Wednesday, April 9, 2014

AKAN WUJUD ‘KERAJAAN BARISAN BERUK’ DI KEDAH PADA TAHUN 2030 YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG "CHIEF OF THE JUNGLE"

Melayu Kedah akan menjadi bangsat pada tahun 2030 jika kepimpinanan hari ini masih tidur, terlalu banyak berpolitiking dan mementingkan kocek sendiri. Ini kerana tanah rezab Melayu milik mereka sedang jatuh sedikit demi sedikit ke tangan orang lain. 
Amalan mendabik dada konon Melayu Kedah kuat tanpa sesuatu tindakan yang bijak dan strategik akan menjerumuskan mereka ke dalam gaung yang dalam.
Lapuran Audit Negara 2013 yang terbaru amat mencemaskan. Lapuran ini telah mendedahkan Tanah rezab Melayu di Kedah yang telah dibatalkan berjumlah 10,907.77 hektar. Manakala jumlah yang digantikan hanya lah 2,499.56 hektar sahaja . Ini bermakna sejumlah 8,408.21 hektar tanah rizab Melayu tidak diganti. 
Sebagai contoh tanah seluas 1,051 hektar di Sik mukim Sungai Pau yang mana kerajaan negeri telah meluluskan pembatalan tanah rizab Melayu daripada PKNK sehingga kini tidak diganti. 

Malah yang membimbangkan lagi ialah apabila terdapat surat hak milik tanah-tanah rizab Melayu yang diganti tidak diendorsekan oleh Pentadbir Tanah Daerah khasnya di kawasan Kubang Pasu. Implikasinya kelak ia amat mudah hak milik berpindah kepada pihak lain. Kawasan ini banyak melibatkan sebuah pemaju harta tanah Cina di Jitra.

Akhirnya laporan audit ini menegaskan agar tanah-tanah rizab Melayu yang dibatalkankan hendaklah digantikan dengan segera supaya tanah-tanah rizab Melayu tidak hilang. 
Jika ini berleluasa tidak mustahil Pulau Pinang akan meluaskan empayarnya ke negeri Kedah pada tahun 2030 dan ketika itu Melayu Kedah akan terpinggir dan menjadi bangsat di tanah nya sendiri. 
Tanah-tanah strategik di dalam kawasan perbandaran akan ditawan oleh saudagar-saudagar Cina dengan harga pasaran yang melangit. 
Pada ketika itu Melayu Kedah akan diasak sehingga ke pinggir gigi-gigi hutan Sik, Baling dan Kuala Nerang menubuhkan satu Kerajaan baru bersama beruk, kera, siamang, monyet, mawa, lutung, musang dan jebon. 
Mungkin pada masa itu kerajaan tersebut akan dikenali sebagai "Kerajaan Barisan Beruk" di bawah seorang "Chief Of The Jungle" kerana tidak ada lagi jawatan Menteri Besar.
Hakikatnya dengan angka-angka yang membimbangkan dari lapuran ini sepatutnya membuat kepimpinan Melayu Kerajaan Kedah hari ini sedar dan bertindak segera. Kalau mereka sedar akan survival bangsa mereka seharusnya mereka kurang bermaharaja lawak dan kurang berdakapan dengan isteri kerana tilam yang empuk itu adalah hak milik rakyat.
Sudah hampir satu tahun Mukhriz menjadi MB dan sudah hampir satu tahun exco-exco yang dilantik tidak menampakan apa-apa pembaharuan di negeri Kedah. Aku janji Barisan Nasional “Bersama Memacu Transformasi Kedah" masih terawang-awang tanpa hasil di depan mata rakyat.
WASSALLAM.

19 comments:

  1. Replies
    1. Mummy, hang tak payah dok garang sangat la.... Mummy, di Kedah ni ada 2 ekoq cina yang untouchable, No. 1 Tok Beh dan No. 2 Chin Hin. Hang melalak pi la mcm mana pun, hang tak akan terlawan dengan kekebalan depa berdua. Daim pun Tok Beh gelak ja, tambah puak2 belukang Merbok yang ada la ni...

      Delete
  2. Pada saya yang nampak jelas sehingga kini, blogger mummy rokiah ni jelas anti Mukhriz dan asyik memberikan komen komen negetif berkenaan pentabiran Kedah semenjak diambil alih oleh BN - tak dapat projek ke Mummy ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dulu masa PR bkn main kaw-kaw bantai PAS...la nmpak dh terbalik pulak. Bkn apa tuu...rasanya MR dh nmpak beza antara pemerintahan kerajaan PR dengan pemerintahan UMNO/BN.....bknnya anti Mukhriz...dh dekat setahun Mukhriz jd MB.. apa benda satu pun tak nampak...tu bekas Timb. Menteri tu...apa satu pun tak tau nk buat...yg exco koi kaya melana.... balak di kawasan TEKIH banyak hilang...dh jadi kes SPRM...bila pembangkang hingaq...ugut nk dedah penyelewengan masa PAS jd kerajaan....ugut apa..dedah sj laaa....SPRM dok ada....kalu UMNO bt repot...la-la tu jugak depa buka fail....banyak orang nk tau PAS kona kot mana masa depa merentah dulu....

      Delete
  3. Tanah Kubur Cina di Karangan Kulim dibina atas tanah rezab Melayu.
    Bantahan orang Melayu dgn papan tanda di Karangan tidak dihiraukan.

    Ketuanan Melayu tahi minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS perintah habis balak...beri peluang BN susun langkah dan kuda-kuda dahulu barulah nilai..

      Delete
    2. kih kih kih...

      kata Pak Aziz kena pergi Bukit Timah nak cari kuda...

      sekali tengok bukit timah pun dah jadi milik 'cina'...

      cheit!

      Delete
  4. Tahun bila ia diluluskan? MB dulu atau sekarang?

    Macam mana pon, MB sekarang wajar buat sesuatu... bukan saja damage control tapi macam mana nak recover dan mcm mana to avoid again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn MB dulu..tp MB dulu-dulu...tanah PKNK di Bkt Kayu Hitam dijual pd Syed Mokhtar khabarnya dengan harga hanya RM0.25 sekaki persegi. Syed Mokhtar convert dr pertanian kpd industri. Status tanah diubah dr Malay Reserve kpd Free Hold. Itulah Kota Perdana yg dirasmikan oleh bapak MB Kedah la ni...Mukhriz takkan dapat buat apa-apa sebab penasihat dia adalah bapak dia sendiri yg telah banyak menggadaikan tanah rezab Melayu kepada cina. Tanah Melayu di Kbg Pasu banyak terlepas kpd cina adalah masa Mamak tu jd MP Kbg Pasu dan PM...

      Delete
  5. Kalau Laporan Audit 2013 itu bermakna ia berlaku sebelum Kerajaan BN. Masa itu dipimpin Oleh PAS. Betulkan fakta bila menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoika...??? PRU13 thn bila...bln berapa...??? Bkn 5 Mei 2013 kaa...BN ambik alih kerajaan bila..??? Kalau nk komen... cari fakta dulu sblm suruh org lain pebetoi fakta...
      Kalau nk tau rekod kerajaan yg sblm tu... rujuk laporan audit 2012....jd la cerdik sikit...

      Delete
  6. Cina kaya-raya kat Pulau Pinang. Nanti bila mati buat kubur besar-besar kat Kedah. Tanah rezab Melayu sanggup dibatalkan semata-mata nak buat kubur cina!

    ReplyDelete
  7. Satu benda yang aku paling benci dan meluat ialah bila dalam TV, setiap sejam dimainkan kepentingan "kepelbagaian Bio" yang perlu dipelihara dan dalam masa yang sama tokey2 balak (cina) sedang menggasak balak didalam kawasan Hutan Ulu Muda daerah Baling dan Sik dengan seraku2nya beratus-2 lori balak sedang mengeluarkan core bagi bio diversity setiap hari... apakah wayang yang sedang dimainkan oleh kerajaan dalan hal ini?

    ReplyDelete
  8. Kerja Mamakutty ler. Song lap habis. Kan dah biasa.

    ReplyDelete
  9. Kubur Cina di Karangan Kulim nyata dibuat di Tanah Rezab Melayu yang dikelilingi kampung Melayu.
    Aduan pada SPRM pun tak jalan.
    Bantahan orang kampung tak jalan.
    UMNO pun diam.
    Kerajaan Islam PAS Kedah pun diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kubur cina nie anugerah zaman BN dulu lagi sebab tu PAS tak boleh buat apa dah.. tak caya buka balik sejarah sebab ada penerangan yg telah dilakukan suatu ketika dahulu....

      Delete
  10. Dibelakang MB/EXCO/Menteri sapa dia.
    Cinalah
    Termasuklah EXCO hanghpa semua.
    Dok bising buat apa.
    Hangpa yg undi.

    ReplyDelete
  11. jika hangpa nak tau disebabkan perkara inilah azizan anugerahkan tanah2 kerajaan negeri kepada org melayu sewaktu pemerintahan beliau dulu...kebanyakan tanah diterima diwajibkan diusaha selama 10 tahun lepas tu baru boleh dipindah milik.... kerja buat ini hangpa tak nampak sebab hangpa lagi suka berpolitik... tak caya pie tanya pej tanah KULIM, PENDANG, KUBANG PASU banyak mana tanah dianugerah kepada org melayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Abg Joe...pak mentua aku yg UMNO piang...AJK cawangan lg pun dapat 7 relong....tak dak main politik mcm puak2 UMNO....janji hangpa usaha....UMNO cakap saja itu Melayu...ini Melayu....pong pang...pong pang...Melayu makin lingkup....cina Chin Hin rata cerok sapu tanah Melayu....puak2 mana yg dok begayut bawah dagu Chin Hin...?????

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.