Monday, March 31, 2014

DAVID TEO SEDANG HAFAL LIRIK

Siapa sangka, penerbit filem terkenal, David Teo bakal bergelar penyanyi apabila dijangka melancarkan sebuah single bertajuk, 'Kacang' yang merupakan duet bersama penyanyi dan pelakon, Fida Ibrahim. 
"Lagu ini ciptaan Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal Kacang Lupakan Kulit, namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," ujar David yang dipetik menerusi laporan sebuah portal berita. 
Dalam pada itu, David juga menjelaskan, dia hanya akan menyanyikan bahagian rap sahaja dalam lagu ini dan kini sedang giat menghafal lirik sebelum tampil menyanyikan lagu tersebut di majlis pelancaran tidak lama lagi.(MH)

KOMEN:
Apa kah David Teoh akan muncul sebagai seorang lagi Sir Runme Shaw yang telah menjadi pelopor kepada filem-filem Melayu di sekitar tahun 50an dan 60an dahulu sehingga menaikkan nama-nama bintang filem terkenal seperti P.Ramlee?

CELAKA PUNYA MUMMY ROKIAH.

Teguran. Bukan semua politikus boleh menerima teguran dan berlapang dada memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri dalam memimpin. Sikap ego dan mabuk kuasa yang menebal menghalang mereka mengubah kelemahan ini.
Akibat disalut kekuasaan juga mereka lebih suka berfantasi dilambung dan dibuai laju-laju oleh penyokong tegar mereka yang hanya menyokong apabila mendapat imbuhan yang lumayan. 
Mereka juga terlupa bahawa rakyat sedang memerhati tingkah laku, gerak-geri, sikap dan intigriti kepimpinan mereka. 
Walaupun sukar bagi sesorang politikus itu untuk ikhlas, beramanah dan tidak hippokrate di hadapan rakyat tetapi hakikatnya di dalam senario politik nyawa-nyawa ikan sekarang mereka harus berusaha kuat untuk mengubah diri mereka. 
Angkap lah teguran dari blogger itu teguran sayang dan cinta kepada mereka, parti yang mereka wakili dan rakyat yang mengundi mereka. 
Pekerti mulia bukan perkara asing bagi kaum Melayu. Terutamanya sebagai sebuah parti kaum Melayu mereka harus mengamalkankan ciri-ciri sikap budaya Melayu yang penuh sopan santun, tata tertib dan kaya dengan budi bahasa.
Di dalam senario politik Melayu sekarang seperti kenyataan Sdra Zulkiflee Nordin bahawa "Melayu tidak lagi mengharapkan kepada UMNO tetapi yang sebenarnya UMNO sekarang yang mengharapkan kepada Melayu.
Pakaian keangkuhan dan kurang pengajaran bukannya pakaian seorang pemimpin Melayu tetapi ia adalah pakaian orang yang tidak bertamadun.
Ini bercanggah langsung dengan Strategi Lautan Biru seperti yang sedang diterapkan oleh PM Najib. Politikus yang bijak dan cerdik akan berubah sebelum mereka diubah.

Saturday, March 29, 2014

DAH SETAHUN WEBSITE MBI KEDAH DOK 'COMING SOON!..."

Telah hampir satu tahun Mukhriz menjadi MB Kedah, website Perbadanan Menteri Besar Kedah juga telah hampir satu tahun "COMING SOON!…" Entah sampai bila nak "COMING SOON!"? Atau langsung "NOT COMING AT ALL". 
Kata nya ada cerita disebalik "COMING SOON" ini.

Semoga Exco YB. PUAN NORSABRINA BINTI MOHD NOOR Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Inovasi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi can make this website COME… "say my friend some students in overseas".

KATA MENTERI LUAR SINGAPURA - KRITIKAN TERHADAP MALAYSIA TIDAK ADIL

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar Singapuran, K Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah tidak adil.
Menyifatkan kehilangan pesawat itu sebagai 'satu situasi yang amat luar biasa", beliau berkata hakikatnya terlalu sedikit maklumat untuk disiasat dan diketahui oleh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja berhubung insiden berkenaan.
Shanmugam berkata demikian pada sesi dialog anjuran Persatuan Wartawan Asing Singapura di Singapura, semalam. Malaysia dikritik, terutama oleh media asing sejak pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. 
Pada majlis sama, Shanmugam berkata, tidak terdapat kekurangan daripada segi kerjasama dan respons dalam kalangan negara Asean berhubung kehilangan MH370. 
"Saya tidak fikir mana-mana negara Asean yang lewat dalam respons mereka daripada segala segi," katanya ketika diminta menilai tahap kerjasama dalam kalangan negara Asean untuk mencari pesawat malang itu. - Bernama, 29 Mac,

Friday, March 28, 2014

LAGI!! KISAH PEMBONGKARAN EXCO KEDAH

 
Blog ini menerima banyak maklumat sulit dan gambar-gambar tentang exco Kedah untuk didedahkan. 
Untuk makluman rakan-rakan blogger yang perihatin tentang 'good-governance' dan 'good political practice' khasnya rakan-rakan di Kedah yang berdebat di atas alasan agar Kedah ditadbir oleh 'clean government' adapun MR tidak akan berkompromi dengan sentimen pribadi atau agenda memburukan mana-mana pihak. 
Adalah menjadi amalan blog ini hanya akan menyiarkan maklumat yang sahih dan sah berserta bukti-bukti yang lengkap dan jika dibawa ke muka pengadilan biar rakyat sendiri akan adilinya samada kerajaan yang memerintah ini berwibawa atau tidak.
Untuk makluman rakan-rakan juga kami sedang meneliti beberapa tajuk untuk disiarkan diantaranya :
1) Katil exco berharga RM16,000 pengakuan seorang datin isteri exco sendiri. 
2) Lawatan ke Surabaya habuan kepada AJK Bahagian atau “Happy Fantasy Tour 3 Hari 2 Malam” untuk happy-happy kroni Ketua Bahagian? 
3) Kisah geli awek di padang golf Surabaya (18SX). 
4) Najib sedang  mencari MH370 di Lautan Hindi ada Ketua Bahagian di Kedah sedang mencari Fantasy di Surabaya.
Mohon mereka yang menyalurkan maklumat-maklumat ini bersabar kerana setiap maklumat akan melalui tapisan rakan peguam yang dilantik sebelum disiarkan. 
Jangan rakan-rakan menaruh harapan yang tinggi bahawa maklumat ini akan disiarkan.

Monday, March 24, 2014

HARGA RUMAH MAMPU MILIK DI KEDAH TAK MASUK AKAL. ADUN PANTAI MERDEKA ALI YAHAYA BERSUARA



YB ALI YAHAYA ADUN PANTAI MERDEKA
Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri Kedah.
 

Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, harga itu adalah di luar kemampuan kebanyakan penduduk Kedah dan mereka memang tidak mampu beli.
 

Beliau berkata, harga rumah itu wajar dikaji semula bersesuaian dengan keadaan sosio-ekonomi  penduduk Kedah yang masih berada tahap pertengahan.
 

"Mungkin harga itu sesuai di bandar besar tetapi bukan di Kedah," katanya ketika bangun mencelah ketika penggulung Bajet 2014 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang), hari ini.
 

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah lain dan menyediakan rumah yang benar-benar mampu dimilik rakyat negeri ini iaitu harganya wajar dan berpatutan.
 

Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka) turut bangun dan mencadangkan agar rumah mampu milik berada dalam lingkungan harga RM120,000 seunit dan difikirkan sesuai dengan corak kehidupan penduduk Kedah.
 

Beliau berkata, kerajaan perlu memikirkan tahap pendapatan majoriti rakyat di sesebuah negeri sebelum merangka bentuk perumahan dan harga yang ditawarkan agar betul-betul  memberi manfaat kepada orang ramai.
 

"Kalau dengan harga RM120,000, wakil rakyat macam kami pun tak mampu nak beli sebab kelayakan  pinjaman perumahan kami hanya RM100,000," katanya dalam nada jenaka.
 

Beliau juga meminta Kerajaan Negeri Kedah menetapkan syarat kawasan perumahan baru  perlu mempunyai tanah perkuburan sendiri dan tidak menumpang dengan kariah atau masjid berdekatan.
 

"Kalau sampai 5,000 rumah dalam satu kawasan, pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan Islam yang tersendiri.    "Masalah akan timbul apabila muncul lagi perumahan baru di kawasan berhampiran. Kalau berlaku kematian nak kebumi di mana," katanya.
(SUMBER SH)

KOMEN:
Apa kah ini habuan kepada rakyat Kedah yang memberi amanah kepada BN? "BN menang Kedah senang" 
Atau ada di kalangan Exco kerajaan negeri yang buat untung di belakang projek ini? 

Wednesday, March 19, 2014

ADA EXCO KEDAH YANG SUDAH MULA CANGKUL KEKAYAAN.



Belum setahun jagung umur dilantik sebagai exco Kerajaan negeri Kedah kini sudah nampak  bunga-bunga awal kemewahan seorang exco apabila mula bergentayangan melagak kekayaan dengan membida plet KDT 9 sebanyak RM26,600 (Ringgit Duapuluh Enamribu Enam Ratus Sahaja).

BN yang baru mengambil alih memerintah Kedah dan masih tidak nampak apa satu pembaharuan yang dibuat sebaliknya apa yang rakyat dapat lihat segelintir pempimpin kini sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan.

Pemimpin BN Nampak suka berpesta dan berhiburan dengan konsert K-Pop dan Maharaja Lawak. Jika MB Mukhriz gagal menyekat barisan exconya yang leka dan lalai memperkudakan rakyat maka tidak mustahil rakyat akan berbalik kepada pemerintahan pembangkang.

Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dekat dengan Mukhriz seperti kejayaan "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" akan dilihat hanya lakonan di mata rakyat. Depan lain belakang lain.
Jangan sampai pengundi melabelkan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

Monday, March 17, 2014

APAKAH KEHILANGAN MH370 BERPUNCA DARI KERUGIAN MAS?



Di tengah-tengah kemelut pencarian MH370 tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU. Dunia pecah perut dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU yang melakukan kerja-kerja bodoh menilik konon untuk mencari pesawat MH370 yang dibawa lari.

Pakar-pakar penerbangan, kapalterbang dan angkasa lepas hampir setiap hari berbuih mulut mengupas dari berbagai sudut dan teori dengan mengunakan istilah-istilah teknikal seperti radar, satelit, transponder, Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS). Tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU dengan membawa bubu, burung garuda hitam, buah kelapa muda, tongkat buluh, raga bawang, teropong kuning mati beragan, orang bunian dan cerita-cerita bodoh tidak masuk di akal sehingga menjadi bahan tertawa satu dunia.

Untuk menyakinkan orang ramai Kumpulan TIGASUKU  ini mendakwa diarah oleh pemimpin tertentu dan disemat pula pin logo 1Malaysia di baju kot yang mereka pakai di samping menayang gambar-gambar mereka bergambar dengan beberapa tokoh politikus tertentu.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengambil kesempatan dalam parlimen untuk menghentam Kerajaan Najib dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU ini.  
Di sebalik keghairahan mempolitikan isu ini tiba-tiba akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang Zaharie Ahmad Shah sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan  Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar melenting dan dengan keras menafikannya.

MAS sebulan sebelum dirampas telah mengistiharkan kerugian sebelum cukai RM1.152 bilion untuk tahun kewangan 2013 daripada RM424.801 juta untuk tahun kewangan 2012. 
Susulan dari itu CEO nya Ahmad Jauhari Yahaya menyatakan MAS akan mengambil langkah-langkah meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos, memberi fokus kepada kos legasi, di samping meningkatkan penggunaan bagi memacu trafik dan pendapatan.

Pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya. Untuk itu MAS telah menghentikan operasi dua pesawat B777 dan akan menghentikan kesemua pesawat B734 secara berperingkat dan ini akan menyaksikan pengurangan kos bahan api sebanyak 15%.

Disamping tekanan kerugian MAS juga tidak sunyi ditekan oleh politikus-politikus seperti kenyataan kononnya ada 'tangan ghaib' di dalam Malaysia Airlines sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian berjumlah RM1.17 bilion. 
Dakwaan itu dibuat oleh  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya individu terbabit masih berada di belakang pengurusan syarikat penerbangan itu sehingga kini. Susulan itu beliau mendesak Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya meletak jawatan dan bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Malah beliau dengan angkuh mendesak gaji Ahmad Jauhari dipotong bagi menampung kerugian yang ditanggung MAS.

Persoalannya apa kah tindakan mengurangan kos dengan menghentikan beberapa laluan dan operasi B777 tidak akan menjejaskan periuk nasi dan moral kakitangan MAS?

MR ingin siarkan di sini satu tulisan menarik oleh Jam Gerak dari Teluk Kumbar Pulau Pinang (orang negeri Kaptain Zahrie Ahmad Shah) yang disiarkan dalam ruangan forum Utusan Malaysia pada 27/2/2014:

Topik kerugian MAS hangat semula
JAM GERAK
Teluk Kumbar, P. Pinang

SAYA terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh MAS hingga RM1.17 bilion, apakah puncanya? Siapa yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut?

Berapa ramaikah di kalangan rakyat Malaysia mengetahui hak-hak syarikat penerbangan negara (MAS) telah diberikan kepada syarikat tambang murah selepas beberapa tahun ditubuhkan?

Waran perjalanan (CATW) dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan membenarkan penjawat awam menggunakan syarikat tambang murah.

Visa Dalam Rujukan (VDR) untuk pekerja asing sah memasuki Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen juga membenarkan syarikat tambang murah digunakan, hak negara sudah diselewengkan.

Beberapa tahun kemudian kontrak mengangkut jemaah haji diberi kepada syarikat tambang murah kemudian dikembalikan kepada MAS kerana MAS mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun sebelum itu.

Kontrak untuk mengangkut tentera untuk misi keamanan antara bangsa diberi kepada syarikat tambang murah. Siapakah yang bertanggungjawab di atas empat perkara di atas? Pagar makan padi yang menyebabkan MAS rugi berbilion ringgit.

Dengan tambang yang murah dikenakan dengan perkhidmatan sebegitu sudah tentu menjadi pilihan janji sampai ke destinasi.

Justeru MAS perlu segerakan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah untuk bersaing di padang yang sama rata. Mengapakah MAS terlalu perlahan dalam perkara ini?

Apabila syarikat tambang murah tertentu ditubuhkan oleh individu tertentu, pesaing terdekat MAS di seberang tambak serta merta mereka menubuhkan syarikat tambang murah, tetapi MAS tidak berbuat apa-apa.

Sudah sampai masanya Firefly dijadikan syarikat tambang murah sepenuhnya dan bersaing dengan syarikat penerbangan murah lain untuk mengelak MAS mati lemas.

MAS adalah hak negara dan syarikat tambang murah kepunyaan individu tetapi kepentingan MAS diketepikan. Pengurusan tertinggi MAS perlu digantikan.

Apa sudah jadi dan apa akan jadi kepada MAS?

Sunday, March 16, 2014

IKUTI YOUTUBE NAZRI AZIZ LANCAR KONSERT YANG MERAGUT 6 NYAWA


KONSERT GILA YANG MERAGUT 6 NYAWA



Di tengah-tengah kesedihan dan kesibukan umat Islam negara ini memohon doa dan mengadakan solat hajat minta Allah SWT menyelamatkan nyawa penumpang-penumpang pesawat MH370 yang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku dan entah kemana pesawat MH370 dibawa lari, negara dikejutkan dengan insiden kematian seramai 6 remaja di dalam Konsert Future Music Festival Asia.
Nyawa mereka diragut dadah sintetik dan 3 lagi sedang krtikal akibat dari pengambilan dadah yang melampau bagi tujuan mendapat kerseronokan hiburan yang maksima semasa konsert tersebut.
Sebenarnya penganjuran konsert jenis ini bermula pada tahun 2012 lagi di Litar Sepang dan pencapaian tertingginya adalah pada tahun 2013 apabila pengunjung ke konsert ini mencecah hampir  55,000 orang. Ianya bukan satu konsert biasa tetapi ianya adalah satu konsert yang luar biasa keseronokkannya.
Di sebalik hidangan hiburan percuma di media-media social Youtube, TV dan lain-lain penganjur mampu menarik pengunjung sehingga 55,000 orang ianya dikira memang hebat sebagai himpunan anak muda atau mungkin pengundi muda.
Walaubagaimanapun akibat lemak dengan kejayaan tahun lepas  penganjurannya diperhebatkan lagi. Tahun ini konsert tersebut sukar dikawal dan hasilnya enam remaja maut. 
Komen Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin di dalam sebuah akhbar katanya di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan dengan anak-anak muda terkinja-kinja berpesta.
Iqbal, Adam Mathew dan Rahul
Pengajur acara ini ialah Livescape Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan bersama oleh anak mamak Mydin, Iqbal Ameer. Iqbal menjadi co-founder bersama dua lagi rakannya Adam Mathew dan Rahul Kukreja.
Jika bapanya menjadi jutawan dengan rantaian hypermarket Mydin anak tidak harus mengambil pendekatan berniaga konsert yang konon alasan untuk menarik pelancung ke negara ini.  Kerana konsert dan dadah seperti isi dengan kuku saling berkait rapat di antara satu sama lain.
Sejauh mana kita percaya dan yakin penganjuran konsert dapat mencapai angka kemasukan 28 juta pelancung melalui kempen Visit Malaysia Year 2014 ke dalam negara ini?
Kerana dengan kerajaan meluluskan penganjuran konsert gila seperti ini ia bersamaan dengan secara langsung membuka gelanggang dadah untuk dijual beli.