Tuesday, January 6, 2009

Boikot program TV Amerika.

Selamat kan Gaza!

Di sebelah sini kita berkata:
1. "The US should be using its influence to call for a ceasefire but had not bothered to do so and instead stood behind Israel's hidden agenda to wipe out Palestine," Abdullah said, slamming the US for blocking the UN Security Council's resolution which called for an end to Israeli attacks on the Gaza Strip.

2. Dr M: Save Palestine, boycott US goods!

3. Israel berani melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza kerana rejim tersebut sedar sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap mereka tidak akan berubah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

3. Malaysia telah meluluskan bantuan kemanusiaan segera berjumlah RM3.4 juta kepada penduduk Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata.

4. The world community should boycott the United States’ currency and products to pressure the superpower to stop supporting the violent attacks by Israel against Palestine, Tun Dr Mahathir Mohamad said.

Di sebelah sana kita saksikan:
NTV7, 8.30pm Monday – America’s Got Talent
8TV, 11.45pm Monday – America’s Next Top Model
NTV7, 7.30pm Monday – America’s Funniest Home Video
This only to name fews.

KOMEN
Lihatlah betapa hippokratenya kita. Di sebelah sini kita semua kutuk Amerika bagai naik rak kita katakan kita anti Amerika. Manakala di sebelah sana kita agung-agungkan program-program TV Amerika. Kita bertepuk sorak suka dengan program mereka. Anak-anak kita telah dirasuk dan dipengaruhi budaya Amerikan.

Hakikatnya kuasa Amerika telah masuk bukan sahaja kedalam rumah kita tetapi ke dalam badan dan urat-saraf degupan nadi kita. Kita telah dibaja dengan “popular culture” yang dibawa oleh US.

Kalau nak boikot marilah kita boikot program-program TV Amerika. Kerana itu yang paling dekat dengan kita.

17 comments:

  1. Mummy Rokiah, dua tahun lepas - beribu2 orang berarak di jalan-jalan di London protes perang , protes amerika ceroboh Iraq - memang semangat berkobar2. Bila perarakan dengan banners segala dah hampir sampai Trafalgar square - ramai berhenti makan burger di McDonald.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Mami tolong do'akan mereka tu

    ReplyDelete
  3. Kak teh,
    Adooooiiiiii.....jangan dok cerita kat Mummy. Sakitttttt hati Mummy dengaq.
    Hangat-hangat taik ayam.

    ReplyDelete
  4. STOP BUYING AMERICAN PROGRAM!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy,

    Nak buat macam mana dasar kita dah macam tu...pemimpin kita banyak yang main wayang, makanya carcamarbalah jawabnya!!

    ReplyDelete
  6. salam,

    sama-sama kita memainkan peranan. kalau kita bersatu hati, usaha sebegini akan memberi tamparan hebat kepada ekonomi mereka yang sememangnya tengah parah sekarang.

    malangnya...McD, KFC, Pizza hut dan establishment spt itu masih lagi dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang turut mengutuk kekejaman zionis.

    ReplyDelete
  7. Kita ni bersalak di kaki bukit, orang atas bukit buat dek ja.

    Sebab itulah Biar Islam mendidik orang Melayu, kalau Melayu mendidik orang Melayu itulah jadinya, Hari Raya pun berjoget.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy ROkiaH,

    Separuh setuju saran mummy tuuu. Setuju amat kita boikot program berbentuk hiburan yang merosakkan fikiran muda mudi tetapi program berbentuk maklumat seperti berita dan talk show melalui AStro (CNN,Bloomberg dsbnya) diteruskan, kalau boikot juga macam mana nak apa berlaku di luar negara kita.

    2. Setiap orang warga Malaysia laksanakan saran TDM supaya boikot produk Amerika dan Israel. Kita juga tak payah melancong dan bercuti ke USA. Tak payah ber WIFI ke premis makanan segera Starbuck, KFC, McDonald. Pergilah berWIFI di kedai mamak dan kopitiam, Malaysia Punyia, bagus punyia. Boleh kah lakukan secara mapan, jangan bermusim. Atau seperti komen Kak Teh. BOikot titikkk...titik.

    Wassallam.

    ReplyDelete
  9. M SEPIAL,
    Pentadbiran US dan Rakyat US adalah dua yang berlainan. Kita percaya masih ramai rakyat US yang cintakan kedamaian dan tidak suka akan peperangan.
    Isunya mereka juga diwarnai oleh media-media di bawah kawalan pentadbiran mereka(Yahudi)yang sentiasa melakarkan Islam adalah terrorist dan Israel yang terbaik.
    Di dalam apa juga tindakan ianya mesti seimbang.
    Hukum pentadbiran, dakyah dan media propaganda mereka, itu mesej Mummy.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya Palastoin ni bala dari Allah. kalau semua nak tahu, penduduk di sana tu 70% adalah kristian. Isteri Yassir Arafat dulu pun Kristian..Bangsa Arab Quraisy Kristian ni adalah bangsa yang cuba menyakiti nabi saw dulu yang menyebabkan nabi pindah dari Mekah ke Madinah. Itu sebab jiran keliling Palastoin tak buat apa2 sebab mereka tahu. Walau bagaimanapun being a human memang tak patutlah Israel gampang laknatullah ni buat camtu..Sebenarnya kalau direnungkan, apa yang berlaku kepada kita adalah dari perbuatan dan amalan kita sendir, maka dengan itu kita di malaysia ni haruslah selalu muhasabah diri dan selalu ingatlah sunnah rasulullah..hidupkan sunnah rasulullah dan nescaya nusrah allah akan datang..!
    Walau bagaimanapun..apa yg mampu kita bantu dan sumbangangn kita adalah boikot barangan amerika/israel tu memang tepat..infact tv programme pun haruslah doboikot pelan2..la..Dato Shabry Cheek mungkin ambik masa sebab dah banyak sain kontrak..tamat kontrak yer, jgn ambik lagi filem2 amerika ni..
    Mudahan2 Allah pelihara Malaysia dari persengketaan sesama Muslim.

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah mummy..
    yeah boikot produk dan boikot program mrk!
    sy pun nk stat boikot mcDonald nih..makanan rujiku slalu:(..

    wpun berat.dah ler properity ada bulan ni jek..uhuu.
    xpe..eden toraiii.

    ReplyDelete
  12. Mummy,

    Kekejaman dan keganasan Yahudilah yang sebenarnya mewujudkan suicide bombers!

    Saya sudah mula untuk menerima mereka sebagai syahid. Kita hanya melihat dan menonton, mereka yang merasai nya.

    Meja musyarawah bukan tempat lagi untuk gerombolan binatang dari Israel dan US ini.

    Kalau kita tidak berstuju dengan tindakan suicide bombers ini, sekurang kurang nya jangan hina mereka. They do no have any choice..do they?

    ramli-dap,blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Dear friends,

    What we need are leaders like Castro, Chaves dan Ahmadinejad.

    We have leaders like Mubarak, King Fahd and some of Arab leaders who are woMEN in nature.

    Pemimpin yang tidak berhati perut semacam Isreal hanya perlu dikeluarkan isi perut mereka. No diplomacy needed here!!!

    ReplyDelete
  14. kelakarnye.....ade ker nak boikot barangan Amerika di Malaysia.....sedangkan Malaysia adalah salah sebuah negara `jajahan` Amerika,Lihatlah disekeliling kita aper yng bukan Amerika? Daripada meja makan hingga lah ke program TV kerajaan 90% Amerika.Kerajaan kita sendiri tak berusaha@sanggup nak boikot produk-produk dari Amerika.Ubah dulu cara pemikiran anak-anak kita,tanamkan semangat sanggup mati untuk maruah negara,agama dan bangsa....

    ReplyDelete
  15. essey,
    Kalau kena kepala orang kita kata tuhan balas dosa mereka. Apa kata kita pulak kalau kena kepala kita?

    ReplyDelete
  16. jangan terlalu berpolitik sgt.bersatu padu serang israel..ziarah blog saya di http://buyehantizionis.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. macam macam nak boycot boycot la semua.narat tv pon siar cito amerika.natam apo...tegas la sikit pemimpin..jangan hangat hangat tahi ayam jah..betol dop mummy return.hehehe

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.