Wednesday, April 24, 2013

PELOPOR FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM, USTAZ FADZIL HANAFI DICANTAS AHMAD BASHAH.

Ustaz Fadzil Hanafi (sebelah kiri) di antara pelopor awal Forum Perdana Hal Ehwal Islam
 Sumber: Sinar Harian

ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi. Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. 
Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.
"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya. 
Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.
"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya. 
Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya. 
"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini. Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lama Alor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.

KOMEN:
Saya tak mau komen. Kalau ada bangkai lama-lama busuknya akan semerbak juga.

9 comments:

  1. Siapa yang tak kenal dengan perangai kotor Ahmad Bashah dan Mat Lebai Sudin?
    Ini lah kerja depa tak habis-habis cantaih pucuk sampai mati pucuk. Bila semua dipecat depa lah yang berkuasa. Akhirnya UMNO tinggai Mat Bashah sorang dan anak bini dia saja dia kekai sampai dunia kiamat.
    UMNO Kedah hancur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri bunuh diri sabitkan orang buat apaaaa... Sedaqlah diri tuuuu... makan pencen pun tak habis daaahhh...

      Elok lah... UMNO Kedah hancur kerana ada orang macam Fadzil Hanafi lah. Haloba.. tak cukup-cukup. Orang lain tok sah bagi temap dah... Sharifah Maznah tuuu Ketua Wanita UMNO Bahgia Alor Star. Dia layak sebagai Wakil Rakyat di Alor Mengkudu...

      Delete
  2. Bukan sorang saja depa pangkah...ada lagi yg dah tau nama nak kluaq tp ditukar last minit...!!! x guna punya Bashah..

    ReplyDelete
  3. tak bley nak marah 100% sama itu Mat Bashah sj. Itu Tun Madey Kutty kalu dia tara mari kacau ini kedah...tarak lobi dia punya anak...kasi atur dia sendiri punya calon...ini Kedah punya UMNO tarak jadi ini macam punya. Madey mari sini Kedah mau atur dia punya kroni mau kasi kuat dia punya anak...dia mau angkat itu Mukhriz jd MB juga. Itu mat Bashah sbg BN Kedah punya pengerusi sudah ada dia punya calon....sudah kasi hantar sama Najib sana...tau-tau itu Madey ada masuk campur.....sekarang banyak orang tarak puas hati. Sudah banyak dengar ada protes sana protes sini. Sana Ayer Hitam pun sudah dengar banyak yg tarak suka sama itu Mukhriz....Dia tarak pandai sama itu dia punya bapak....dia banyak tumpang dia punya bapak....kalu menang pun pasal dia punya bapak juga...dia tarak pandai punya orang...sikit baik pada itu Mat Bashah saja...

    ReplyDelete
  4. Kemungkinan permainan kotor itu ada, kalau dah tahu kenapa terus masuk perangkap.. bertanding bebas Dan kena pecat...

    Tak jadi calon - dunia dah kiamat ke?
    Qada Dan qadar kenapa tidak diambilkira - berlapang Dada

    Bashah takkan berani tanpa pilihan atau restu najib - ketua perhubungan negeri pasti diberi kuasa budibicara

    ReplyDelete
  5. Bila bertanding sesama sendiri, dua dua kalah..yang menang pihak satu lagi. Kot nya menang malaysia, kalimah Allah dapat kat bible versi BM, kufur dan syirik lah yang menyokong PAS, PKR dan DAP serta dapat sikit laba kepada yang menjadi batuapi. jadi macam kerajaan Islam Andalusia lah kita. Bukan saya yang kata, Harun Din yang kata kufur dan syirik itu. mahu ke kita dapat dosa yang tak akan di ampunkan ini kerana salah memangkah? Ada dah berbunyi penyokong PAS nak bubuh kertas tanpa dipangkah.. bala2

    ReplyDelete
  6. Putra Gunung Jerai.April 24, 2013 at 6:53 PM

    Bashah dgn Mat Sudin adalah jeneral pancung yang hebat di Kedah.
    Bashah pekena Dato Najib.
    MatSudin pekena Shahlan Setpol Dato Najib.
    Banyak lagi kumpulan yang tewas dalam pemilihan dulu diUMNO seluruh negeri Kedah katanya diharamkan apa jua peranan.Markas BN pun haram tak boleh masuk.
    Adakah dato Najib/mahyudin tahu akan semua penyakit dalam UMNO hari ini.
    Biar kalah pilihanraya saalkan menang Ketua Bahagian.

    Tak heranlah Mat Taib ,Kamalia Ibrahim,Shariff Omar,ust Fadzil Hanafi dan lain rela dan sanggup bertindak luar biasa.

    UMNO kini hanya lihat jangka pendek bukan jangka panjang.Mereka nampak siapa yg ada undi perwakilan di PWTC sahaja yg utama.Bila tak ada jawatan maka tak ada lah undi perwakilan.Maka terasinglah mereka ini dari denyut nadi rakyat.

    Biar lah UMNO/BN rebah drp terus jadi sombong dan ranggi..

    ReplyDelete
  7. >TERIMALAH QADA N QADAR ALLAH
    >SAPA2 YANG MENJADI CALON....KITA UNDI SAJA.
    >KALAU SEMUA DOK BEREBUT NAK JADI CALON...LAST2 BN@UMNO TERBALIK KUANG
    >JANGAN JADI PAK PANDIAQ...MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
    > KITA XMAU JADI MCM PRU 12 DULU

    ReplyDelete
  8. putra gunung jerai...anda ahli umno sebelah mana...? anda nak naikkan parti atau calnunya....Dlm umno sikap cantas itu pekara wajib demi kuasa dan labanya....

    dlm persepsi anda beberapa calun yg tidak dilantik itu adakah berkelayakan..??? contoh Lihat Cik Kamalian...umur 61 tahun...seorang wanita mengahkiri zaman wanitanya...hatta utk seks pun sudah tidak berdaya... masyarat marhain kini perlukan insan progresif,denamik dan spritual...bukan kerana nama ....
    begitu juga syariff omar....bukankah beliau sudah kenyang jadi wakil rakyat...elaun dan pencen tim menteri...
    Dato basha adalh tinggalan insan yg dilanda tsunami...kerana beliau tahu kekalahan 2008 adalah angkara ahli umno sendiri....dia tahu pemimpin yg baikot dan cantas mencantas....dia tahu sapa yg cuba memulihkan reputasi umno kedah yg merudum...

    adakah anda sering dipejabat umno negeri...??? mana perginya fadzil hanafi???? mana perginya fadzil semasa umno kedah perlukan beliau....

    jangan salah najib dan mahyuddin...tiap2 negeri ketua perhubungan negeri dibantu oleh naib presiden dan AMT umno...mereka ini yg menghantar lapuran termasuk pihak SB, cyberwar dan bloggers pro kerajaan.....

    so fikirkan yg baik berbanding persepsi...so anda jadilah ahli yg ada fakta dari hearsay.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.