Friday, April 26, 2013

KEMANA ANWAR JIKA BELIAU REBAH DALAM PRU13 INI?

Situasi Semasa: Najib sahaja yang pulun di bawah masih beralun
Ramai permerhati dan pengulas politik gemar bercakap tentang, jika Anwar Ibrahim menang menawan Putrajaya. Pengulas politik kampong di kedai-kedai nasi kandar bercakap perkara yang sama sehingga kepada ilmuan-ilmuan politik terkemuka mengulas perkara yang sama di dalam TV dan media-media perdana yang lain. 
Malah yang lebih membimbangkan di lapangan BN  setelah enam hari tempoh berkempen,  dapatan hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendedahkan populariti Anwar mengatasi populariti Najib. 
Kajian yang membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar mendapat 43 peratus manakala Najib 39 peratus. 
Kajian Umcedel juga menunjukan 62 peratus berpendapat video sex gagal mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik malah 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya.
Seperti kebiasaan sesiapa juga berhak membakul sampahkan dapatan kajian ini jika ia bukan berita gembira kepada mereka yang hanya gemar berita-berita gembira. 
Sebaliknya bagi mereka yang positif dan strategis akan mengambil pendekatan strategi ‘Blue Ocean’ angka-angka kajian-kajian sebegini atau apa juga kajian walaupun nampak picisan untuk dijadikan musuh bagi melonjakkan semangat juang jentera parti secara total seolah-olah besok Putrajaya akan rebah. 
Di dalam satu jamuan teh di Bandar Baru Uda, Johor Baru pada 24/4/2013 Anwar Ibrahim menyatakan jika beliau kecundang dalam PRU13 ini beliau akan menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di Peranchis. 
Keputusan ini dilihat bertepatan dengan masa dan suasana apabila Dewan Nasional Peranchis baharu sahaja meluluskan perkahwinan sejenis dengan 331 undi menyokong dan 225 undi menentang. Peranchis mungkin negara yang sesuai atau ‘home sweet home’ kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan ‘base’ perjuangan LGBTnya. 
Hakikatnya kalau PKR gagal kali ini mereka akan keletihan dan kuda-kuda tua yang masih bergayut dengan kuasa di dalam parti-parti pembangkang akan masuk wokshop untuk mendapat perkhidmatan urutan kaki dan badan mereka. Paip-paip lama yang tersumbat terpaksa dirongkah dan diservis supaya darah berjalan dengan lancar.

19 comments:

  1. Elok le tu...pergi le merempat jauh2 kat luar negeri.dok msia asyik nk buat huru hara je!!...agak2 xpuas hati je nk merusuh...nyusahkn rakyat!!...teruskan perjuangan mu mummy,kami disini sntisa menyokong pejuang2 kebenaran seperti kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TDM pernah kata, "Malaysia hanya aman ketika anwar berada dalam kerajaan". Betul, perhatikan zaman dia jadi pelajar dan lepas dia dipecat.

      Delete
  2. Negara akan kehilangan seorang negarawan yg songsang

    ReplyDelete
  3. Kemenangan dan kekalahan ada lah ciptaan manusia..akan tetapi Allah swt telah ada jawapan nya, apa akan terjadi pada hari esok...telah pun telah ditentukan oleh Allah swt. Saya berdoa agar bumi Malaysia di lindungi olih perkara-perkara yang Munkar...Insha Allah

    ReplyDelete
  4. Patut juga mummy tanya...KEMANA NAJIB JIKA BELIAU TONGGEK DALAM PRU13 INI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tak kata apa2..yang kata nak jadi pensyarah adalah nuar, bila kalah dia nk jadi pensyarah, nampak sangat dia hanya pentingkan dirinya sendiri. Ada orang, kalau kalah sekalipun, tetap berjuang..tapi nuar bawa rajuk.. Macam ni ke nak jadi pemimpin?

      Delete
  5. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    DSAI insyaAllah akan iftikaf d masjid atau surau beribadat pada Allah SWT berbeza dengan Dato Seri Najid dan mantan PM Mahadir yg kerap lupa untuk iftikaf d masjid mahupun surau . InsyaAllah . Amin . Puan punya blog jangan terlalu perasaan dan angkuh dengan BN , 57 tahun jaja kemelayuan namun orang melayu hanya tagih simpati duit BRIM yang tak seberapa , Puan punya blog pernah ke melawat atau singgah di Pusat Zakat dan bertanya berapa ramai orang Melayu Islam yang mohon bantuan Baitulmal. Biar jadi melayu yang tak diperbodohkan oleh KEMELAYUAN perjuangan UMNOBN. BERBEBAL BIAR BERAKAL JANGAN BODOH BERTEMPAT .Bak kata Mantan PM Mahathir melayu mudah lupa dan Melayu Haprak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ramai orang Melayu yang memohon zakat, sehinggakan simpanan wang zakat berlebihan sampai ada yang mencecah puluhan juta ringgit di sesebuah negeri. Hingga ada yang mencelah, kenapa ada lebihan wang zakat. Sekarang, wang-wang zakat di agih kepada saudara baharu seperti yang kita dengar kes-kes dulu yang mana ada yang masuk Islam kerana duit, dan masuk Islam berkali-kali. Orang kita sudah semakin sempurna, pada bulan puasa, kita yang mahu beri zakat terpaksa cari dari kampung ke kampung utk beri zakat kepada yang layak.

      Delete
  6. Kemana pula Najib nak pergi jika beliau rebah kali ini.

    ReplyDelete
  7. Salam mummy,pada awalnya saya terpegun dengan tulisan madah seloka tuan/puan, tapi apabila saya buka di blog2 lain yang menggambarkan bagaimana sambutan penduduk2 putera jaya terhadap tuan guru nik aziz dan dato husam musa, saya rasa tulisan madah seloka tuan/puan hanya dikagumi olih pengundi2 di ulu2 kelantan,ulu pahang, ulu terengganu,ulu kedah dan segala ceruk ulu yang kehidupan tidak terdedah kepada maklumat semasa dan hanya bergantung kepada maklumat tv3/utusan malaysia. Penduduk putera jaya akan mentertawakan mummy dan mengira mummy seoranG yang 'syok sendiri'. Saya harap mummy dapat melayari blog2 lain yang memaparkan kehadiran tuan guru nik aziz dan dato husam musa di masjid besi putra jaya. salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husam pernah habiskan RM4 juta kepada Kickdefella untuk menjatuhkan pak lah dulu. Bila Kick tulis dalam blognya, husam tak saman bab ini, husam saman bab lain dan hanya 5 bab sahaja disaman dari ratusan bab/posting. Husam terpaksa guna wang untuk tarik penyokongnya dari pelusuk negeri untuk menaikkan dirinya. Seperti anwar juga, berceramah di Tumpat, setiap DUN disediakan bas dan duit air untuk datang walau dari puncak Kuala Krai sekalipun.

      Delete
    2. Nik Aziz di kawasan dia sendiri orang tak ada, walaupun ada dikir barat disediakan.

      Delete
  8. mami,pesanan saya yg hina ini utk mami"biar kita buta mata tapi jangan buta hati.biar kita bodoh dalam pelajaran tapi jangan bodoh dalam kehidupan"renung2kan la dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  9. mami,pesanan saya utk mami"biar buta mata tapi jangan buta hati.biar bodoh dalam pelajaran tapi jangan bodoh dalam kehidupan." renung2kan la dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  10. mami,pesanan saya yg hina ini utk mami"biar kita buta mata tapi jangan buta hati.biar kita bodoh dalam pelajaran tapi jangan bodoh dalam kehidupan"renung2kan la dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  11. mami,pesanan saya yg hina ini utk mami"biar kita buta mata tapi jangan buta hati.biar kita bodoh dalam pelajaran tapi jangan bodoh dalam kehidupan"renung2kan la dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  12. Bila U Malaysia Kelantan buat kajian keatas 3000 orang rakyat kelantan secara rawak, keputusan menunjukkan populariti Tok Pa naik manakala polupariti nik aziz jatuh merudum, penganut pas kata 3000 itu bukan suara majoriti. Kajian itu tipu dan banyak la komplennya.

    ReplyDelete
  13. Rasa was-was di kalangan pengundi lebih-lebih lagi yang atas pagar apabila mereka dipersoalkan isu kalimah Allah yang bakal di berikan kepada Bible jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Ini semakin mengelisahkan pengundi apabila Tuan Guru Harun Din berkata memberi kebenaran, membenarkan serta bersekongkol dengan pihak-pihak ini (PAS, PKR dan DAP serta sekutu) boleh jatuh Kufur dan menghampiri Syirik (Dosa yg tidak diampunkan Allah). Jadi, kepada saudara saya yg muslim, memohon anda memikir se-masak masaknya jika calon anda itu dari PKR atau PAS pro ANwar.

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Pengundi putrajaya berjumlah 11 ribu rasa terganggu Dan terhina dengan seboknya ratusan ribu makhluk luar yg datang menyemak, menyesak Dan buat sampah di putrajaya.

    Mereka sudah buat keputusan, undi adalah rahsia.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.