Tuesday, February 23, 2010

Malaysian Business seharusnya mendedahkan tokoh Melayu terkayap.

Di dalam Malaysian Business keluaran khas 15 Mach 2010 kita disajikan kembali 40 tokoh terkaya dalam Negara Malaysia ini.

No satu yang terkaya adalah Robert Kuok Hock Nien dengan nilai kekayaan sebanyak RM42.8 billion dan yang ke 40 di bawah terkaya ialah Datuk Seri Nazir Tun Razak dengan nilai sebanyak RM385.1 juta.

Dari 1 hingga 40 tokoh Melayu hanya 9 orang, tokoh India hanya 2 orang dan selainnya seramai 29 tokoh terdiri dari kaum Cina.

Jika dikumpul keseluruhan nilai tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang ini ianya berjumlah RM12.8billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3billion.

Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6billion pun ternyata tewas.

Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar-legar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.

Malaysian Business dalam sekitar 1990an dan tahun 2000 pernah menyajikan juga senarai-senarai tokoh-tokoh terkaya Melayu seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Shamsudin Abu Hassan, Tan Sri Tajudin Ramli dan ramai lagi. Mereka ini rata-ratanya proxy kepada Tun Daim Zainudin selaku Bendahari UMNO ketika itu.

Persoalannya di manakah mereka hari ini? Apakah mereka benar-benar kaya atau lakonan kepada Melayu UMNO sahaja atau DEB dimanupulasikan? Dimana Tun Daim Zainuddin ketika ini? Malah yang lebih penting di mana kekayaan mereka dahulu? Adakah Tun Daim hanya proxy kepada UMNO atau tokoh-tokoh ini hanya proxy kepada Tun Daim? Yang mana satu wang mereka, yang mana satu wang UMNO dan yang mana satu wang Tun Daim?

Hari ini Tun Daim secara senyap-senyap membuka banyak banknya, ICB atau International Commerce Bank di Negara-negara yang peraturan dan system institusi kewangannya mudah dimanipulasikan seperti Tanzania, Mali,Ghana,Gambia, Sierra Leone, South Africa dan banyak lagi yang tidak diketahui.

Dari mana datangnya kekayaan Tun Daim itu? Malah persoalan utama yang perlu diketahui berapa baki jumlah terkumpul wang UMNO yang memerintah Negara ini selama 52 tahun selepas Tun Daim meletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan?

Bagaimana saham-saham dan asset UMNO diuruskan? Bagaimana kalau dicadangkan Malaysian Business mendedahkan tokoh-tokoh Melayu yang dahulunya terkaya kini telah kayap kerana hanya menjadi proxi atau kuda kayu.

6 comments:

  1. cadangkan juga caranya..

    Yg disenaraikan tu..base on share yg dimiliki mereka diBSKL.yg dah tak der share tak ler disenaraikan lagi.

    Anyway, tak trfikir ke atau tak nak ke tahu..camner org2 cina dan india tu leh kaya?

    Atau tak nak ke, buat survey..asset dari segi properties yg dimiliki oleh org2 luar, org2 cina, India, dan melayu?

    Bior ler org nak kaya camner sekali pun..kalau sendiri nak kaya, usaha lah lebih sikit.

    ReplyDelete
  2. bak dalam peringatan tu.."takutlah kepada Allah A'zzawajalla yang maha mengetahui, maha melihat, maha mendengar, yang tidak tidur dan yang tidak mati"..

    Jadi usahlah timbulkan soalan2 dan fikiran2 yg leh menimbulkan syak wasangka pada sesapa pun..

    ReplyDelete
  3. Mummy,

    Ini lah masalah nya. Kita tidak mahu mendedahkan nama-nama mereka yang satu ketika dikatakan berjaya tetapi kini lenyap untuk di kaji di mana silap nya. Kit.mumma masih ingat ura-ura dahulu bahawa di wujudkan Melayu korporat yang kaya supaya ada "trickling" down effect kepada orang Melayu kelas menengah dan bawahan...tetapi nyata ini tidak berlaku, Apa guna kalau 0.001% Melayu adalah bilionare tetapi 99% masih di tahap yang daif?

    Seperkara lagi...mummy bangkitkan mengenai proxy UMNO. Selepas hampir lebih 52 tahun, agak nya berapa jumlah dana yang ada dalam perbendaharaan UMNO???

    salam.

    ReplyDelete
  4. Jahamy,
    Penyumbang utama politik wang di dalam UMNO ialah mekanisma pengurusan kewangan di peringkat bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO amat longgar dan tidak prudent.
    Penyata kewangan harus di audit oleh auditor luar. Peruntukan kepada bahagian-bahagian dan cawangan tidak lancar sehingga mendedahkan ketua-ketua bahagian menerima sogokan untuk menjaga ahli-ahli dan aktiviti UMNO.
    Akhirnya UMNO dikuasai tauke-tauke dan elitis yang berwang sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy!!!

    Salam ziarah tuan empunya blog,
    saya baginda® ada buat blog baru,
    kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

    Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

    Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

    Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
    Sekian...

    Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

    sila ke link Berita Hairan Online..

    http://beritahairanon9.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Chedet tanya Daim " berapa aset UMNO ?" yang pada masa itu masih Bndahari UMNO.
    Daim menjawab " UMNO has no assets except liabilities".

    Jawapan itu telah menyebabkan Chedet terkejut beruk. Sejak dari situ, Daim pun berundur dari semua jawatan parti dan kerajaan.

    Bab express millionaires Melayu, kena tanya Daim. Depa tu semua budak-budak dia.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.