|
BOM LAMA MACAM UBI KELEDEK |
BOM!. Di kalangan masyarakat Melayu tidak sunyi menggelarkan orang dengan Bom. Suatu ketika dahulu terdapat bihun sup yang sedap di Pekan Langgar, Alor Setar Kedah diusahakan oleh usahawan yang bergelar Omar Bom dan jenama gerainya pun ‘Bihun Sup Omar Bom’. Ramai yang berkata kesedapan Bihun Sup Omar Bom kerana banyak ajinomoto mungkin benar kerana selepas makan kita akan berasa dahaga dan kering tekak dan mungkin tidak kerana ini mungkin kerja-kerja sabotaj pesaing di dalam pekan itu.
Semasa di sekolah dan universiti ramai juga rakan-rakan diberi gelaran Bom seperti Ali Bom, Usop Bom dan Din Bom. Gelaran ini anugerah kepada mereka berpunca dari cakap-cakap mereka yang selalu suka goreng, temberang dan gebang besar (cakap besar).
Selepas 50 tahun Merdeka, Bom bagi rakyat Malaysia merupakan satu benda ganjil, 'alien' atau ketul besi yang luar biasa. Pernah orang kampong di Baling dan sebuah kampong di Perak terjumpa Bom peninggalan tentera British/ Jepun yang sudah berkarat kerana tidak meletup. Apabila ditemui kata mereka, mereka tidak tahu itu adalah Bom.
Berlaku satu kisah di Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor seorang penduduk kampong Mazlan Mori, 53 menemui sebutir bom ketika sedang membersih kawasan kebunnya. Beliau tidak menyangka besi yang terkena bilah cangkul ketika mengambil ubi keledek itu adalah Bom. Beliau bercadang untuk menyimpan besi itu sebagai perhiasan kerana bentuknya yang unik. Hanyalah apabila beliau menelefon polis berhampiran untuk mengenalpasti jenis besi berkenaan baru lah beliau diberitahu bahawa besi itu adalah Bom. Tersirap darahnya. Beliau berkata jantungnya bagai hilang di dada dan saat itu juga beliau menggigil sehingga tidak senang duduk apatah lagi tidur. Nasib baik tidak diasah, dikikir dan diketuk-ketuk untuk dijual kepada keling botol @ hindu besi buruk.
Begitulah betapa jahilnya rakyat kita tentang Bom mungkin kerana telah dibesarkan hidup di dalam keamanan, damai dan sihat sejahtera. Tidak seperti rakyat sesetengah negara seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara lain yang bergolak di mana anak-anak mereka dibesar bersama Bom dan lebih mengenali ilmu Bom kerana hampir setiap minggu mendengar letupan Bom.
Hari ini, hari bersejarah setelah melebihi 50 tahun Merdeka bom terpaksa digugurkan untuk menghapus pencerobohan-penceroboh jahil yang masih ingat Sabah itu adalah hak mereka. Walaupun Bom terpaksa digugurkan di Sabah demi menjaga kedaulatan Sabah yang berada di dalam Malaysia rakyat semenanjung tetap terasa ledakan dentuman bom itu .
Serangan ke atas penceroboh dilancar pagi ini - PM
KUALA LUMPUR 5 Mac - Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai "Tentera Sulu" di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.
Najib berkata sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12 lepas, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
"Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius, katanya.
Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya. - BERNAMA
Sesungguhnya rakyat Malaysia merasa cukup tertekan dengan ketegangan pencerobohan di Sabah. Hampir setiap saat cubitan di paha kanan paha kiri juga terasa sakitnya. Bagi rakyat yang biasa ini kita hanya mampu berdoa agar Lahad Datu dan Semporna, Sabah akan pulih kembali dengan suasana damai penuh keheningan dan pantai putih bersih tidak dilumuri darah.
Di dalam suasana kepiluan peristiwa di Sabah, tiba-tiba rakyat di semenanjung pula 'dibom' oleh Tian Chua dengan mengatakan peristiwa di Sabah adalah sandiwara UMNO. Bertempiaran, bercelaru ketenangan otak-otak orang UMNO apabila 'dibom' oleh Tian Chua. Celupar sungguh!! Mahu dibomnya mulut Tian Chua ini.
Dalam masa yang terdekat ini pula negara akan menghadapi PRU13 dan parti memerintah BN akan berdepan dengan Anwar Ibrahim yang juga kaki Bom. Lagi besar Bomnya: di hadapan rakyat lain, di belakang rakyat lain.
Jika rakyat termakan bom ini maka letupannya akan menamatkan tamadun yang telah dibina dengan kemasukan LGBT, liberalisasi dan kalimah Allah menjadi bahan mainan. Semua ini seperti bom jangka dan jika tidak dimatikan akan meletup pada bila-bila masa sahaja. END