Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan untuk memperdagangkan semula ringgit di pasaran luar pesisir kerana kekuatan ringgit baru-baru ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun, sebenarnya ia amat membimbangkan jika kajian strategik tidak betul-betul mendalam.
Che Det menyatakan bahawa jumlah dagangan yang dibuat oleh penyangak mata wang sehari adalah AS$4 trilion (RM12.44 bilion) bukan satu jumlah yang kecil untuk Malaysia berhadapan dengan penyangak-penyangak ini.
Ini bermakna untuk berhadapan dengan penyangak-penyangak ini Malaysia juga memerlukan pakar-pakar penyangak dalaman yang amanah, cekap dan licik. Tidak cukup dengan kepakaran Tan Seri Nor Mohammad Yackop seorang sahaja.
Jika Malaysia tidak bersedia berhadapan dengan lintah-lintah ini mereka akan meratah mentah-mentah mata wang kita dan negara terdedah kepada risiko muflis dan gawat ekonomi yang lebih parah.
Che Det yang masih geruh dengan penampar penyangak-penyangak mata wang seperti George Soros pada tahun 1997 menasihati DS Najib supaya berhati-hati.
Di dalam era Che Det, dengan suasana politik yang stabil, kabinet yang mantap dan ekonomi yang kukuh pun Che Det dihimbau badai krisis mata wang yang amat teruk sehingga persaraan dan peralihan kuasanya tertangguh, inikan pula kemelut politik dalaman negara yang masih tidak menentu hala arahnya khasnya negeri-negeri utama yang jatuh ke tangan pembangkang.
“Its takes a thief to catch a thief”.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
7 months ago
Kepakaran nor yakcop dalam buat rugi bukan buat untung.
ReplyDeleteingat tu
Penulisan tepat dan menarik!
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri bro.