Monday, November 26, 2012

REMUK-REDAM HARAPAN UNTUK MELIHAT MUTU BOLASEPAK NEGARA MENINGKAT

Semalam Harimau kecundang di tangan Singapura 3-0. Pagi ini segenap penjuru orang ramai bercakap, berdiskusi, berdialog dan bermonolog meluahkan kekeciwaan mereka akibat kekalahan ini. Kesudahannya apa nak buat nasib tak ada, bola itu bulat.
Semua tahu bola itu bulat, cuma mereka mula mempersoalkan kewibawaan jurulatih Rajagopal. Satu ketika Rajagopal dijunjung dan disanjung semasa ketibaan di KLIA membawa kejayaan juara Piala Suzuki. Bukan setakat ganjaran yang diberi tetapi pengiktirafan juga diberi.
Datukship yang digendong Rajagopal hari ini ternyata berat seperti batu lesung sambal belacan. Memang mutu bolasepak negara ini macam yo-yo ada ketika naik ada ketika menurun tanpa satu penjelasan yang kukuh. Mungkin mengikut angin dan musim.
Mengimbau kembali kenangan FAM, MR ingin memetik tulisan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di dalam buku Looking Back m/s 135. 
Beliau menulis - “..when I first became President of the Football Association Of Malaysia, which had two or three Indian members. At every meeting they would find cause to quarrel among themselves. At one session when the situation got worse than ever. I had to shout and bang the table for them to stop talking, exclaiming “I have the greatest admiration for Mr Gandhi dan Mr Nehru”.
The late Mr Se Singam asked : “What have they got to do with our meeting?”
I retored, “At least they can control 500 millions Indians, and I cannot even control the two of you”. That fixed it – from then on, they were very quiet- comparatively speaking. 
Itu lah pengalaman berharga Tunku betapa sukarnya mengemudi FAM. Generasi hari ini mungkin sudah lupa jasa Tunku menganjurkan Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka pada tahun 1957. Satu kejohanan yang cukup berprestij yang mendapat penyertaan bukan setakat dari negara Asia Tenggara tetapi juga negara-negara Timur Tengah.
MR ada beberapa naskah koleksi buku Looking Back, tulisan Tunku. Kepada pelajar universiti yang berminat sila email kepada mamirokiah@gmail.com untuk 10 naskah pertama percuma. Nyatakan nama, alamat, IC dan universiti.

Sunday, November 25, 2012

RAKYAT KEDAH DITIPU HIDUP-HIDUP

Di dalam pembentangan Bajet 2013 pada 20 November 2012 MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat sebanyak RM40 juta melalui hasil perolehan caj air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
Kerajaan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 akan meningkat dari RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta. Peningkatan sebanyak RM105.6 juta ini bakal diperolehi dari hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Kedah Darul Aman (Sada) dan Kerajaan Pulau Pinang.
Dalam perkara yang sama Lim Guan Eng pada 24/11/2012 terkejut beruk bagaimana Kerajaan Kedah boleh mengeluarkan angka ini sedangkan tiada sebarang persetujuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang malah jauh sekali memasukan peruntukan tersebut di dalam Bajet 2013 mereka. 
Lim Guan Eng yang juga selaku Pengerusi Penang Water Authority Holding Bhd telah melenting (corky cocky & arrogant) dan cukup bertegas di dalam hal ini. Katanya di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris “I’ve never met any Kedah official to discuss such a deal and there is no way we will ever agree to pay for water which flows into the state. If there is any confusion, it is on Kedah’s side.” 
Tegas Guan Eng lagi “..as a matter of procedure there must be a (proper) document before you can table any anticipated revenue in the budget. You cannot just make up a number”. 
Mengikut tafsiran, konsep bajet ialah - ‘satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun (hadapan) yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara’ 
Melihat percangahan, konflik dan keserabutan kenyataan kedua-dua Kerajaan di atas ini jelas membuktikan Bajet 2013 Kerajaan Kedah yang dibentangkan baru-baru ini ternyata ia merupakan satu belanjawan yang tidak ada intergritinya dan tidak berlandaskan fakta malah jauh untuk diterima pakai sebagai dasar, matlamat dan strategi Kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam tahun budget, 2013. 
Bagaimanakah satu angka hasil perolehan dimasukkan dari sumber kewangan yang tidak jelas dan tepat atau figure that pluck from the sky. Malah yang lebih mengeciwakan ialah bajet ini jika diterima ia merupakan satu pedustaan yang amat besar kepada rakyat negeri Kedah. 
Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi ada masa untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang supaya membayar hasil air ini dan jika gagal mereka gagal tindakan menyekat air harus dilakukan. Jika masih gagal pimpinan PAS menanggung dosa kerana menipu rakyat.

Saturday, November 24, 2012

PAS KEDAH DAH MULAKAN SERANGAN

Kerajaan PAS Kedah nampaknya dah mula menyerang kepimpinan UMNO Kedah yang terdahulu. Serangan ini seharusnya ditangkis dengan segera oleh UMNO sebelum ianya merebak. 

PAS ingat mereka bersih tetapi kotor juga dengan pencerobohan balak haram sehingga menjejaskan alam sekitar.
Rakyat sedang memerhati bagaimana PAS Kedah akan mengenakan bayaran air kepada Pulau Pinang. Tunggu dan lihat kerana perkara ini dijanji oleh MB dalam Ucapan Budget mereka.

Friday, November 16, 2012

KENYATAAN NURUL IZZAH MENDAHULUI BIBLE

Hari ini di pagi Jumaat yang mulia MR berkesempatan ‘breakfast’ dengan blogger Tok Senawi dan kami berbicara panjang lebar tentang gerakkan pluralism dan liberalism sehinggalah berlarutan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah tentang tiada sekatan beragama.
MR kagum dengan Tok Senawi yang betul-betul memahami kandungan Bible berbagai-bagai versi kecuali versi lama Barnabas yang disorok oleh penganut Kristian kerana di dalamnya ada menyatakan kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Di bawah MR petik tulisan dari blog Tok Senawi www.toksenawi.blogspot.com response kepada kenyataan Nurul Izzah yang MR kira hujah Tok Senawi merupakan satu hujah yang jarang diketengahkan.

Siapa yang tidak rasa tercabar apabila ada seorang yang kononnya IMAN beliau cukup hebat secara terbuka - membuka ruang agar orang Islam juga diberikan hak atau kebebasan memilih agama. Kenyataan yang jelas bertentangan dengan ISLAM!!.
Kalau Nurul Izzah rasa beliau sudah muak atau mual dengan segala keindahan Islam, beliau seorang sudahlah yang sesat jangan pula nak diheret orang Islam yang lainnya.
Kenyataan Nurul Izzah mendapat tepukkan gemuruh puak-puak kristian kerana kepada mereka, kini usaha-usaha gerakan Kristianiti lebih jelas dan terbuka luas jika ada pemimpin seperti Nurul Izzah dan idola de-facto PR, Brother Anwar Bin Ibrahim aka BABI.
Kristian tidak pernah menyuruh penganutnya memilih mana-mana agama dan tidak juga membuat kenyataan seperti Nurul Izzah.
Mereka tahu bahawa Bible melarang penganut mereka menukar agama sebagaimana yang tersebut dalam Book of Deutronomy (13:6-10)bahawa:
(6)if your brother,the son of your mother, your son or your daughter, the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, secretly entices you, saying, Let us go and serve other gods, which you have not known, neither you nor your father,(7)"of the gods of the peoplewhich are all around you,near to you or far off from you, from one end of the earth to the other end of the earth, (8)"you shall not consent to him or listen to him, nor shall your eyes pity him, nor shall you spare him or conceal him; (9) "but you shall surely kill him, your hand shall be first against him to put him to death,and afterward the hand of all the people. (10)"And you shall stone him with stones until he dies.... Kerana MATI adalah hukuman kepada mereka yang menukar anutan.
Kalau dah terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang menukar anutan, kenapa kita - merujuk Nurul Izzah, yang "katanya" Islamnya atau imannya kukuh, pula setuju bahawa hak memilih agama terbuka kepada semua termasuk kepada umat Islam???.
Kepada orang Kristian, ini merupakan bonus bagi mereka untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang mana lemah pegangan Islam mereka.
Sudahlah pegangan agama sendiri lemah, dek kerana nak sokongan bukan Islam dalam PRU, agama sendiri nak digadaikan.
TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ni, mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dan jauh sekali membela bangsa.

Wednesday, November 14, 2012

BERGELUT DENGAN PERSEPSI -UMNO MASIH BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PRU13.

Cabaran utama UMNO hari ini ialah bergelut dengan persepsi. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno.
Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semua pihak sedang menanti apa perkara baru yang dikatakan perubahan yang UMNO akan pamerkan kelak.
Jika kenyataan Tengku Adnan dihayati dengan mendalam ia membawa mesej bahawa UMNO belum lagi bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. Mereka masih lagi tidak berjaya menghakis persepsi kronisme, elitis dan korup.

Melalui organ propaganda media, ceramah dan pertemuan akar umbi, UMNO masih lagi bermain lagu lama dengan menyeru sepaya pengundi-pengundi jangan menilai individu tetapi harus menilai parti keseluruhan.
Dalam erti kata lain ‘vote the symbol not individual’, pilihlah Dacing walau siapa juga calunnya itu tidak penting. Dendangan slogan ini telah lama bermain dalam setiap kali kempen pilihanraya sehinggalah berlaku kejutan dalam PRU12 2008 bilamana pengundi sudah tidak yakin lagi dengan slogan ini khasnya pengundi baru.
Mereka melihat banyak individu yang dicalunkan yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian memenangi jawatan dengan bergelut kuasa dengan politik wang, ‘lavish’, elit dan ego. Mereka tidak dapat menerima individu seperti ini. Akhirnya parti menjadi korban.
Hari ini untuk ‘sedap diri’ UMNO cuba menangkis dengan mengatakan kenyataan itu adalah tohmahan semata-mata dan hanya persepsi sahaja tetapi realitinya mereka masih tidak bersungguh-sungguh mengikis persepsi ini yang ternyata sukar kerana sudah sebati dan menebal dalam kepimpinan mereka. Rakyat sudah boleh menilai di antara keikhlasan dan hippokrasi mereka.
Ada sumber menyatakan bahawa terdapat ura-ura mereka yang telah kalah kerana ditolak rakyat dalam PRU12 akan dicalunkan kembali dalam PRU13 yang akan datang.
UMNO tidak boleh dilihat sebagai ketandusan pemimpin. Jika ini berlaku maka terbukti bahawa perubahan hanyalah janji retorik UMNO dan kepercayaan pengundi kepada UMNO akan terhakis sedikit demi sedikit akhirnya UMNO akan berakhir seperti parti LDP di Jepun.

Aku dan kamu, 
Hidup sekarang di zaman maju, 
Zaman pendapat baharu, fikiran baharu, 
Tidak lagi seperti dahulu- 
Zaman kebebasan dan perkembangan ilmu, 
Manusia tidak boleh lagi diperlembu.
(Za’ba, 21 Januari 1957)

Monday, November 12, 2012

MENGAPA NURUL IZZAH TIDAK TERPENGARUH DENGAN KRISTIAN SEMASA DI ASSUNTA WALAUPUN SALIBNYA BESAR?

"Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing catholic society did not influence me," Nurul Izzah Anwar Ibrahim.
Kenyataan Nurul di atas membawa maksud bahawa walaupun beliau bersekolah di sekolah mubaligh Kristian Assunta Girl School Petaling Jaya dengan lambang salib yang besar dan aktif bernyanyi, masyarakat Katholik tidak mempengauhi beliau.
Realitinya ketika itu beliau tidak terpengaruh kerana belum ada lagi manusia seperti bapa beliau hari ini yang membuka ruang jalan kepada golongan liberalism dan pluralism untuk mendapat undi sokongan ke Putrajaya. Hasilnya dapat dilihat di hadapan mata terdapat golongan yang memperjuangkan kebebasan beragama seperti Nurul Izzah sendiri.
Jika duhulu apabila bercakap tentang sex songsang, lesbian, transsexual dan bisexual masyarakat Melayu pasti bukan setakat termuntah dan geli malah masyarakat ketika itu akan hanya berbisik malu dan tidak percaya akan kelakuan sedemikian.
Hari ini ada golongan yang menyemarakkan aktiviti ini. Malah bukan setakat melakukan perkara keji itu tetapi memperjuangkan pula hak-hak mereka untuk mendapat sokongan politik seperti apa yang berlaku dengan kemenangan Barack Obama yang mendapat sokongan LGBT.
Ingatlah firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
“Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar” dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.
Nurul masih tidak terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.

Thursday, November 8, 2012

'TANDA PUTERA' SUHAIMI BABA HARUS AKUR KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI

Keputusan menangguhkan tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibuat oleh Jemaah Menteri dikira tepat pada masa dan ketikanya. 
Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim keputusan ini dibuat kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik keras di kalangan masyarakat di negara ini.
Di dalam suasana perang politik ketika ini adalah lebih baik ianya ditangguhkan kerana terlalu ramai pihak ketika ini yang terlalu gila politik, galak politik dan mabuk politik. Apa juga isu semuanya nak dipolitikkan. Tidak mustahil filem ini pun akan dipolitikkan jika penayangan dibuat dalam masa yang terdekat ini.
Memetik kenyataan Raja Nazrin dalam Syarahan Perdana Budaya pada 7/11/2012 bahawa ‘Warga ketara kecewa, hampa, kesal dan mual dengan gelagat-gelagat politik yang semakin keterlaluan. Politik menjelma dalam bentuk ketaksuban dan mendominasi tata urus negara, hingga segala-galanya, penglihatan, pendengaran, pengucapan, kegiatan dan penggunaan sumber semakin berpaksikan politik. Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa’
Dr Lim Hock Siew
Negara Thai pernah ban tayangan filem Anna and The King kerana terdapat babak-babak yang bercanggah dari fakta serta memperkecilkan Raja mereka.
Begitu juga Singapura pada tahun 2007 pernah ban filem ‘Zahari’s 17 Years’ yang mengisahkan penahanan politik tanpa bicara wartawan Said Zahari. Begitu juga filem ‘Dr Lim Hock Siew’ diban pada tahun 2010 atas alasan menjaga kepentingan awam.
Semua pihak seharusnya akur dengan keputusan jemaah Menteri ini khasnya Pengarah Suhaimi Baba supaya tidak mempolemikkan keputusan tangguh tayangan filem ‘Tanda Putera’ ini. 
Suhaimi seharusnya menghormati keputusan FINAS yang membiayai filem ini supaya kelak tidak dikatakan sebagai melawan tauke atau mabuk politik ‘Tanda Putera’.
Sikap professionalisma seharusnya mengatasi emosional.

NURUL ANAK KU.

Bonda Nurul Izzah, meratap simpati kepada anak nya yang sedang terkepit dicelah kontroversi kenyataan kebebasan beragama kepada Orang Melayu/ Islam.
Wan Azizah di dalam Sinar Harian mengusap-usap gambar Nurul Izzah yang tersiar di muka hadapan dengan senyum nipis beraut sayu dan hiba. Apa nak buat Kak Wan kalau dah anak pinak, laki bini semuanya berpolitik maka inilah akibatnya.
Hanya satu pihak lagi yang sepatutnya meratap hiba ialah Utusan Malaysia yang dituduh memperbesar-besarkan kenyataan Nurul Izzah pada hal kenyataan itu dipetik dari portal pro PKR Malaysiakini. Utusan adalah roh Melayu dan Islam seringkali dipersalahkan mungkin Nurul Izzah mengharapkan apabila mereka menyaman Utusan akan ada wartawan Utusan yang mohon maaf dan membayar ganti rugi seperti apa yang berlaku kepada Teresa Kok dan Chamil.
Melihat rakaman video yang dimainkan TV3 ternyata Nurul Izzah membuat kesilapan besar kepada agama Islam di hadapan golongan bukan Islam.
Sebaik Nurul Izzah menyatakan “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata” ia disambut dengan tepukkan gemuruh golongan bukan Islam, apa makna semua ini? Apa yang mereka faham dan apa yang mereka harapkan?.
Semalam MR hadir Syarahan Perdana Budaya oleh KDYMM Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah di mana beliau telah mengingatkan bahawa soal-soal agama Islam tidak harus diperdebatkan secara terbuka dibimbangi disalah tafsir oleh mereka yang jahil.
Mohon Kak Wan nasihat Nurul "berhati-hatilah anak ku jangan guna Islam untuk mendapat tepukan politik".

Sunday, November 4, 2012

PENGUNAAN GAJET JAMES BOND DALAM MEMBONGKAR STRATEGI PARTI LAWAN

Di antara siri filem yang tidak pernah MR tidak menonton ialah siri filem James Bond 007. Minat terhadap filem ini bermula dari kecil lagi sejak lakonan Sean Connery, Roger Moore sehingga lah kepada siri yang terbaru lakonan Daniel Craig, Skyfall.
Spy Pen yang boleh merakam suara dengan jelas
Setiap filem James Bond pastinya akan ada gajet-gajet spy yang baru diperkenalkan. Cuma apa yang berlainan sedikit dengan filem terbaru James Bond, Skyfall ini ialah agen perisik 007 sudah tidak mempercayai lagi pengunaan gajet-gajet spy canggih. Cerita ini berakhir dengan agen 007 terpaksa lari dari Kota Metropolitan London dan balik ke kampung asalnya yang terpencil jauh bagi mengelak diekori musuh yang pakar canggih siber.
Spy Watch yang boleh merakam gambar
Mengikuti perkembangan semasa ‘peperangan’ politik dalaman negara juga nampaknya sudah mula menggunakan pendekatan James Bond dengan gajet-gajet spy yang terkini. Ia bermula pada tahun 1999 dengan rakaman perbualan kotor Mat Sabu dengan Norma sehinggalah rakaman video tersembunyi peguam VK Linggam “correct, correct, correct” yang dimainkan bertalu-talu oleh Pakatan Rakyat dalam media baru mereka.
Manakala yang paling kemuncak ialah rakaman kelakuan sex tak senonoh Anwar Ibrahim dengan China Doll juga di ambil melalui kamera rakaman kamera mikro yang cukup canggih sehingga jelas menampakkan wajah Anwar Ibrahim tanpa seurat benang pun.
Butang Baju berkamera
 Yang masih di dalam siasatan PKR Pulau Pinang ialah rakaman rahsia perbualan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman mengutuk Lim Guan Eng dengan kata-kata ‘corky and arrogant’ yang disiarkan di TV3 sebanyak 5 siri. Rakaman yang jelas telah memaksa Dr Mansor mengaku bahawa rakaman tersebut memang merupakan suaranya.
Kini yang terpanas dalam media sosial ialah rakaman kamera pergerakan anak Nazri Aziz dengan kereta mewah Hummer milik tauke balak Michael Chia telah diekori setiap minit oleh operatif Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dan gambar yang dirakam dengan jelas telah dimuat turunkan dalam media sosial.
Inilah petanda-petanda dunia akhir zaman di mana keburukan tidak boleh lagi disembunyikan sehingga meja dan kerusi pun boleh bercakap.

Saturday, November 3, 2012

PERKAHWINAN DATUK LEE CHONG WEI

mStar Online
Jaguh terbilang badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menamatkan zaman bujangnya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan bekas pemain perseorangan wanita negara Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November ini.
Perkahwinan yang dikira sebagai ‘wedding of the year’ yang pasti akan mendapat liputan meluas sehingga ke negara Lin Dan, China. Ia dikira akan menutup tirai 2012 memandangkan kedua mempelai ini merupakan jaguh badminton yang telah mengharumkan nama negara.
Berbagai pihak telah menyumbangkan kelengkapan persiapan kepada Datuk Lee Chong Wei dari kasut sehinggalah kepada pakaian pengantin. 
Berhubung hak penyiaran, apa yang menarik ialah Datuk Lee Chong Wei telah membuat keputusan menyerahkan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahannya dengan Wong Mew Choo kepada stesen televisyen ntv7 tanpa menuntut bayaran sesen pun. Sebelum ini ada desas- desus mengatakan beliau berhasrat menjual hak penyiaran kepada Astro. Kelazimannya hak penyiaran ini merupakan bayaran yang begitu lumayan.
Datuk Lee Chong Wei telah membuat keputusan sebaliknya atas alasan utama beliau memilih NTV7 selain hubungan baiknya dengan stesen itu yang terjalin sejak sekian lama ialah katanya hidup ini tidak semestinya dengan wang. 
Nilai ini ternyata berbeza dengan majlis perkahwinan sesetengah artis Melayu yang gah disiarkan secara langsung dengan penajaan jutaan ringgit yang akhirnya bercerai berai.
Semoga perkahwinan Lee Chong Wei dan Mei Chew akan melahirkan zuriat beberapa orang lagi jaguh badminton negara seperti yang dilahirkan oleh Haji Sidek.

Friday, November 2, 2012

JENTERA PENERANGAN UMNO KEDAH LUMPUH! KALAU KECIL HATI JANGAN BACA POSTING INI.

Katanya bayaran kajian ini belum dibayar kerana individu yang kena bayar prestasinya No2 tercorot.
Sempena lawatan DS Najib ke Kedah baru-baru ini MR sempat ronda-ronda pre-pilihanraya di beberapa kawasan panas di Kedah sebagai memenuhi jemputan kaki-kaki lama dan bertemu rakan-rakan baru di Daerah Kuala Muda dan Langkawi.
Ramai yang memuntahkan pandangan mereka bahawa mesej, media strategi, psywar dan maklumat penerangan UMNO Kedah ternyata lumpuh dan tidak bergerak. Ada seperti tiada. Nak kata tidak ada tetapi budget dok melata.
Banyak maklumat dan penerangan Kerajaan pusat seperti Budget, Lapuran Audit dan mesej PM tidak dikunyah secara bijak untuk disampaikan kepada masyarakat di bawah khasnya pengundi atas pagar. Jika ada pun semuanya dari usaha penerangan UMNO pusat.
Mereka faham bahawa Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom sibuk tugas-tugas menteri tetapi apa hal pulak dengan Timbalan dan AJK yang ada? (Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penerangan UMNO Kedah - Dato’ Seri Jamil Khir Baharom – Pengerusi, Dato' Haji Mohd Zubir Saad - Timbalan Ketua Biro Penerangan, Bassori Abu Hassan-Setiausaha Biro Penerangan, Dato' Bakri Ali Mahamad - Urusetia Biro Penerangan, Hajah Sharifah Maznah Syed Kasim - Ketua Biro Penerangan Wanita, Nor Saidi Nayan - Ketua Biro Penerangan Pemuda, Cik Azifah Abd Rahman - Ketua Biro Penerangan Puteri) Apakah jawatan-jawatan ini dipikul untuk memanaskan kerusi atau cukup dengan membuat kerja-kerja hemoy tebalmuka terkerising depan PM sahaja. 
Hanya apabila Pak Menteri Najib turun padang mengetuk seperti tukul mengetuk paku baru masing-masing kelam kabut buat sibuk tunjuk muka kepada PM atau sedang menunggu nama naik sebagai calun baru kalut ingin mengorek jamban kerana nak terberak.
Menurut sumber, terdapat segelintir malah ada di kalangan bloggers dan UMNO sendiri pun sudah tidak berani membuat teguran kerana bimbang dilabel melawan arus dan takut nama mereka dicantas sebagai calun. Lidah-lidah tajam yang bersuara lantang selepas Kedah jatuh kini bisu kerana mulut mereka sudah dipalam dengan ganjaran yang lumayan.
Sesungguhnya memang ada kebenaran bahawa kekuatan UMNO dan BN kini hanya ada pada Najib sahaja manakala soldadu-soldadu dibawah khasnya di negeri taklukkan Pakatan Rakyat diibaratkan seperti ‘the injured soldiers’. Soldadu-soldadu yang cedera parah selepas berperang, ada yang patah tangan, ada yang patah kaki, ada yang beku minda malah ada yang sawan bercakap sorang. 
Kedah mesti berubah. 'SHAPE UP OR SHIP OUT' END

Thursday, November 1, 2012

UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC.

Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF
MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah.
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian.
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Director telah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak.
Inilah akibatnya jika Pengerusi GLC di beri kepada politikus berjawatan maka jawapan-jawapan yang diberikan dilihat rakyat sebagai jawapan politik. Rakyat atau pengundi atas pagar tidak yakin dengan penjelasan ini, hanya yang yakin adalah ‘hardcore’ UMNO di kalangan penyokong tegar mereka sahaja.
Pentadbiran Najib seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Pengajaran besar kepada BN dan UMNO ialah tidak mengulangi dengan meletak mana-mana Ketua Bahagian UMNO sebagai peneraju utama GLC. Jawatan-jawatan Pengerusi, CEO, Group Managing Director atau Pengarah Urusan biarlah dilantik dari kalangan professional, mereka yang betul-betul berkelayakan dan berjiwa Melayu. 
Politik dengan perniagaan tidak harus dicampur-adukan. Kesilapan keputusan perniagaan bukan setakat mencemarkan maruah parti tetapi dengan jawatan ini juga mereka akan memperkudakan GLC untuk kepentingan politik peribadi mereka yang akhirnya akan melahirkan putaran politik wang yang ganas. Rakyat akan melihat UMNO sebagai gedung memperkayakan pemimpinnya dan akhirnya UMNO akan hancur seperti 'Semut yang mati kerana gula'.
Hakikatnya gelombang besar yang dilihat bakal merubah Kedah kini tercalar dengan watak-watak politikus yang rakus ketika memerintah.