Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.
"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.
"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.
Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
(Sumber : Utusan Malaysia)
Apa cerita ni? Sungguh tak manis, tak cantik dan tak sopan perkara-perkara sebegini berlaku. Adalah tidak sopan membiarkan Che Det yang berumur 85 tahun melontar kata-kata sebegini di hadapan himpunan orang-orang Melayu dan umum.
Nazri tak habis-habis "attack" Che Det dan langsung tak menghormati bekas pemimpin yang telah banyak berjasa. Apa jasa Nazri?
Nazri merupakan rakan baik Najib semasa sama-sama di dalam Pemuda UMNO dahulu seharusnya menjaga tertib dan adab apabila memperkatakan sesuatu pada Che Det kerana kebiadapan beliau boleh menjejaskan nama baik rakan karib beliau Najib Tun Razak.
Sikap kurang ajar dan biadap bukan budaya Melayu yang sebenarnya dan juga bukan warisan penjajah Inggeris kerana Inggeris yang benar-benar Inggeris pun hormat-menghormati pada "senior citizen".
Mungkin Nazri juga sudah hilang kesopanannya seperti mana anaknya sendiri yang telah hilang kesopanan dihadapan belaiu.
Kita tidak faham apa kelebihannya Najib menyimpan pemimpin yang sebgini yang tidak mendatangkan hasil hanya membawa bebanan kepada pentadbiran Najib.
Inilah sikap segelintir pemimpin UMNO apabila sudah sedap makan keju sambil hisap curut jasa orang-orang tua langsung tidak dikenang. Lupa daratan.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
8 months ago