Wednesday, June 1, 2011

Isu gerai akan menggugat kepimpinan MB Kedah

ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

“Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

“Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,” katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

“Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi,” katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

“Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit,” katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

“Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,” katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

“Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi,” katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.

6 comments:

  1. yg ni nak komen pun susah..umno dok halau melayu kluar dpd tanah kerajaan..bukan nya nak bg..mcm kat jalan ulu kelang contohnya..buat kedai mahal2.sapa nk beli melayu kr..kg saya n9 50 tahun umno memrintah zaman isa babi tanah semua bg india ..itu la bodohnya melayu..sekarang pas ulang balik apa umno buat..hakikatnya..melayu yg jd perdana menteri..melayu raja nya..semua kaya raya..nak komen betul pun jd salah..tapi hakikat melayu average kat malaysia yg susah dan papa kedana...melayu tu la ckp bole la...

    ReplyDelete
  2. Wah 17 ahli MPSPK ada leverage meminta bosnya ditukarkan kerana tidak cekap(kompeten) menangani isu gerai. Kena siasat dulu dan jika didapati benar tuduhan itu maka YDP itu harus keluar, jika tidak 17 ahli kena mohon maaflah.
    Isu gerai memang manyak ploblem dari tidak memenuhi prosedur sehingga isu kaum akan muncul.
    Di Pulau Pinang jika ada seorang penjaja tanpa lesen ditangkap boleh jadi isu ribut sementara kerana penjaja itu sinonim dengan kemiskinan, cari makan dan boleh menjadi sensitif dan membuat ramai hilang pertimbangan buat sementara.
    Jadi siasat dulu dan dengan cool boleh diselesaikan. Mentri Besar Kedah pun boleh benggong buat seketika.

    ReplyDelete
  3. lakonan ahli majlis MPSPK mcm lakonan ketua depa lah sheikh nuar tu,zizan pun sama pandai belakon,
    sekarang ni diharap semua pegawai kerajaan negeri boikot arahan dari pejabat MB pasai depa pandai berlakon................,
    tak payah dok ikut, bukan nya pandai sangat puak2 ahli majlis tu,

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Cek heran 17 ahli majlis buleh buat perangai lagu tu..bukan nak bela YDP tapi kalu tindakan meroboh gerai-gerai haram tu sah ikut undang-undang kecil PBT..apa salahnya..cuma yang nak kena pastikan jangan guna undang-undang pada orang tertentu saja..ada pulak yang imun..tu tak jadi la..kalu suma nak dipolitikkan..penatlah lagu tu! Sekalipun kebanyakan penjaja golongan miskin tapi kenalah ikut undang-undang dan majlis kenalah sediakan tempat yang sesuai dan buka lesen sebesaq-besaq kepada orang ramai..tapih betui-betui..jangan bagi kat kroni semata-mata..baru betui!

    ReplyDelete
  5. Masalahnya sekarang,MPSPK boleh kuarkan saman seperti mana MPSPK penah saman dlm beberapa kes ditempat dan kawasan yg sama,mengapa MPSPK tidak kompaun?Adakah salah urus pentadbiran yg sedia ada?Adakalanya MPSPK keluar saman kpd peniaga kerana melakukan kesalahan kecil begini.Gerai 12 yg kena roboh tidak pernah dikeluarkan saman sebelum ini.Adakah YDP menerima tekanan dari UMNO ataupun menerima tekanan dari pemilik Kelab Golf dan Tmn tema air di situ??

    ReplyDelete
  6. Anom 4/6/2011
    Seharusnya jika saudara seorang penyokong Parti Islam Se Malaysia mohon gunakan bahasa-bahasa yang baik di sisi Islam.

    Elakkan mengunakan bahasa-bahasa carutan kepada parti lawan saudara.

    Akan MR siarkan jika bahasa yang baik digunakan.
    Bahasa melambangkan siapa anda.

    Salam,
    Ikhlas

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.