Saturday, February 28, 2009

YB-YB kurangkan main golf

Kurangkan habuan pertandingan golf
BRISBANE 25 Feb. – Bekas pemain golf profesional Australia, Greg Norman mencadangkan supaya hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi pertandingan golf dikurangkan, berikutan krisis ekonomi dunia masa kini.
Norman yang dikenali sebagai ‘White Shark’ semasa zaman kegemilangannya membuat saranan itu melalui laman web Australia Broadcast Corporation.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya habuan bagi sukan berprestij itu dikurangkan di Amerika Syarikat, sama seperti yang telah dilakukan di Eropah.
‘‘Ia juga sekali gus boleh menghormati rakyat dan pembayar cukai yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi,’’ kata Norman yang pernah menjuarai Kejohanan Terbuka Britain sebanyak dua kali. – AP
Komen:
Jika Greg Norman pun sedar dengan kemelut ekonomi sekarang seharusnya YB-YB, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin-pemimpin rakyat jangan membuang duit rakyat di atas padang golf.
Kadangkala masa yang begitu banyak dibuang di atas padang hingga lupa sembahyang lima waktu dan tugas utama melawat kawasan diabaikan.
Bila pilihanraya baru nak tunjuk muka. Baiklah YB-YB turun kawasan bergotong royong dengan menghayun cangkul dan pisau tebas itu lebih kerakyatan dari mengheret set-set golf ke Batam, Australia atau Phuket sambil berkeddykan gadis-gadis Siam.

Wednesday, February 25, 2009

Bkt Selambau - Penganalisis politik cabuk cuba menjenamakan Najib sebagai "ultramalays"

Calun Bebas Zahran Abdullah telah turun padang seawal tahun 2006 lagi.

Penganalisis politik cabuk (rotten political analyst) cuba menjenamakan Najib sebagai “ultra Malays” dan pemimpin yang bersifat “racist” jika Najib membuat keputusan meletakan calun Melayu di kawasan PRK Bukit Selambau memecahkan kononnya “tradisi” diwakili MIC.

Analisa cetek ini dibuat hanya berdasarkan pengamatan “at the surface level” atau “hear and say” tanpa menyelami jiwa nurani akar umbi atau Rakyat Atas Pagar(RAP) di kawasan tersebut. Inilah kerja-kerja penganalisa politik pedukang yang kerap kali menjadi sumber rujukan pemimpin tertinggi.

Kononnya tradisi di kawasan ini diwakili oleh calun India atau MIC. Mereka tidak sedar bahawa tradisi yang sebenarnya di sini ialah kawasan ini calunnya adalah Melayu, yang dahulunya YB Badri HJ Yunus dan Allahyarham Dato' Zainal Abdidin Johari. Tradisi ini telah dipecah oleh mantan MB ketika itu Osman Aroff dan diperkenankan oleh Daim Zainudin selaku ketua UMNO Bahagian Merbok hasil kompromi dengan MIC @ "swapping" dengan DUN Padang Serai. Persoalannya siapakah yang memecahkan tradisi ini?
Di dalam scenario politik semasa tradisi tidak berjalan lagi. RAP akan turun mengundi dengan jiwa, akal dan hati memangkah wakil mereka dengan penuh keintelektualan. Mereka tidak mudah lagi disogok lagi dengan "tradisi" memangkah lambang atau logo parti.

Jika Najib memecah tradisi ini, apakah Najib harus dijenamakan sebagai “racist”? Mengapa Najib tidak dijenamakan sebagai pemimpin yang tegas, berwibawa dan universal? Mengapa kita harus mengheret Najib ke dalam kepompong Pak Lah yang dijenamakan sebagai pemimpin yang lemah, mandom tunduk kepada semua tuntutan sehingga kepala Melayu diinjak-injak perkara yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah?

PRK Bukit Selambau hanyalah pilihanraya kecil dan hasil pilihanraya ini tidak seharusnnya kita meninggalkan penjenamaan kepada Najib.

Isu-isu sesuatu kawasan harus disegmantisekan dan tidak diborong seperti sebakul ikan. Isu Bukit Selambau harus dilihat dalam ruang lingkup Bukit Selambau sahaja. Jika dahulu mungkin amalan borongan ini berjaya tetapi pendekatan sebegitu sudah lapuk sekarang. Seiring dengan tahap kesarjanaan rakyat.

KOMEN:
Nampaknya calun Bebas Melayu Sdr Zahran Abdullah akan melalui jalan mudah jika Najib memegang "tradisi" ini. Teruskan! Mummy akan sokong hang. Tapi hang jangan dok mai tanya duit kat Mummy nanti Mummy tenyeh dengan cabai melaka.

Tuesday, February 24, 2009

PRK Bukit Selambau - Calun Bebas














Semasa pilihanraya Kuala Terengganu, Mummy menerima teguran yang hebat dari bloggers dan politikus kerana blog Mummy di antara blog yang pertama menyiarkan gambar Wan Farid berkaroake.

Walaubagaimanapun untuk pilihanraya Bukit Selambau kali ini Mummy cuba mengelak dari menyiarkan gambar-gambar sensasi mana-mana calun walaubagaimanapun jika rakyat perlu tahu tidak dapat tidak kita akan dedahkan.

Cuti hujung minggu lepas Mummy berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat SB Rakyat di Restaurant Cacoa Sungai Petani, khasnya yang sedang memantau perkembangan PRK Bukit Selambau. Kami sempat bertukar-tukar maklumat dan yang menarik mereka telah menyerahkan beberapa visual aksi-aksi “power” khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok sekarang dan beberapa lagi personaliti UMNO Kedah. Walaubagaimanapun tidaklah sehebat aksi Elizebeth Wong, bekas ADUN Bukit Lanjan yang telah lenjan berbogel.

Tetapi dalam banyak-banyak maklumat yang diterima ada satu email yang menarik yang telah Mummy terima dari seorang personaliti muda yang tengah bersiap-siaga untuk menawarkan diri bertanding di atas tiket bebas jika BN meletak calun MIC. Kita telah mendengar beberapa pengistiharan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding bebas di kalangan orang India. Tetapi kali ini calun Melayu (bukan mamak) pulak yang menawarkan diri untuk bertanding bebas.

Calun Bebas tersebut ialah seorang ahli perniagaan Zahran Abdullah, 39, berkelulusan Bc (Hons) Public Administration UUM. Merupakan aktivis masyarakat yang katanya telah berkihidmat selama 3 tahun untuk masyarakat kawasan tersebut walaupun bukan sebagai wakil rakyat. Kalau benar hasrat beliau dan niat yang ikhlas untuk rakyat seharusnya beliau disokong. Tidak lah berbangkit bila nak bertanding baru nampak muka macam Wan Farid di KT.

Komen:
Nasihat Mummy kalau nak bertanding apa pun yang utama ialah nawaitu kena jelas. Kepentingan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu harus menjadi teras utama perjuangan dari keutamaan peribadi. Kerana BN dan UMNO telah jauh menyimpang dari perjuangan ini apabila mereka lebih mementingkan kepentingan diri dan pemimpin mereka sahaja.

Senario sekarang raja-raja Melayu dicabar dan dipermainkan oleh DAP khasnya Karpal Singh situasi ini terjadi kerana Melayu berpecah-belah. Hindraf mengutuk Melayu Islam dan sedang membawa semangat ganas Pembebasan Tamil Elam ke negara ini.

Wednesday, February 18, 2009

UMNO Bahagian Merbok telah digadai kepada Singapura

Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.

Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.

Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.

Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.

Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.

Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?

Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.

Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.

Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.

Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura.

Tuesday, February 17, 2009

Inilah punca tidur tak tutup aurat

Elizabeth Wong quits, waiting for official announcement
PETALING JAYA: Selangor executive council member and Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong, whose nude photographs were being circulated, has quit both positions, paving the way for a third by-election within the next two months.
(Star 17.2.2009)

Komen :
Nampak gayanya akan ada pilihanraya pulak. Tak habis-habis dengan puak-puak PKR ni. Tak pandai jaga wakil rakyat. Ada yang hilang, ada yang merajuk, ada yang nak saman raja-raja Melayu dan akhir sekali habis semua bogel.

Monday, February 16, 2009

Pilihlah aku walaupun aku “belemoih”* dengan taik.

Kerapkali di dalam memilih calun pilihanraya kebiasaan amalan pucuk pimpinan UMNO di atas-atas @ MT dan Presiden ialah mereka akan merujuk kepada ketua UMNO bahagian dahulu kemudian baru dirujuk kepada agensi-agensi lain seperti SB, MIO, KEMAS, Penerangan dsbnya.
Tetapi di dalam situasi politik semasa sekarang pandangan Ketua UMNO Bahagian menjadi penting kerana UMNO akan menghadapi pemilihan pada bulan MAC ini dan kuasa ketua bahagian dan G7 menjadi semakin mahal dan berharga. Sekarang kuasa untuk memilih dari Timbalan Presiden sehingga MT berada dalam tangan ketua bahagian dan G7.

Inilah masanya ketua-ketua UMNO bahagian mengambil peluang mengugut, “demand” dan meletakkan tanda harga yang mahal kepada mana-mana calun yang ingin bertanding di dalam pemilihan UMNO Mac ini.

Di dalam kontek PRK Bukit Selambau juga inilah masanya ketua UMNO Bahagian mengambil kesempatan mengugut dan menggertak kepimpinan tertinggi UMNO untuk meletak calun UMNO di Bukit Selambau mengantikan calun MIC.
Hasrat ini memang nampak jaguh dari kacamata UMNO dan pengundi Melayu, tetapi dalam masa yang sama kesempatan ini telah diambil oleh Ketua Bahagian UMNO untuk mempromosikan dirinya sendiri sebagai calun yang layak dalam lain perkataan “PILIHLAH AKU”, ”AKU YG PALING LAYAK” dan “AKU BERKUASA, AKU KETUA BAHAGIAN”. Walaupun di belakang aku penuh berlumuran najis dan sarat dengan politik wang dan korupsi.

UMNO mungkin sedar kelakuan ketua mereka yang pengotor ini tetapi demi memelihara kroni, mereka buat-buat tidak nampak. Ini kerana mereka juga telah dibeli oleh ketua mereka dengan wang yang diperolehi sebagai pengarah dan barua dalam Asti Holding Ltd sebuah syarikat Singapura yang disenarai di Singapore Stock Exchange. Mengikut SB Rakyat, Asti Holding juga menguasai 75% saham Dragon Group juga sebuah syarikat dari Singapura dan dikuasai oleh Dato' Michael Loh Soon Ngee dan kerajaan Singapura. "In shorts UMNO Bahagian Merbok has been owned by Singaporean".
Hakikatnya kelakuan mereka ini sedang diperhati oleh Rakyat Atas Pagar (RAP). Pengundi atas pagar tahu perangai mereka dan jika UMNO meletakkan calun ini dan bukan pilihan rakyat mereka akan menghukum calun ini. RAP amat memandang jijik dengan lakonan dan perangai pemimpin UMNO ini yang bermuka-muka di hadapan mereka sahaja.

Rumusannya Najib kena bijak. Letaklah calun rakyat bukan calun UMNO. Jika Najib juga bersekongkol dengan khasnya ketua perhubungan UMNO negeri Kedah, Mahazir Khalid, Najib juga akan berlemoih dengan najis dan padah sedang menanti UMNO.

Saturday, February 14, 2009

Akhirnya...Pak Lah tidak lembik lagi.

PM dianugerah Beret Hijau komando
MERSING 13 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Rejimen Gerak Khas (RGK) di Kem Iskandar di sini.
Hanya mereka yang benar-benar layak berhak dianugerahkan beret tersebut sebagai salah seorang ahli rejimen GGK iaitu sebuah pasukan yang diperakui elit dalam angkatan tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Penganugerahan beret kepada Abdullah adalah mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai Perdana Menteri serta sumbangannya dalam usaha meningkatkan pembangunan dan pemodenan GGK dan amnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Abdullah adalah penerima anugerah beret hijau ke-32 dan merupakan penerima kedua di kalangan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerimanya pada 2001.
(Sumber Utusan Malaysia 14.2.2009)
KOMEN :
Hanya tinggal beberapa hari lagi Pak Lah akan meninggalkan kerusi PM untuk diserah kepada Najib. Di saat-saat akhir menghitung hari sebelum pemergiannya hari ini Pak Lah dianugerah Green Baret sebaris dengan komando-komando yang berani mati di dalam perjuangan.
Maka hari ini tercatatlah dalam sejarah Pak Lah tidak lagi lembik seperti mula-mula memegang jawatan PM. Hanya dua PM sahaja yang keras dan layak di anugerah green baret Pak Lah dan Tun M.
Perjuangan belum selesai Pak Lah..

Tuesday, February 10, 2009

AWAS Bukit Selambau ! jika UMNO silap calun

Suasana politik di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat nampaknya semakin menarik untuk diberi perhatian dan kajian yang mendalam. Sudah nampak meletup sana-sini seperti popcorn goreng. Mana mungkin harimau, beruang, singa dan buaya tinggal di dalam satu kandang. Masing-masing tidur tidak nyenyak kerana ketakutan di makan rakan sekandang.

Selepas isu lompat melompat parti di Perak dan kematian wakil rakyat Bukit Gantang kini yang terbaru isu perletakan jawatan Exco dan Adun PKR di Kedah kawasan Bukit Selambau V.Arumugam. Dari maklumat SB Rakyat, kawasan ini agak menarik untuk dibuat analisa mendalam. Bukan analisa kekuatan pembangkang tetapi analisa dan bedah siasat di dalam BN dan UMNO sendiri.

Bukit Selambau terletak di dalam UMNO Bahagian Merbok yang suatu ketika dahulu gagah di bawah kepimpinan Daim Zainudin sebagai Ahli Parlimen dan diambil alih oleh Zainudin Maidin, bekas Menteri Penerangan.

Yang tragisnya kedua-dua Ahli Parlimen ini pada peringkat awal kemasukan mereka, mereka tidak diterima sepenuhnya oleh kempimpinan UMNO Bahagian. Tetapi rakyat akar umbi dan pengundi atas pagar menerima mereka apabila mereka menang besar bertanding di dalam PRU di kawasan ini. Mungkin rakyat dan pengundi atas pagar lebih bijak dan cerdik menilai pemimpin dari kepimpinan UMNO Nahagian sendiri.

Komplot dan sabotaj UMNO Bahagian ini berlarutan sehingga PRU12 yang lepas apabila Zam Maidin ditendang keluar bertanding di kawasan Sungai Petani dalam jangka masa notis yang singkat oleh Pak Lah. Akibatnya Zam kecundang di Sungai Petani dan calun UMNO Tajul Urus tajaan kumpulan Mahazer Khalid dan Khairi Jamaludin pun turut kecundang.

Sekarang apabila berlaku kekosongan di DUN Bukit Selambau yang pasti gatal untuk menjadi calun ialah Tajul Urus, Ketua UMNO Bahagian yang memenangi Ketua UMNO Bahagian sekarang ini secara korup dan rasuah politik.

Menurut maklumat SB Rakyat juga Tajul Urus terlibat dengan beberapa skandal atau affair dan menjadi kaya raya hasil “pau” komision projek beberapa tokoh perniagaan. Rakyat akar umbi di atas pagar yang bukan ahli UMNO tahu isu ini. Tetapi kerana bijak bersilat dalam politik UMNO, kes ini dikambus. Yang nyata jika beliau dicalunkan pastinya gambar-gambar skandal dan tiket pelancongan ke Australia suapan semasa pertandingan UMNO Bahagian akan didedahkan oleh PKR.

Mesejnya, jika percaturan calun tidak dihalusi secara terperinci oleh pucuk pimpinan UMNO khasnya Najib maka kawasan ini juga akan berakhir seperti Kuala Terangganu. NGAP SAYOTTTT!!! Bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana integriti UMNO yang cabuk, sombong dan angkuh.

Sunday, February 8, 2009

Di antara dua golongan yang berserban

Hampir semua akhbar perdana memaparkan visual extremis PAS yang berbaring di atas jalan dengan berpakian lengkap “uniform” berimejkan islam. Dengan berjubah, berkopiah putih, berserban dan berkain pelikat. Tindakan ini dilakukan untuk menyekat kereta yang membawa KDYMM Sultan Perak dari menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baru dari UMNO dan BN YB Datuk Dr Zamri Abdul Kadir.

Mereka bertindak seolah-olah hilang pertimbangan yang waras. Tidak langsung membawa imej Islam, jauh sekali berilmukan Al Quran dan Hadis. Tindakan ini melambangkan seolah-olah Islam tidak bertamaddun.

Tetapi DAP yang dibelakang tindakan penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu ini lebih cerdik. Mereka lebih bijak bermain di belakang tabir dan bercadang berhujah di mahkamah walaupun mereka tahu isu ini tidak ada kes. Karpal Singh yang pernah kena penampar kerana mencabar raja-raja Melayu dahulu mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Inilah berbezanya dua golongan yang berserban. Satu golongan berserban PAS yang selalu bertindak dengan emosi dan satu lagi golongan berserban Benggali yang kerap bertindak atas landasan perundangan (lawyer).

Thursday, February 5, 2009

Bantuan usahawan siswazah,seperti tanam tebu di bibir mulut

Setiap kali menghadapi kegawatan ekonomi kenyataan yang pertama pakar ekonomi dan kerajaan ialah untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana atau SME. Seperti yang kita tahu ada dua kementerian yang menjuarai initiatif ini iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Kewangan. Betapa bersungguhnya kerajaan Malaysia berusaha membantu SME.

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan, Noh Omar berselang- seli dengan Timbalan Menterinya,, Saifudin Abdullah bercakap untuk membantu usahawan SME khasnya usahawan siswazah. Sehingga di kota London, Noh Omar bercakap dan mengeluarkan kenyataan semasa pertemuan palajar-pelajar Malaysia di sana.

Kementerian Kewangan pula menyeru bank-bank tempatan menyalurkan pinjaman kepada SME kerana sektor ini adalah pengalak kepada pembangunan ekonomi negara khasnya semasa kegawatan seperti initiatif yang sama di ambil oleh negara Jepun dan AS.

Tetapi kenyataan menteri-menteri dan kerajaan lebih dari menanam tebu dibibir mulut. Kenyataan-kenyataan popular ini hanya untuk menyedapkan rakyat dan meraih populariti di kalangan siswazah-siswazah menganggur kerana bimbang siswazah-siswazah ini akan menggunakan kepandaian mereka bangun menentang kerajaan.

Untuk disebutkan sebagai satu contoh, berlaku kepada anak seorang sahabat yang amat keciwa apabila anaknya yang sudah enam bulan menjalankan industri kecil-kecilan selepas graduat di alam bidang kejuruteraan telah gagal untuk mendapatkan modal pusingan hanya sebanyak RM50,000 dari SME Bank. Kegagalanya berpunca apabila pegawai SME Bank tersebut meminta cagaran tanah atau apa-apa cagaran untuk jaminan bayaran balik pinjaman.

Padahal sahabat tersebut telah bergolok-bergadai mengeluarkan modal asas sebanyak RM80,000 untuk anaknya memulakan perniagaan tersebut. Cuma perniagaan anaknya memerlukan tambahan sebanyak RM50,000 lagi untuk membeli bahan mentah kerana pasaran meningkat. Kekeciwaan ini telah menghilangkan kepercayaan sahabat ini kepada seruan-seruan kerajaan.

Kerapkali soalan-soalan untuk membunuh SME ini ialah: mana cagaran awak? mana penjamin awak? mana modal permulaan awak? Dan berbagai-bagai soalan lagi dan kadangkala langsung tidak melawat premis perniagaan pemohon telah mengagalkan pemohon.

Yang sebenarnya apa juga dasar, saranan dan kenyataan kerajaan hanya sekadar di peringkat atas sahaja (at the surface level), tidak turun kebawah jauh sekali untuk dihayati kesungguhannya oleh pegawai-pegawai pelaksana. Semua peringkat hanya bercakap untuk sedap mulut sahaja dan untuk pengaruh politik bagi mengekalkan kuasa manakala pegawai di bawah hanya memanaskan kerusi dan menanti untuk dinaikan pangkat.