Thursday, November 8, 2012

'TANDA PUTERA' SUHAIMI BABA HARUS AKUR KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI

Keputusan menangguhkan tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibuat oleh Jemaah Menteri dikira tepat pada masa dan ketikanya. 
Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim keputusan ini dibuat kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik keras di kalangan masyarakat di negara ini.
Di dalam suasana perang politik ketika ini adalah lebih baik ianya ditangguhkan kerana terlalu ramai pihak ketika ini yang terlalu gila politik, galak politik dan mabuk politik. Apa juga isu semuanya nak dipolitikkan. Tidak mustahil filem ini pun akan dipolitikkan jika penayangan dibuat dalam masa yang terdekat ini.
Memetik kenyataan Raja Nazrin dalam Syarahan Perdana Budaya pada 7/11/2012 bahawa ‘Warga ketara kecewa, hampa, kesal dan mual dengan gelagat-gelagat politik yang semakin keterlaluan. Politik menjelma dalam bentuk ketaksuban dan mendominasi tata urus negara, hingga segala-galanya, penglihatan, pendengaran, pengucapan, kegiatan dan penggunaan sumber semakin berpaksikan politik. Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa’
Dr Lim Hock Siew
Negara Thai pernah ban tayangan filem Anna and The King kerana terdapat babak-babak yang bercanggah dari fakta serta memperkecilkan Raja mereka.
Begitu juga Singapura pada tahun 2007 pernah ban filem ‘Zahari’s 17 Years’ yang mengisahkan penahanan politik tanpa bicara wartawan Said Zahari. Begitu juga filem ‘Dr Lim Hock Siew’ diban pada tahun 2010 atas alasan menjaga kepentingan awam.
Semua pihak seharusnya akur dengan keputusan jemaah Menteri ini khasnya Pengarah Suhaimi Baba supaya tidak mempolemikkan keputusan tangguh tayangan filem ‘Tanda Putera’ ini. 
Suhaimi seharusnya menghormati keputusan FINAS yang membiayai filem ini supaya kelak tidak dikatakan sebagai melawan tauke atau mabuk politik ‘Tanda Putera’.
Sikap professionalisma seharusnya mengatasi emosional.

1 comment:

  1. Filem 'Tanda Putera' mungkin menyiarkan banyak fakta sejarah yang silap dan kesannya nanti pada anak muda yang cerdik adalah tidak memihak UMNO. Alah filem 'Bukit Kepong' arahan Jins (yang kini sudah nyanyuk) yang kononnya filem untuk menunjuk kekejaman komunis akhirnya tak menjadi, sebaliknya ada suara bantahan bahawa serangan terhadap balai polis itu pada waktu itu zaman penjajahan British oleh Mat Indera selaku seorang Melayu beragama Islam tetapi mengaplikasikan kaedah komunis. Semasa itu kaedah menyerang secara Islam belum ada di tanah jajahan Malaya. Hakikat yang Mat Indera serang balai polis miliki pentadbiran penjajah(ada bendera Union Jack di balai itu dan ramai pekerja Melayu ketika itu mata-mata atau 'anjing company' dan bukannya Polis Diraja Melayu. Fakta ini langsung tidak ditonjolkan oleh Jins Shamsuddin. Tapi rakyat cerdik dah faham sekarang.
    Sama juga dalam kisah Tanda Putera tak tahu apakan Suhaimi Baba boleh menyampaikan fakta 13 Mei dengan tetap atau sekadar untuk memenuhi kepentingan pemimpin UMNO atau Profesor Kang Kung sejarah kita. Suhaimi baba bukan faham sangat sejarah dan dinamika kapitalisme di kalangan pemimpin UMNO yang selalu mengguna isu agama, bangsa dan mungkin 13 Mei untuk menggekalkan kuasa mereka sedangkan rakyat majoriti yang bangan terus dimanupulasikan sentimen mereka untuk menggundi UMNO/BN.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.