Friday, December 12, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa : Pengurusan Emosi lebih sukar dari Pengurusan Bencana.

Sukar diceritakan bagaimana perasaan mangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Kejadian yang berlaku jam 3 pagi disaat-saat kita sedang sedap tidur telah dikejutkan dengan satu malapetaka yang mengerikan.

Istana yang dibina ranap dengan kelengkapan yang serba mewah. Kalau dulu sekilo beras diangkat oleh Neng(Amah Indon) kini 3 biji bantal dan sehelai selimut menjadi berat terpaksa dikendong sendiri untuk tinggal di dewan penempatan sementara.

Marah, geram, benci, sakit hati, maki, hamun, risau, dan bebagai-bagai perasaan yang extreme sukar dikawal lagi. Wakil Rakyat, PBT, Kerajaan, Developer, JKR, hujan, tanah, bukit dan Tentera Bantuan, semua mereka menjadi mangsa sasaran maki hamun melepas perasaan.

Semasa Mummy di sana kelmarin terlihat satu insiden seorang mangsa yang panas baran telah menyerbu masuk dalam dewan mesyuarat ketika mesyuarat tertutup teknikal yang dipengerusikan oleh JKR sedang dijalankan, beliau telah memaki-hamun seperti mesin gun menembak rambang tanpa sasaran. Apabila ditanya apa yang dia mahu, mangsa tersebut menjawab dia hanya mahu keluarkan keretanya yang tersangkut.

Nampaknya tragedi ini akan mengahadapi saat yang paling sukar untuk menguruskan emosi dari menguruskan bencana itu sendiri. Penduduk bukit antarabangsa (dulu digelar Beverly Hills) bukannya calang-calang penduduk semuanya bijak-bijak belaka.

17 comments:

  1. Hai pasal tu saja nak mengamuk, mereka dah biasa senang dan dah biasa org ikut apa dia kata. Tu pasal yang jadi macam tu

    Ps: salam perkenalam Mummy dan selamat berhujung minggu ya

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    Takziah saya ucapkan pada semua mangsa.Walau apapun musibah yang melanda haruslah kita redha...Ingatlah semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T,yang buruk itu datangnya dari kita sendiri.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan Mummy,

    Minta maaf saya tidak tersentuh dengan perangai orang-orang kaya ini yang tidak betah menerima dugaan Allah. Yang hampa pegi duduk kat situ, sapa suruh. Hangpa tahu kan kat situ pernah jadi tanah runtuh. Nak salah orang lain pulak.

    ReplyDelete
  4. mummy saya tinggal kat sana.
    mangsa 14 banglo mewah yg ranap tu tenang je.

    yg kecoh maut tu geng2 yg duduk bangunan tinggi kat sebelah atas laluan yg tertutup.

    tak kaya mana pun geng tu.tanah runtuh tu cecah/sentuh depa tu.

    buat malu company betoi..........

    ReplyDelete
  5. sori..
    tanah runtuh tu TAK sentuh depa pun.

    silap taip tadi

    ReplyDelete
  6. Salam perjuangan,

    Susahlah nak huraikan cerita sebegini. Nak salahkan siapa? Sememangnya ini adalah ketentuan Ilahi. Tetapi diingatkan, ketentuan ini berpunca dari kesilapan manusia sendiri tidak menghormati kejadian alam semulajadi.

    Bila difikirkan, kita juga mungkin akan bertindak di luar kawalan apabila ditimpa musibah sebegini. Apa yang perlu, muhasabah diri dan sifat tawaduk.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Mami,
    Kita hidup kena selalu bersyukur walaupun dalam keadaan yang sukar. Ini bila senang sikit tak ingat orang kat bawah. Bila orang tak tolong dok hingaq pasai masa senang hangpa tak ingat orang susah. Segala yang berlaku mesti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Mummy,
    Allah bagi kena sikit sebanyak bencana, miskin kaya pakat-pakat rasa..yang sabar ada pahalanya; yang baran lupa bahawa harta dunia hanya pinjaman belaka.
    Yang Allah uji tu bukan pada status miskin-kaya ; tapi teguh atau lemahnya iman manusia. Malangnya ramai yang belum terbuka akal mereka - bertindak dan bercakap mengikut nafsu dan amarah..
    Sabar....sabar

    ReplyDelete
  9. salam mummy... sonok tgk blog mummy ni especially kat sidebar tuh... huhu!

    thx jd follower... tera follow mummy plak ye

    ReplyDelete
  10. Salam lawatan balas,

    MUMMY ROKIAH, terima kasih kerana singgah di blog saya yang tidak sepertinya itu.

    Emosi sebegitu hanya ada pada orang yang kurang iman. Ini yang dikatakan bertuhankan harta.

    Bila hilang harta, mereka seolah-olah hilang tuhan tempat bergantung. Perasaan celaru, hampa, marah. Bila marah menguasai diri maka jadi gilalah jawabnya. Itulah satu sikap buruk orang kaya. Mereka menganggap semua orang adalah hambanya. Tengok macam mana Tok Jawa mengamuk dekat Azmin. Itulah contoh orang gila. Maksudnya hilang kawalan diri.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.( Mummy Rokiah)
    Memang betoi, apa yang mummy kata tu.

    Badan kita sebenarnya sangat rapoh, kalau rohnya rapoh, kalau roh rapoh nak berdiri depan khalayak pun lutut akan menggigil, begitulah juga apabila menghadapi bencana seperti ini, seluruh badan jadi longlai dan kalau gagah pun, gagah panas baran.

    Bila roh rapoh, masa senang lupa tuhan, bila susah pun akan lupa tuhan yang Maha Pencipta.

    Apakah bencana itu berlaku tidak melibatkan kelemahan dan ketidakadilan manusia,

    Persoalan ini berkisar di minda kita. walau apa pun kita kena reda di atas apa yang telah berlaku, sambil membuat muhasabah kenapa ianya berlaku begitu rupa dan bertindak sewajarnya supaya ianya tidak berulang lagi.

    Takziah kepada mereka yang terlibat. Insya Allah hilang gelap akan timbul cerah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. salam mummy,
    saya tinggal di Kelantan setiap tahun kena banjir,rumah kami air setinggi paras lutut atas lantai sering kena pindah.Perhubungan, bekalan letrik & keperluan harian teputus dari dunia kami,tapi kami tak salah kan orang lain kerana kami pilih untuk bina rumah dikawasan banjir.Walaupun bantuan lambat kami redal,kami dikatakan degil kerana tak mahu pindah sebab tiada siapa akan jaga keselamatan rumah kami bukan Bukit Antarabangsa polis & tentera ada jaga harta mereka tapi tu masih tak puas hati.Bersyukurlah dangan apa yang ada tengok lah sikit kami disini.

    ReplyDelete
  13. tahniah mummy..artikel ini masuk dalam rancangan BLOG tv 1 malam tadi..

    tahniah sekali lagi..

    ReplyDelete
  14. Sahabat Bloggers,
    KADANGKALA KITA SUSAH DAN GUNDAH- GULANA KERANA TIDAK BERKASUT. BAGAIMANA PULA PADA MASA YANG SAMA ADA SAHABAT-SAHABAT KITA YANG TIDAK BERKAKI?

    ReplyDelete
  15. inilah susahnya jika orang kaya sukar nak redha..cuba kita tgk mangsa banjir yang tiap2 tahun tahu bencana itu akan datang..tapi diwajah mereka penuh keredhaan malah bersyukur dapat tidur di dewan drpd di rumah yg hampir ditenggelami air..

    ReplyDelete
  16. PEMUDA MALAYSIA,
    ARTIKEL MUMMY DLM PROGRM BLOG TV1? TAK TAU PUN SEBAB ADA DI "THE LOAF" PULAU LANGKAWI.
    APA DEPA KOMEN?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.