Tuesday, March 31, 2009

UMNO Merbok main wayang,Tajul Urus pengarah filem

Berkesempatan berada pada hari penamaan calun di Bukit Selambau nampaknya UMNO Merbok tidak bersungguh-sungguh bekerja dan membuat persediaan dari segi mengumpul jenterakerja pilihanraya mereka.

Beberapa kumpulan UMNO Bahagian Merbok sendiri tersasar dari laluan perjalanan ke tempat penamaan calun dan terpisah dari kumpulan mereka. Mereka seolah-olah bercempera, terpinga-pinga dan terkebil-kebil apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan. Apa sudah terjadi? ”This is the tips of the iceberg”.

Penyokong pembangkang berada awal dilokasi dengan anggaran 9,000 -10,000 orang, manakala penyokong BN hanya lebih kurang 3,000 – 4,000 orang sahaja. Ini pun terdiri dari mereka yang datang dari luar kawasan.

Jika dihitung penyokong BN yang datang dari dalam kawasan mengundi khasnya di dalam Parlimen Merbok ini bermakna ianya tidak sampai pun 800-1000 orang.

Jika data asas ini diambil perkiraan nampaknya ada kedinginan dari segi sokongan dan pengurusan gerakkerja BN Parlimen Merbok khasnya UMNO Merbok di dalam usaha memenangi calun BN di dalam PRK Bukit Selambau.

Perkara ini bukannya mustahil apabila diimbau kembali sejarah perangai UMNO Merbok di dalam setiap kali pilihanraya. Ianya seperti sudah lumrah kelakuan tidak senonoh mereka. Kerja-kerja sabotaj, protes dingin, poster calun BN dibuang ke dalam sungai dan poster ditampal dengan kepala calun ke bawah dilakukan apabila pucuk pimpinan atasan BN tidak meletak calun yang mereka lobi.

Seperkara lagi bukan perkara yang aneh kerja-kerja ini dilakukan oleh pemimpin yang sama yang sekarang telah berjaya mengetuai UMNO Bahagian Merbok. Malah menurut beberapa tokoh pemimpin vateran Merbok yang ditemui, inilah "branding" Tajul Urus Mat Zain kata mereka. Kata mereka "biasa......laaaaa".

Di sekitar tahun 1983-84 dahulu di awal kemasukan Tun Daim Zainudin ke bahagian Merbok perkara yang sama berlaku. Ketika itu Tajul Urus merupakan ketua pemuda UMNO bahagian. Beliau bersekongkol dengan mentornya allahyarham Dato’ Zainal Abidin Johari yang merupakan ketua UMNO Bahagian Merbok ketika itu.

Apabila Tun Mahathir membawa masuk Tun Daim bermula sebagai Senator ke Bahagian Merbok Tun Daim ditentang habis-habisan sehingga ada dewan yang sepatutnya Tun Daim bertemu pengundi ditutup mentah-mentah. Pejabat UMNO Bahagian dikunci dan jentera UMNO Bahagian dilumpuhkan sehingga Daim membawa jentera beliau sendiri dari Kuala Lumpur dan membuka bilik operasi pilihanrayanya sendiri kerana hilang kepercayaan dan keyakinan kepada jentera pilihanraya UMNO Merbok.

Begitu juga semasa kemasukan Datuk Zainudin Maidin pada pilihanraya 2004. Pemimpin yang sama pernah bertegang urat di dalam pejabat UMNO Bahagian Merbok, menentang kemasukan Datuk Zainudin Maidin ke kawasan Merbok. Kepimpinan MCA dan MIC diracuni supaya jangan menyokong Datuk Zainudin Maidin sebagai calun Parlimen Merbok.

Semasa pilihanraya 2004 apabila beliau dilantik sebagai Wakil Calun kepada Datuk Azmi Hamid, calun BN di DUN Tanjung Dawai beliau langsung tidak membantu Datuk Azmi Hamid sepanjang tempoh kempen pilihanraya tersebut. Menurut sumber beliau lebih menumpukan berkempen kepada rakan beliau Datuk Mahadzir Khalid di Pedu dan akan hanya sibuk apabila melibatkan peruntukan pilihanraya yang turun dari atas.

Hari ini kelaku yang sama dibuat oleh pemimpin yang sama. Muhyiddin Yassin pemimpin yang bertanggung jawab mengetuai jentera BN di dalam PRK ini seharusnya bijak meneliti watak-watak serta pelakon-pelakon di dalam UMNO Merbok ini.

Perhatian yang serius harus diberi jika BN ingin beroleh kejayaan di dalam PRK Bukit Selambau demi mengembalikan maruah UMNO dan BN di bawah kepimpinan baru Najib dan Muhyiddin.

Sunday, March 29, 2009

Chain Morad, ketua jentera kempen Kementerian Penerangan PRK Bkt Selambau

"Saya orang kampung. Lahir di Kg. Singkir (orang Kedah sebut Kg. Singkiaq), Kedah. Masa sekolah dulu rajin gak masuk pertandingan syarahan. Pasal tu lah agaknya sesuai sangat dok kerja jadi Pegawai Penerangan. Masa sekolah, aktif gak dengan sukan. Main bola, badminton dan paling terer main hoki, sampai jadi wakil MSSK (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah). La... ni saya tengah dok blajaq-blajaq training kat diving range, nak try main golf la pulak....Bukan apa pun, nak buat persediaan bila pencen nanti sekurang-kurangnya ada gak exercise dok hayun kayu golf sambil jalan 5 kilo sehari." Abdullah Morad, KP Penerangan Malaysia

KOMEN:
Chain ooii..kalau hang dok mai nak kempen di Bkt Selambau pakai jentera Kerajaan hang jaga-jaga sikit dengan puak UMNO Merbok tu. Jangan dok pakai sangat maklumat depa. Semuanya temberang bahagi dua.

Kalau hang penin hang pi hayun golf kat Cinta Sayang dan hang pi hisap curut dengan pemimpin UMNO yang baru menang MT. Lepas tu hang buat lapuran bagi kat Pak Menteri hang kata semua bagus dan beres.

Kalau tengok blog hang Mummy nak komen sikit jangan la bubuh gambar dok selok poket kerana depa dah tau hang dok main golf.

Saturday, March 28, 2009

Benih cacing kerawit telah mula membiak dalam usus UMNO

KUALA LUMPUR 17 Mac - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran.
Utusan 17/3/2009

KOMEN:
Najib tidak mudah menangani rasuah politik kerana Cacing Kerawit telah membenih dalam usus UMNO. Lagi 10 tahun @ 2 penggal benih-benih cacing kerawit ini akan membiak dan memakan semua zat-zat dalam badan UMNO sedikit demi sedikit sehingga UMNO akan mati.

Yang sebenarnya kemenangan Najib dan Mahyuddin hari ini bukan untuk dirayakan oleh ahli-ahli UMNO tetapi kemenangan mereka hari ini supaya mempastikan cacing-cacing kerawit ini dibunuh sebelum cacing-cacing kerawit ini bersarang dan membunuh UMNO.

Kepimpinan Najib juga mestilah membongkar dan menelanjangbulatkan siasatan rasuah politik di kalangan pemuda. Lembaga disiplin UMNO mestilah juga berdisplin supaya tidak menutup terus buku-buku dan maklumat siasatan.

Fungsi mereka seharusnya berjalan setiap jam dan minit bukannya bermusim semasa pemilihan sahaja. Buka buku siasatan ini untuk tatapan ahli UMNO yang berdaftar supaya mereka tahu KTV Lounge mana yang selalu pemuda berfoya-foya bersama gadis-gadis jelita.

Siasat kembali bagaimana orang bersalah boleh menang sebagai ketua pemuda UMNO. Siasat juga bagaimana orang KJ boleh duduk di dalam Lembaga Disiplin.

Friday, March 27, 2009

Bagaimana tanggung-jawab boleh dijadikan hadiah untuk isteri?

Hadiah Untuk Isteri, Kata Zahid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan beliau sebagai Naib Presiden Umno merupakan hadiah kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-31 mereka, yang kebetulan jatuh pada hari pemilihan parti.

Sementara itu, isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis menyifatkan hadiah ulang tahun perkahwinannya tahun ini sebagai yang paling berharga untuk diri dan keluarga.

KOMEN:
Baguih la Zahid ooooiii....Awal-awal lagi dah nampak perangai hang. Ada ka jawatan yang amat berat yang diamanahkan telah dijadikan hadiah untuk isteri? Awat hang ingat jawatan dalam UMNO ni untuk bagi kuasa kat bini hang campur tangan dalam mengagih projek-projek Kerajaan? Hang samakan amanah dengan hadiah macam loket emas, batu permata, berlian dan intan atau kereta mewah, motor besar dan istana?

Bini hang jangan pula jadi lebih camca dari bubuq. Lebih galah dari pokok. Kalau hang dok buat macam ni, hang nanti tunggu bala besaq dok mai. Hang tau ka RAP (rakyat atas pagar) dok perhati hangpa?. Hang jangan ingat UMNO tu besaq sangat, hang kena tau UMNO dah nak mati seperti kata mantan Presiden Pak Lah.

Kenyataan inilah yang membuat RAP meluat dengan UMNO dan laluan mudah kepada pembangkang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Wednesday, March 25, 2009

Anwar meletak calun S.Manikumar kerana terpaksa untuk menyelamatkan MB Kedah.

S.Manikumar adalah anak saudara kepada V.Arumugam, ADUN PKR yang meletak jawatan. Arumugam sampai sekarang masih berada di dalam tempat persembunyian mungkin India ataua mana-mana kerana takut dibawa ke penghadapan KDYMM Sultan Kedah. Beliau dibiayai sebanyak RM20,000 sebulan supaya jangan keluar sehingga selesai pilihanraya.

Ceritanya bermula apabila isu gundik Arumugam diisytiharkan sebagai isteri rasmi di dalam semua jemputan dan acara istana, sultan telah memanggil MB Kedah untuk penjelasan yang sebenar tentang kedudukan isteri yang sah Arumugam, tetapi MB telah membohongi sultan dengan jawapan tidak mengetahui tentang kedudukan isteri Arumugam demi untuk melindungi Arumugam.

Walaubagaimanapun KDYMM Tuanku masih musykil dan ingin mendapatkan penjelasan yang sebenar dari mulut tuantubuh sendiri maka dengan itu tuanku menitah supaya Arumugam dibawa mengadap baginda. Tuanku murka yang amat sangat kerana tindakan mengisytiharkan gundik sebagai isteri rasmi telah mencemarkan majlis-majlis rasmi di raja Kedah.

Jika pengakuan Arumugam ternyata benar maka ternyatalah MB membohongi sultan maka nescaya kemurkaan tuanku akan menjejaskan kedudukan MB.

Arumugam adalah saksi utama untuk mempertahankan MB Kedah kerana sultan ingin mendapatkan penjelasan yang sebenar samada MB benar atau bohong kepada KDYMM Sultan Kedah.

Akhir kalam untuk menjaga mulut Arumugam supaya tidak menjadi mulut tempayan maka Anwar dan MB terpaksa tunduk kepada permintaan Arumugam untuk meletak anak saudaranya Manikumar sebagai calun proxy Arumugam dalam PRK Bukit Selambau.

Kesimpulannya kalau Manikumar kalah dalam PRK ini ia adalah satu penyelamat besar air muka MB dengan tuanku dan MB akan selamat apabila isu Arumugam terkubur.

Monday, March 23, 2009

Fairus - penyamun dan penyangak

Fairus: I have done nothing wrong

GEORGE TOWN: Outgoing Deputy Chief Minister I Mohamad Fairus Khairuddin yesterday lashed out at claims linking him to graft and that he was not productive. He vowed to bounce back in the political arena "to be someone great".

Fairus said he was disappointed with news reports on his resignation, saying that the reasons cited had tarnished his image.

"As far as I am concerned, I have done my best for the state and the people.

"I want to stress that I have done nothing wrong at all in my capacity as the deputy chief minister.

"But there are certain people who are always out to destroy me and are bad-mouthing me," he said in a text message sent to the New Straits Times.

KOMEN:

Fairus hang jangan dok temberang noo. Mana hang dapat duit beli 2 buah kereta Mercedes cash. Hang pasang adik-adik beradik hang sebagai proxy hang dok sentai duit kamsen. Dr Firdaus adik hang waktu mana dapat PHD tu? Dok pi canang kata dia doktor falsampah ka atau doktor cucuk ayam sakit berak kapoq?

Awat yang hang buat kerja bodo dok sms no akaun bank hang suruh towkey-towkey Cina masuk duit dalam bank hang.

Hang baguih dok mai temberang kami no?? Hang BULL SHIT!

Sunday, March 22, 2009

Anwar tunggang kuda hitam

Makkal Sakthi beri Anwar kata dua tukar calon
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Gerakan Makkal Sakthi hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meletakkan calon lain Pakatan Rakyat, bukannya S. Manikumar yang diumumkan, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Penyelaras kumpulan Hindraf yang telah diharamkan, S Thanenthiran berkata, Makkal Sakthi memberi tempoh sehingga esok kepada Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, agar mengubah keputusan beliau yang diumumkan semalam.
(Star Online 21/3/2009)

KOMEN:
Keputusan Anwar Ibrahim meletak calun India yang diluar selera Hindraf ada lah untuk membuat “adjustment” atas kesedaran Hindraf telah tidak lagi berpengaruh di kalangan masyarakat India.

Hindraf hanyalah alat atau kuda tungangngan Anwar untuk menawan PRU12 yang lepas, bak kata pepatah Melayu ”habis manis sepah dibuang ke dalam longkang”.

Manikumar adalah calun tulin PKR yang boleh berbahasa Sepanyol dengan fasih dan sedikit bahasaTamil lebih PKR "friendly". Dan yang lebih utama ialah kekayaan Manikumar mampu membiayai atau "self financing" untuk pilihanraya ini.

Anwar sedar jika tersilap calun mereka boleh melompat parti kelak jika menang. Malah yang paling sukar sekali ialah untuk memenuhi tuntutan Hindraf yang tidak masuk di akal. Itulah yang menyebabkan ADUN romeo V.Arumugam wakil Bebas yang menang mengejut meletak jawatan.

Thursday, March 19, 2009

Apa jadi dengan penerima rasuah politik UMNO?

Lembaga Disiplin Umno seharusnya mengambil tindakan dengan membongkarkan keseluruhan siasatan mereka jika betul-betul ingin membersihkan UMNO dari amalan rasuah politik. Jika tidak mereka akan dituduh pilih kasih atau berkonspirasi politik dalam keputusan terhadap beberapa anggota Umno yang didapati bersalah di bawah etika parti.

Pengerusinya Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sendiri telah mengakui melalui kenyataannya - "Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu ataupun "hearsay"," . Tetapi mengapa tidak didedahkan bukti-bukti ini secara telanjang bulat?

Jika yang memberi telah dihukum, persoalannya hari ini apa jadi dengan mereka yang menerima rasuah tersebut? Jika yang menerima tidak dihukum maka terjadilah fitnah-memfitnah kepada calun-calun yang bersih oleh penerima-penerima ini kerana tidak puas hati apabila tuan mereka dihukum sebaliknya mengalih sasaran kepada calun-calun yang bersih.

Kuasa mengundi dalam pemilihan terletak kepada perwakilan. Tetapi sekarang sudah terbukti ada perwakilan yang menerima rasuah politik dan mereka pula bebas berkuasa untuk memilih siapa calun mereka dan sudah pasti mereka akan menghukum calun yang bersih kerana marah tuan mereka ditangkap.

Kesimpulannya serah sahaja kes-kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Wednesday, March 18, 2009

PRK Bukit Selambau - Pertemuan dua calun Bebas dan BN

Calun Bebas Zahran Dato' Paduka Abdullah nampaknya akan berentap sakan dengan calun BN Dato' Ganeson Subramaniam. Walaubangaimanapun masih kelihatan semangat muhibbah.


KOMEN:
Ini adalah perjuangan. Gambar dan wayang ada di mana-mana. Politik macam-macam boleh jadi. Kehendak UMNO dan kehendak rakyat adalah berlainan.

Manusia merancang tuhan yang menentukan.


(sumber gambar www.semut-gatai.blogspot.com)

Hantu Raya hilang tuan.

MELAKA: "Saya mohon maaf kepada penyokong saya kerana tak dapat tunai dan meneruskan hasrat mereka," kata Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai reaksi kepada penyokongnya yang inginkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
(BH 18.3.2009)

KOMEN:
Nampaknya ramai agen-agen dan gurkha bertempiaran lari kerana tuan mereka telah diambil tindakan oleh lembaga disiplin UMNO yang “kononnya” nak membersihkan UMNO dari najis rasuah politik.


Mereka ini diibaratkan seperti ”hantu raya” hilang tuan. Dalam situasi sekarang mereka boleh hilang pertimbangan dan mengamuk satu kampung.

Hantu-hantu raya inilah yang seringkali lebih camca dari bubur, lebih galah dari pokok atau lebih periok dari nasi.

Mereka yang sering mengatur dan meletakkan tanda harga dengan menubuhkan konsortium G7 serta mewujudkan blok-blok perwakilan di dalam kawalan mereka. Kadangkala tindakan mereka ini langsung tidak diketahui oleh tuan mereka.

Mereka memperolehi dana-dana yang bernilai jutaan ringgit yang diperolehi melalui tauke-tauke yang inginkan projek mega jika tuan mereka kelak menjadi Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri.

Kesimpulannya hantu-hantu raya ini hanya makan persen macam cerita Tiga Abdul.

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah! Datuk Tiger dari rakan bloggers

KUALA LUMPUR: RTM staff members are against the appointment of Datuk Ibrahim Yahaya as the Broadcasting Department director-general.

The Information Ministry issued a statement announcing Ibrahim's appointment, which came into effect yesterday. Ibrahim, formerly media adviser to the information minister, succeeds Datuk Abdul Rahman Hamid.
(NST 17.3.2009)

KOMEN:
Mummy ingin ucapkan tahniah kepada blogger www.duniatiger.blogspot.com di atas perlantikan sebagai KP Penyiaran Malaysia.

Belum pun dua hari masuk pejabat staff RTM dah mula protes di atas pelantikan Datuk Tiger. Nampaknya Datuk Tiger kena berdepan dengan Tiger-Tiger RTM yang sedang tidor selama ini kerana mereka dah mula bangun apabila ada Tiger yang bukan species mereka masuk ke dalam kampung mereka.

Apa yang Datuk Tiger kena awasi ialah bukan Tiger-Tiger di situ tetapi ada juga ular-ular berbisa yang beracun.

Apa pun tahniah dari rakan blogger www.mummyrokiah.blogspot.com

Sunday, March 15, 2009

Norza Zakaria banyak berjasa pada UMNO

Mungkin Norza tak mengenali Mummy tapi Mummy mengenali Norza seawal beliau terbabit dalam politik ketika itu sedang berjinak-jinak dalam politik.

Konon berjasa, apa yang jasa beliau pun Mummy tak tau. Setahu Mummy sebelum naik ke Exco Pemuda beliau berkawan rapat dengan beberapa sahabat tetapi apabila dah berpangkat beliau sombong dan angkuh di samping KJ. Lupa pada kawan-kawan dan sibuk mengaut kekayaan semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan.

Pelanduk sering lupa pada jerat tetapi jerat tidak lupa pada pelanduk.

Saturday, March 14, 2009

Calun Bukit Selambau - Ganeson memang telah dijangka

ALOR STAR 14 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

- Utusan

KOMEN :
Nampaknya pertarungan hebat akan bermula di antara calun BN Ganeson Subramaniam dengan calun Bebas Sdr Zahran Datuk Paduka Abdullah.

Thursday, March 12, 2009

Pak Lah dan Anwar - Apa salahnya mereka berjumpa?

Pak Lah dan Anwar apa salahnya mereka berjumpa demi perpaduan Melayu. Adakah Melayu berpolitik sehingga tidak boleh makan kenduri dan duduk semeja? Mengapa harus pertemuan ini dipolitikkan?
Di dalam suasana Melayu sedang lemah dan berpecah seharusnya pemimpin-pemimpin Melayu berbaik-baik dan tidak bercakaran.

"Kecian abang Najib kerja keras untuk rakyat" Rosmah

KUALA LUMPUR: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran suaminya yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM, Datuk Seri Najib Razak selama ini.

Katanya, urusan pentadbiran tidak dibincangkan secara khusus tetapi mengetahui suaminya bekerja keras menjaga kebajikan rakyat.

"Beliau tak pernah bincangkan dengan saya tetapi kerap beritahu perlu bekerja kuat, malah saya melihatnya tekun melaksanakan tugas terutama menangani kemerosotan ekonomi bagi memastikan rakyat selesa dan tak terbeban," katanya ditanya kandungan Mini Bajet 2009 yang dibentangkan Najib selepas melancarkan persidangan 'Women of Independence 2009' di sini, semalam.
(Berita Harian 11.3.2009)

KOMEN:
Kalau Rossa, penyanyi remaja Indonesia popular dengan "Ayat-ayat Cinta" semalam Rosmah mengeluarkan kenyataan "Ayat-ayat Politik".

"Ayat-ayat politik tidak ngapa buuu, jangan gedik-gedik politik aje..dibimbangi Inul bisa hilang professinya...."

Sunday, March 8, 2009

PRK Bukit Selambau - lobi-melobi seperti kaduk naik junjung

Usaha lobi melobi pucuk pimpinan UMNO nampaknya sedang hebat berlaku. Yang terloncat-loncat macam kera kena belacan dan seperti kaduk naik junjung ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Tajol Arus Mohd Zain.

SB rakyat yang baru balik dari Putrajaya melihat Tajol telah mendirikan khemah di hadapan pejabat Datuk Najib sebagai usaha melobi untuk dicalunkan bertanding dalam PRK Bukit Selambau. Kelihatan juga beliau dan kumpulannya bergentayangan dengan kereta-kereta mewah di dalam kawasan mencari sokongan.

Maklumat terbaru dari SB Rakyat juga menyatakan Dato’ Ganesan Subramaniam, Timb Pengerusi MIC Kedah juga tidak kurang hebatnya melobi Samy Vellu kerana beliau telah medengar angin-angin bahawa Samy Velu lebih mirip untuk meletakkan calun “recycle” Dato’ V.Saravanan.

Menurut SB Rakyat juga, sudah menjadi semacam lumrah sikap dan perangai Tajul suka menggasak dengan aggresif untuk memerolehi sesuatu jawatan, baik untuk calun atau untuk pengerusi mana-mana syarikat. Sikap yang sama juga tidak berubah apabila beliau pernah menggasak Daim dahulu semasa Tun Daim Ketua UMNO Bahagian Merbok dan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok.

Jika presiden UMNO lemah dan kurang maklumat di peringkat akar umbi nescaya akan termakan dengan asakan beliau bersenjatakan mulut yang celupar dan sedikit kurang ajar.

Najib seharusnya tegas dan mendapat maklumat yang tepat diperingkat akar umbi demi kehendak RAP(rakyat atas pagar) walaupun calun itu adalah sahabat sebantal kita.
Jika ini boleh dipisahkan maka Najib adalah pemimpin yang “precise”, bijak dan “no bullshit”.

Masyallah..yang jahil, yang berilmu dan yang waraq, Allah sedang menguji kita.

Pertamakali dalam sejarah negara ini dimana Islam sebagai agama resmi berlaku satu perdebatan isu penggunaan nama Allah di dalam penerbitan risalah bukan penganut Islam.

Perdebatan berlaku di dalam sidang Parlimen, sebuah institusi tertinggi di dalam sistem demokrasi di mana wakil-wakilnya dipilih oleh rakyat termasuk yang bukan Islam.

Apa yang menarik hujah-hujah berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin sebuah parti yang bernama Parti Islam Semalaysia (PAS) di mana sesama mereka saling jelas-menjelaskan tentang penggunaan nama Allah diperhatikan wakil-wakil rakyat ada yang Islam dan ada yang bukan Islam
.
Mari kita ikuti hujah-hujah mereka :-

Dr Zulkifli (PAS-Kuala Selangor) : Tidak harus timbul persoalan mengenai pengunaan “perkataan” Allah kerana telah diakui dalam Al Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) : menyokong pandangan Zulkifle dengan membaca sepotong ayat Al Quran untuk menguatkan dali lbahawa orang bukan Islam mengakui bumi ini ciptaan Allah.

Taib Azamuddin ( PAS-Baling, bekas Imam besar mesjid Negara) : Agama lain tidak boleh menggunakan nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh agama Islam. Katanya pendiriannya bukan mewakili parti, sebaliknya berlandaskan kesucian agama Islam.

KOMEN :
Maaaasyaallah, ingatkan semua yang mewakili PAS itu ilmunya, waraqnya dan imannya tinggi. Rupa-rupanya ada yang jahil sehingga Allah tuhan yang mereka sembah lima waktu satu hari, diheretnya ke Parlimen untuk mempertahankan parti mereka yang dikatakan Parti Islam.

Rupanya wajah PAS yang pakai ketayap putih, berjanggut dan berserban itu bukan semuanya berilmu.

Adalah dicadangkan kepada kepimpinan tertinggi PAS khasnya Ustaz Taib Azamuddin yang tinggi ilmunya supaya kelayakan agama ahli-ahli PAS atau wakil-wakil rakyat PAS ditapis semula. Supaya mereka yang benar-benar berilmu sahaja dibenar bertanding mewakili rakyat. Cadangan ini demi menjaga nama baik Islam dan Parti Islam sendiri.

Thursday, March 5, 2009

Melayu tak mudah lupa tapi mudah nyanyok

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969



Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos.

Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.


Patek Yang Ikhlas,


(Dr. Mahather bin Muhammad)

KOMEN :
Zaman berubah, teknologi berubah. Dulu surat hari ini Blog. Dulu Pekan Rabu hari ini Twin Tower. Dulu belacan hari ini keju. Masa terlalu pendek. Pemimpin datang silih berganti. Rakyat hanya menjadi penunggu yang setia. Kita sering lupa sejarah tetapi sejarah tidak melupakan kita.
TERIMA KASIH PAK LAH.

Wednesday, March 4, 2009

"Saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap" -YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang-orang lain menentang saya.

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? TentuIah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keseluruhannya, dan bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya peristiwa 13hb. Mei. Dengan memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri sendiri semasa saya memegang jawatan Perdana Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal sebaliknya saya sentiasalah menaruh kesedaran yang sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan yang baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu itulah yang telah menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah yang mengatakan sayaIah yang bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu.

Dr. Mahathir sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan juga penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman itu.

“Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas, bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedihkan itu.

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di atas sekeping kertas dengan tidak mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan pemimpin yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya semasa kekacauan itu adalah satu tuduhan yang paling dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tengah malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentuIah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentuIah sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr. Mahathir juga menyebut bahawa anggota-anggota pasukan keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. lni menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya.

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka “pelampau” atau “bijak pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk disiasat dan diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang-orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr. Mahathir dibawah undang-undang jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka mengambil tindakan menurut undang-undang biasa negara supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di dalam dan juga luar negara, dan ini merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang demikian saya tidak sekali-kali akan menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan sebab adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk mengembalikan ketenangan hati saya.

(Petikan dari buku 13 Mei - Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)

Komen:
Selamat Tinggal Pak Lah. Jasa Pak Lah akan terpahat dalam sejarah negara ini.

Monday, March 2, 2009

Pak Lah cermat menguruskan ekonomi negara

Tidak beberapa hari lagi Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang kelima akan “pergi meninggalkan kita” dalam erti kata lain akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri iaitu jawatan tertinggi di dalam Kerajaan Malaysia kepada Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Walaupun pemergiannya di dalam suasana perasaan yang bercampur-campur, yang suka dan yang duka tetapi sedar atau tidak Pak Lah telah berjaya menguruskan ekonomi negara ini dengan cermat.

Di dalam Mingguan Malaysia semalam (1.3.2009) wawancara khas dengan negarawan ulung Tun Daim Zainudin mantan Menteri kewangan dan seorang arkitek ekonomi negara yang telah berjasa membawa keluar kemelut ekonomi 1997-1998 mengakui krisis hari ini lebih buruk dari 1997-1998.

Hari ini sistem kewangan negara amat mantap dengan rezab antarabangsa kekal tinggi iaitu AS$91 billion (RM316.8 billion), nisbah pinjaman tidak berbayar @ non performing loan yang rendah disekitar 2.2% dan nisbah kecukupan modal bank yang tinggi melebihi 13% berbanding paras minimum 8%.

Tun Daim mengakui Malaysia telah meraih faedah daripada kekukuhan sektor kewangannya di dalam krisis semasa ekonomi dunia apabila pada peringkat awal Malaysia terselamat daripada kemelut sektor kewangan kecuali berlakunya kejatuhan harga pasaran saham yang teruk.

Tindakan membentang budget mini kearah mengelakkan berlakunya kehilangan pekerjaan dan untuk membantu sektor perniagaan dengan melanjutkan kredit dikira sebagai satu langkah yang bijak. Tun Daim mencadangkan ianya perlu disegerakan perlaksanaannya supaya sektor perniagaan mendapat modal untuk meneruskan operasi mereka.

Tun Daim tidak menafikan salah satu lagi sektor strategik di dalam menghadapi kemelut ini ialah dengan menambahbaikan keupayaan teknologi dan teknologi kecekapan penggunaan tenaga serta meperkemaskan komunikasi kepada rakyat tentang perancangan dan tindakan kerajaan. Komunikasi kepada rakyat penting untuk memperolehi keyakinan rakyat bahawa Kerajaan adalah efisien dan bertindak dengan cepat.

Ternyata dengan kadar tabungan yang tinggi di bawah kepimpinan jimat cermat Pak Lah, Malaysia telah terselamat dari dibelasah 1st round TKO(Total Knock Out) dari krisis ekonomi global dan masih boleh bertahan serta mengatur strategi dengan bijak.

Selamat Tinggal Pak Lah. Jasamu akan dikenang.

Sunday, March 1, 2009

Panas!! VCD skandal Puteri UMNO pulak

Seorang calun perebutan jawatan tertinggi Puteri UMNO dan yang telah mendapat pencalunan tertinggi sedang disiasat kerana mengamalkan rasuah politik.

VCD yang mengambarkan beliau sedang mengagihkan wang dan sumbangan kamus kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menagih undi akan menjadi bahan bukti utama.

Beliau yang merupakan pemimpin Puteri Negeri juga sedang menghadapi keretakan rumah-tangga kerana terlibat dengan skandal.

Komen:
Kalau macam inilah pemimpin pelapis, baik dibubarkan sahaja puteri UMNO seperti cadangan Tan Sri Ahmad Rithaudeen. Baru nak naik dah terlibat dengan macam-macam skandal dan rasuah politik.

Hakikatnya perhatikan lah semasa perhimpunan Puteri UMNO Malaysia, mana ada Puteri UMNO yang membawa bersama suami mereka? Yang kerap dok nampak depa dok menggatal dengan laki orang dan Pemuda UMNO.