Monday, April 25, 2011

Bloggers bangkit kerana Ketua Pengarang nak jaga periok nasi dan belanga capati

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam. (sumber - BH)
Di dalam Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama semalam Che Det selaku penaung Blog House Malaysia (BHM) membidas media arus perdana yang bacul untuk mengritik Kerajaan di dalam memperjuangkan dasar untuk rakyat.

Hakikatnya disebalik tabir kenyataan Che Det ini, boleh dikatakan semua media-media perdana negara ini ada kuasa-kuasa ghaib di belakang mereka. Kuasa-kuasa inilah yang akan menentukan periok nasi atau belanga capati Ketua Pengarang akhbar tersebut, yang mana akan kekal yang mana akan tertiarap.

Malah kuasa-kuasa ini juga akan memantau gambar-gambar dan visual Pak Menteri mana yang patut disiarkan dan yang tidak patut disiarkan. Dibimbangi kalau disiarkan “angle” gambar isteri Pak Menteri yang bulat dan gedempol.

Walaubagaimanapun satu ‘trend’ menarik ialah terdapat artikel-artikel bekas-bekas Ketua Pengarang yang hanya layak mendapat tempat di dalam akhbar-akhbar yang mereka pernah berkuasa sahaja.

Adalah mustahil mereka tidak boleh bersaing dengan minda yang tajam dan ‘balance reporting’ untuk mereka mendapat tempat dalam ruangan akhbar-akhbar seperti The Star, New Straits Time atau Sinar Harian. Akhirnya pandangan dan pengalaman mereka hanya berlegar-legar sesama keturunan mereka dan peminat setia akhbar mereka sahaja.

Kata Che Det lagi bahawa media arus perdana hanya menyokong seseorang pemimpin ketika beliau berkuasa dan dipinggirkan selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Sejarah mengulangi seperti apa yang berlaku kepada bekas PM yang pertama Tunku Abdul Rahman apabila hanya akhbar The Star sahaja yang tampil untuk menyiarkan artikel mingguan beliau di dalam ruangan “Looking Back” dalam sekitar tahun 1974-1976.

“All told, ‘The stars above in the sky so high, has fallen so conveniently upon my thigh’. Tru it is, for as Chairman of The Star the newspaper has given me the opportunity in my weekly columns to put some of my reminiscences down in writing and also to defend myself against enemies who works relentlessly to obliterate my name from the pages of Malaysian History”. (rujuk Tunku Abdul Rahman dlm Looking Back, halaman 352).

Mungkin jika ketika itu Blog sudah wujud YTM Tunku Abdul Rahman pun akan memilih berblog bagi meluahkan pandangan beliau kerana dipinggir media arus perdana seperti apa yang dilakukan oleh Che Det.

8 comments:

  1. Apa yang Cet Det merepek ni. Kan pada eranya surat khabar arus perdana memang patuh, taat setia dan takut padanya? Kini beliau bercakap macam nak taruk Najib aje. Siapa percaya ada kebebasan akhbar yang berdigniti pada zaman Madey? Kan Madey pun mirip berkuasa "kuku besi" seperti pentadbiran banyak negara Arab kini yang sedang diasak gerakan reformasi politik?
    Betul akhbar seperti Utusan Meloya sangat hebat dapat peluang menghentam sesiapa yang tak sokong 'Ketuanan Melayu'sehingga Naib pun dituduh seperti Pak Lah tak boleh menyemarakkan slogan 'Satu Malaysianya" Siapa dibelakang UM itu yang memberi kuasa imuniti menghentam sesiapa yang tidak mahu menerima "KetuananMelayu' lagi?

    ReplyDelete
  2. Mummy Rokiah ada dalam foto tu ka? Yang mana satu mummy ni?

    sri hartamas

    ReplyDelete
  3. Biar dapat che Det merepek..dari jadi Barua DAP...Bacul untuk mengaku dan mengangkat mertabat Melayu/Islam..Biar Che Det kuku besi..sebab itu anak Lim Kit Siang membesar dizaman Che Det, anak Karpal membesar dan berjaya pulak jadi lawyer...Anak sapa yang tak berjaya dizaman kuku besi Che Det, Cina Mana yang tak kaya masa Che Det, ANwar pun sapu harta negara masa zaman Che Det juga...Yang kita sekarang ni pandai guna internet dan gaji besar sebab apa??Sebab membesar di zaman Jepun..membesar dizaman DAP Laknatuallah memerintahke?..Mula-mula ingat bolehlah harapkan ANwar..rupanya si Kaki Bohong ni lagi hampas...tapi yang bestnya ramai yg pandai tapi tak ada otak sokong ANwar...Yang Melayu gaduh..tapi yang untung ialah kaum yang tak pernah puas puas...bahkan orang asli di serawak lagi pandai dari orang Ampang.

    ReplyDelete
  4. Sri Hartamas,
    MR hanyalah blogger jalanan biarlah mereka yang gagah berada bersama Che Det.

    ReplyDelete
  5. semua itu sudah menjadi sejarah yang tertulis bahawa Tun Mahathir akhirnya sentiasa menang dalam 'peperangan'nya.
    Teringat keratan sajak (tak ingat siapa penulisnya)

    “...Hanya Yang Cekal Dan Tabah Dapat Membina Mercu Tanda Bangsanya Yang Berjaya”.

    ReplyDelete
  6. sRI hATAMAS, MR hanya p majlis kalau patronnya Dolah Badawi atau Nuar brahim.. orang penang lagutu aar.
    jgn marah mummy ku syg, nti kna juai

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy,

    Mummy tak pi pun takpa..hat yang mana pi tu..sat lagi kompem kena lelong terutama si Roky The Assasinator tu!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.