Saturday, March 12, 2011

Siapa yang gila talak?

Kenyataan Ustaz Azizan bahawa BN Kedah gila talak yang sebenarnya tersasar samasekali kerana yang gila talak itu bukannya BN Kedah tetapi rakyat Kedah yang gila talak untuk kembali kepada BN kerana Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan gagal sama sekali untuk menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.

Rakyat rasa tertipu dengan memilih PAS kerana langsung tidak membawa pembangunan dan Kedah saling tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur.

Ternyatalah Ustaz Azizan tidak memahami perasaan rakyat Kedah yang terang-terang teraniaya dengan janji-janji palsu.

Mungkin penggal ini Ustaz Azizan boleh membeli-belah kerana dana tinggalan Kerajaan BN dahulu masih belum kering tetapi bayangkan jika PAS masih memerintah dengan dana yang sudah kering-kontang kelak apa akan jadi dengan rakyat Kedah.?

9 comments:

  1. BN nak ambik balik Kedah daripada PR/PAS sekarang adalah wajib demi nak selamatkan rakyat. Nak ambik balik, bukan gila talak. Ustaz Azizan ni bodo sungguh. Pandai ugama, layaq bughuk pulak... tak dak akai lah tuuuu...

    3 tahun perintah Kedah, Ostaz Azizan cakap itu kejayaannya memerintah dengan selamat. Sejahtera.

    Yang rakyat mahu bukan selamat memerintah, tapi ialah kejayaan membangun selama 3 tahu PR perintah tuuuu... apa kejayaan untuk rakyat yang rakyat perolehi?

    Taik kuda pun taraaakkk...

    ReplyDelete
  2. Ustaz Azizan mungkin ilmu agama agak tinggi..tapi pengalaman beragama tidak setara mana, sebab tulah dia gagal membezakan maksud "Gila Talaq", yang minta di ceraikan tu ialah rakyat kedah [pengundi UMNO], bila rakyat/pengundi menceraikan suaminya UMNO dan dapat laki baru pak lebai yang hanya mampu berceramah, tak pandai cari rezeki,,,maka bininya yang pernah hidup mewah dengan bekas suami mula stress, dok puji bekas suami, mula menyesal, mula nak rujuk semula [nasib baik talaq satu]....nilah yang di katakan "Gila Talaq".....bekas suami dok buat dek je....pasai dok usaha nak dapat bini baru tapi modal tak ada.........

    ReplyDelete
  3. jgn lupa, undi pas masuk surga dan terkeluar dari zaman jahiliah, hahaha.....gila.....

    ReplyDelete
  4. Ala PAS semua orang tahu.Golongan pak lebai sapu bersih.Janji bohong.Guna agama untuk krepentingan politik.Bila perinhtah kedah lagi banyak PAS tipu rakyat.PAS jual agama.Dulu janji lain lepas itu buat lain.PAS tipu orang kampung dengan ceramah agama.Mulslimut PAS masuk kampung buat cerita lagi bohong.PAS adalah alat pada DAP yang anti melayu.Ostat Azizan sedar tapi kerana syok jadi MB Kedah sapu elauan puluh ribu RM.Nasib melayu dan islam di kedah hanya bermain di kulit sahaja.Nasib baik harga getah naik kalau tidak orang kampung lagi susah.

    ReplyDelete
  5. Inilah akibatnya bila Islam di-komersilkan dan di-politikkan, semuanya jadi kotak-katik...

    buat parti politik, demi Islam (nak tegakkan daulah Islamiyah konon...
    buat filem, demi Islam (nak berda'wah konon)....
    kahwin empat, demi Islam (nak menyelamatkan wanita/menambah umat Muhammad konon)...
    kejar pangkat, harta dan duit juta-juta...demi Islam (jihad ekonomi... konon, ahaks!)...

    Sebenarnya, tak kisah pun berapa banyak parti Islam yang orang nak buat di Malaysia ni...kalau semua 'pelakonnya' betul-betul ada ilmu berteraskan IMAN, hati yang IKHLAS, dan nafs yang IHSAN, kalau all the so-called pejuang Islam ikut cara Rasulullah s.a.w tadbir kerajaan, berdagang & berdakwah, bersahsiah dan bersosial...aman-damai Malaysia nih...Yahudi pun takut nak masuk, apatah lagi Tamil...

    ReplyDelete
  6. Tapi Gua tetap sokong PAS pasai PAS perjuangan nya , berlambangkan Agama.

    Menakala UMNO yang Berteraskan KEBANGSAAN MELAYU, hakikat nya Melayu entah kemana ,Mamak mengaku Melayu yg.berkuasa.

    Arwah Nenek Pesan Klu Jumpe Ulak dgn Geng Mamak(Keling) dia kata jgn bunuh Ulak ,maksud nya jika ulak tur terus hidup ia tidak memudaratkan bangsa Melayu tapi sebaliknya.

    Nenek Gua x sekolah tinggi tapi x sanggup di perbodoh bodohkan ole Mamak Tongkang.,(mcm org FELDA kut).

    Tima kacih Nenekkkk!

    He!he! jgn maree.

    ReplyDelete
  7. akarumbi said......

    org kena ingat ahli pas tempat lain hanya PAS celup sj, kami pas jati memali tahu semua perkara dalam kelambu,takpayah dok belit belit kami lah,semua dah tahu sikap pembohong pas,putar alam,pekena org,hukum kat org dgn bukan2 punya hukum,bila dah dpt pangkat dpt jawatan dan hidup dgn senang lenang maka akar umbi tidak dipakai lagi,janji tinggal janji (sifat munafik) agaknya inilah ajaran islam pas yang dibawa tok guru tok guru dgn menyediakan syurga untuk ahli,

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa BN nak buat loji nuklear kat malaysia nih,jgn bagi depa buat.jangan undi BN,buat stadium tak dak angin,tak dak ribut,tak dak gempa pun runtuh.So jgn bagi msia ni kat penyamun berlesen.

    ReplyDelete
  9. alaaa dalam azizan hangpa kata gila talak tu dah banyak dah dia buat hangpa buat2 taknampak saja..

    nuuu dulu hgpa kata 3bln lingkop nie dah 3tahun dah...
    nuu dulu duit takdak mintak pusat tapi lanie mana ada dah pusat bagi kat hgpa jaaaa tapi gaji pegawai k'jaan negeri x ada sekoq pon tak dibayaqnya...
    nuuu dulu hgpa penaik cukai sampai 300% nasib baik azizan ambik alih dan peturun balik cukai tuu..
    nuuu dulu balak cuma 8juta selebih masuk makmenakan pak menakan hangpa..tapi lanie declere 50juta lebih..kira hebat la tuuu..
    nuuu hgpa dok kata GLC rugi tapi dapat bagi 30juta setahun kat negeri ok la tuu..rugi pie la janji ada duit masuk kat negeri hgpa dulu masuk kat pengarah dan pengerusi jaa
    nuuu dulu tanah rizab melayu semakin habih sampai tak berganti tapi lanie azizan dah dok penaik bali sikit demi sikit..tak caya tanya org KULIM & PENDANG...
    nuuuu dulu kuliah mengaji agama hgpa sekat merata sampai masjid pon suruh boh kala kuning..tapi lanie nak mengaji agama belambak....cuma kita ja yg malasnya...
    nuuuu dulu skim kafalah mana ada sampai hgpa tiru buat kasihnya..ok laa tuuu janji rakyat ,merasanya....

    nuuuuu....nak lagi dah laa tuu 3thn sampai terrra tu hgpa nak apa lagik.....saja buat2 buta mata buta hati......

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.