Monday, March 28, 2011

Daim dah mula berani dongak kepala

Dua hari berturut-turut di dalam Utusan Malaysia 28/3/201 Daim dan Mingguan Malaysia 27/3/2011 Daim wawancara menyiarkan wawancara Daim Zainudin.

Tidak seperti wawancara yang sebelum ini di mana Daim hanya menjawab soalan dengan jawapan yang pendek-pendek, kias-mengias seperti tidak berminat atau tidak bersungguh.

Sebaliknya wawancara kali ini dijawabnya dengan panjang lebar, penuh bertenaga seperti pengantin baru kahwin.

Apakah yang menyegarkan Daim?

Mungkin Daim sedkit kembang jubur apabila Tun Mahathir di dalam Memoirnya “A Doctors In The House” telah menjulang beliau dengan mendedikasikan satu "chapter 39" sebanyak 11 ½ mukasurat melambung nama beliau.

Tidak mustahil juga Daim telah mula nampak kebangkitan DS Najib yang bakal membawa kemenangan besar dalam PRU13 yang akan datang maka keyakinan beliau dengan wang yang dilaburnya akan beranak-pinak dalam negara ini.

Ini berikutan telah nampak putik-putik kehancuran makhluk persosak bangsa, Pak Sheikh akan menjunam dan hanyut dilambung gelombang "Tsunami Video Sex" dan BN akan mula kuat kembali.

Malah menurut sumber, Daim bersemangat kerana mungkin beliau juga telah menonton Video Sex yang telah didedahkan oleh sahabat karib beliau Datuk Shuib Lazim. Melihat kesahihan pelakon itu maka Daim yakin pelakonnya akan hancur seperti debu berterbangan di ruang angkasa.

Apapun generasi muda seperti MR hari ini sedang menunggu giliran memoir Daim pula, seperti kata Daim “Ramai yang bertanya dan menunggu memoir saya”

MR ingin mengetahui bagaimana saham-saham di pasaran saham dimanipulasi oleh Daim ketika itu seperti cerita Hollywood "Wall Street, Money Never Sleep" dan kemana gerombolan-gerombolan manusia mahakaya yang telah dicipta oleh Daim hilang sekelip mata seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Azmi Hamzah, Sam Abu Hasan, Amin Shah dan ramai lagi.

Daim seharusnya mendedahkan di dalam memoir beliau perhubungan beliau dengan Lee Kuan Yew yang tersurat dan tersirat, siapa menggadai dan siapa yang tergadai.

1 comment:

  1. Yes, I fully agree with you mummy..this character has a lot of question mark on his back!

    Daim cakap pasal graft and good governance..he..he..he..lawak betul dia ni...Tun Daim!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.