Tuesday, April 16, 2013

KEDAH PANAS!

Azeez Rahim calun pasti menang akan menentang tokoh agama PAS Najmi Ahmad di Parlimen, Baling
Difahamkan sebaik sahaja selepas pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Kedah oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri hari ini beberapa pihak telah mengamuk seperti gajah naik minyak.
Marah kerana tokoh yang ditatang mereka tidak dipilih sebagai calun manakala tokoh yang tidak pernah turun kawasan dipilih. 
Peramal politik yang meramalkan akan berlaku perubahan besar di Kedah sebenarnya tidak sebesar mana pun yang berlaku. Ramalan merosot.
Najib masih lagi mengambil kira keputusan UMNO walaupun banyak pengundi atas pagar yang sudah tidak suka kepada UMNO. 
Dalam hal ini semua pengeritik harus sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO yang juga secara langsung Perdana Menteri Malaysia adalah atas tiket parti atau tiket UMNO. 
Kalau Najib sendiri tidak utamakan UMNO tidak mustahil Ketua-Ketua Bahagian ini akan gulingkan Najib dalam pemilihan Presiden Parti kelak. 
Apapun kita tunggu selepas 24 jam untuk mereka sejuk seperti harapan Najib. Kalau merajuk ini masih berpanjangan maka Kedah akan dikuasai kembali oleh kerajaan Islam PAS. Itu sahaja jawapannya. 
UMNO di bawah tidak pakai teori utamakan parti seperti yang dilaung-laungkan pemimpin atasan mereka. 
Mereka yang di bawah lebih menjurus kepada ‘day to day’ perkhidmatan ahli politik di kawasan. Nampak muka aku sokong tak nampak batang hidung aku pancung. 
Apa pun di dalam dua tiga hari lagi semuanya akan reda dan pulih seperti sediakala kerana sudah menjadi adat orang Melayu hangat-hangat taik ayam.

15 comments:

  1. Saya merasakan ada beberapa calon yang sememangnya tak dikenali langsung dan tidak dapat dipastikan apakah sumbangannya terhadap kawasan yang bakal ditandingi. Sebagai contoh di Sungai Petani. Kami di disini tidak pasti kayu ukur yang bagaimana digunakan untuk memastikan calon adalah benar benar winnable candidate. Jangkaan saya Sungai Petani akan kekal kepada PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pangkat prof pon x guna kalau pengundi x kenai macam kat merbok.org muda undi calon, veteran undi parti itu perbezaan politik masa kini dan dulu

      Delete
    2. Saya setuju dengan saudara. Calon dan parti mesti selari. Perlu dilihat track rekod calon bersama dengan pengundi.

      Delete
    3. merbok prof tu boleh menang kot....aku tetap undi dia.....tp aku tk kenai la...tk pernah mai rumah aku pun....tp sori to say...tanjung dawai aku tkkn undi Tajul....mcm mana bleh lekat aku tk tau la...satu lg si shahanim tu dok meroyan pasaipa...meluat aku tgk...

      Delete
  2. Salam, Insya Allah sokongan kpd calon BN tnpa belah bagi..
    pengajaran besar apabila Pakatan Haram menguasai beberapa negeri betapa perit dan tertekannya jiwa rakyat dgn perangai jahat mereka.. sudah pasti yg penting skrg ialah kemenangan UMNO BN.

    Jangan panggil lah parti ajaran setan-PAS sbg kerajaan ISLE.. PAS parti syaitan yg mendokong buaday jahat dan sesat.

    Sorry to say I'm ready to vote 4 BN.. AMinn!

    ReplyDelete
  3. Rasa saya yg mencalunkan wakil2 BN Kedah tetap geng Khairy Jamaluddin sebab gang beliau yg paling banyak dipilih! Jelas yg Tun Det nasihat tidak didengar oleh PM Najib! Akan hancurlah 100% dengan wakil2 KORUP semacam Azeez Mamak, Aziz Mamak, Khairul Baling barua Azeez Mamak, Johari Baharum, Mahdir Khalid dan terutamanya Prof Dr Ismail Daud yg paling dibenci sendiri oleh UMNO Merbok! Malah sepatutnya Ir Karim Ali yg lebih berwiwaba tidak pula dipilih!

    PM Najib menipu rakyat Kedah dgn menyatakan 49% muka baru ttp yg keluar bukan baru cuma muka lama tak terpilih di PRU12 seperti Marlia A Latif dan lain2 serta kebanyakannya barua2 Azeez Mamak dan khudam Khairy Jamaluddin!

    PM Najib jangan lupa Tok Nenek Kedah yg Syahid berjihad melawan Siam terutama dari 1821 hingga 1842, kalau tidak seluruh Malaya ni jadi Siam Budha!

    PAS akan ketawa besar dgn calun2 BN yg rata2 Bodoh, Korup, Kaki Zina sama dgn PAS dan tidak mesra Rakyat Kedah.

    ReplyDelete
  4. AAAAAAAAAAWWWWWAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTT jadi lagu tu?
    Bawa bertenang la.... Nak puas hati semua orang bukan senang.

    ReplyDelete
  5. Mli, bukan nak bawak bertenang kita nak lawan PAS yg merosakkan akidah sedangkan calun kita lebih kurang sama macamana nak bertenang?

    Org Kedah bukan bahlul bin banggang!

    ReplyDelete
  6. Wowww....menyengat betul, dah lama blog mummy tidak di lawati. Tahniah mummy posting panas.Suara- suara Merbok akan bangkit tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  7. Kedah..bungkus..depa penaya mukhriz..

    ReplyDelete
  8. Maaf, w/pun saya umno tapi sebab dok bubuh joe baharum utk kp lagi, sy terpaksa boikot. Bukan sebab nak tolak bn tapi kalau dah calon sampah mcm tu pun dok ambik lagi kemudian jadi pulak menteri, itu namanya tak dengar rungutan bawahan. Jgn soal samada kami respek Tun atau tidak, soal balik siapa yg dok naya Tun dulu? Amirudin utk Jitra sy akan sokong tapi Joe penyangak, sorilah. Parlimen dah hilang sekurang2nya 11 undi dari kami.

    ReplyDelete
  9. Mustaqim.. hang la BODO.. perangai mcm dajjai duk cucuk org sana sini.. mcm sewel sasau.. baik hng pi duk markaz PAS sana.. senang dr jd MUNAPIK kt sini. Yg bahlol tu hang la.. buat2 plak nk lawan PAS.. hang tu anjing PR punya stail.. masuk dlm geng UMNO pura2..setan yg mau cucuk manusia bg gaduh dan lemah..

    Hang tak selamatlah dunia akhirat Mustaqim weiii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yang gua hairan bro.. yang dok meraban naik minyak ialah penyokong Parti Ada Spenderman. Dah tak suka BN dok diam2 la, jangan jadi batu api. Pergi jaga stor spender ada juga faedahnya. Pelik betul la.

      Delete
  10. Anonymous April 17, 2013 at 8:26 AM, Sy setuju sgt dgn komen Saudara, sudah pastilah org Kedah telah ditipu dgn PM Najib, Insya Allah Perhimpunan UMNO November ini kami akan tolak beliau supaya nasib beliau sama dgn Dollah Badawi.

    Kalau yg lain dgn bahasa mcm org PAS tu, tak payahlah sy komen, depa2 masih budak beringus tak tau politik langsung ikut taksub saja mungkin otak dunggu lagi. Maaf ya.

    ReplyDelete
  11. Aku setuju dan sokong mustaqim. depa boh calon sropa hawag, yang dok buat kerja yang orang suka pi tak dak nama, yang report agensi pun takdak pi jadi calon, lepaih tu nak suruh kita sokong, depa bukan pilih winable candidate, tapi winCable candidate, luka dan kecewa kita yang mengharapkan kemenangan kerana muka tak laku yang depa berkenan

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.