Semenjak kejadian dahi Guan Eng ditampal plaster kerana luka
garu, isteri beliau Betty Chew tidak lagi mahu biarkan Guan Eng keseorangan. Beliau
lebih banyak menghabiskan masa di Pulau Pinang berkepit berama Guan Eng.
Kawasan Kota Laksamana yang diwakili beliau telah ditinggalkan berkapar begitu
sahaja kerana bagi beliau menjaga suami lebih penting dari menjaga kawasan yang
sekangkang kera itu.
Pengundi di kawsan sudah mula merungut apabila wakil
rakyat yang mereka lantik langsung tidak melawat kawasan. Beberapa program di
kawasan Kota Laksamana telah diabaikan Betty Chew begitu sahaja langsung tidak menghormati
pengundi yang mengundi beliau. Inilah sikap wakil rakyat yang tidak bertanggung
jawab. Masa inginkan undi rakyat tersondol-sondol menagih undi apabila telah
diberi tanggung jawab rakyat diabaikan umpama kacang lupakan kulit.
Apa pun Betty Chew tidak boleh dipersalahkan kerana keyakinan
beliau pada kesetiaan Guan Eng telah luntur. Beliau tidak sangggup kehilangan
Guan Eng biar rakyat di kawasan yang maki jangan Guan Eng lari. Jika Kota
Laksamana tidak menerima beliau, beliau boleh lagi bertanding di mana-mana
kawasan berdekatan dengan suami di Pulau Pinang kerana DAP adalah parti mak,
bapa, anak dan menantu.
Dalam perkembangan lain AP melapurkan wanita-wanita di Togo telah
memulakan mogok sex hari ini. Ketua Sayap wanita kumpulan Let's Save Togo,
Isabelle Ameganvi menggesa wanita-wanita di negara itu bersatu tidak mengadakan
hubungan sex dengan suami masing-masing. Mogok tersebut dilancarkan untuk memberi
tekanan kepada Presiden Faure Gnassingbe kerana membantah pembaharuan sistem
pilihan raya, yang mudah memberi kemenangan kepada Gnassingbe dalam pilihan
raya Oktober ini.
Kejadian-kejadian ini adalah manifestasi betapa kekuatan
wanita, perempuan, isteri dan ….. dalam percaturan politik sesebuah negara.