Sunday, November 30, 2008

Siapakah Tuan yang sebenar di negara ini?


Emosi orang-orang Melayu sangat mudah diusik terutamanya jika ada gangguan berhubung dengan hak-hak mereka. Mereka merasakan Ketuanan Melayu yang mereka nikmati hari ini harus diwarisi turun temurun selagi ada bulan dan bintang, langit dan bumi.

Ini mungkin mereka takut mereka menjadi hamba seperti Kunta Kinte di Afrika atau Red Indian di Amerika. Setiap kali konsep ketuanan Melayu dicabar mereka akan mengungkit sejarah kontrak sosial. Mereka akan menyingkap kembali sejarah-sejarah lampau semasa memperjuangkan kemerdekaan dari British.

Dengan penuh emosi mereka bangun dan mendabik dada menyeru kaum lain supaya jangan persoal ketuanan Melayu. Menteri-Menteri mereka mula mencari ruang untuk berhujah. Merekapun mula berbincang untuk merangka dasar bagi mewajibkan mata pelajaran Sejarah, supaya mata pelajaran kontrak sosial menjadi mata pelajaran yang wajib di sekolah-sekolah. Padahal mereka juga dahulu yang mengubal dasar pelajaran kebangsaan dan mata pelajaran sejarah dipencilkan.

Apakah mereka pernah membuat kajian yang mendalam, berapa ramai generasi baru mereka yang buta sejarah? Jika generasi mereka sendiri pun buta sejarah bagaimana pula dengan generasi kaum lain?

Hari ini mereka memberi amaran pula kepada rakan dalam parti komponen mereka supaya jangan mempertikai ketuanan Melayu. Susulan ini akibat dari kenyataan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun yang mempertikaikan bahwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Mereka mula menjadi emosi sehingga Menteri Pelajaran mereka, Hishamudin menghalau keluar parti komponen BN jika parti komponen tersebut terus mengungkit sejarah dan fakta negara.

Dari kacamata bangsa mereka Hishamudin telah menjadi hero tetapi dalam masa yang sama dari kacamata kaum Cina dan MCA, Chua Soi Lek dan Chew Maei Fun telah menjadi hero juga.

Yang lebih menarik lagi Presiden MCA, Ong Tee Kiat pula menyampuk mengatakan bahawa kenyataan Timbalannya Soi Lek itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian parti MCA dan masyarakat Cina amnya. Sekali ini muncul hero baru pula iaitu Ong Tee Kiat sebagai hero di kalangan masyarakat Melayu dan Cina kerana kenyataannya lebih berkecuali.

Hakikat yang sebenarnya memang ketuanan Melayu telah dilupakan oleh baik generasi baru bukan Melayu mahupun Melayu sendiri. Ketuanan Melayu yang sebenarnya hanyalah alat untuk memenangi pilihanraya semua parti politik dalam negara ini.

Generasi-generasi baru hari ini lebih tertumpu kepada mengejar kehadapan yang lebih pantas dan mutakhir. Penguasaan Google,Yahoo, Myspace, Facebook dan ribuan lamanweb yang lebih “friendly” dan setia bagi mereka lebih menarik lagi dari melihat poltiking-politiking parti-parti politik di Negara ini yang tidak berkesudahan. Masa mereka telah menjadi suntuk untuk mumbuka buku sejarah. Akhirnya inilah TUAN mereka yang sebenar.

Saturday, November 29, 2008

Jawapan Susulan "The Beauty of Islam" (4th Part)

Adakah bersetubuh tanda rujuk?
Soalan:
Suami menceraikan saya di luar mahkamah dengan talak satu. Perceraian kami telah didaftarkan dan kami kini menunggu hari perbicaraan untuk pengesahan cerai. Dua minggu setelah melafazkan talak, suami datang ke rumah dan mengadakan hubungan kelamin dengan kerelaan saya. Adakah kami dianggap sudah rujuk semula? Bagaimana cara yang betul sekiranya suami mahu merujuk semula dengan saya?
Anunziata Abdool Raheem,
Kuala Lumpur.
Jawapan:
Terima kasih kerana mengemukakan kemusykilan puan kepada kami. Rujuk merupakan keadaan di mana suami yang telah melafazkan talak ke atas isterinya kembali semula kepadanya semasa dalam tempoh idah. Tempoh idah bagi seorang wanita adalah tiga kali suci daripada haid.
Suami hanya boleh merujuk kembali bekas isterinya sekiranya isteri dicerai dengan talak satu atau talak dua (talak rajie). Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 229: "Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia rujuk memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya dengan cara yang baik."
Berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin merujuk.
Pertamanya, suami hendaklah melafazkan niat untuk merujuk bekas isterinya. Kedua, bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas rujuk tersebut. Kemudiannya, suami perlu membuat permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan rujuk.
Akhir sekali, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri.
Setelah proses rujuk itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.
Daripada peruntukan undang-undang ini. Jelas terdapat dua perkara yang amat penting dalam proses rujuk: lafaz niat rujuk oleh suami dan persetujuan daripada isteri.
Seorang suami tidak boleh menganggap bahawa rujuk akan terjadi secara automatik kerana itu kemahuannya. Isteri haruslah bersetuju ke atas rujuk tersebut. Sekiranya isteri tidak bersetuju maka tiada rujuk bagi pasangan tersebut.
Suami juga tidak boleh memaksa bekas isterinya rujuk semula dengannya.
Apabila pasangan yang bercerai rujuk semula, mereka harus melaporkannya ke mahkamah syariah. Ini bagi memastikan bahawa rekod mengenai perceraian dan rujuk adalah betul dan tidak timbul apa-apa syak wasangka akan status perkahwinan seseorang.
Menurut jumhur ulama yang empat, iaitu pandangan Imam Malik, Imam Abu Hanifa, Imam Syafi'e dan juga Imam Ibn Hanbal, rujuk hanyalah berkesan jika niat rujuk dilafazkan secara terang dan jelas. Tetapi, terdapat perbezaan pendapat antara keempat-empat mazhab tentang sama ada rujuk boleh berlaku berikutan hubungan kelamin.
Menurut Mazhab Syafi'e yang diterima pakai di Malaysia, hubungan kelamin tidak dianggap sebagai memenuhi syarat untuk rujuk, walaupun suami mengadakan hubungan kelamin dengan niat untuk rujuk semula dengan puan. Ini kerana, bagi Mazhab Syafi'e, niat rujuk mestilah dilafazkan atau dibuat secara bertulis.
Apa yang puan dan suami patut lakukan sekarang adalah pergi ke mahkamah syariah yang mendengar kes perceraian puan untuk memastikan sama ada rujuk sudah terjadi, dan jika adanya rujuk, maka daftarkanlah rujuk tersebut.
Diharap jawapan yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah puan.
KOMEN :
Mesejnya di sini sejauhmana kredibility SIS untuk kendalikan ruangan ini? Mengapa SIS diberi tempat dalam akhbar perdana seperti Utusan Malaysia?. SIS ini ada ketika bermain wayang dengan mengenengahkan soalan-soalan bodoh dan memperolok-olokan hukum-hakam agama Islam.

Friday, November 28, 2008

"The Beauty Of Islam" (4th Part)

Adakah bersetubuh tanda rujuk?
Soalan:
Suami menceraikan saya di luar mahkamah dengan talak satu. Perceraian kami telah didaftarkan dan kami kini menunggu hari perbicaraan untuk pengesahan cerai. Dua minggu setelah melafazkan talak, suami datang ke rumah dan mengadakan hubungan kelamin dengan kerelaan saya. Adakah kami dianggap sudah rujuk semula? Bagaimana cara yang betul sekiranya suami mahu merujuk semula dengan saya?
Anunziata Abdool Raheem, Kuala Lumpur.
KOMEN :
Soalan di atas dipetik dari Utusan Malaysia, sisipan Mega dalam ruangan Keluarga & Undang-Undang bertarikh 28.11.2008. Ruangan ini dikelolakan oleh Sisters In Islam.
Ini hanya satu contoh sejauh mana Melayu Islam memahami tentang Islam. Sesetengah ustaz menganggap soalan ini soalan bodoh dan patut dijawab dengan penampar.
Hakikatnya entah berapa ramai Melayu-Melayu yang ada dalam negara ini yang masih jahil tentang agama mereka sendiri iaitu Islam. Apakah ini indikasi bahawa sistem pendidikan Islam kita gagal?. Atau sejauh mana kewibawaan Sister In Islam mengelolakan ruangan ini?

"The Beauty Of Islam" (3rd Part)

Hari ini hari Jumaat hari yang baik bagi umat Islam. Mummy berasak-asak naik lift ke pejabat pagi tadi. Di dalam lift Mummy bertemu ada wanita-wanita Cina dan India berhimpit-himpit.
Yang menarik mereka ini kesemuanya memakai baju kurung bersopan. Mummy tanya "wa... you all pakai buju kurung aaa.. today?" Jawapan mereka "Today is Friday what.....?".
Di dalam hati Mummy berkata "siapa yang memaksa depa ni pakai baju kurung dan menghormati hari Jumaat?" Tidak ada satu fatwa pun yang suruh depa pakai baju kurung.
Ini lah the "beauty of Islam" jika kita tunjuk contoh dan teladan yang baik. Orang akan menghormati kita bukan dengan paksaan dan hukuman dan Islam akan dihormati dan disanjung dengan relahati.

Ali Rastam mai "federal minister"?

Semasa di Melaka semalam Mummy dengar kata desas-desus Datuk Ali Rastam akan berhijrah ke Kuala Lumpur sebagai Menteri Penuh di "federal government". Ini untuk memberi kekuatan kepada Datuk Ali untuk bertanding Timbalan Presiden.

Jika benar Muhyiddin kena pasang "gear" lima untuk bersaing Timbalan Presiden. Ini lah kerja Pak Lah, dok pelaga sesama kawan dalam UMNO. Politiking, politiking, politiking tak sudah-sudah.

"The Beauty Of Islam" (2nd Part)

Minggu lepas Mummy pergi “lunch” dengan rakan wanita Mummy, Christine. Cristine dulu seorang wartawan dengan sebuah akhbar kini menjadi “travel writer” dengan sebuah majalah berpengkalan di Singapura.

Cristine ada terbaca kisah Aziz M Osman, seorang pengarah filem yang berkahwin dengan seorang wanita yang masih dalam edah.

Dalam kami berbual Cristine telah membangkitkan dan mempertikai isu edah dalam Islam yang menganiayai hak-hak wanita. Mengapa wanita Islam disekat haknya dengan mengenakan edah 3 bulan baru boleh berkahwin lain?

Secara mudah Mummy terangkan kepadanya bahawa edah 3 bulan itu bersamaan dengan 3 kali period. Selepas tiga kali “period” baru wanita Islam boleh berkahwin lain kerana untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung anak dengan suami pertama.

Cristine melopong sejenak, fikir panjang. “OOOO….like that one aaa.....today only I know.” Kata Cristine.

Ini lah “the beauty of Islam”. Ramai lagi mereka yang perlu penjelasan yang mudah dan “straight to the point” di luar sana.

Kadangkala kita perlu tanya diri kita sendiri, seumur hidup kita telah berapa baris ayat Quran yang kita berkongsi dengan rakan kita yang bukan beragama Islam? Apabila mereka memperlekeh-lekehkan Islam kita pun dengan penuh emosi bangun untuk berdialog, menghukum dengan hujah-hujah yang menyulitkan lagi membelitkan.

Wednesday, November 26, 2008

Pancarkan "The Beauty Of Islam"

Sebagai penganut agama Islam dalam negara ini, kita wajib akur dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan fatwa mengharamkan Yoga dan Penkid. Majlis Fatwa yang merupakan institusi Islam yang tertinggi sebagai badan rujukan hukum-hakam masyarakat Islam tidak harus dipermain-mainkan dan dipertikai integritinya oleh mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun pendekatan penyampaian, persembahan dan implimentasi sesuatu fatwa itu mestilah bijak dan cerdik supaya ia tidak “back fired” dan mengelirukan mereka yang bukan Islam dan Melayu yang cetek ilmu Islam. Jika ini tidak ditangani dengan cermat Islam akan dipandang serong, menakutkan, bodoh, tolol dan zalim.

Majlis Fatwa Kebangsaan seharusnya mengambil pendekatan dan kesempatan ini untuk menyampaikan “the beauty of Islam” sebelum menurunkan fatwa ini. Kesempatan dan penyampian ini mestilah berasaskan hujah-hujah intelektual, semasa dan penuh dengan pengajaran ilmiah serta mendidik, diperkukuhkan dengan hukum-hukum yang termaktub di dalam Al Quran dan hadis.

Malah proses-proses memfatwapun perlu dihurai dengan terperinci. Jika ini diuruskan dan ditangani dengan bijaksana, Islam akan dipandang tinggi dan kesucian Islam akan terpelihara malah kecantikan Islam akan memikat mereka yang jauh dari Islam.

Monday, November 24, 2008

Gerakan Terancang Memecah belahkan Melayu dan Islam

Secara sedar atau tidak sedar telah wujud satu gerakan terancang untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam negara ini dan mengambil-alih kuasa dominasi Melayu di dalam pemerintahan negara. Mungkin ada Melayu yang sedar tentang gerakan ini tetapi dek kesibukan dan keutamaan bergocoh sesama sendiri mereka alpa bahawa kuasa mereka sedang reput.

Gerakan ini bergerak di empat buah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka sedikit demi sedikit membangkitkan isu-isu yang memihak kepada bukan Melayu. Isu-isu yang sensitif dan kelazimannya diperbincangkan secara dalaman dahulu telah didebatkan dan digahkan di dalam media kawalan mereka sehingga Melayu dan Islam kelihatan bodoh dan kolot. Isu-isu dan desakan yang dibangkitkan seperti yang kita tahu adalah :

1. Mempertikai ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
2. Melakarkan wajah buruk Dasar Ekonomi Baru.
3. Menghangatkan dan membela tahanan Hindraf.
4. Mempersenda dan memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui isu Penkid dan Yoga.
5. Mendesak untuk dibangunkan kandang babi yang terancang.
6. Mempertikai mahkamah syariah melalui kes-kes murtad.
7. Menguji masyarakat Islam melalui isu azan.
8. Meracun NGO-NGO haprak Melayu seperti Sister In Islam dengan mengunakan pendekatan hujah-hujah berdasarkan logik akal.
9. Usaha untuk menjadikan hukum Islam “irrelevant” melalui penekanan perjuangan hak-hak asasi manusia.
10. Sengaja mengubah bahasa-bahasa papan tanda untuk mencabar Bahasa Melayu.
11. Mengagung-agungkan kemenangan Barack Obama dengan meniup semangat gelombang perubahan di Amerika ke negara ini melalui media-media kawalan mereka.

Walaupun pada dasarnya keempat-empat negeri ini diperintah oleh MB Melayu kecuali Pulau Pinang tetapi tututan tersebut langsung tidak memihak kepada Melayu dan Islam. Kepimpinan pembangkang yang baru memerintah pastinya ingin menawan hati mereka dan secara tidak langsung terpaksa memenuhi tututan-tuntutan ini. Padahal mereka hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin ini sahaja untuk kepentingan jangka panjang mereka.

Apabila mereka berjaya mendapat tuntutan-tuntutan ini mereka dikira berjaya menjadi pendesak yang kuat dan menjadi hero kepada bangsa mereka Cina dan India. Ini kerana selama ini tututan-tuntutan sebegini amat sukar dan mustahil untuk mendapat layanan di bawah pemerintahan BN. Kejayaan tuntutan ini akan tempias ke negeri-negeri lain juga.

Penyokong-penyokong parti-parti tradisi (MCA, MIC, Gerakan) dalam BN akan terhakis keyakinan kepada pemimpin parti mereka dan penyokong-penyokong ini akan bercantum dan beralih arah menyokong mana-mana parti liberal yang telah berjaya memperjuangkan isu-isu tadi. Begitu juga sokongan kepada PAS dan PKR hanyalah untuk jangka pendek sahaja.

Secara terhormat Melayu akan hilang kuasa kerana berpecah sesama sendiri. Melayu UMNO bergaduh sesama dalam UMNO, Melayu UMNO juga bergaduh dengan Melayu PAS dan PKR. Melayu PKR pula bergaduh dengan Melayu PAS. Melayu akan kelihatan tidak layak dan gagal memimpin negara ini. Mereka akan mengambil alih ketuanan Melayu akibatnya BN, UMNO, PAS dan PKR akan terkubur dengan sendirinya kerana berpuak-puak.

Sejauh mana kejayaan golongan ini bergantung kepada kekuatan dan penyatuan semua Melayu termasuk Melayu atas pagar yang sedang melihat dan menunggu. Melayu atas pagar ini terdiri dari kalangan professional, generasi baru dan mereka yang bergerak sendirian merupakan kuasa penentu kelak. Mereka ini kerap dipinggirkan.

Sunday, November 23, 2008

SIS : Kalau jahil jangan bercakap.

Seminggu dua ini akhbar-akhbar berbahasa Inggeris galak mempermain-mainkan dan mempersenda-sendakan hukum Islam yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Isu pertama ialah isu Penkid (wanita berkelakuan seperti lelaki @ lesbian) dan isu kedua pengharaman Yoga sistematik yang melibatkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan.

Akhbar Star menemuramah Norhayati Kaprawai, Pengurus Program Sister in Islam (SIS) dan kenyataannya berbau memperolok-olokkan hukum Islam . Lihat di bawah :

Sisters in Islam (SIS) programme manager Norhayati Kaprawi said many Muslims in Malaysia practised it as a form of exercise to stay healthy.

“I don’t think it has caused any Muslim to convert to Hinduism, neither has it weakened their faith. It’s just an exercise like qigong or taichi which has its roots in Buddhism.

Norhayati said that by issuing the edict, the council had acted as if yoga was a widespread threat to Islam.

“I hope they can focus their attention on bigger and more pressing issues, such as money politics and corruption. Isn’t that more serious?” she asked.

She noted that SIS had been holding weekly yoga classes for their staff for the past year, adding that it had no problems continuing with it.

The council declared that yoga, which involves elements of physical movements, worshipping and chanting as haram in Islam and Muslims are banned from practising it.
(Sunday Star 23.11.2008)

ISU PENKIDS@ TOMBOY

“The fatwa on ‘tomboys’ can lead to arbitrary arrests and undue harassment towards our Muslim women and girls.

“How do the authorities define a tomboy? A woman with short hair? Wearing pants? Wearing shirts? No make-up?” Norhayati questioned.

She pointed out that women who did not dress or behave as what certain quarters perceived as not feminine were not a menace to society.

“In fact, many of these women hold respectable positions and actively contribute to our society,” she said.

She also asked why the fatwa was only imposed on women, saying it was yet another example of selective prosecution.

“SIS believes it is not Islam’s obsession to police people’s morality, find people’s faults or spy on its followers,” Norhayati said.
(Star 22.11.2008)

KOMEN :
Majlis Fatwa Kebangssan seharusnya mengambil pendekatan yang professional dan intelektual di dalam menyebarkan fatwa dan hukum-hakam yang telah difatwakan.

Bukan semua mereka ini faham tentang Islam walaupun mereka Melayu. Jikalau tidak hukum-hukum Islam akan dipersendakan dan dijadikan mainan oleh golongan-golongan jahil ini.

Nama Sisters In Islam tapi jahil tentang Islam. Pakai nama Islam untuk kepentingan sendiri saja.

Friday, November 21, 2008

KETUANAN MELAYU LEBIH KEPADA ALAT PARTI POLITIK MELAYU

Hari ini Melayu berkumpul di merata tempat untuk berforum, berseminar dan berdialog berhubung Agenda Melayu. Yang menarik sekali penganjur-penganjur ini terdiri dari pemimpin-pemimpin lapuk parti-parti politik Melayu yang dah tak laku dalam arus dunia sekarang. Mereka juga terdiri dari yang mengidap berbagai-bagai penyakit dan ada yang beroda dan bertongkat datang berforum. Sejarah keagungan zaman mereka diluap-luapkan kembali dengan penuh semangat. Yang menarik lagi pertubuhan-pertubuhan ini baru ditubuhkan.

Dalam masa yang sama melayu-melayu UMNO yang sedang berlumba-lumba untuk bertanding pada bulan Mac ini pun tumpang sekaki berbicara tentang isu Agenda Melayu.

Hakikat yang sebenarnya melayu Malaysia ini tergolong dalam dua kelompok. Melayu UMNO(MU) dan Melayu Di Luar UMNO (MLU). Melayu di luar UMNO selama ini menaruh harapan yang besar agar Melayu Umno yang berjuang isu Agenda Melayu. Mereka lihat UMNO sebagai satu gergasi Melayu yang kuat dan berpengaruh di dalam pemerintahan Negara ini. Mereka tak ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang apa itu Agenda Melayu. Mereka-mereka ini terdiri dari generasi yang dilahirkan di sekitar tahun 70an. Mereka amat selesa dengan UMNO dan yakin penuh dengan UMNO.

Tetapi apabila UMNO gagal dalam pilihanraya ke 12 dan nampak kelompongan di dalam UMNO, mereka mula menjadi bingung. Anak-anak mereka terus jahil tentang Agenda Melayu dan lebih dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh media-media baru. Agenda Melayu tidak lagi penting di dalam mencorakan hala tuju survival mereka. Apabila kita membawa fakta-fakta sejarah untuk menyakin mereka, mereka lebih menganggap sejarah itu lebih kepada cerita-cerita penglipurlara sahaja atau “bedtime story” sahaja.

Yang menjadi malang sekali UMNO sebagai pertubuhan yang mereka harap telah semakin jauh dengan mereka. UMNO menjadi kelab elit dan dikuasai golongan-golongan kapitalis. Forum-forum dan perdebatan tentang isu Agenda Melayu tidak sampai kepada golongan di luar UMNO.

Tajuk Agenda Melayu telah menjadi alat pemimpin-pemimpin UMNO untuk menarik pengaruh orang-orang dalaman UMNO sendiri agar mendapat tempat dan kuasa di dalam UMNO dan seterusnya menguasai Negara ini sebagai PM, TPM dan Menteri-Menteri.

Tepukan-tepukan gemuruh di dalam Persidangan UMNO apabila berucap tentang Agenda Melayu hanyalah tepukan orang-orang UMNO sahaja.. Melayu di luar sana tidak langsung mengerti semangat tepukan mereka. UMNO seperti SYIOK SENDIRI dan retorik semata-mata.
Akhirnya AGENDA MELAYU menjadi bahan Sejarah yang dikendong golongan-golongan tua dan yang muda-muda akan dibawa arus jauh oleh gelombang globalisasi dan "free enterprise".

Thursday, November 20, 2008

SYABAS! TUN MAHATHIR

Dr M to name those involved in money politics

PUTRAJAYA: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has promised to name Umno members implicated in money politics on his influential blog www.chedet.com.
He said he was willing to be sued for defamation and even risk arrest by the authorities because he was not afraid to expose the truth and the identities of such errant members.
“I can’t do anything about the complaints except to hand these over to the Umno disciplinary committee. I will put these names up in my blog.

KOMEN:
Mummy respect Tun M di atas keberanian beliau untuk mendedahkan semua nama-nama perasuah politik dalam UMNO. Biar semua orang tau. Memang tepat kerana Tun M tidak ada apa-apa kepentingan. Pembongkaran ini akan menjadi satu sejarah dan sentiasa akan dikenang di dalam sejarah UMNO.
Keberanian dan pengorbanan harus ada kalau Melayu sayangkan UMNO. Mummy percaya Tun M ada satu senarai yang panjang dan Mummy sedang menunggu tarikh bersejarah itu. Ayuhh Tun sama-sama kita singgirkan perasuah politik!
Kalau tidak hari ini bila lagi?

Shah Rukh Khan Tak Kelapaq Datukship Melaka

Shah Rukh Khan’t come to receive Datukship

MALACCA: Bollywood star Shah Rukh Khan will not be able to receive his Datukship on Nov 29 due to his busy schedule.

It is learnt that state officials here are now trying to arrange for an alternative date.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said he had got wind of it but refused to comment further on the matter.

“I understand it has been postponed. For any details, you will have to ask the State Secretary,” he told reporters after chairing the state executive council meeting yesterday.

Shah Rukh Khan was among 77 people conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) which carries the title Datuk in conjunction with the 70th birthday of Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob last month.

The award drew mixed reaction from the public, including several NGOs.

The idea to confer the award on the actor was mooted by former Finance Minister Tun Daim Zainuddin with the Chief Minister defending the move.

State Secretary Datuk Wira Omar Kaseh, who was appointed to make arrangements for the actor’s visit here, could not be reached for comment.
Komen :
Kita semua jadi muka tak malu. Orang tak mau kita nak kasi. Tak faham macam mana Daim punya cadangan. Buat semua orang jadi bodoh. Gavenor dan Ketua Menteri pun boleh diperbodohkan oleh Daim.
Datuk Ali jangan main-main isu ini. Dengan isu ini Datuk Ali boleh kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden. Milage akan pergi kepada Mat Taib dan Mahyuddin. Kalau Mahyuddin bagus laaa. Kalau Mat Taib? Hampehhhhh....

Wednesday, November 19, 2008

Tak Perlu "Acting PM"

Najib dengan Pak Lah kedua-dua berada di luar negara. Nasib baik la negara ni stabil dan aman. Kalau sesetengah negara PM dan TPM pi keluar negara pasti akan berlaku rampasan kuasa. Bak kata orang-orang tua "Takut Musang Masuk Lau" @ "Musang masuk reban".
Tapi kita tak tahu adakah kestabilan ini akan berterusan lagi duapuluh atau tigapuluh tahun dari sekarang.

Rafidah Oooii Dok Ketegaq Apa Lagi?

SHARIFAH Aminah (kiri) antara tujuh daripada 10 Ketua Wanita Bahagian di Pulau Pinang yang hadir pada sidang media, mahukan pelan peralihan kepemimpinan pergerakan itu dipercepatkan.

10 bahagian Pulau Pinang minta Rafidah beri laluan
Oleh Fazli Abdullah

Pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan Wanita wajar dipercepat GEORGETOWN: Sepuluh daripada 13 bahagian Wanita Umno Pulau Pinang mahu pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan pergerakan itu dipercepatkan kepada Mac depan. Bahagian berkenaan ialah Kepala Batas, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan, Nibong Tebal, Jelutong, Bukit Gelugor, Tanjong, Bukit Bendera dan Bagan. Mereka mahu Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, memberi laluan kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menjamin perpaduan parti.

KOMEN:
Kak Pidah ooooiiii hang dok tunggu apa lagi? Jangan tunggu wanita-wanita bahagian lain pun bangun macam Penang juga. Nanti hang malu kotttt...

Tuesday, November 18, 2008

Calun-Calun Tim Presiden, Naib Presiden dan AMKT UMNO Kena "Submit Resume".

Kerana terlalu ramai yang ingin bertanding jawatan-jawatan penting di dalam UMNO seperti Timb Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Mummy ingin cadangkan mereka ini menyerahkan "Resume" mereka untuk dipampangkan di dada-dada akhbar supaya rakyat boleh menilai latar belakang dan kelayakan pemimpin mereka.

Ini penting kerana Tim Presiden UMNO akan jadi Timb Perdana Menteri dan Naib-naib Presiden dan MKT akan jadi Menteri-Menteri.

Semua jawatan-jawatan ini adalah jawatan penting kerana mereka akan mentadbir dan menggubal dasar untuk negara ini. Rakyat pastinya mahu tahu apa kelayakan pemimpin-pemimpin mereka. Sedangkan nak mohon jawatan kerani pun kena serahkan resume panjang lebar dan ditemuduga inikan pula jawatan pemimpin.

Dalam situasi kemelut ekonomi dunia sekarang ini Malaysia memerlukan pemimpin yang betul-betul kompetant dan bijaksana. Pertarungan minda melebihi pertarungan senjata. Rakyat tidak mahu pemimpin-pemimpin mereka yang cetek "general knowledgenya" kerana tidak membaca dan yang bercakap tanpa bahan yang bernas.

Rakyat mahu pemimpin mereka yang cerdas dan tajam pemikirannya, bijak membuat perhitungan antarabangsa, pencetus idea semasa yang dikagumi dunia. Pendekkata rakyat mahu "world leader quality" berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

We don't want to be blame, Malay leaders is not capable to manage this country.

Sunday, November 16, 2008

Pembangkang Di Negeri BN Kalah Lembab.

Mummy ingin respon kepada sahabat Bloggers Chengho.
Mummy tengok TV1 tadi menayangkan suasana perdebatan hangat dalam dewan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Nampaknya ketua pembangkang Perak Datuk Seri Tajul Rosli dan Yb Raja Zainuddin memang berapi-api hentam MB Perak dan DAP. Syabas Mummy ucapkan!
Tetapi pembangkang-pembangkang di Kedah dan Pulau Pinang memang lembab. Persidangan berjalan seperti semuanya sempurna dan tak ada pembangkang langsung. Mahadzer Khalid dah la lembab, sering pula dibantai oleh UMNO setiap kali buat perjumpaan dengan UMNO Bahagian. Langsung tak ada bahan untuk bangkang.
Begitu juga Pulau Pinang Dtk Azhar, lembik dan tak ada point langsung. Sahabat Mummy di Kedah kata rakyat Kedah tak nampak apa-apa perbezaan pun di bawah pemerintahan PAS. Mak Su, Mak Ngah, Mak Teh dan Mak Long di rumah kenduri semalam kata, "BN pun sama PAS pun sama tak dak beza pun? Jadi kita sokong yang dok ada laaa...".
Punca semua ni kerana Mahadzer Khalid dan Azhar Ibrahim pernah duduk di dalam zon selesa. Tak dak pengalaman. Sebab tu depa tak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang. Mereka masih dilamun dan tidak percaya bahawa mereka telah menjadi pembangkang akibat dilanda tsunami politik.
Rumusannya jangan harap la hangpa semua nak ambik balik negeri-negeri ini. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berkeciciran

Macam Mana Wanita UMNO?

Kedudukan Wanita UMNO nampaknya tidak lancar seperti jangkaan awal. Dalam politik berbagai perkara mustahil dan menakjubkan boleh berlaku disaat-saat akhir. Mula kata tak nak, last minit kata nak. Mula kata OK "last minit" jadi TAK OK. Begitu juga kadangkala berlaku mula kata TAK OK last minit jadi OK. Syndrom Awww.., ah!, Ha? Eh! Oooo..., awat lagu tu? awat lagu ni? YA KA?!! La.... bukan baru dalam UMNO.
Situasi Rafidah yang mula licin dah mula nampak gegar. Berpunca dari calun "underdog" Hajah Kamilia Ibrahim yang akan menujah Shahrizat. Shahrizat yang pada peringkat awal menyatakan pendirian tak akan lawan Rafidah sekarang dalam kalut. Dok tunggu apa lagi? Kenapa tunggu bulan Jun? Tidak bulan Mac? apa yang lama sangat?
UMNO perlu pembaharuan yang holistik. Jika berlaku perubahan dari induk UMNO, Pemuda dan Puteri mengapa tidak keseluruhannya sekali termasuk wanita?
Rafidah pun tak kan nak tunggu sampai berakar dan berubi. Kalau Ubi Kayu dibiar lama tak dikorek lama-lama ia akan menjadi kayu dan tongkoi.

Saturday, November 15, 2008

"Utusan Akan Berkubur"

Utusan Melayu edisi pertama 29.5.1939
Ada pihak yang mencadangkan UMNO menubuhkan 'Tabung Pembelaan Utusan' kerana disaman MP Seputeh, Teresa Kok sebanyak RM30juta. Cadangan penubuhan tabung ini datang dari Majlis Veteran UMNO. Golongan veteran ini hanya melihat media konservative sahaja dan mungkin mereka sendiri ketinggalan dengan media-media baru yang memainkan peranan penting memenangkan Obama, Presiden AS.

Jika secara terang-terangan Utusan diUMNOkan @ dipolitikkan maka Utusan akan hilang kredibiliti bersuara. Politik telah mengawal media. Utusan akan hilang dan hanyut dibawa arus globalisasi, open sky policy, free enterprise, cyber information war dan berbagai-bagai media baru yang sedang melanda.

Utusan seharusnya "berkecuali" di dalam kemelut UMNO sekarang ini. UMNO sekarang ini diambang gerhana. Mesej yang dibawa Utusan sekarang langsung tidak menjadi "reference" kepada golongan generasi muda sekarang dan langsung tidak membawa apa-apa pengaruh di dalam menentukan sosiopolitik masyarakat. Ini terbukti keputusan pilihanraya ke12 yang lepas.

Media-media perdana baik cetak dan elektronik swasta dan kerajaan gagal berfungsi di dalam mempengaruhi porla pengundi. Malah gagal menghidu retak-retak tsunami politik yang akan melanda. Semua ini adalah angkara media-media baru yang sentiasa disisi pengundi, malah tidur, makan serta berjalan bersama-sama pengundi-pengundi ini setiap hari setiap waktu.

Mungkin selepas merdeka dahulu peranan Utusan berkesan tetapi peranan tersebut hanya tinggal sejarah. Utusan harus segera sedar transisi ini sebelum berkubur.

Friday, November 14, 2008

Tuu Dia! Tuu Dia! Dalam Dok Kata Dia Buat Dah....!

Nampaknya warna Najib dah mula terbit. Peruntukan RM200juta kepada program pra-sekolah telah disasarkan kepada PERMATA. Permata adalah adalah program Rosmah, isteri beliau. Nampak sangat bini dah mula main peranan. Dakwat pun tak kering lagi, warna sudah nampak. Mummy dah warning dari awal lagi. Jaga-jaga bini hang tu Najib oiii.
Memang Mami tau program Permata tu baguih. Tapi yang dok kendali program tu semuanya set tua-tua. Tak macam program kanak-kanak Aznil Nawawi. Hangpa tau ka sapa set tua-tua tu? Macam Atikah Adom tu dok main dengan kanak-kanak ada akai ka? Kanak-kanak pun naik termuntah tengok set tua ni.
Kalau Najib cermat dan halusi Mummy cadangkan set tua-tua tu berundur saja dan serah kepada prefessional dan yang muda-muda trang tang-tang sikit. Set-set tua tu suruh depa conduct program macam mana nak jaga laki(suami) supaya tak lari atau digoda artis-artis.
Mummy cadangkan di antara korikulum yang depa boleh masukkan ialah :
  • Macama mana nak jaga perut supaya tak gelambiaq (kendur)
  • Macam mana nak jaga tetek supaya tak kendoq (lembik)
  • Macam mana nak perketat punat-punat yang longgaq (longgar)
  • Macam mana nak tegangkan yang kecut-kecut
  • Macam mana nak kawal mulut supaya tak hebiaq (celupar)
  • Macam mana mengawal perangai supaya tak loklaq (gatai dan miang)
  • Macam mana nak kawal diri supaya tak tergedik-gedik depan pengundi

Kalau semua ini diuruskan dengan cantik dan cerdik yang pasti laki depa akan sayang depa dan tak banyak melahirkan ibu tunggal dan ibu yang ditinggal. Depa jangan dok pi campoq dengan kanak-kanak yang baru nak tengok dunia. Tengok pun potong steam.

Thursday, November 13, 2008

Mat Taib guna wang?

Tun Mahathir terkejut calun Timb Presiden yang rekod buruk mendapat sokongan mendadak walaupun pada peringkat awal tertinggal jauh.
"Apabila anda tahu seseorang yang mempunyai rekod buruk mendapat sokongan penuh mungkin sesuatu perkara yang tidak betul berlaku" Kata TDM. "I believed Mahyuddin is the best person for the job"
Nampak jelas dan nyata calun yang mempunyai rekod buruk dan huduh adalah Mat Taib sahaja. Habis UMNO dok tunggu apa lagi? Nak sokong Mat Taib lagi? Kalau sokong juga makna kata UMNO sokong Rasuah Politik. Semua BUTA KAYU.

Negeri Besaq Kelemboi Pun Kena Pakai Penasihat?

Radzi penasihat khas MB Perlis
KANGAR 12 Nov. - Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad telah dilantik sebagai penasihat khas Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Md. Isa Sabu.

Radzi, yang juga Anggota Parlimen Kangar, memulakan tugas itu hari ini dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar hari ini, beliau bagaimanapun enggan menghuraikan tugas yang diberikan kepadanya sebagai penasihat khas.

- Bernama

KOMEN:
Mummy pun tak faham pasai apa MB Perlis kena pakai penasihat khas. Nak perintah negeri besaq kelemboi pun kena pakai penasihat? Selalunya yang Mummy tau orang yang kena pakai penasihat ni sebabnya dia sendiri tak sihat, sebab tak reti dan tak tau, sebab ilmu tak cukup. Tapi MB Perlis ni Mummy tak tau la pasai apa dia kena dinasihat. Tah berapa pula kena bayaq kat penasihat khas ni? atau kira persen?. Ni laa..buat kerja tak ketahuan punca.

UMNO Kearah Menjadi Dinasour

Dr. M: Siapa saja boleh jadi PM asalkan "Bangsa Malaysia"

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia "Bangsa Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti.

"Jika kita cakap mengenai PM bukan Melayu, kita dianggap bersifat perkauman. Kita tidak boleh menyoal sama ada dia Melayu atau bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada siri Wacana Perdana "Bangsa Malaysia" di sini hari ini. Bernama

KOMEN :
Memang sah seperti Mummy nyatakan di sini UMNO akan menjadi Dinasour. Mahathir, bekas pemimpin agong pun kearah matlamat yang sama untuk mendinasourkan UMNO.

BUMIPUTERA : Reality Check

Government Relaxes 30 Percent Bumiputera Equity Ownership For Companies Seeking Listing

KUALA LUMPUR, Nov 13 (Bernama) -- The government on Wednesday relaxed the 30 percent bumiputera equity ownership for companies wanting to be listed but have yet to fullfill the quota.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the relaxation, which would take effect immediately, was to ensure that the Malaysian capital investment market stay progressive and competitive. Bernama

KOMEN:
Untuk Renungan dan Perhatian Kepada Melayu-Melayu yang sedang Tidoq.
Di dalam suasana krisis ekonomi global sekarang Kerajaan terpaksa akur dengan tekanan pasaran global untuk menghadapi persaingan. Kuota 30% Bumiputera dalam pasaran saham terpaksa dikendurkan. Melayu seharusnya bersedia dan sedar dengan arus gelombang krisis ekonomi dunia hari ini, mereka akan jadi "irrelevant". Globalisasi akan meratah mereka mentah-mentah.

Seharusnya peluang yang ada jangan dibazirkan dan disia-siakan. Yang mendapat saham di bawah peruntukan Bumiputera seharusnya bijak meguruskannya. Jika tidak yang dikejar tak dapat yang dikendong berkeciciran.

Kalau hangpa Melayu dok lena dan tidoq hangpa terlepaih bas. Balik Pulau Bayan Lepaih, Sana Terpelau Sini Terlepaih. Yang dok dalam tangan kena kebaih.

Wednesday, November 12, 2008

Inilah Contoh Kerja Bodo Kerajaan Pak Lah

Insufficient KL-London Flights By MAS Will Be Raised In Cabinet, Says Azalina.
She said apart from this, the London-Langkawi and London-Penang routes that had been scrapped, would also raised in the Cabinet.

Azalina also said that despite the economic crunch the world was facing, tourist arrivals in Malaysia showed an increase of 4.8 per cent as of October.

She said tourist arrivals from Britain as of October was 303,569, an increase of 36.1 per cent compared to arrivals for the whole of last year from that country.

"The daily average spending of tourists from the United Kingdom amounted to RM3,500 and their average length of stay was 9.6 days. This augurs well for Malaysia," she added.
Bernama.

KOMEN:
Hari ini Menteri Pelancongan kata penerbangan tak cukup nak angkut pelancung dari London dan Eropah ke Malaysia. Dulu penerbangan Langkawi - London hangpa semua tarik balik, kata tak untung.

Mummy tak tau macam mana Pak Lah perintah negara ni. Semua lingkop. Macam mana dia chongak kira-kira untung rugi pun Mummy tak tau. Kalau ramai Mat Salleh mai Penang, ramai la sikit suku-sakat Mummy boleh cari makan.

Padan laaa.. Mahathir kata FLIP! FLOP!. BLIP! BLOP!

Monday, November 10, 2008

Huloq Duit Nak Bertanding.

Mummy baru dapat maklumat dari Ghurka Salam (GS) mana mai duit yang begitu banyak yang calun-calun dok huloq dalam pertandingan UMNO. GS kata maklumat ini hasil kajian terperinci yang dia sendiri turun dan menyamar sebagai penjaga bilik air, jadi waiter, jadi penjaga pintu hotel, jadi room service hotel, jadi driver dan yang mencabar dia menyamar jadi orang gila.
Di antara yang GS bagi tau ialah :
  1. Ada support dari tokoh-tokoh tertentu di ibukota yang mahu sianu dan sianu menang. Dia support paling busuk RM50,000
  2. Ada yang dapat dari komisyen atau habuan melobi projek-projek besar untuk tauke-tauke tertentu.
  3. Ada yang songlap duit pilihanraya yang lepas. Sepatutnya dibelanjakan untuk pilihanraya tetapi depa songlap dan simpan untuk bertanding dalam UMNO. Ini berlaku di kawasan-kawasan yang BN kalah.
  4. Ada yang dapat dari sumber menjadi Pengerusi badan-badan tertentu. Ini diperolehi melalui projek-projek ciptaan dan rekaan.
  5. Ada yang dapat dari pinjaman bank

Kata GS lagi, ini yang kebanyakan dia tau depa dok dapat dari mana. Ada yang besar-besar lagi melalui LEMBU-LEMBU SUSU yang hasilnya dari pasaran saham dan pengstrukturan syarikat awam yang disenarai di BSKL dan Singapore. Untung dari syarikat ini depa labur dalam simpanan tetap di offshore bank.

BS kata cuba congak, kalau labur dalam FD RM10juta di offshore. Dan andaikata pulangannya 2 persen dah dapat bunga RM200,000. Dengan duit bunga ni apa salahnya pi huloq dan taboq pada puak-puak UMNO yang dok buloq ni?

Ini baru congak orang bodo macam Mami ni. Habis apa nak heran? Lingkup la UMNO!

UMNO Bertokak dan Gila Kuasa

Di dalam hampir semua akhbar perdana hari ini menyiarkan berita-berita hangat UMNO sedang bertokak sesama sendiri. Paparan-paparan kejar-mengejar pencalunan, gaduh sesama ahli (Seremban), saman-menyaman semua ini berlegar dari KEGILAAN KUASA. Dari pemimpin atas sampai ke bawah. Semua dua kali lima.
Perangai GILA KUASA ini akan mengakibatkan MABUK KUASA. Bila dah GILA campur MABUK akibatnya ahli-ahli dah tak kira mana kawan dan mana lawan yang sebenar. Pembangkang akan gelak dan ketawa serta bertepuk sorak dengan perangai UMNO. Yang rugi dan melilau kelak adalah Melayu.
Mummy malu tengok UMNO bertokak di dalam akhbar hari ini. Lihat liputan-liputan dalam :-
  1. Utusan Malaysia - M/s 1, 2, 4,6
  2. New Straits Times - M/s 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
  3. Berita Harian - M/s 1, 2, 4, 6, 7, 8
  4. Star - M/s 1, 4, 8, 10

Ini tidak termasuk akhbar-akhbar lain lagi. Hampir setiap hari dipaparkan UMNO BERTOKAK. Naik termuntah Mummy baca. Jika inilah perangai orang-orang UMNO maka bersedialah di ambang kehancuran. Maka tidak mustahil kenyataan Mummy bahawa UMNO akan menjadi Dinasour.

Sunday, November 9, 2008

Peringkat dan Fasa-fasa hulog-menghuloq.

Mummy baru dapat tau kelmarin roopa-roopanya nak dapat pencalunan pun depa dah huloq. Kata Ghurka Salam (GS) itu lagi kalau tak huloq nama tak naik. Kalau huloq baru depa calun nama si anu dan si anu. "Ini baru 1st round " katanya lagi.
Mummy tanya dia ada berapa round semua? Dia kata ada sepuluh round semua. Tapi kena tengok persaingan la.. Kalau sengit mungkin banyak round lagi laaaaa .
1st Round - Ricky sapa lawan sapa Ketua Bahagian. "Kalau dia pro kami kami huloq bagi dia menang, senang buat kerja" kata GS.
2nd Round - "Naik saja nama calun kami, kami terus huloq. Tunai. No credit. Janji nama naik" Kat GS.
3rd Round - Dapatkan senarai G7- Perwakilan ke UMNO Malaysia. Banci siapa yang pro siapa yang kontra. Huloq sikit kat Ketua Bahagian minta di huloq kat G7.
4th Round - Kalau Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan G7 mai Kuala Lumpur huloq lagi. Bawa makan dan dok hotel lima bintang.
5th Round - Pasang kaki, siasat calun lawan dok tackle Ketua Bahagian mana? Kalau calun lawan huloq, kami up sikit. Takut Ketua Bahagian lari dan G7 lari kepada pihak lawan.
6th Round - Tunggu bulan Januari, Februari dan Mac. Lagi 3 minggu nak perhimpunan huloq lagi.
7th Round -Lagi dua hari nak perhimpunan huloq lagi. Siasat calun lawan huloq berapa? Top Up kalau perlu.
8th Round - Agak-agak tinggal satu hari lagi nak perhimpunan huloq sikit lagi. Buat bekal bersiar-siar, pi dangdut di Kuala Lumpur, top up prepaid atau ada yang nak tukar HP baru dll.
9th Round - Malam sebelum perhimpunan. Melawat perwakilan-perwakilan di hotel-hotel tempat mereka tinggal. Bawa mereka pergi ke tempat-tepat rahsia. huloq lagi, kali ni lebat sikit.
10th Round - Pukul 3 atau 4 pagi sebelum mesyuarat UMNO, pastikan kalau ada perwakilan yang liat dan ketagaq huloq lagi bagi lembut sikit tangan nak pangkah pukul 10 pagi nanti.
Itulah proses huloq-menghuloq yang berlaku dalam UMNO. Tapi bukan semua, ada segelintir. Macam mana kita nak harap depa jadi pemimpin? Kalau macam ni punya perangai, UMNO akan jadi jeruk, orang meluat dengan hippokrate pemimpin UMNO ni.
UMNo hanya akan dikuasai oleh golongan kapitalis. Dan UMNO akan cepat pupus.

Saturday, November 8, 2008

Ghoplah! Kenyataan Yang Simpang Kalewang.

Dalam Star 6/11/2008 Pak Lah kata "ANYONE CAN BE THE PRIME MINISTER"- Its Up to The People, Justs As The American Have Done.
Dalam Utusan 8/11/2008 Rais Yatim kata "TIDAK LOGIK BANDING KEMENANGAN OBAMA" - Mereka (AS) Tidak ada Peruntukan Yang Berkait Dengan Pelbagai Kaum. Politik Dan Masyarakat Kita Berbeza Dendan Politik Negara Itu Walaupun Nilai Demokrasi Serba Sedikit Boleh diKaitkan.
Mummy naik penin dan melilau dok pikiaq dua kenyataan pemimpin Melayu ni. Mummy tak risau kalau kenyataan sebegini mai dari MCA, Gerakan, DAP atau mana-mana parti serpihan. Kata Rais lagi jangan ada pihak yang cuba "tumpang semangkuk" kemenangan Obama dan mengaitkan dengan senario politik negara.
Macama mana kata jangan tumpang semangkuk? dalam satu periuk pun dah ada dua-tiga mangkuk!
Pak Lah ooo.. Pak Lah, Hang Dah Nak belah, Hang Jangan Bagi Kami sumua Ghoplah, Retak Dah Dok Tunggu Belah.

Friday, November 7, 2008

Betui-Betui Potong Steam kerana Bodo Macam Superman

Mummy masuk pejabat pagi ni teruja nak baca surat khabaq Utusan tentang kejayaan Barack Obama dan melihat betapa meriahnya kejayaan Obama ni disambut oleh dunia-dunia ketiga. Seolah-olah Obama menjadi Presiden Amerika dan juga mewakili suara third world country. Walaupun terlalu awal untuk diagung-agungkan kerana kita tak tau macam mana Yahudi nak mencorak dia tetapi buat masa dan ketika ini Mummy kira OK laaaa....

Tetapi apa yang potong steam Mummy pagi ini ialah muka depan Utusan juga menyiarkan tajuk besar Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada 6 hakim. Apa dah jadi negara ni? Mana mai duit yang depa bayaq kat tok hakim- tok hakim ni? Tak kan main cekau duit rakyat dan dok pi bayaq pada depa tu. Duit ni nak kira macam mana ni? Benda yang dah lupus pun dok pi korek balik. Awat Pak Lah dan Zaid Ibrahim nak tunjuk apa ni?Hangpa nak tunjuk hangpa bela tok hakim ka?Atau hangpa nak memperbodohkan keputusan Mahathir?

Tu dia laaa....hangpa dok nak sembunyi sangat...Ini kerja hangpa roopanya. Kata terbuka dan telus. Nah hangpa buka bagi nampak seluaq dalam hangpa. Hangpa pun jadi hero bodo macam Superman, pakai seluaq dalam diluaq. Kalau seluaq dalam hangpa tu elok tak pa juga. Ni busuk hauw dan koyak rabak macam roti jala. Tak malu ke oghang ka?

Sudah Terang Lagi Bersuluh

Memang tepat lah dan sudah terang lagi bersuluh apabila Mummy mengatakan UMNO akan PUPUS seperti Dinasour. Kenyataan ini disambut baik oleh Pak Lah sendiri. Pak Lah yang sedang menghitung hari untuk mengosongkan Seri Perdana telah membuat kenyataan yang tepat di dalam akhbar Star 6.11.2008. Yang berbunyi "ANYONE CAN BE THE PRIME MINISTER" - Its up to the people, just as the Americans have done.

Kenyataan ini akan mempercepatkan lagi UMNO menjadi Dinasour dan pupus dari masa yang Mummy jangkakan. Inilah yang Mummy kata UMNO akan dilapah dan disiat-siatkan oleh bangsanya sendiri dan akhirnya menjadi Dinassour dan bahan pameran kanak-kanak bila cuti sekolah.

Dan satu lagi kenyataan Tengku Ahmad Ritaudeen, Pengerusi Lembaga disiplin UMNO katanya dia tahu mereka yang terlibat politik wang dan penyalah gunaan kuasa. Kalau dah tahu Mummy nak tengok result dia. Jangan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, kalau mau bikin cakap mau bikin, kalau tak mau bikin jangan cakap, jangan sekejap bikin sekejap tak bikin.

Pak Lah pun kadang-kadang di saat-saat nak kosongkan pejabat lebih baik dok diam. Nak kata nyanyok baru menikah saja...


Thursday, November 6, 2008

UMNO akan PUPUS seperti Dinasour


Mummy tak mau nak ucap tahniah atau apa-apa pada Obama kerana sapa juga jadi Presiden Amerika pasti terpaksa akur dengan dasar-dasar pro Israel. Sebab ekonomi Amerika banyak bergantung kepada puak-puak Yahudi.

Tetapi satu iktibar yang UMNO dan pemimpin kita kena belajaq ialah 34% kemenangan Obama bergantung kepada pengundi bawah 30 tahun. Siapakah mereka ini? Mereka ialah :
  • Generasi muda yang sudah lupa sejarah Amerika dan jatidiri.
  • Generasi muda yang sebahagian masa mereka mengadap PC, komputer, Lap top atau SMS.
  • Generasi yang melihat dalam Amerika lebih penting dari luar Amerika.
  • Generasi yang dah muak dengan pemimpin-pemimpin tua yang tak habis-habis berperang.
UMNO juga tidak jauh dalam kontek ini. Jika jatidiri UMNO luntur dan generasi baru lupa sejarah maka terimalah akibatnya. Kebebasan yang diperjuangkan akan menelanjangkan UMNO dan bangsa Melayu akan pupus.

UMNO jika tidak mendekati generasi muda dan menganggap MEDIA BARU sebagai media serpihan maka UMNO akan menerima padahnya. Kalau pemimpin UMNO sendiri beli komputer untuk hiasan meja pejabat atau untuk menaip surat dan chating saja dan buta IT. Anti IT. Kita akan lihat UMNO akan berakhir dan berkubur seperti Dinasour yang pupus terus tinggal tulang rangka.

Jika dalam UMNO tidak memberi tempat dan mengasuh pemimpin-pemimpin muda, yang lwbih teruk lagi masih mengekalkan pemimpin-pemimpin macam Mat Taib, Ku Li , Rahim Tambi Cik dan lain-lain yang tengok muka pun nak termuntah. Maka akhirnya UMNO akan hanya tinggal nama dalam bilik pameran seperti barang antik.

Melayu Hanya Nak Duduk Bawah Ketiak Emak

Kemenangan Barack Obama adalah satu bukti yang menunjukan tidak mustahil kaum pendatang pun satu hari mampu menerajui negara ini. Kalau Melayu dok tidoq dan lena tak mustahil satu hari Perdana Menteri negara ini berketurunan Bangla, Nepal dan Vietnam.

Tapi Mummy tak heran laaa, Toknenek Mummy dulu mai dengan tongkang dan kapal arang dan bawang (sitanbaram) dari India singgah di Penang dan kami membawa kemakmuran kepada ekonomi Penang Pearl Of The orient @ sekarang dikenali Penang Darul Mamak. Kami berniaga kain pelikat, kain chukin, manekkoran, barang emas, rempah cabai dan kami menguasai 80 peratus business di Penang. Kami boleh teng dengan China yang mai jadi pelombong bijih timah.

Berkat usaha toknenek Mummy, kami control semua Chulia Street, Penang Street, Beach Street dan Carnavon Street. Sapa tak kenai tok penakan Mummy, saudagar kain yang terkenal Pitchay Gunny?. Dulu sultan Kedah pun mai beli baju kat kedai dia. Hangpa tengok Habib Jewel mai dari mana?

Dan banyak hasil-hasil kejayaan kami dan kebanggaan yang terbesar kami ialah Mahathir cucu Mamak Iskandar sampai jadi Perdana Menteri yang terlama di Malaysia ini. Bila kami mai, Melayu dok lena lagi, disebelah Tanjong Tokong, Balik Pulau, Bayan Lepas..sana terpelau sini terlepaih.

Kami yang berjaya pasai kami berani merantau macam toknenek Obama juga. Tetapi Melayu tak berani hanya nak duduk bawah ketiak mak depa saja. Kalau depa berpolitik depa cantas sesama Melayu. Depa nak shortcut, depa main politik wang. Depa nak kaya cepat depa labur skim cepat kaya. Depa tak mau buat depa kata oarng lain semua tak betui. Depa duduk kedai kopi depa dok mengata hang aku. Kalau orang naik depa dengki. Kalau bercakap depa nak bertengkaq. Kalau ramai depa dok nak kenduri. Kalau nak hidup depa dok harap kepada subsidi.
Sebab tu pure Melayu tak boleh jadi PM. Kena ada campuran Siam, Bugis, Turki, Mamak dan Minang.

Tuesday, November 4, 2008

Sebahagian Graduan Cambridge Penipu.

Bila Mummy baca berita dalam Sunday Star tarikh 2.11.2008. Mummy terus naik chuak. Nak gelak ada, suspen pun ada. Sebahagian graduan Universiti Cambridge terutamanya graduan undang-undang lulus dengan cara menipu dan meniru.

Bayangkan University Cambrige dan Oxford yang berusia 800 tahun telah melahirkan graduan yang lulus dengan cara ciplak, membeli essay orang dan plagiat. Inilah kerja-kerja depa roopanya..

Perasan Mummy mereka ini temasuklah KJ dan kutu-kutu tingkat ampat. Depa balik mai depa dok kencin dan eksyen kat kita.

Saturday, November 1, 2008

Pemidato dan Penjual Obat Ketegangan Lelaki.

Auren Uris di dalam bukunya "The Style of Leadership" ada menyatakan; masaalah kepimpinan yang ada sekarang ialah komunikasi yang tidak berkesan. Apabila ini berlaku maka berbangkitlah berbagai kelemahan dan persepsi yang bebagai.

Seorang penjual obat akan berjalan dari satu tempat ke satu tempat melalak dengan penuh semangat tanpa mengetahui kilang yang mengeluarkan obat tersebut bakal ditutup. Sebagai contoh sesiorang itu mungkin bercakap terlalu banyak hingga menyebabkan orang lain tidak berpeluang menyatakan sesuatu.

Demikianlah perengan petikan dari buku Auren Uris ms 93. Kalau tak yakin dengan apa Mummy nyatakan di sini hangpa pi cari buku tersebut di mana-mana kedai buku. Hangpa baca sendiri. Jangan la hangpa malas membaca. Ikut contoh Tun Mahathir yang rajun membaca. Kerana malas tu yang hangpa dok melalut sana-sini cakap tak dak fakta yang kukuh.

Begitu juga di dalam kontek KJ yang dok kalut nak berdebat ini. Tak ubah seperti macam penjual obat menjual obat menaikkan syahwat lelaki. Penjual obat untuk "ketengangan yang lama bagi lelaki" ini cukup berjaya mengumpulkan orang-orang yang lalu lalang sehingga kadangkala jalanraya menjadi jam. Bakat pidato yang ada pada KJ hanya layak menjadi penjual obat berkelulusan Oxford.

So many crowd but so little sales. Banyak yang mendengar tetapi sikit yang membeli. Sebab itu Kj nak dapat satu-satu pencalunan pun amat susah dan berhempas pulas. Lagi cemas apabila Mukhriz yang mendahului pencalunannya jauh kehadapan. Sebab itu untuk memulihkan kejantanannya KJ kena menjadi penjual obat. Kalau tidak pemuda akan tanya di mana Teloq KJ?

Mummy dah letih. Hangpa pikiaq la sendiri mesej yang tersurat dan tersirat yang Mummy nak habaq kat hangpa disini.

Lagu P.Ramlee dari Filem Nasib Do Re Mi:
Hai obat, hai obat...mari beli obat. Kalaulah terlambat tak dapat.
Obatlah ini.. hai nama makjun sangkut..salah-salah pakai yang tegang jadi kecut.
Ubat sakit urat, susah kentut, angin sengugut. Mari beli..obat ini...garenti puas hati.