Monday, August 27, 2012

Betty Chew tak sanggup berpisah lagi. Wanita Togo lancar mogok sex hari ini


Semenjak kejadian dahi Guan Eng ditampal plaster kerana luka garu, isteri beliau Betty Chew tidak lagi mahu biarkan Guan Eng keseorangan. Beliau lebih banyak menghabiskan masa di Pulau Pinang berkepit berama Guan Eng. Kawasan Kota Laksamana yang diwakili beliau telah ditinggalkan berkapar begitu sahaja kerana bagi beliau menjaga suami lebih penting dari menjaga kawasan yang sekangkang kera itu.
Pengundi di kawsan sudah mula merungut apabila wakil rakyat yang mereka lantik langsung tidak melawat kawasan. Beberapa program di kawasan Kota Laksamana telah diabaikan Betty Chew begitu sahaja langsung tidak menghormati pengundi yang mengundi beliau. Inilah sikap wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab. Masa inginkan undi rakyat tersondol-sondol menagih undi apabila telah diberi tanggung jawab rakyat diabaikan umpama kacang lupakan kulit.
Apa pun Betty Chew tidak boleh dipersalahkan kerana keyakinan beliau pada kesetiaan Guan Eng telah luntur. Beliau tidak sangggup kehilangan Guan Eng biar rakyat di kawasan yang maki jangan Guan Eng lari. Jika Kota Laksamana tidak menerima beliau, beliau boleh lagi bertanding di mana-mana kawasan berdekatan dengan suami di Pulau Pinang kerana DAP adalah parti mak, bapa, anak dan menantu.
Dalam perkembangan lain  AP melapurkan wanita-wanita di Togo telah memulakan mogok sex hari ini. Ketua Sayap wanita kumpulan Let's Save Togo, Isabelle Ameganvi menggesa wanita-wanita di negara itu bersatu tidak mengadakan hubungan sex dengan suami masing-masing. Mogok tersebut dilancarkan untuk memberi tekanan kepada Presiden Faure Gnassingbe kerana membantah pembaharuan sistem pilihan raya, yang mudah memberi kemenangan kepada Gnassingbe dalam pilihan raya Oktober ini.
Kejadian-kejadian ini adalah manifestasi betapa kekuatan wanita, perempuan, isteri dan ….. dalam percaturan politik sesebuah negara.

Saturday, August 25, 2012

Siapa yang mencemarkan lagu Dendang Perantau?

Koleksi lagu raya yang paling kerap didengar di setiap stesyen radio ialah lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee, Dendang Perantau. Kekuatan lagu ini ialah ia begitu menyentuh perasaan perantau sehingga boleh membuat jiwa si perantau bergelora. Si perantau tanpa sedar akan menangis dengan linangan air mata jika terpaksa berhari raya di perantauan.

Di antara bait-bait lagu yang menyentuh ialah Di hari raya,Terkenang daku kepada si dia, Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku. Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat ku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau.

Walaupun sudah tidak ada lagi danau hijau yang aman damai kerana musnah oleh tangan-tangan rakus pembalak haram dan halal tetapi generasi hari ini tetap menangis apabila mereka mendengar lagu ini. Umpamanya di Baling hari ini, bukan setakat dilanda krisis air yang parah malah tidak ada lagi tepian mandi dan danau hijau kerana airnya sudah tercemar menjadi pekat seperti ‘kopi susu’.

Menurut MB Kedah, Ustaz Azizan permit-permit balak yang dikeluarkan hanyalah untuk kerja-kerja menyuci akar-akar balak bukannya permit mengambil kayu balak. Tetapi Ustaz Azizan terlupa penyamun-penyamun balak ini lebih bertamadun, mereka terpaksa menebang balak untuk menyuci akar balak. Akibatnya kehijauan alam semulajadi Baling menjadi rosak.

“Dulu kami di sini bila bercakap mulut keluar wap sejuk seperti di England” kata Pak Ramli salah seorang saudara yang tinggal bersebelahan Kampung Memali.

Yang sebenarnya beliau pun belum pernah menjejak kaki di England tetapi pernah melihat orang putih, David Marshall semasa Perjanjian Baling.

Di zaman pemerintahan BN/UMNO pun begitu juga, balak, kuari batu, pasir dan tanah merah adalah hasil bumi yang menjadi punca utama pendapatan untuk membiayai kegiatan politik. Sebuah Syarikat yang bernama Gempita Muda Sdn Bhd yang memegang permit hasil-hasil bumi ini adalah broker kepada tauke-tauke besar yang bukan bumi untuk berdagang bagi pihak mereka. Akhirnya syarikat ini juga musnah bersama kayu-kayu balak yang ditebang. Yang masih tinggal hanyalah mantan pengurusnya yang sedang mentadbir UMNO Kedah sekarang.

Inilah realti lagu P.Ramlee. Semuanya sudah musnah dan tinggal kenangan-kenangan hanya tinggal kata dan lagu Dendang Perantau. Apa yang generasi hari ini tangisi apabila mendengar lagu itu hanyalah keindahan alam semulajadi yang sudah tidak ada lagi hijaunya, jernih airnya dan hanya tinggal danau yang tercemar dengan kencing tikus.

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidil Fitri 2012 kepada rakan-rakan blogger

Lukisan lakaran di atas adalah Masjid Zahir, Alor Setar.

SEJARAH MASJID ZAHIR.
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Perasmian Masjid Zahir dilakukan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid pada hari Jumaat 15 Oktober 1914. 
Pada hari tersebut Tuanku Sultan menjadi Imam dan YTM Tunku Mahmud Pemangku Sultan menjadi Khatib dan Syed Othman Fadaaq menjadi Bilal
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.
(Saluran maklumat : Dato' Hj Wan shamsudin Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah.)

Friday, August 17, 2012

Rakyat Kedah silap atau UMNO Kedah yang silap?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan rakyat negeri Kedah supaya jangan mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Kononnya kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Persoalannya siapakah yang membuat kesilapan, rakyat Kedah kah atau kepimpinan BN/UMNO Kedah pada ketika itu? Mustahil rakyat yang membuat kesilapan. Yang sebenarnya rakyat ingin menghukum BN/UMNO Kedah yang ketika itu kerana mereka tidak berjiwa rakyat dan rakyat sudah ‘fed up’ dengan kerakusan kuasa dan harta barisan kepimpinan Kedah dan mereka ingin mengajar BN/UMNO yang sedikit kurang belajar.
Realitinya sehingga ke hari ini suhu sokongan rakyat kepada BN/UMNO Kedah masih terkapai-kapai dan masih memerlukan mesin bantuan hayat. Masih teraba-raba mencari calon-calon ‘winnable’.
Pendekatan soft power Ustaz Azizan dilihat sebagai ‘rakyat friendly’ malah Ustaz Azizan sanggup tidak tunduk kepada golongan radikal dalam partinya sendiri seperti Mahfuz Omar yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd GLC Kerajaan Kedah kerana tidak sebulu dengan Ustaz Azizan.
Ustaz Azizan juga tidak merongkah struktur operating procedure tinggalan Kerajaan BN/UMNO Kedah malah masih menyimpan rapi peti-peti rahsia yang berisi ulat MB Kedah yang sebelumnya.
Mokhzani berkopiah lebai mendekati rakyat di Merbok
Terkini, perkembangan politik Kedah yang menarik sepanjang bulan Ramadan ini yang mendapat perhatian sejuk ialah anak Tun Mahathir. Ramai rakyat Kedah menarik nafas lega apabila Mukhriz disebut-sebut akan menjadi MB Kedah kalau BN/UMNO Kedah kembali menguasai Kedah tetapi tidak ramai yang melihat seorang lagi tokoh anak Tun Mahathir yang tidak kurang pengaruhnya iaitu Datuk Mokhzani.
Beliau dilihat sebagai winnable candidate khasnya kawasan Parlimen Merbok. Kawasan tersebut yang pernah diwakili Tun Daim Zainudin dan Tan Sri Zainudin Maidin adalah kawasan yang berkembang pesat memerlukan tokoh nasional seperti Mokhzani. Menurut sumber beliau bukannya asing di kawasan tersebut malah pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari UMNO Negeri dan begitu kerap turun ke kawasan tersebut sejak 1999 lagi tanpa publisiti murahan. Cuma tangga politik beliau seringkali dicantas kepimpinan UMNO kawasan tersebut.
Kerapkali apabila diajukan soalan kepada beliau, bagaimana jika beliau menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang jawapannya adalah beliau tidak bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan hanya memberi sokongan kepada parti. Realitinya inilah calun yang harus diberi pertimbangan yang tidak gila kuasa.
Dalam sebuah majlis di kawasan beliau baru-baru ini wajah beliau berubah sama-sekali dengan memakai kopiah putih mendekati rakyat akar umbi. Mokhzani adalah calun yang harus diberi perhatian.

Thursday, August 16, 2012

Apakah Pemansuhan Ordinan Darurat Satu Kesilapan Besar?




WALAUPUN pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.

Rakyat masih berasa bimbang, peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas. Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau.

Tetapi ini masih tidak meredakan perasaan gelisah orang awam mengenai jaminan keselamatan mereka.
Pada pengamatan saya, ini semua berlaku kerana masyarakat secara umum pada mulanya mengambil mudah dan memandang ringan akan kepentingan akta-akta yang telah dimansuhkan itu.

Sebahagian besar termakan dengan kempen supaya akta-akta itu dihapuskan tanpa mengambil kira akan kesan yang bakal terjadi akibat daripada pemansuhannya. Mereka menyokong kerana terpengaruh dengan kempen ke arah perlunya sebuah masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya.

Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah. Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka.

Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini.

Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan. Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini.

Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan.

CHAN KIM HOE
SS2 Petaling Jaya
Selangor

Wednesday, August 15, 2012

55 Tahun MERDEKA. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mewujudkan MELAYU LAYAN MELAYU, CINA LAYAN CINA, HINDU LAYAN HINDU.

More non-bumi in the frontline. Move to help public feel comfortable dealing with officers from their own race.

Di atas adalah tajuk besar dan tajuk kecil di dalam akhbar The Star, Selasa 14 Ogos 2012 mukasurat 16. Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

JIka diterjemahkan di dalam Bahasa Malaysia ia akan berbunyi Lebih ramai kaum bukan bumiputera akan dilantik sebagai kakitangan barisan hadapan. Usaha untuk memberi keselesaan kepada publik berurusan dengan pegawai dari kaum mereka sendiri.

Kesedaran ini berbangkit apabila penjawat perkhidmatan awam kini didapati lebih ramai di kalangan Bumiputera daripada kaum-kaum lain. Barangkali mereka ini tidak memahami masaalah dan isu-isu kaum lain di kaunter-kaunter Kerajaan maka ia memerlukan pegawai di kalangan kaum mereka sendiri untuk menyelesai dan melayan kaum mereka.

Selain daripada membantu orang ramai berasa selesa, ini juga merupakan sebahagian daripada usaha besar Kerajaan untuk menarik lebih ramai bukan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam, Mahmood memberitahu The Star.

Kita memahami usaha-usaha Kerajaan untuk menambah kakitangan awam dari semua kaum supaya ia tidak kelihatan Perkhidmatan Awam didominasi oleh satu kaum sahaja, kaum Melayu. Tetapi apabila alasan untuk memberi keselesaan, satu kaum hanya melayan kaumnya sahaja di atas fahaman hanya kaum itu memahami masaalah kaumnya ini ternyata telah menyimpang dari matlamat gagasan 1Malaysia.

Sasaran ini akan membuka lebih lebar jurang kaum dan segrigasi kaum yang ketara akan berlaku di mana kelak ia akan akan melahirkan penjawat awam yang akan hanya melayan kaumnya sahaja dan tidak akan ambil pusing sensitiviti dan budaya kaum lain.

Sekali pun jika kajian SPA mendapati factor ini merupakan akar permasaalahan seharusnya penjawat-penjawat awam di kaunter khasnya diilmukan supaya memahami masaalah dan sensitiviti semua kaum.

Hari ini masaalah intigrasi kaum tidak seharusnya lagi menjadi isu kerana setelah 55 tahun Merdeka perhubungan kaum telah lama dipupuk dengan bermacam-masam initiatif untuk menjalinkan perpaduan kaum. Sebagai contoh kempen Muhibbah yang begitu berkesan selepas peristiwa merah 13 Mei 1969.

Penjawat-penjawat awam yang merupakan pasukan tempat rujuk orang ramai tidak harus dterapkan pemikiran mereka untuk berkhidmat kepada kaum mereka sahaja. Mereka tidak boleh berkompromi realitinya bahawa mereka berkhidmat untuk rakyat.

Mereka harus mendokong Rakyat Didahulukan..

Monday, August 13, 2012

Time suspends Fareed Zakaria's column for a month for plagiarism

Posting ni hanyalah untuk rekod blog ni.

Alexander C. Kaufman, Reuters.
Chicagotribune
Aug 11 (TheWrap.com) - Fareed Zakaria, the CNN host and Time editor-at-large, apologized on Friday for plagiarizing passages of his Aug. 20 column on gun control from the New Yorker. Time said on Friday that it would suspend his column for a month while they review his work.

Hours later, CNN -- on which Zakaria hosts the foreign-affairs show "GPS" -- issued a statement saying it suspended the journalist after finding similar "unattributed excerpts" in a post on his Global Public Square blog.

"That blog post has been removed and CNN has suspended Fareed Zakaria while this matter is under review," CNN said in the statement.

"I made a terrible mistake," Zakaria said in a statement Friday afternoon. "It is a serious lapse and one that is entirely my fault. I apologize to [Lepore], to my editors at Time, and to my readers."

Sections of "The Case for Gun Control," his latest column in Time, appeared nearly identical to an April 23 article in the New Yorker by historian Jill Lepore.

"Time accepts Fareed's apology, but what he did violates our own standards for our columnists, which is that their work must not be only factual but original; their views must not only be their own but their words as well," the magazine said in a statement. "As a result, we are suspending Fareed's column for a month, pending further review."

The conservative media watcher Newsbusters reported the similarities after receiving a tip from NRAnews.com, a National Rifle Association advocacy blog.

The Washington Post, where Zakaria has submitted numerous op-eds, said on Friday night that it plans to go through his work with him.

"Fareed Zakaria is a valued contributor. We've never had any reason to doubt the integrity of his work for us," editorial page editor Fred Hiatt said in a statement to TheWrap through a spokeswoman. "Given his acknowledgment today, we intend to review his work with him."

Zakaria drew criticism earlier this year after a commencement speech he delivered at Harvard apparently contained recycled material from one he gave earlier at Duke. Earlier in the day, Time issued a statement saying the magazine planned to investigate the claims.

Zakaria's main paragraph in question reads:
"Adam Winkler, a professor of constitutional law at UCLA, documents the actual history in Gunfight: The Battle over the Right to Bear Arms in America. Guns were regulated in the U.S. from the earliest years of the Republic. Laws that banned the carrying of concealed weapons were passed in Kentucky and Louisiana in 1813. Other states soon followed: Indiana in 1820, Tennessee and Virginia in 1838, Alabama in 1839 and Ohio in 1859. Similar laws were passed in Texas, Florida and Oklahoma. As the governor of Texas (Texas!) explained in 1893, the 'mission of the concealed deadly weapon is murder. To check it is the duty of every self-respecting, law-abiding man.'"

Lepore wrote this:
"As Adam Winkler, a constitutional-law scholar at U.C.L.A., demonstrates in a remarkably nuanced new book, 'Gunfight: The Battle Over the Right to Bear Arms in America,' firearms have been regulated in the United States from the start. Laws banning the carrying of concealed weapons were passed in Kentucky and Louisiana in 1813, and other states soon followed: Indiana (1820), Tennessee and Virginia (1838), Alabama (1839), and Ohio (1859). Similar laws were passed in Texas, Florida, and Oklahoma. As the governor of Texas explained in 1893, the "mission of the concealed deadly weapon is murder. To check it is the duty of every self-respecting, law-abiding man."
Zakaria, it seems, avoids the Oxford comma.

Sunday, August 12, 2012

Dapatkan "NASI LEMAK DARA PUJAAN" di Kepala Batas


sumber Omara
Datuk L. Ramlie tidak ketinggalan gigih menjalankan perniagaan sekeluarga sepanjang bulan puasa dengan membuka gerai Ramadhan yang menjual nasi daging, nasi tomato, dalca, pajeri dan aneka jenis lauk pauk di hadapan rumahnya di Jalan Maju, Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Beliau sebelum ini menjual Nasi Lemak yang dikenali sebagai 'Nasi Lemak Dara Pujaan' sangat popular di Kepala Batas sepopular lagunya. Semoga masyarakat menyokong perniagaan keluarga beliau dan didoakan bertambah rezeki. (sumber maklumat: Omara)

Siapa yang boikot bintang flem Haire Othman?

Kenyataan pelakon kacak Hairie Othman yang baru menganut PAS bahawa ada syarikat produksi yang memboikot beliau untuk tidak mengambil beliau berlakon adalah kenyataan politik semata-mata. Apakah itu sahaja agenda perjuangan politik Haire Othman dalam PAS? Yang sebenarnya populariti Haire semakin menjunam kerana kebangkitan pelakon-pelakon baru yang lebih nilai komersialnya jika dibanding dengan Haire Othman yang semakin pudar.

Penyanyi bersuara merdu Aishah yang menganut PAS lebih awal dari Haire langsung tidak terjejas tempatnya sebagai penyanyi dalam semua stesyen radio swasta dan Kerajaan. Hampir setiap jam lagu beliau berkumandang di radio sejak 14 hari terakhir bulan Ramadan ini. Lagu nyanyian dan lirik oleh Aishah Pulanglah* ciptaan Adam Ahmad sungguh menusuk kalbu, merayu kekasihnya pulang kepangkuannya setelah mereka bergaduh kerana kata fitnah. *Untuk makluman - Menurut Aishah lirik ini tidak ada mengena dengan dirinya.
Seharusnya Haire apabila dah menganut PAS berubah lah sedikit. Tinggalkan dunia selebriti sebagai artis yang hanya indah lakonan sahaja tetapi gundah kehidupan. Pakai lah jubah dan kopiah lebai dan asah public speaking dengan menghafal hadis-hadis dan surah yang bersangkutan HududPAS untuk menegakkan perjuangan HududPAS. Kebolehan Haire bila-bila masa boleh mengatasi naib presiden PAS Mahfuz Omar yang hanya seorang juruteknik satu ketika dahulu dan hari ini beliau merupakan seorang wakil rakyat dan perawi PAS terkemuka.
Hairie yang kini bergantung pendapatan melalui ceramah-ceramah PAS harus lebih agresif dan celupar dengan makian serta hamunan dalam ceramah barulah boleh  menarik ramai penonton ke pentas syarahan beliau. Lagi ramai laungan takbiiiir  lagi banyak asyoookk.
Kata blogger Mat Kedah “Inilah masanya dok tengah laku. Nanti mai artis baru yang lebih cun melecun masuk PAS Haire dah tak larat ligan”.
Hakikat yang sebenarnya Haire adalah pelakon yang takut dengan lakonannya sendiri.

Thursday, August 9, 2012

Masaalah bulu pun cari Biro Aduan MCA


Masaalah bulu Miss Lee diadukan kepada Biro MCA. pic : thesun
Beberapa buah akhbar perdana baru-baru ni melapurkan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, 39 tahun telah mengadu kepada Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berhubung masaalah sampingan alat sulit beliau selepas menerima rawatan membuang bulu melalui teknologi cahaya nano, Nano Light Hair Removal.
Beliau telah membelanjakan RM3,500 untuk membuang bulu secara kekal sebaliknya terpaksa mengeluarkan lagi belanja rawatan dari RM35,000 hingga RM55,000 kerana side effect dari rawatan cahaya nano yang melampau sehingga menyebabkan permukaan alat sulitnya sakit, melecur, bengkak, kemerahan dan kepedihan.
Kerana tidak berpuas hati dengan rawatan yang diterima beliau telah membuat pengaduan kepada Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.
Apa yang MR ingin ketengahkan di sini bukannya masaalah bulu tetapi peranan Biro Pengaduan MCA ini yang sungguh effektif, berkesan dan menyakinkan untuk semua kaum. Biro MCA ini telah membuat berbagai pendedahan dan berjaya menyelesaikan berbagai masaalah peribadi masyarakat yang kadangkala pihak berkuasa pun buntu dengan isu-isu sulit dan menyulitkan.
Dari isu mangsa Along, penipuan, dera, rawatan kecantikan sehinggalah kepada masaalah-masaalah tempat sulit. Masyarakat tidak malu lagi dengan biro ini kerana keyakinan mereka begitu tinggi bahawa biro ini dapat mendengar dan menyelesaikan keluhan mereka.
Inilah contoh perkhidmatan cemerlang kepada rakyat oleh salah satu biro Malaysian Chinese Association (MCA) di mana parti-parti lain tidak laksanakan kerana sibuk berpolitik kecam-mengecam sehingga perkhidmatan kepada rakyat diabaikan.
MCA yang sama-sama menuntut kemerdekaan adalah sebuah parti yang rasional kini hampir tenggelam jasa-jasa mereka kepada kaum Cina kerana pukulan chauvinist DAP merompak sokongan kaum Cina dari MCA. Pendekatan perjuangan secara consultative, soft and gentle MCA dalam BN cukup konsistant jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang garang, bengis dan jalanan.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Micheal Chong, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di atas kerja-kerja cemerlang kepada rakyat tanpa memilih bulu.

Wednesday, August 8, 2012

Posting KHAS UNTUK KSN, DATUK ALI HAMSA

Salah satu amalan MR dari tahun 1999 ialah menghantar surat ucapan tahniah kepada sesiapa sahaja yang baru dilantik menjawat jawatan tertinggi di dalam Kerajaan baik Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat.
Surat-surat ucapan tahniah ini sebagai tanda ingatan dari MR atas dasar jawatan itu adalah amanah rakyat dan MR sebagai rakyat marhaen di akar umbi merasa bangga dari jutaan rakyat dalam  negara ini mereka di antara personaliti yang terpilih memikul amanah tersebut.
Hampir 90% surat-surat tahniah yang dhantar mendapat jawapan kembali dan mungkin yang lagi 10% itu tidak menjawab kerana hilang dalam perjalanan atau pegawai-pegawai yang menerimanya tidak begitu ambil pusing dengan surat-surat yang mungkin dianggap remeh ini. Dari sini serba sedikit kita boleh tahu corak kepimpinan dan gaya pengurusan pemimpin tersebut.
Baru-baru ini juga MR telah menghantar surat ucapan tahniah kepada penjawat jawatan pentadbir yang tertinggi dalam negara ini iaitu Datuk Ali Hamsa yang baru dilantik menjawat jawatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA. Jawatan yang dikira penting untuk memimpin, mentadbir dan mengurus negara ini. Jawatan yang menjadi rujukan tauladan kepada penjawat-penjawat awam dalam negara ini dari Budak pejabat kepada KSU.
Dukacitanya sehingga hari ini tiada sebarang jawapan diterima. Bagi MR nothing to be personal about this dan bukan satu perkara yang sensitif. Mungkin jutaan ucapan tahniah diterima sehingga sukar untuk menguruskan surat-surat rakyat marhaen yang tidak penting untuk dilayan.
Semoga KSN mendokong serta merealisasikan slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan bukan sekadar slogan-slogan ritorik dalam letterhead Kerajaan.

Tuesday, August 7, 2012

Pertikaian sepokok durian di Singapura dan durian runtuh di Malaysia


Pokok durian yang menjadi pertikaian di Singapura
Di Singapura baru-baru ini sebatang pokok durian telah menjadi duri di kalangan penduduk flat blok HDB di Moulmein Road. Pergaduhan telah berlaku apabila Mr R.Lim menjerit supaya menjauhkan diri kepada seorang penduduk Mr Chua kerana sedang memandang buah durian di atas pokok yang didakwanya ditanam oleh bapanya 20 tahun dahulu.
Menurut lapuran The Straits Times baru-baru ini rupa-rupanya pertikaian di kalangan penduduk di situ telah bermula sejak tiga tahun lalu. Kemuncak kejadian baru-baru ini, salah seorang penduduk, Lily Wee memanggil polis apabila beliau dijerit oleh Mr R.Lim  yang beliau gelarkan sebagai ‘pembuli durian’ ketika beliau mahu mengambil durian yang gugur di bawah pokok tersebut.
Kecewa di atas pertikaian ini, beberapa penduduk telah meminta pokok itu ditebang, tetapi majlis perbandaran Moulmein-Kallang hanya meletakkan dua notis yang menyatakan bahawa pokok itu adalah pokok kejiranan dan dimiliki oleh Lembaga Perumahan diletak bawah kawalselia Majlis Perbandaran Moulmein-Kallang.
Berbalik di Malaysia sepokok demi sepokok durian mulai runtuh. Makin dekat PRU13 makin banyak durian runtuh. Semalam durian runtuh lagi.
Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian runtuh' selepas sambutan Aidilfitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad. Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar bila akan runtuh akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau lagi durian-durian telah pun tersedia untuk diruntuhkan.
Semoga rakyat tidak terlalu dimanjakan dan cukuplah dengan durian runtuh takut-takut harapan rakyat yang terlalu tinggi selepas BN/UMNO menang dalam PRU nanti pokok durian pun runtuh sekali. Pokok durian mesti dibaja dan dipelihara supaya subur dan tidak runtuh.

Saturday, August 4, 2012

Tema logo Hari Kebangsaan ikut tafsiran siapa?

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan pertikaian tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.  Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan  isian yang setimpal.
"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian. (mStar)
Inilah akibatnya jika pemimpin atasan tidak melibatkan pandangan rakyat jelata sekurang-kurangnya membuka pertandingan mencipta logo dan tema Hari Kemedekaan. Belum berlaku di dalam sejarah kemerdekaan negara ini isu sekecil logo boleh dipertikaikan.
Pembangkang melihat perspektif tafsiran tema kemerdekaan dari sudut dan pandangan mereka. Hendak lagi tema ini amat tepat terkena batang hidung mereka yang prestasi negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka sungguh teruk, cabuk dan buruk. Janji tinggal janji.
Manakala pemerintah pula melihat kemerdekaan ini harus diambil kesempatan untuk milage politik mereka. Kepimpinan di atas merasakan mereka seharusnya menggembur prestasi mereka dan mengungkit performance mereka kerana takut rakyat lupa dalam PRU yang akan datang. Gajah sesama gajah bertarung rakyat menjadi binau dan melilau.
Maka tidak hairanlah apabila berlaku kemelut yang sebegini akani bangun pula kumpulan penganas, Parti Komunis Malaya (PKM) mendabik dada menyatakan mereka juga penjuang kemerdekaan menentang penjajah Inggeris sealiran dengan Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Apakah perpaduan rakyat negara ini begitu rapuh dan tipis seperti kulit bawang?
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Friday, August 3, 2012

Pemuda UMNO Kedah tak sedar diri



Kedah Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim telah melahirkan hasrat semoga kepimpinan tertinggi UMNO dapat memberi 8 kerusi calun kepada  pemuda dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mereka telah mencadangkan nama-nama lapan calon kepada ibu pejabat parti yang dirasakan mempunyai kredibiliti, sangat komited dan sering turun padang bersama rakyat dan kononya mempunyai ciri-ciri winnable candidate. Permintaan kerusi tambahan dibuat kononya lagi berdasarkan satu kajian mereka baru-baru ini yang menunjukkan perubahan mood pengundi, yang kini berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya generasi pemuda UMNO Kedah ini masih tak sedar diri, kerja tak buat dok dabik dada nak jadi calun” kata seorang sahabat MR dari Kedah dalam e-mail beliau semalam. Pemuda Kedah kelihatan mandom (bahasa Kedah = lemah) seperti ayam cirit berak kapor. Keberanian mereka tidak sehebat Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR anak muda alat DS Anwar yang bertelor kehadapan. Cuma nasib beliau tidak baik apabila terlalu ghairah mendedahkan maklumat sehingga terperangkap dengan strateginya sendiri dan boleh didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia). Sebaliknya maklumat DS Anwar yang konon berkotak-kotak masih disimpan sehingga sekarang.
                                     
Berbalik kepada pemuda UMNO Kedah, soal rakan itu lagi, apa kaedah dan sampel kajian yang mereka pakai?. Realitinya hari ini ialah perubahan mood pengundi kepada BN adalah berdasarkan aura kekuatan DS Najib sendiri bukannya kekuatan UMNO Bahagian atau kepimpinan UMNO negeri. Rata-rata 83% bahagian-bahagian UMNO dalam negeri Kedah masih lagi bergolak dan bertokak dalaman mereka. Kencing dah naik haring. Peruntukkan penyelarasan Parlimen yang diamanahkan telah digunakan untuk popularkan diri mereka.

Di dalam situasi kapal hampir karam seharusnya pemuda UMNO Kedah menyerah kepada nakhoda kapal untuk mengemudikan bahteranya. Di dalam kontek ini serah sahaja kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Bukannya mendesak atau kata oghang Kedah dok kenen-kenen kot-kot Tok Najib ikut cakap hangpa, awai sikit....

Akhir kalam, sedarlah diri, suluhlah cermin.

PS/  Nasihat tambahan kepada Pemuda UMNO. Untuk menambahkan ilmu sejarah konflik bangsa Melayu dan kaum Cina mohon Pemuda UMNO baca buku terbaru edisi keempat “RED STAR OVER MALAYA” kajian Dr Cheah Boon Kheng yang boleh didapati di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC dan MPH. Ianya berkisarkan peristiwa ketegangngan Melayu dan Cina semasa ‘interregnum period’ selama dua minggu 15 Ogos – 3 September 1945. Semoga mendapat kesedaran diri supaya Melayu tidak dibangsatkan.