertemuan Tun M dan Ustaz Azizan 30hb April 2011

Cadangan awal mempertemukan YAB DS Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah setelah diperkenankan oleh pejabat Tun Mahathir untuk hadir dalam Pehimpunana Melayu Perkasa pada 30hb April ini tidak seharusnya dipolitikan oleh mana-mana pihak.

Hasrat dan niat baik usaha ini serta pandangan kedua-kedua pemimpin ini seharusnya disanjung dan dihormati.

Walaubagaimanapun kerana kesibukan YAB MB Kedah sedang mempersiap-siaga untuk menghadapi pemilihan pucuk tertinggi PAS maka beliau tidak dapat hadir dalam majlis ini.

Apa pun nawaitu yang baik untuk menyatukan Melayu merupakan usaha murni yang harus disanjung bukan diputar belitkan.

Melayu sudah letih dengan perbalahan sesama sendiri.

Tuesday, April 26, 2011

Isu pulau Utusan: MCA "nang bo ti nang koi bo ti koi"

Gesaan MCA supaya memulaukan Utusan Malaysia jelas menampakkan sikap mereka seperti kata-kata pujangga Cina kuno “Nang bo ti nang kui bo ti kui” dalam bahasa Melayu nya "orang bukan orang hantu bukan hantu”.

MCA telah menghantu-hantukan kaum Cina seolah-olah Utusan itu amat menakutkan, perkauman dan rasis dan menggesa Utusan dipulaukan. Persoalannya kepada siapa mereka tujukan supaya Utusan dipulaukan? Kepada orang-orang Cina kah atau orang-orang Melayu kah?

Jika seruan ini ditujukan kepada orang-orang Cina persoalannya berapa kerat kaum Cina yang baca Utusan?Jika kaum Cina tidak membaca Utusan ini bermakna mereka cuba menanam persepsi bahawa Utusan itu hantu yang menakutkan.

Jika seruan ini ditujukan pula kepada orang-orang Melayu ini bermakna ia adalah salah satu usaha terbaru mereka untuk menarik hak-hak keisimewaan orang-orang Melayu supaya mereka dibisukan dari bersuara mempertahankan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dengungan paluan MCA ini telah sampai ke pentas Opera Cina atau Wayang Tongkoi DAP. Mendengar paluan ini DAP terus mengubah tajuk Drama Wayang Tongkoi mereka seperti kata Lim Kit Siang dalam blognya “Utusan Malaysia is not the Malay voice but the voice of Muhyiddin against Najib”.

Malah DAP menyahut paluan ini dengan lebih lantang untuk memecah-belahkan hubungan akrab Najib dan Muhyiddin. (lihat Blog Lim Kit Siang)

Kenyataan LKS yang cuba melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin ini adalah usaha jahat DAP sebagai strategi awal untuk menyemai benih kebencian kepada kedua-dua pemimpin ini sebagai persediaan pilihanraya umum yang akan datang.

LKS sedar peranan besar Najib di Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini telah membawa aura dan impak besar kepada rakyat Sarawak untuk terus mengundi BN.

Manakala bahan kempen DAP yang berkesan ialah dengan memainkan isu-isu rasis untuk memancing undi kaum Cina di kawasan pengundi Cina.

Hari ini DAP sedang menghantu-hantukan kaum Cina bahawa Melayu itu adalah “Drakula”.

Itulah MCA dan DAP “nang boi ti nang koi bo ti koi”

Monday, April 25, 2011

Bloggers bangkit kerana Ketua Pengarang nak jaga periok nasi dan belanga capati

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam. (sumber - BH)
Di dalam Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama semalam Che Det selaku penaung Blog House Malaysia (BHM) membidas media arus perdana yang bacul untuk mengritik Kerajaan di dalam memperjuangkan dasar untuk rakyat.

Hakikatnya disebalik tabir kenyataan Che Det ini, boleh dikatakan semua media-media perdana negara ini ada kuasa-kuasa ghaib di belakang mereka. Kuasa-kuasa inilah yang akan menentukan periok nasi atau belanga capati Ketua Pengarang akhbar tersebut, yang mana akan kekal yang mana akan tertiarap.

Malah kuasa-kuasa ini juga akan memantau gambar-gambar dan visual Pak Menteri mana yang patut disiarkan dan yang tidak patut disiarkan. Dibimbangi kalau disiarkan “angle” gambar isteri Pak Menteri yang bulat dan gedempol.

Walaubagaimanapun satu ‘trend’ menarik ialah terdapat artikel-artikel bekas-bekas Ketua Pengarang yang hanya layak mendapat tempat di dalam akhbar-akhbar yang mereka pernah berkuasa sahaja.

Adalah mustahil mereka tidak boleh bersaing dengan minda yang tajam dan ‘balance reporting’ untuk mereka mendapat tempat dalam ruangan akhbar-akhbar seperti The Star, New Straits Time atau Sinar Harian. Akhirnya pandangan dan pengalaman mereka hanya berlegar-legar sesama keturunan mereka dan peminat setia akhbar mereka sahaja.

Kata Che Det lagi bahawa media arus perdana hanya menyokong seseorang pemimpin ketika beliau berkuasa dan dipinggirkan selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Sejarah mengulangi seperti apa yang berlaku kepada bekas PM yang pertama Tunku Abdul Rahman apabila hanya akhbar The Star sahaja yang tampil untuk menyiarkan artikel mingguan beliau di dalam ruangan “Looking Back” dalam sekitar tahun 1974-1976.

“All told, ‘The stars above in the sky so high, has fallen so conveniently upon my thigh’. Tru it is, for as Chairman of The Star the newspaper has given me the opportunity in my weekly columns to put some of my reminiscences down in writing and also to defend myself against enemies who works relentlessly to obliterate my name from the pages of Malaysian History”. (rujuk Tunku Abdul Rahman dlm Looking Back, halaman 352).

Mungkin jika ketika itu Blog sudah wujud YTM Tunku Abdul Rahman pun akan memilih berblog bagi meluahkan pandangan beliau kerana dipinggir media arus perdana seperti apa yang dilakukan oleh Che Det.

Sunday, April 24, 2011

Haramkan persembahan Krisdayanti dalam negara ini

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 seramai 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.

Yang lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

Di dalam menangani gejala ini berbagai pendekatan telah diambil, ada yang berkesan dan ada yang tidak.

Di dalam kontek semasa MR ingin mengaitkan sedikit tentang isu yang terbaru seorang artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang terang-terang membuat pengakuan bahawa beliau hamil dahulu sebelum bernikah.

Perkara ini dibangkit memadangkan artis merupakan golongan yang cukup berpengaruh di dalam membentuk sikap masyarakat khasnya remaja dan golongan muda.

Kata Krisdayanti di dalam mempertahankan kehamilan luar nikahnya “Saya tahu, tetapi kami sama-sama sudah dewasa, bahkan sudah lama merancang untuk berkahwin. Kehamilan sudah terjadi. Kalau saya menolak pemberian Allah ini, nanti saya dituduh melakukan pengguguran”.

Jika beginilah moral seorang artis yang mempunyai ramai peminat dan idola nya di Malaysia termasuk artis tersohor negara Datuk Siti Norhaliza, ternyatalah kelakuan yang tidak senonoh ini amat membimbangkan.

Ini kerana pengaruhnya dapat merosakkan moral remaja dan anak muda Negara ini yang memang sudah gawat dilanda kerosakan moral dan akhlak yang parah.

Kerajaan “Islam” Negara ini harus mengambil tindakan yang tegas melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mana-mana artis yang terang-terang menyumbang kepada masaalah sosial seperti sex bebas, anak haram, zina, pembuangan bayi hasil dari perhubungan sex haram agar di “blackout” terus persembahan mereka dalam negara ini.

Artis-artis yang sebegini tidak harus diberi tempat samaada dalam media elektronik, Radio, TV atau persembahan pentas.

Saturday, April 23, 2011

Tun M dan Ustaz Azizan akan bersatu ada 30 April. (Updated)

Banner from Kedah Times
MR menerima email menyatakan pada mulanya pihak pengurusan tertinggi Perkasa tidak bersetuju MB Kedah, Ustaz Azizan untuk berucap dalam perhimpunan pada 30 hb April 2011 Jam 3 petang di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mungkin kerana "tekanan" pihak tertentu.

Walaubagaimanapun apabila dirujuk pejabat Tun M, Tun M tidak ada halangan jika dijemput YAB Menteri Besar berucap malah ini lah yang perlu dilakukan sebagai menghormati Ketua Kerajaan Negeri yang memerintah.

Nampaknya Tun M begitu rasional dan bersungguh untuk menyatukan Melayu "kerana perpaduan Melayu adalah teras kesejahteraan negara ini" (meminjam slogan Perkasa seperti banner di atas).

Apa pun rakyat sedang memerhati reaksi pelakon-pelakon politik negara ini termasuklah Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

MB Kedah, Ustaz Azizan dan Tun Mahathir akan bersatu pada 30hb April ini. Anwar sudah lari....

MR tertarik dengan cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk melancarkan gerakan ‘1Melayu, 1Bumi’ bagi menyatupadukan masyarakat Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Kata Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, tujuan program itu bagi mengingatkan kaum majoriti negara itu supaya kekal berkuasa dalam politik dan ekonomi negara.

Perkasa menterjemahkan cadangan ini semasa Perhimpunan Melayu Perkasa kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah pada 30 April ini di mana negarawan unggul Negara Tun Dr Mahathir akan turut hadzir dalam majlis ini.

Apa yang menariknya perhimpunan ini juga akan menjemput pemimpin Melayu Kerajaan Kedah, MB Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau dijangka akan memberi ucapan menyatukan Melayu dalam kontek yang sebenar bukan sekadar kepentingan politik porak peranda yang membawa perpecahan umat Melayu dan Islam.

Apakah di sini akan bermulanya sejarah baru di mana umat Melayu akan mula bersatu dimana Kedah merupakan tanah tunpah darah Tun M dan Ustaz Azizan.

Jika usaha ini berjaya, tindakan Perkasa akan menterjemahkan keikhlasan perjuangan mereka dan mereka tidak akan dilabel sebagai kuda tunggangan UMNO lagi dan kemelut dalaman UMNO yang tidak berkesudahan akan menguburkan mereka dalam jiwa dan sanubari kaum Melayu.

MR cadangkan Melayu yang ikhlas untuk bersatu seharusnya hadir pada majlis pada 30hb ini di Alor Setar. Biar Cina bertokak.

Wednesday, April 20, 2011

Maaf ini bukan Video Sex tetapi Video penjelasan MB Kedah



Akibat dari ketandusan isu untuk menghentam PAS Kedah, UMNO telah terperangkap dengan isu cukai tanah UUM apabila ternyata isu ini hanyalah putar belit politik sahaja.

"UMNO Kedah is not doing enough homework" kata sahabat MR seorang peguam di KL.

Sunday, April 17, 2011

Warkah istimewa dari Mummy Rokiah buat Puan Sri Ragat Kurdi Taib.

Pic: Utusan
Puan Sri Ragat Kurdi,

Peluk lah sepuas-puas suami Puan hari ini kerana masa sudah terlalu suntuk untuk Puan terus memegang ‘title’ isteri Ketua Menteri Sarawak.

Dalam sedikit masa lagi suami yang Puan peluk erat itu akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan pada ketika itu Puan harus sedar Puan tidak lagi memeluk Ketua Menteri tetapi Puan hanya memeluk kekanda Taib Mahmud atau ‘Taib Mahmud my darling”.

Puan dan suami Puan harus sentiasa ingat bahawa jawatan, pangkat dan darjat hanyalah sementara waktu sahaja. Puan sendiri dapat melihat bahawa pengundi-pengundi Cina di bandar-bandar sudah tidak menyokong suami Puan lagi.

Buktinya DAP telah menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang 12 kerusi daripda 15 kerusi yang mereka bertanding. Mereka telah membawa masuk DAP yang rasis itu ke dalam politik Sarawak.

Puan lihat lah apa jadi dengan rakan karib suami Puan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang telah dihenjut teruk apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.

SUPP diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Cina kerana terlalu bersekongkol dengan suami Puan yang mereka gelar 'Pa Mao' itu.

Walaupun jasa suami Puan terlalu banyak kepada rakyat Sarawak tetapi politik tidak pernah mengenang jasa sesiapa.Malah yang penting untuk Puan sedar ialah mereka telah muak dan meluat dengan suami puan yang terlalu lama menjadi Ketua Menteri Sarawak..

Puan Sri Ragat Kurdi,

Peluk lah suami Puan lama-lama, kerana kehangatan pelukan seorang isteri seperti puan itu akan menenangkan jiwa suami Puan yang berkecamuk sepanjang bergelut dalam pilihanraya yang baru lepas.

Walaupun pelukan erat Puan itu tidak akan menghitamkan rambut suami puan yang telah putih seperti kapas yang menjadi bahan kempen politik perli “Pa Mao” oleh pengundi Cina tetapi aura kejelitaan puan itu cukup untuk merawat luka-luka kempen Pilihanraya Sarawak yang ke 10 yang ditimpa suami Puan.

Puan Sri Ragat Kurdi,

Hakikat yang sebenarnya kekuatan suami Puan untuk terus berkuasa dan liat untuk melepaskan kuasa itu kerana, kekuatannya ada pada Puan. Segala zat, vitamin dan mineral yang telah disalurkan oleh Puan itu telah menyuntik semangat dan tenaga kejantanan yang luar biasa kepada suami puan untuk terus bergayut sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Walaubagaimanapun suami puan harus sedar masanya sudah sampai yang beliau mesti melepaskan jawatan dengan segera bukannya dua atau tiga tahun akan datang seperti kenyataan beliau semalam, tetapi sebulan atau dua bulan ini kerana PM kita telah membuat janji kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan kuasa. Ini kerana PM juga bimbang Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Libya.

Malah Puan pun tahu umur suami Puan telah menjangkau 75 tahun, mungkin semangatnya sahaja yang kuat manakala tenaganya sudah ‘tidak ada’. “You know better”.

Akhirnya berbisiklah di telinga suami Puan semasa di ranjang bahawa tahta ini bukan untuk dibawa sampai keatas katil malah jauh sekali sampai ke liang lahat.

Salam.
MR

Friday, April 15, 2011

Soal jawab Miss X Video Sex dengan Polis

Police have recorded a statement from the woman in the sex video which implicates Datuk Seri Anwar Ibrahim, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said. (sumber The Star)

Jika dapat diikuti soal jawab pihak Polis dengan wanita tersebut, kemungkinan beginilah skrip drama sebabak ini :

Polis     : What is your name?
Miss X : My name Mei Feng in Chinese in, English is beautiful wind
Polis     : You can speak English?
Miss X : Little little, sikit-sikit,
Polis     : Where do you come from?
Miss X : What?(terpinga-pinga)
Polis     : Dari mana lu datang?
Miss X : ooo…(sambil garu kepala) from Ipoh. Ipoh mali….
Polis     : You said Ipoh? But your Passport from China?
Miss X : oooo…aiyaaa my boss said aaaaaa..people ask said Ipoh mali maaaaaa…..
Polis     : You know this man? (sambil menunjuk gambar pemimpin pembangkang)
Miss X : mmmmm…(tersenyum tersipu-sipu malu sambil mengigit jari).
Polis     : I ask you, you know this man in this picture?
Miss X : Who donno him? very famous maaa…good man…
Polis     : How do you know him?
Miss X : shy to tell lor……(tersipu-sipu malu)
Polis     : How do you know him?
Miss X : We play play laaaaa…aiya….lagi mau tanya aaaaaa
Polis     : Apa play play? (muka berang)
Miss X : aiyaaa…kissing kissing laaa…..he touch me, I touch him laaaa…
Polis     : Some more?
Miss X : (berbisik) play play like man and women maaaaa….
(Perbualan seterusnya di buat dalam bilik tertutup dan tidak dapat disiarkan disini)

Walaubagaimanpun dialog di atas adalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan pihak keselamatan. Begitu juga nama tersebut diperolehi dari ribuan nama-nama dalam website.

Mungkin soalan-soalan asasnya begitu lah pendekatannya, yang diambil dari format dari filem-filem Hollywood dan Bollywood.

Baguih dok tengah karan tiba-tiba sentot

Chief Rumah Panjang Melekun di Kapit Sarawak, Edison Bugap memang potong ‘steam’ betul. Kurang lebih 20 minit Anwar Ibrahim memberi ceramah diajunya soalan tentang penglibatan Anwar dalam kes liwat, video sex dan ditanyanya mana jam Omega Anwar.

Anwar Ibrahim yang tengah karan memberi ceramah gedegum-gedegam terus sentot dan meninggalkan majlis tersebut. Seramai lebih kurang 129 para hadirin yang hadir terpinga-pinga melihat Anwar di dalam keadaan sentot.

Hakikatnya, di dalam dunia langit terbuka hari ini tiada siapa boleh memperkecilkan sesiapa kerana maklumat menjalar seperti kilat pantasnya. Chief Rumah Panjang pun sudah boleh ases Youtube, Blog dan Media Sosial untuk melihat kelakuan pemimpin mereka yang tidak senonoh.

Begitu juga Chief Rumah Panjang pun sudah boleh membezakan mana satu jam Casio mana satu jam Omega.

Jika Chief Rumah Panjang pun boleh membezakan mana satu depan mana satu belakang untuk memilih pemimpin bila lagi Tok Guru Nik Aziz nak sedar?

Thursday, April 14, 2011

Harap maaf bukan berniat lucah

Mula-mula Datuk ‘T’ serahkan video sex kepada pihak Polis. Selepas itu pihak Polis mengesahkan video tersebut adalah tulen. Hari ini polis sudah kenalpasti siapa ‘pelakon’ video tersebut.

Nampaknya pihak Polis mendedahkan satu persatu kes video sex seorang pemimpin pembangkang tak ubah seperti mengupas jagung.

Kupas kulit nampak bulu. Buang bulu nampak biji. Koyak biji nampak batang. Habis batang pecah tembelang.

Mula-mula melakukan sex apabila ada pengambaran jadilah pelakon sex apabila ada gambar sex dan gambar sex ditonton maka adalah penonton video sex.

Harap maaf bukan hasrat MR untuk berlucah dalam hal ini, apa juga tafsiran terserah kepada persepsi fantasi minda masing-masing.

Walaubagaimanapun tidak ada bezanya dengan akhbar-akhbar harian hari ini yang setiap hari pasti ada perkataan ‘sex’ tidak kurang dari sepuluh perkataan satu hari.

Di dalam Islam peraturannya melakukan hubungan sex, kalau berkahwin perbuatan itu dipanggil “berjimak” tetapi kalau tidak berkahwin perbuatan itu dipanggil “berzina”. Berjimak halal dan berzina haram dan jangan mendekati zina.

Konklusinya berkahwinlah dua, tiga atau empat tetapi jika tidak mampu cukuplah dengan satu.

Wednesday, April 13, 2011

Detik-detik cemas jam Omega

Tik, tik, tik, tik, tik, dari saat menjadi minit, dari minit menjadi jam, dari jam menjadi hari, dari hari menjadi bulan, dari bulan menjadi tahun, dari tahun menjadi kurun.

Kata sahibul hikayat dalam setiap kurun itu akan terlahirlah seorang manusia yang karektornya pelik dan ganjil.

Dalam kurun ini tamadun Melayu telah dianugerahkan seorang karektor yang pelik dan unik. Segala-galanya pelik bagi individu “anugerah tuhan” (kata isterinya) untuk kurun ini.


Kehendaknya pelik, anginnya pelik dan karektornya pelik. Hari demi hari jam Omega sedang berdetik menunggu masa untuk menjadi saksi bahawa tuannya telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. Al-‘ Asr 103: (1-3)

Monday, April 11, 2011

Sejauh mana HALALnya Pameran HALAL?

Di dalam kekalutan isu-isu video sex dan pilihanraya Sarawak yang panas kerana BN dijangka merangkak lemas kerana pengundi Cina menyokong DAP , MR sempat juga mencuri-curi masa untuk melawat Pameran “8th Malaysian International Halal Showcase” di KLCC, Convention Center pada hari Sabtu lepas.

Kalau mengikut senarai yang tercatat dalam buku direktori pameran tersebut seramai lebih kurang 328 exhibitors yang mengambil bahagian.

Pameran kali ini merupakan pameran kali yang ke 8 dan kelihatan fizikalnya pengusaha kaum Melayu negara ini masih lagi termengah-mengah dan tercungap-cungap untuk mengejar kaum Cina di dalam perusahaan produk halal.

Kaum Cina sungguhpun mereka tidak mengucap dua kalimah shahadah tetapi ternyata mereka masih dominant dalam menghalalkan produk mereka.

Apa yang menariknya ialah, bagi mereka ini untuk mendapatkan pengiktirafan logo halal itu tidak berapa penting kerana prosesnya sangat sukar, tetapi cukup bagi mereka dengan mengikuti pameran halal ini dengan sendirinya pameran itu akan menghalalkan produk mereka kerana nama pameran pun “Pameran Halal Antarabangsa”.

MR sendiri menemui pengusaha Cina yang mengusahakan produk herba yang mengakui kapsulnya dibuat dari gelatin binatang yang tidak halal.

Konklusinya pihak JAKIM atau YADIM atau mana-mana badan pengawasan halal harus menghalalkan dahulu PAMERAN itu sebelum menghalalkan produk-produk perserta.

Wednesday, April 6, 2011

Wan Azizah di dalam senyuman tersembunyi tangisan

Wan Azizah sudah sediakan tek semasa sidang akhbar takut-takut tersasul
Seorang isteri yang setia tidak akan mengaibkan suaminya di hadapan khalayak walaupun suaminya ternyata terbukti melakukan perkara mungkar.

Begitu jugalah Datin Seri Wan Azizah, tidak siapa boleh memaksa beliau mengakui lelaki di dalam klip video berkenaan adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Biarlah beliau menyimpan pengakuan itu di dalam penyembunyian diri beliau. Biarlah perasaan beliau menangis diruntun duka jiwa lara tidak siapa harus tahu. Biarlah wajah beliau senyum di dalam kepedihan hati bagai dihiris dengan sembilu bisa tidak siapa harus tahu..

Mana mungkin beliau membuat pengakuan di hadapan anak beliau dan bapa kesayangan beliau.

Di dalam senyuman tersembunyi tangisan. Di dalam tangisan jiwa bergelora. Ohhhh ..Azizah..

Biarlah Azizah bersendiri usah sesiapa mengusik dan memaksa beliau lagi kerana sampai mati pun beliau tidak akan mengaku demi keturunan yang akan datang.

Tuesday, April 5, 2011

Zam Maidin masih sayangkan PAS untuk mengimbangi politik Melayu dan Islam

Zam dan Ustaz Azizan sahabat semasa di Maktab Mahmud
MR tertarik dengan pendapat Zam Maidin dalam Utusan Malaysia semalam seperti di bawah supaya PAS diselamatkan dengan segera supaya pemimpin-pemimpin yang diatasnya tidak dihukum oleh ahli-ahlinya yang di bawah.

Hari ini dan sedikit hari lagi ahli-ahli PAS dan rakyat bakal menyaksikan siapa yang sebenar aktor dalam video tersebut. Semalam pun telah mula tersiar dalam Youtube pelakon handalan seMalaya hanya berpakaian tuala mandi terkinja-kinja tidak sabar untuk memulakan adegan awwwwww..... I tak rela you......

Rata-rata ahli PAS yang menonton video tersebut mengakui ianya adalah wajah Anwar Ibrahim tetapi mengapa pemimpin mereka yang di atas masih tidak mahu mengakuinya?
 
Konklusinya PAS akan berkubur kerana kawan bukan kerana perjuangan. Samalah seperti Anwar Ibrahim berkubur kerana kawan karibnya Datuk Esky.


(Utusan Malaysia 4/4/2011)
KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin-pemimpin Pas terutamanya yang masih berpegang kepada prinsip moral digesa supaya segera mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan parti itu sebelum terlewat.

Ini kerana tindakan membisu pemimpin kanan Pas dalam isu video seks dibimbangi akan memendekkan hayat parti itu sedangkan, peranannya selaku parti nasional Islamik dalam mengimbangi politik tanah air masih diperlukan.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Pas tidak harus menjadi korban hanya kerana kesilapan seorang dua ulama dalam parti itu yang tanpa usul periksa, bermati-matian mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kesempatan masih ada sebelum hal yang sebenar mengenai siapa 'aktor' dalam video seks itu terdedah kerana jika terlewat, kredibiliti Pas sebagai parti yang memperjuangkan prinsip Islam sejak sekian lama akan musnah.

"Saya yakin ini (menyelamatkan Pas) boleh dilakukan kerana percaya, masih ada segelintir pemimpin Pas yang berpegang teguh kepada prinsip moral berbanding hanya tahu menjaga kepentingan politik semata-mata.

"Mereka perlu tampil menyatakan pendirian. Mereka perlu memisahkan diri daripada dikenali sebagai pemimpin yang mempertahankan aksi seks demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, masa semakin suntuk buat Pas kerana persepsi rakyat telah berubah sebaik sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks tersebut tulen.

Tambahnya, selaku parti yang berjuang atas landasan Islam, Pas sepatutnya bertanya di mana jam jenama Omega yang bertatah lambang negara Arab Saudi, sebelum membabi buta membuat solat hajat dan kemudiannya menjadikan ia sebagai pentas politik.

"Sebagai makluman kepada pemimpin Pas, hanya beberapa individu sahaja dalam dunia ini yang memiliki jam Omega bertatah lambang negara Arab Saudi dan Anwar salah seorang daripadanya, tetapi persoalan sekarang di mana jam itu.

"Sepatutnya Pas bertanya benarkah jam tersebut masih dalam simpanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana didakwa Anwar sebelum ini, atau benar ia berada dalam tangan trio 'Datuk T' (kemudian diserah kepada polis)," jelasnya.

Dalam pada itu, Zainuddin menyokong cadangan supaya rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dipertonton di Dewan Rakyat, bagi membolehkan ahli Parlimen membuat keputusan sama ada wajar atau tidak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Ini kerana, katanya, berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beberapa editor dan ahli politik yang sudah menonton rakaman tersebut, mereka sanggup memotong jari sendiri seandainya 'pelakon' dalam video itu bukan Anwar.

Monday, April 4, 2011

Kastam dah tak main dengan Kain Batik dan Kretek Langkawi

Saiz transaksi rasuah yang besar telah didedahkan oleh SPRM dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia di mana ia melibatkan kerugian dalam sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

Transaksi-transaksi ini ialah seperti aktiviti kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, penghantaran wang serta penyeludupan wang ke luar negara secara haram dan pengisytiharan tidak betul barangan import di mana semua transaksi-transaksi ini terlalu luas terdedah kepada ruang rasuah yang besar bagi sebuah jabatan.

Bayangkan bagaimana hanya korupsi sebuah jabatan sahaja dengan kuasa yang begitu luas dan “networking” dalaman yang halus bakal dapat meranapkan ekonomi Negara ini.

Ternyata pengamal-pengamal rasuah dalam agensi ini sudah tidak lagi bermain dengan bilis-bilis atau rasuah-rasuah kecil seperti rasuah cukai kain batik dan rokok kretek dari Langkawi tetapi gejolak nafsu tamak mereka telah menyerakah berbillion ringgit.

Mereka juga seperti telah terlatih dengan sendirinya mengunakan kebijaksanaan untuk mengatasi sistem dan peraturan dalam KDRM yang sudah lapuk sehinggakan sukar dihidu pergerakan mereka di tahap awal. Entah berapa banyak yang telah mereka songlap baru hari ini pihak SPRM dapat membongkarnya.

Persoalannya KDRM adalah di bawah Kementerian Kewangan dan Menterinya ialah DS Najib, beliau harus korek dan mencuci secuci-cucinya bermula dari cacing kerawet sehingga kepada ular tedung dan ular sawa dalam KDRM.

Sistem dan peraturan yang lapuk yang hanya layak menjadi makanan anai-anai harus dirawat segera. KDRM tidak harus terdedah dengan terlalu besar kuasa sehingga mudah untuk bersonglap. Bahagian-bahagian dan unit-unit dalam KDRM harus dirincik-rincikkan bidang kuasa mereka supaya “networking” dalaman tidak mudah terbentuk.

Apakah jadahnya pasangan pegawai kastam suami-isteri boleh bekerja sekali dan bersekongkol melakukan kemungkaran ini.

Konklusinya isu ini telah mencemarkan integriti Kementerian Kewangan dan mereka sedang diperhati oleh rakyat.

Saturday, April 2, 2011

Kata TAK NAIK? Tengah malam Jumaat NAIK!

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.(sumber mStar Online)

MR menerima email dari Awang Lepat dari Baling, Kedah. Katanya lebih kurang loghat Baling "Kalu nak pilihanraya ni mu jangan dok mukat main dengan harga petrol ni oooooo. Kata depa petrol tak naik, semalam naik. Apa ni?."

Kepada Awang Lepat, MR sudah siarkan suara tuan. MR tak mahu komen lebih-lebih semoga tuan puas hati komen tuan sudah MR siarkan. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog MR.