Sampai bila Pehin Seri Mahmud Taib ingin menongkat langit memegang jawatan Ketua Menteri Serawak? Inilah yang selalu menjadi tanda tanya pemerhati-pemerhati politik atas pagar.
Hendak ditegur takut pula terguris hati dan perasaan, jika tidak ditegur bimbang pula nanti tempias teori domino Asia Barat berjangkit di Serawak. Itulah situasinya sekarang.
Pehin Seri dilahirkan pada tahun 1936, berumur 75 tahun masih segar bugar dan bertenaga. Jawatan yang dijawat sekarang bermula dari tahun 1981 ketika itu berumur 45 tahun ini bermakna sudah 30 tahun. Lama gillla tu……
Jika ditanya beliau, bukanlah hasrat beliau ingin menongkat langit tetapi “successor” beliau masih belum bersedia. Beliau sentiasa sedar bergayut terlalu lama memegang tampuk kuasa yang berlegar-legar sesama keluarga dan sahabat handai bukanlah amalan demokrasi yang sihat.
Tetapi apakan daya, mentadbir sebuah negeri yang bermacam ragam kepelbagaian ethnik, budaya, bangsa, suku dan kaum seharusnya diwarisi oleh pemimpin yang bijak, berwibawa dan boleh diterima oleh semua kaum.
Apa juga pandangan, apabila tiba masanya tidak dapat tidak beliau nescaya akan mengumumkan siapa "successornya" seperti kenyataan beliau kepada Bernama pada 17 Mach 2005:
KUALA LUMPUR, March 17 (Bernama) -- Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, the longest serving state government leader in the country, last night said he has identified the person who will succeed him when he retires.
However, he did not name the person or mention the date of his retirement.
"I can't tell," said Abdul Taib, who has headed the Sarawak government since 1981, when interviewed in the "60 Minit Bersama Menteri" (60 Minutes With The Minister) programme aired by RTM's TV1.
Seharusnya diingatkan kepada seluruh pemimpin muda Sarawak hari ini bahawa orang tua jangan ditegur sembarangan, takut merajuk membawa diri seperti lagu “Sayang Sarawak Sungainya Sempit” :
Sayang Sarawak sungainya sempit, Berbuah nenas lamun-lamunan;
Hendakku bawa perahuku sempit, Tinggallah emas tinggal junjungan.
Pantang sekali ditegur di hadapan isteri yang muda jelita dan bergetah. Egonya mudah terangsang.
“Siapa kata aku tua? Im big, strong and friendly you know……”.
Ibarat santan makin tua makin pekat, makin likat, makin melekat dan makin hebatttt.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
7 months ago