Monday, October 4, 2010

TV3 promo muka tak laku, Mahdzir Khalid

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.

Kata Azizan “sekiranya kerajaan pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air,” Mahdzir berkata, kerajaan Pusat hanya menetapkan harga siling air dan kerajaan negeri berhak untuk tidak menaikkan tarif sekiranya tidak bersetuju. (Bernama)

Semalam semasa minum teh tarik di Pelita Restoran, Seberang Jaya terpacul lagi muka Mahdzir Khalid menjelaskan di dalamTV3 yang dahulu banyak membantunya menaikan beliau sebagai MB Kedah.

Sebaik muka Mahdzir Khalid muncul beberapa pelanggan di sebelah meja MR mencebik bibir yang memualkan.

Kata seorang pelanggan itu lebih kurang berbunyi “apa nak cakap lagi, muka dah tak laku yang melingkupkan negeri Kedah cakap pun oghang dah tak mau dengaq…”.

Inilah persepsi rakyat bawahan teradap Mahdzir Khalid. Beliau tidak layak berhadapan dengan Ustaz Azizan kerana mukanya yang penuh dengan noda-noda politik. Mahdzir Khalid yang sebenarnya terlalu sinonim dengan sebab-musabab kejatuhan Kedah ke tangan pembangkang.

Setiap kali beliau muncul dan cakap menghentam PAS yang sebenarnya memberi bonus kepada PAS Kedah.

Kasihan Mahdzir Khalid naiknya pun mengejut turunnya pun mengejut.Harap-harap TV3 jangan lagi promo Mahdzir Khalid.

6 comments:

  1. Pahit itu ubat tapi ramai yang suka ambil gula banyak..

    ReplyDelete
  2. Ahli UMNO Kedah begitu ramai, pilihlah muka-muka baru yang lebih berwibawa..yang selama ni tak dapat peluang.
    Yang dah bagi Kedah jatuh ke tangan orang lain tu patut pegi dok jauh-jauh, biar orang lain pulak buat kerja!
    ( supaya tak ada tikus yang membaiki labu )

    ReplyDelete
  3. SIAPA DLM tv3 ni yg dok promo yg akan merosakan UMNO kedah,,,,,,satu KEDAH tahu kejatuhan KEDAH kepada PAS adalah kerana KERAKUSAN DET KHALID DAN KUNCU2nya,,,membuat rakyat BENCI,,,,,,,,singkirkan saja GEROMBOLAN DET KHALID dari ,,PENTADBIRAN UMNO KEDAH,,,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  4. TV3 bukan saja membuat'promosi' kepada Mahdzir Khalid tapi kepada semua pemimpin UMNO termasuk yang cerdik dan yang bangan.Kan TV3 pun diikat hidungnya justeru menghebahkan banyak berita yang condong hentam parti pembangkang dan membodek pemimpin UMNO yang bangan. TV3 sangat jelas liputannya mengenai hal ehwal negara jarang-jarang memberi liputan positif dari pembangkang dan seterusnya meneruskan agenda Ketuanan Melayu sempit, menimbulkan rasa 'rendah diri psikologi ' orang Melayu kerana sumber masalahnya ialah orang Cina dan bukannya rasuah, salah urus tadbir jentera atau agensi kerajaan.

    ReplyDelete
  5. betul tu...hentikanlah nk promo muka yg dh tak laku tu. dia punya pasal le KEDAH JAHANAM.kalau kat Iraq tu kasut dah cecah muka.nasib le org KEDAH aka rakyat MALAYSIA tak ke tahap tu lagi.

    menyampah betul tgk muka si Mahadir Khalid tu. UMNO Kedah jgn dok syok sendiri ya. geng2 si tak laku tu baik dilupuskan je. harap Presiden simpanlah mereka dlm keranda mana2 pun jgn dok letak muka depa pd PRU 13 nnt. buat org Kedah meluat je.org tak mahu dh kat depa.

    ReplyDelete
  6. Selain Mahadzir, TV3 sekarang ni suka promo Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat yg baru- Rosmah! Hari-hari masuk TV3...Dulu KJ jadi sasaran dan liabiliti pada UMNO...sekarang nie, Rosmah pulak daa..UMNO ni tak nak belajar dari kesilapan lepas ke? TV3 terutamanya Dato' Farid Rizuan yang suka mengampu dan ikut bontot Rosmah tu patut dipecat je...tak sedar ke orang ramai dah meluat? Ni dah macam Imelda Marcos dan Winnie Mendela ni apa citer? grrr

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.