Friday, December 23, 2011

SPRM geledah NFC kerana PRU13 sudah hampir

Hari ini pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) di Jalan Solaris, Mont Kiara.
SPRM sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta kepada NFC itu.
Semalam Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan menjelaskan mengenai isu berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila tiba masanya.
Nampaknya sebelum tiba masanya DS Najib menjelaskan isu tersebut pihak SPRM telah mendahului menggeledah kes NFC mungkin menyedari PRU13 terlalu hampir.
Isu-isu sebegini seharusnya dicuci secuci-sucinya agar BN menang besar dalam PRU nanti untuk menubuhkan “solid Government”.
Hendaknya sekarang lah peluang yang terbaik kerana PAS sedang berperang dalaman dan DAP juga sedang bertujai di antara Karpal dan Dr P.Ramasamy.

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Chef Wan

PETALING JAYA: Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.
Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.
"Saya tak akan merendahkan martabat diri saya sepertinya (Adlin) iaitu orang yang tidak matang. Lagipun, siapa dia untuk saya pergi berjumpa?," soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
'Perang Facebook' yang dilancarkan Adlin pada Ahad lalu bermula apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook Chef Wan selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.
Dalam entri tersebut, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.
Bagaimanapun kata Chef Wan, sepatutnya Adlin yang mempunyai pengalaman sebagai juri program Akademi Fantasia (AF) tidak perlu melatah tentang komen yang diberikannya memandangkan dia juga seorang juri yang 'bermulut pedas'.
"Dia kritik orang boleh, tetapi tidak boleh pula terima kritikan orang. Karakternya sudah cukup menunjukkan dirinya yang sebenar.
"Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, dia perlu menunjukkan persembahan lawak yang positif dan secara amnya tidak membabitkan isu-isu keluarga, agama atau persendakan orang.
"Perlukah kita yang mempunyai adat dan budaya sopan yang tinggi mengikuti pelawak-pelawak Barat yang juga mampu membogelkan diri mereka untuk dijadikan bahan lawak? Pada pendapat saya, mana yang baik, kita ambil, yang buruk pula kita abaikan," tegas bapa kepada dua orang anak ini.
Sementara itu, Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, Selasa.
Katanya, ia merupakan penghormatan yang amat bermakna setelah 25 tahun memberi komitmen sepenuhnya dalam memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia.
"Terasa segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberi dalam kerjaya ini berbaloi. Pengiktirafan yang diberikan memberikan semangat lebih untuk memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia," kata Chef Wan yang akan sibuk pada tahun depan mengendalikan beberapa program masakan di beberapa saluran televisyen.
Selain Chef Wan, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo turut menerima anugerah khas tersebut. (mStar online)

Friday, December 16, 2011

Kenyataan Syed Ali disalah tafsir. Kenyataan "bewak hidup" dituju kepada lembu feedlot bukan kepada Kak Ijat.

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kenyataan beliau semalam adalah berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.

“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya.

Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini ditujukan kepada Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada UMNO dan kerajaan pada PRU ke-13 akan datang, sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam (14 Disember 2011).

“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, beliau bersama beberapa pemimpin UMNO telah menegur Shahrizat berhubung isu NFC dan mendesak beliau melepaskan jawatan dalam kabinet tetapi kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

“Ini bermakna saya menghormati Shahrizat sebagai wanita dan pemimpin sayap kanan parti tetapi beliau harus mengakui bahawa isu NFC ini menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri kabinet,” jelasnya.

Beliau juga berkata, penjelasan Mohamad Salleh mungkin boleh membersihkan imej Shahrizat yang turut terpalit dalam isu tersebut.

Syed Ali mengulas berhubung kekeliruan tafsiran kepada maksud kenyataan tersebut oleh sesetengah pihak terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) dengan mendakwa beliau tidak menghormati status wanita.

“Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,” tegasnya.
“Saya ingin jelaskan ini kerana ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tetapi niat saya hanya ingin mempertahankan institusi UMNO, bukannya kepentingan peribadi individu tertentu,” tegasnya.

“Individu tidak penting pada saya, parti dan kerajaan yang lebih penting,” ujarnya.

Beliau berkata, selepas ini isu NFC tidak akan disentuh lagi kerana kemungkinan ada pihak tertentu berasa ‘kurang enak’ apabila pelbagai cerita mengenainya tersebar terutama menerusi laman-laman blog.
(dari blog http://www.umnobahagiancheras.blogspot.com/)

Wednesday, December 14, 2011

DAULAT TUANKU

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, semalam. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. - Foto BERNAMA
Pada tahun 1970-1975 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong semasa Tun Radzak Hussein menjadi Perdana Menteri hari ini beliau menjadi Agong kepada anak Tun Razak, DS Najib.

DAULAT TUANKU.

Sunday, December 4, 2011

Aku lah ‘winnable candidate’

MR meluangkan masa ronda-ronda di sekitar Perhimpunan Agung UMNO lepas dan sempat bertemu dengan wartawan The Star, Joceline Tan dan beberapa wartawan dan bekas wartawan.

Realiti yang dapat MR rasakan ialah bahangnya di mana UMNO akan bersatu dalam PRU13 yang akan datang dan akan menyaksikan kemenangan hebat kepada DS Najib seperti PRU2004 semasa Pak Lah mula-mula mengambilalih tampuk kepimpinan.

MR tidak bercadang untuk membentang fakta dan hujah nya di sini kerana terlalu 'detail' dengan data dan statistik yang 'boring dan complicated' dan akan di tulis dalam media yang lain.

Dilihat pada tahun ini kehadiran rombongan pemerhati dari seluruh pelosok tanah air begitu ramai. Ada yang bertongkat, berkerusi roda dan dipapah malah jumlah yang ramai dari bermula dari perasmian sehingga hari terakhir ucapan penggulungan Presiden.

Ronda-ronda di bazaar jualan ternyata tidak dapat elak untuk senerih (bergesel) ponggong ke ponggong pengunjung membeli belah dan ramai yang kalam kabut buat sibuk.

MR juga berkesempatan bual-bual dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO khasnya lebih gemar berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dari negeri –negeri yang kalah kerana ingin mengetahui sendiri apa strategi dan perancangan mereka untuk menawan kembali negeri mereka dari pakatan pembangkang.

Di Negeri Selangor mereka lebih bertolak ansur dalam hal pencalunan kerana lebih akur dengan arahan Presiden. Aura dan kewibawaan kepimpinan DS Najib yang semakin terserlah yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dikira mudah membuat percaturan calun-calun PRU13 kelak.

Pulau Pinang yang satu ketika dahulu berdegar-degar mahukan dari kalangan UMNO untuk menjadi Ketua Menteri pun telah boleh bertolak ansur dan sedar betapa pentingnya perkongsian kuasa jika mahu memerintah kembali Pulau Pinang. Penindasan DAP di bawah KM Lim Guan Eng yang sebenarnya amat serik untuk kalah sekali lagi.

Kemasukan ramai 'consultant-consultant' dari Singapura ke PP adalah petunjuk-petunjuk awal kemana akhirnya PP akan di bawa oleh DAP.

Tetapi yang menarik dan sukar ditafsir ialah politik Kedah. Kerana kesemua Ketua-Ketua Bahagian mendabik dada “akulah winnable candidate”.

"Kentut aku lebih wangi dari kentut Si Polan"

Peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk penyelarasan Kawasan-Kawasan Parlimen di Kedah ternyata telah menjadi sebab musabab perbalahan dalam UMNO Bahagian yang dasyat sehinggakan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua dan sayap-sayap di bahagian hanya manis di depan tetapi kutuk-mengutuk di belakang.

Ketua-Ketua cawangan di akar umbi dipengaruhi untuk mendapatkan tempat “akulah winnable candidate yang dicari-cari selama ini".

“Tidak lain dan tidak bukan kerana si Polan bin si Polan itu tidak boleh pakai kerana songlap projek Parlimen” kata En Winnable Candidate itu lagi.

“I Ketua Bahagian, I menang 80 undi menjatuhkan En Loser Candidate dalam pertandingan UMNO Bahagian tempoh hari, so I deserve untuk menjadi winnable candidate” kata Datuk Winnable Candidate dengan sombong dengan kemenangan majoriti 80 undi yang dianggapnya besar seperti roda kereta lembu.

Inilah secebis sinario dari ribuan sinario yang sedang berlegar-legar di Kedah hari ini.

Konklusinya kepimpinan tertinggi UMNO harus mencari calun di luar kotak kerana semua di dalam kotak itu adalah “recycle candidate” yang telah kemurok (rotten).

Wasallam.