Zam bukan nya orang politik kata beliau sendiri. Tetapi
tanpa disedari Zam terjeromos dalam kancah politik apabila beliau tidak dapat
mengelak dalam arus perdana politik dari zaman Razak hingga Najib. Kepimpinan tidak
pernah mengenepikan tulisan Zam sebagai wartawan politik.
Baru-baru ini Zam buat gempaq kelin konon tak mahu lagi
menulis politik semasa. Tetapi hakikatnya Zam harus sedar bahawa wajahnya, kedut
kulitnya dan rambut putih di kepalanya adalah akibat dari penulisan politik
selama 50 tahun.
Dan gambarnya bersama Daim, Kadir Jasin dan beberapa
blogger telah dipolitikkan sehingga mampu menggugat takhta Kerajaan Najib.
Di akar umbi Zam buat kejutan lagi. Jamuan makan malam Zam bersama beberapa
orang kuat beliau di akar umbi dalam Parlimen Merbok telah menjadi bualan panas
pimpinan politik UMNO Bahagian Merbok kerana terasa mereka tergugat konon ‘Zam is making a
comeback’. Dan yang lebih parah konon Zam ‘is planting somebody’ untuk
jawatan Ketua Bahagian. Nampaknya ligat politik Melayu ini bukan setakat pimpinan atasan malah di bawah juga ligat bagaibola golf.
Bahagian Merbok yang sedang dalam zon selesa menjadi tidak
selesa berpunca dari gambar Zam dan penyokong akar umbi. Wajah-wajah kepimpinan bahagian yang baru balik
bersuka ria ‘golfing’ di luar negara kini terasa miang dan bahangnya. Mana
tidak nya dalam kesedihan bencana banjir di Kelantan masih ada kutu-kutu yang
berfoya-foya di luar negara.
Apa pun jasa-jasa Zam di Merbok masih menjadi bualan khasnya
projek rakyat yang beliau lancarkan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Parlimen Merbok. Projek “English Enrichment Program”. Menurut
lapuran Guru Besar Sekolah Kuala Sin dan Dataran Muda menyatakan sekolah mereka
telah mencapai pencapaian Bahasa Inggeris 100% semasa pelajar mereka mengikuti
program tersebut.
Konklusinya gempaq kelin Zam nampaknya tak menjadi.