Tuesday, March 29, 2011

Ustaz Azizan harus menggerakkan penubuhan "Gerakan Kedah Merdeka"

Tun Daim mengakui bahawa MB Kedah DS Ustaz Azizan seorang yang baik, mesra dengan rakyat dan ikhlas. Cuma orang Kedah kerugian kerana memilih PAS memerintah dan Kedah miskin kerana tidak mendapat pertolongan Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan ini seperti menunjukkan Kerajaan Persekutuan menghukum rakyat Kedah kerana mereka memilih PAS. Marahkan nyamuk kelambu dibakarnya.

Inilah akibatnya apabila rakyat bangun bersuara menghukum UMNO dan BN kerana kesombongan dan keangkuhan mereka semasa berkuasa, hari ini mereka bakal menjadi rakyat miskin, merempat dan melarat.

Respon kepada kenyataan Daim itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengagihkan kemakmuran Negara ini kepada semua negeri.

“Tak perlu ungkit perkara ini, sebab itu tanggungjawab Pusat sebagai negara persekutuan. Jika mereka enggan salurkan bantuan, dan mahu negeri bawah PR cari dana sendiri, bermakna kita boleh isytihar Kedah keluar daripada Malaysia, tubuh pasukan keselamatan sendiri dan tadbir sebagai sebuah negara,” kata Ustaz Azizan.

Apa kata rakyat Kedah sambut cadangan Ustaz Azizan ini dengan menubuhkan “Gerakan Kedah Merdeka” seperti “Gerakan Acheh Merdeka”?

11 comments:

  1. Hasil pendapatan negeri Kedah boleh tampung Gaji kakitangan Negeri boleh lah , bagaimana dengan perkhidmatan Awam? apa yang saya tahu kalau takat pendapatan hasil negeri Kedah nak bayar gaji guru Sek rendah pun tak lepas , kalau gaji guru sekolah menengah lagi mengah sebab semua berkelulusan ijazah.Tu tak ambil kira perbelanjaan Penyelenggaran Sekolah , rawatan hospital bagaimana pula kalau pi hospital bandar di Aloq Staq tengok pesakit luar ambik ubat sudah lah kalau Kerajaan tak betul kukuh tertiarap dibuatnya.Kalau pi hospital sultanah Bahiyah lagi terok semua ubat pakar, seluruh Kedah ada berapa ratus kelinik Kesihatan dan berapa hospital daerah . Kakitangan hospital pun ramai juga kalau gaji Doktor nak bayar sesak nafas dibuatnya.Alamatnya ramai anggota kerajaan Persekutuan lari pi makan gaji di negeri lain.Bab anggota keselamatan tok sah nak cakaplah pada pandangan saya tok sah dok Merdekalah, tunku dah bagi merdeka dekat kita dah seribu rahmat. Nak dapat pendapat dari mana ? kalau harga ayaq naik , hasil tanah naik , hasil pintu naik semua naik tu pun tak boleh nak tampung gaji banyak lagi jabatan dan agensi Kerajaan .Jadi fikir fikirkan lah nu , kalau takat nak cakap sapa pun boleh.

    ReplyDelete
  2. Mami oiii,
    Perkara ini bukan mustahil kalau betul-betul ostad Azizan pandai mencari pelabur dari negara Arab dan duit negeri Kedah dilabur di Doha atau di Ostralia.
    Seperti Puisi,
    KEDAH PASTI MERDEKA

    ReplyDelete
  3. man said.....

    dah kalau minat sangat nak kedah keluar dari malaysia-umum saja lah wahai azizan,jgn dok fikir2 lagi,dah tua dah tak kan tak tau nak buat keputusan,
    lain kali sebelum jadi pemerintah jgn suka dok bangkang saja,kalau dulu sebelum jadi MB ustaz dok fikir betul2 cara2 nak bangun negeri kan senang, bila dah pegang kuasa boleh terus bangunkan kedah ni,

    ReplyDelete
  4. ha..elok sgt la tu ustaz azizan...semua dok tunggu pengumuman tu...bila nak umum? Kalu xumum, kito bakorrr aje....kito bakorrrr...jenis ckp xpakai otak...mcm ni la...

    ReplyDelete
  5. Kata-kata YAB MB Kedah tidak harus ditelan bulat-bulat oleh pemikiran singkat.

    Sebaliknya harus dilihat di sebalik kata-kata beliau itu.

    Bagi saya bukan soal Kedah nak jadi negara merdeka tetapi lebih kepada satu kiasan berhubung dengan tindakan KERAjaan BN yg tidak reti menghormati hak rakyat di dalam memilih siapakan yg sepatutnya mewakili mereka.

    Selain dari itu, tindakan seperti menghukum rakyat Kedah kerana tidak memilih mereka hanya kerana mereka berkuasa di peringkat pusat adalah sesuatu yg tidak harus berlaku kerana bukan salah rakyat Kedah tidak memilih mereka tetapi kerana mereka sendiri yg membuat salah.

    Jangan hanya pandai menuding jari menyalahkan org lain tetapi harus diingat bahawa 4 jari lagi menuding pada batang hidung sendiri.




    .

    ReplyDelete
  6. pasal tanggungjawab je mesti tala balik kat kerajaan pusat.haha..ambikla anwar jadi penasihat ekonomi, yuran murah, mesti dapat tarik pelaburan arab berbiliyon-biliyon macam kat selangor.haha

    ReplyDelete
  7. Sombong tu bukan menyebabkan BN kalah di Kedah. BN kalah kerana Anwar janji TPM II KAT dap dan senarai tuntutan Hindraf dengan orang Cina dan India dan depa percaya, terus bagi undi kapada PAS, PKR dan DAP. La ni PR perintah Kedah.

    Daim kata kerajaan PR Kedah tak akan boleh bangunkan Kedah kerana Kerajaa Pusat tak bantu. Azizan kata, macam tu tak adil, sebab sebagai Kerajaan Pusat kena adil dengan semua negeri.

    Kenapa Kerajaan Pusat bagi macam-macam kapada Pulau Pinang. Pembesaran Airpot lah, Jambatan Ke II lah dan sikit lagi Kerajaan nak bantu buat Komplek Bas Stesyen di Batterworth pulak dan macam-macam lagi Kerajaan Pusat bagi kat Pulau Pinang. Mana ada diskrimansi. Kerajaan Pusat bantu kerana rakyat.

    Sebenarnya Kerajaan PR Kedah ni banyak sangat politingkingnya. Banyak sangat mengata kapada Kerajaan Pusat. Ceramah-ceramah depa di kampong-kampong, depa mengata kat Kerajaan Pusat teruk sangat. Apa lagi Mahfuz, kata macam Kerajaan Pusat ni cabok dan lansung tak boleh digunakan. SOMBONG, BONGKAK, PEGHASAN, INGAT PAS NI DAH TERLALU KUAT SANGAT. La ni depa kalot sangat ubah polisi perjuangan, jadi PAS 4 ALL kerana nak ambil undi Cina dan India.

    Kerana terlalu-lalu politingking, tak mahu pi menyembah Kerajaan Pusat sahinggakan gergasi indasteri yang masuk ka Malaysia tak ada langsung yang masuk ka KHTP. Manusia yang dok tunggu pintu kuala kemasukan Indasteri atau pelabur luar, Dato' Mokhriz Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, depa malu lah nak jumpa.

    Jadi,macam mana Kedah nak maju. Pelabur asing tak masuk. Mana boleh harapkan hasil balak dan hasil tanah saja. Hasil air dah terpaksa digunakan oleh ADA nak baya hutang. Pembangunan tak ada, macam Daim kata, macamamana nak tambahkan sumber pekerjaan untuk rakyat Kedah yang semakin bertambah ini.

    Mami, tanya PAS apa yang sabenarnya PAS tak boleh bangunkan Kedah selain dari apa yang saya kata.

    ReplyDelete
  8. Saya sokong KamAl Sanusi. Dia kata tu betul. Rakyat yang salah pilih.

    Tapi, sapa kata Kerajaan Pusat tak bantu rakyat Kedah. La ni berpuluh Jabatan Kerajaan Pusat yang berkhidmat untuk rakyat Kedah. Cuma peruntukannya tidak melalui Kerajaan Negeri yang pemimpinnya yang bodoh.

    Di Kedah ada ICU, iaitu Jabatan yang menjalankan tugas menabur segala bantuan kapada rakyat Kedah.
    Beribu juta ringgit yang diperuntukkan dalam berbagai sektor gunanya untuk membantu pembangunan rakyat. Jika tiada jabatan ini, Kerajaan Negeri tak akan dapat sama sekali membantu rakyat diluar bandar sapertimana yang dijalankan oleh MADA, KEDAH, RISDA, LADA dan banyak lagi. Ini tidak dikira dengan pembangunan kesihatan, pendidikan dan berbagai lagi. Adakah semua ini boleh atau mampu dibuat oleh Kerajaan Neger?. Cakap politik senang, bila perintah negeri, baru tahu langit tinggi rendah.

    ReplyDelete
  9. bodoh jugak hangpa ulas nooo
    tak reti nak beza perlembagaan negara
    main ulas atas dasar parti politik maka pakat jadi bodoh laa semua....

    entahlaaa bila laa mentality bodoh nie nak hilang dari orang melayu... aku kata kat hang hang kata kat aku......

    ReplyDelete
  10. Mudah sangat nak faham ucapan MB Kedah tu, awat la yang duk mengkelai pasai tu.
    Dia perli saja... kalau dah kerajaan persekutuan tak mau bagi bantuan, lebih baik jangan ambik cukai dari rakyat kedah... cukai tu bagi kat kerajaan kedah.

    ReplyDelete
  11. Ustaz azizan candek/perli kerajaan BN pusat je.... sebab tak mengiktiraf kehendak/pilihan rakyat Kedah... Maksud dia.. kalau nak diskriminasi dan tak iktiraf kerajaan kedah.. ianya macam kedah ni bukan didalam malaysia la... Kerajaan BN pusat tak gentleman... tak mau mengakui kekalahan

    Contoh pibuat JKKP padahal JKKK dah ada... buat JPP ganti kerajaan negeri... dana pusat disalur kepada ketua umno bahagian yang akhirnya hilang tanpa kesan kecuali ketua bahagian bertambah kaya... padahal duit tu semua rakyat kedah bayar dari cukai tak kira dia penyokong PAS ke UMNO... beli Burger Mcdonald or bayar top-up pun ada cukai... dulu 5% la ni 6%... nampak sangat kerajaan BN pusat tak menghormati semangat federalism... seolah olah ada 2 kerajaan di kedah...

    BN is a very bad opposition...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.