Sunday, May 31, 2009

Kesilapan "Wira Tak Didendang" - 2

Kemelut perbahasan kepulangan Chin Peng telah menjadi emosional di kalangan orang-orang Melayu. Jaguh akhbar Melayu, Utusan Malaysia saban hari memainkan isu ini.
Hakikatnya terdapat kekeliruan dan samar-samar di dalam perjanjian kerajaan Malaysia dan PKM yang dilakukan oleh "Wira-Wira Tak Didendang".
Di mana "The Unsung Heroes" ini seperti yang diagungkan oleh Zam? Mereka harus tampil sekarang dan menjelaskan kepada rakyat negara ini apa sebenarnya intipati perjanjian yang mereka tangani tu.
Hari ini kesan dari perjanjian tersebut telah diputar-belitkan oleh Chin Peng. Yang sebenarnya Chin Peng tidak pun perlu pulang ke Malaysia tetapi hantunya telah berjalan, merayau-rayau dan merayap-rayap ke dalam urat saraf darah Melayu sehingga menaikan emosi yang tidak tentu pasal.
Melayu mula emosional dari rasional apabila menyebut sahaja nama Chin Peng. Pada hal Chin Peng di Bangkok sedang bermewah-mewahan dengan jutaan wang sumbangan parti-parti komunis dunia. Mungkin Chin Peng sedang ketawa berdekah-dekah melihat sandiwara Melayu ini.
Persoalannya, benarkah mereka ini WIRA seperti mana tulisan Zam, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia? atau mereka telah membelot kepada rakyat Malaysia dan perajurit kita?

Saturday, May 30, 2009

Chin Peng -: Baca Buku Wira Tak Didendang - Zainudin Maidin


Dari buku “Wira Tak didendang” tulisan Zainudin Maidin : –

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA
AND
THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA TO TERMINATE HOSTILITIES

The Government of Malaysia and the communist party of Malaya consistent with their common objective for peace, hereby agree to the following :

ARTICLE 3 – RESIDENCE IN MALAYSIA
3.1 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disband armed units, who are of Malaysian origin and who wish to settle down in Malaysia, shall be allowed to do so in accordance with the laws of Malaysia.

3.2 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, who are not of Malaysian origin, may be allowed to settle down in Malaysia in accordance with the laws of Malaysia, if so desire.

Thursday, May 28, 2009

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Simbol yang menakutkan Melayu suatu masa dahulu

Simbol ini melakarkan "Sabit" dan "Kapak". Sabit membawa lambang buruh petani dan kapak membawa lambang buruh industri. Komunisme sebagai anti kapitalisme menggunakan sistem sosialisme sebagai alat kekuasaan, dimana kepemilikan modal atas individu sangat dibatasi.
Prinsip semua adalah milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara merata. Komunisme sangat membatasi demokrasi pada rakyatnya, dan karenanya komunisme juga disebut anti liberalisme.
Sistem kapitalis telah menjarakkan yang kaya dan yang miskin. Yang kaya menghisap cigar beratus ringgit sebatang. Yang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Yang kaya berbelanja mewah di hotel-hotel lima bintang dengan hidangan Chinese Course dinner paling minima RM200 semangkuk sharksfin soup. Yang miskin sedang menunggu waktu pilihanraya untuk bantuan PPRT dan sekampit beras dan sedikit sumbangan tunai Rm300 setahun.
Yang kaya hanya "flash" credit card kepada Pusat Rawatan Pakar apabila sakit. Yang miskin kena tunggu satu jam untuk daftar dikaunter hospital Kerajaan.

Tuesday, May 26, 2009

Samarata. Samarasa

Kata Rais Yatim 1 : Tolak komunisme. Sentimen yang mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Kata Rais Yatim 2 : Rais cadang VIP tidak duduk selonggok dalam majlis. Susun atur majlis seolah-olah mendewa-dewakan VIP perlu dihentikan. VIP kerajaan perlu diajar bergaul dengan rakyat di peringkat akar umbi.

KOMEN:
Dalam ideologi komunis rakyat semuanya sama. Samarata, samarasa.

Protokol, birokrasi dan mengagung-agungkan pangkat, kuasa, harta dan darjat adalah tinggalan penjajah.

Gelaran-gelaran Sir, Lord, Datuk, Datuk Seri, Tan Seri, Tun dsbnya adalah warisan penjajah untuk memisahkan yang kaya dan yang miskin. Petani dan bangsawan.Yang bodoh dengan yang cerdik.

Dengan gelaran-gelaran Dato’, Tan Seri dsbgnya juga status Pariah pun akan gugur dengan sendirinya. Dan mereka bolih duduk sama tinggi dan sama rendah dengan warganegera lain khasnya Bumiputera.

Sunday, May 24, 2009

Parti Komunis Malaya pun dah berblogging

PERKENALAN BLOG www.matamin.blogspot.com

Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai sudahpun berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan-pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana. Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya.

Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.

Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air,tapi blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbangan mereka tidak dapat dinafikan.

Mengangkat senjata menentang penjajah bukanlah sesuatu yang salah, juga tidak bermakna menolak berjuang secara aman, tetapi situasi telah mendorong ia harus dilakukan.

Ramai yang merujuk kepada PKM sebagai organisasi keganasan dan zalim kerana melancarkan perjuangan bersenjata, malah PKM dikatakan dimiliki orang Cina yang ingin menjajah Tanah Melayu, pada hal ini semua tidak benar sama sekali. PKM berlandaskan ideologi komunis yang bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi. Ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Kerana itulah blog ini ingin memaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong ini diperbetulkan.
KOMEN:
Di sekitar tahun 60an dan 70an Mummy dan beberapa rakan di kampong mencuri-curi dengar Radio Revolusi Malaya. Kami tidak tahu dari mana ia dipancarkan.
Ketika itu apa yang menjadi "trill' kami ialah maklumat-maklumat dan propaganda Komunis itu kami "compare" dengan maklumat semasa sejauh mana kebenarannya. Kami juga mencari-cari stesyennya kalau-kalau terdengar bunyi tembakan.
Hari ini masa berlalu dan bekas PKM telah bijak berblog untuk menyampaikan perihal sejarah kegagalan mereka.

Saturday, May 23, 2009

Rosmah membentang kertas kerja mengenai Pemikiran Antarabangsa

Berita Harian 22/5/2009
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan membentangkan kertas kerja pada Persidangan Pemikiran Antarabangsa (ICOT) Ke-14 kali pertama diadakan di Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 22 Jun hingga 26 Jun depan.


Selain Rosmah, ICOT kali ini membabitkan lebih 200 pembentang kertas kerja oleh golongon profesional, pengamal korporat, pendidik serta penyelidik terkenal dalam bidang pemikiran termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Edward De Bono, Tony Buzan dan Profesor Howard Gardner.

KOMEN:
Ternyata Rosmah bukan calang-calang isteri Perdana Menteri apabila diberi peluang membentangkan kertas kerja mengenai pemikiran antarabangsa didalam International Conference of Thinking.

Pembentang-pembentang yang sebaris dengan Rosmah ialah mantan PM Tun Dr Mahathir, pelopor lateral thinking Dr Edward De Bono, Tony Buzan dan Prof Howard Gardner.

Mungkin Tun Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali yang merupakan di antara doktor wanita Melayu yang pertama harus juga diberi peluang membentang kertas kerja dari perspektif pengurusan suami Perdana Menteri.

Wednesday, May 20, 2009

Prabakaran terbeliak biji mata kena tembak

Berita Harian online 20/2/2009
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas polis menggagalkan hasrat sekumpulan 100 orang mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Kedutaan China di Jalan Ampang di sini, hari ini, bagi membantah tindakan China yang mereka dakwa membantu kerajaan Sri Lanka dalam menghapuskan kumpulan pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Tindakan polis mengadakan sekatan jalan di semua laluan yang menghala ke bangunan kedutaan itu, sejak awal pagi, berjaya menggagalkan perhimpunan oleh kumpulan itu yang mendakwa China membekalkan kelengkapan ketenteraan dan bantuan kewangan kepada kerajaan Sri Lanka.

KOMEN:
Apa maknanya semua ini? Pernah ada kenyataan bahawa pada peringkat awal Vanupillai Prabakaran bersembunyi di Malaysia. Hari ini ada pula kumpulan-kumpulan yang bersimpati dengan LTTE yang cuba bertindak ganas untuk tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan China. Persoalannya mengapa Malaysia?

Semua ini membawa isyarat bahawa sudah berputik benih-benih LTTE di negara ini. Sedar atau tidak mereka sedang bergerak di atas nama Hindraf, Mindraf dsbnya.

Lubuk-lubuk mereka ialah di ’scrapyard’ dan gudang-gudang besi buruk dan barang lusuh. Semangat-semangat mereka disuburkan di dalam filem-filem ganas Tamil yang berleluasa di negara ini.

Kita yakin pihak keselamatan negara sedang menghidu jejak langkah mereka ini. Kita sebagai rakyat yang mencintai keamanan harus melihat kiri dan kanan dengan siapa kita berurusan seharian.

Peperangan di Bosnia harus menjadi pengajaran bagi kita.

Thursday, May 14, 2009

Lawatan ke Indonesia sebagai “habuan” kekalahan PRK Bukit Selambau

Angin meniup kencang di utara. UMNO Bahagian Merbok membuat kejutan apabila semua anggota Ahli Jawatankuasanya di bawa oleh Ketua Bahagian melawat Indonesia hari ini sebagai habuan kerja teruk menghadapi kekalahan PRK Bukit Selambau.

Di dalam situasi UMNO menghadapi kegawatan politik di Perak, situasi ekonomi negara yang tidak menentu dan yang paling meruncing situasi kekalahan teruk PRK Bukit Selambau baru-baru ini, nampaknya semua ini bukan menjadi perkiraan utama perjuangan UMNO Bahagian Merbok.

Di dalam kebuntuan rakan-rakan UMNO mereka di Perak mereka masih boleh "bershopping" menghabiskan saki-baki peruntukan PRK Bukit Selambau yang lepas. Mereka masih boleh menagih habuan kerana mungkin mereka berada di dalam zon selesa.

Kekalahan PRK Bukit Selambau bukan satu pengajaran bagi mereka tetapi satu hadiah besar untuk mereka membuat lawatan ”sambil belajar’ ke negara Indonesia. Mungkin mereka boleh belajar dari ”sepak terajang” politik negara jiran ini.

Sejauh mana DS Najib akan dapat menangani sikap pemimpin-pemimpin yang sebegini rakyat sedang memerhati dari jauh. Begitu juga sejauh mana kekesanan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shafiee Apdal memantau tingkah laku ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Kedah juga pengundi (RAP) di dalam negeri Kedah sedang melihat.

Kata SB Rakyat mungkin ini adalah hasil dari post mortem mereka?

Tuesday, May 12, 2009

Penghinaan kepada Raja-Raja Melayu

Insiden di Perak adalah bibit-bibit kejatuhan kuasa Melayu. Melayu berpecah bukan retorik lagi.
Yang malangnya perpecahan dan kejatuhan ini berlaku dengan penuh penghinaan khasnya kepada Raja-raja Melayu.

DAP akan berjaya membawa negara ini kearah negara republik seperti Singapura dan Anwar Ibrahim menjadi alat DAP.

Lihat apa berlaku di Pulau Pinang apabila Gavenor sudah tidak dijemput lagi dalam mana-mana majlis resmi Kerajaan negeri. DAP ingin memansuhkan terus kuasa-kuasa raja-raja Melayu.

Yang malangnya generasi-generasi hari ini langsung buta sejarah. Sejarah bagi mereka hanyalah seperti sebuah cerita dongengan penglipur-lara.

Raja-Raja bagi mereka hanyalah simbol seperti gambar di dalam wang-wang kertas ringgit Malaysia yang mereka berbelanja setiap hari.

Jika Melayu masih tidak slagi edar dan bersatu maka lahirlah satu lagi negara republik di rantau ini.

Monday, May 11, 2009

Awas, akar umbi UMNO akan reput

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, parti itu tidak boleh lagi bersandarkan sentimen dan ingatan nostalgia perjuangannya membela bangsa, agama dan negara kerana ia masih tidak mencukupi untuk mendapat sokongan rakyat.

Katanya, persekitaran politik sekarang sudah jauh berbeza, termasuk masyarakat dan pengundi yang lebih terdidik dan bermaklumat hasil kejayaan dasar yang diperjuangkan Umno ketika ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Nampaknya DS Najib sudah mula bercakap atas realiti dan hakikat yang sebenar. Anggapan selama ini UMNO besar dan berkuasa menentukan kerajaan nampaknya sudah lapuk dimakan zaman.

Jika DS Najib sudah mula turun ke Petaling Street, Jalan Mesjid India dan Puduraya apa kata DS Najib juga turun ke bawah bertemu ketua-ketua cawangan di akar umbi kerana mereka inilah pemimpin-pemimpin kecil yang sering disisih presiden parti. Suara-suara kecil mereka selalu ditapis oleh ketua-ketua bahagian.

Elak dari hanya bergantung maklumat dari ketua-ketua perhubungan negeri dan ketua-ketua bahagian kerana mereka ini kebanyakan tidak memberi gambar yang tepat diperingkat akar umbi kerana masaalah-masaalah di cawangan semuanya disapu kebawah karpet. Malah tidak kurang ramai juga yang berkepentingan diri untuk melobi menjadi wakil rakyat dan paling tidak pun melobi projek-projek mega kerajaan.

Alasan tidak ada masa kerana kesibukan menjadi Perdana Menteri juga sudah lapuk kerana pengurusan masa harus cekap disusun dan rapi oleh setiausaha-setiausaha keliling pinggang dari sulit sampai politik.

Yang utama akar jangan reput kalau akar reput pokok yang ratusan tahun pun akan tumbang dengan sekelip mata tanpa disedari.

Thursday, May 7, 2009

*Jeha dan *Lahuma mati ditelan Benten dan Power Rangers

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan. Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang PPSMI ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain.

KOMEN:
Tahniah kerana mereka sanggup mengorbankan anugerah rakyat kepada mereka dan mereka sedar bahawa anugerah ini adalah hak rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat.

Sepatutnya mereka menolak anugerah ini lebih awal sebelum menerima pencalunan dahulu. Mungkin ketika itu mereka masih hebat dan disanjung tetapi apabila mereka mula sedar mereka sudah tidak ”relevant” lagi di dalam mengharungi badai media baru kini mereka merasa ketinggalan. Apabila merasa tersisih dan sunyi mereka membuat keputusan untuk menolak anugerah ini setelah sekian lama menikmati kebanggaan dan sanjungan dengan ”title” tersebut.

Arus, badai dan gelombang media baru hari ini seperti menyisih langsung para sasterawan negara. Generasi hari ini khasnya cucu-cucu dan cicit-cicit mereka dibesarkan dengan Googles, Facebook, Blog, Friendster dan lain-lain.
Cucu-cucu mereka telah melupai langsung novel-novel Salina, Sungai Mengalir Lesu, Rentung, Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain malah jauh sekali untuk mengkaji dan mengupas teks-teks novel mereka seperti satu ketika dahulu.

Mereka yang sebenarnya sedih apabila *Jeha dan *Lahuma telah ketinggalan zaman ditelan oleh Benten dan Power Rangers.
*Untuk generasi yang tidak tahu siapa itu Jeha dan Lahuma sila rujuk - Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, mengisahkan kehidupan golongan petani di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah; Lahuma, Jeha dan anak-anaknya yang tujuh mengharungi perit-maung hidup dengan hasil tanaman padi mereka. Saban tahun padi-padi itu tidak diperoleh dengan sewenang-wenangnya. Pertama, semak-samun bendang perlu dibersihkan sebelum semaian dapat dipindahkan ke sawah.

Tuesday, May 5, 2009

PRK Penanti - UMNO telah keciwa dengan demokrasi

Utusanonline - 5/5/2009

KUALA LUMPUR 4 Mei - UMNO masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Biro Politik UMNO yang bermesyuarat tengah hari ini juga tidak membincangkan perkara itu.

"Mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini membincangkan banyak perkara dan Pilihan Raya Kecil DUN Penanti bukan salah satu daripadanya. Perkara itu belum diputuskan lagi,'' katanya.

KOMEN:
Rakyat atas pagar tertanya-tanya dan tidak begitu faham mengapa UMNO begitu susah untuk membuat keputusan untuk bertanding atau tidak dalam PRK DUN Penanti.

Apa juga muslihat pihak PKR atau PAS dalam isu ini seharusnya UMNO tidak terjebak dalam krisis PKR, PAS dan DAP kerana yang di katakan Pakatan Rakyat nampaknya sudah tidak dapat berpakat lagi. PAS mula menyedari mereka telah dikuda kepangkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim. Retak sedang menanti belah.

Apakah UMNO sudah tidak yakin lagi dengan sistem demokrasi negara ini di mana kuasa rakyat harus menjadi keutamaan. Pastinya penyokong-penyokong tegar UMNO di Penanti akan keciwa kerana tidak dapat memangkah calun UMNO atau BN di dalam PRK ini kelak jika UMNO tidak bertanding.

Tun Mahathir pernah berkata dalam mana-mana pertandingan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

Friday, May 1, 2009

Lebih ramai tauke-tauke Cina di luar negara akan kembali setelah dasar 30% ekuiti Bumiputera dimansuhkan.

The Star - Friday May 1, 2009

Malaysian tycoons in US set sights on home now
By LIM AI LEE

NEW YORK: Several Malaysian entrepreneurs who have made their fortunes here are setting their sights on home following the government’s liberalisation of the services and financial sectors.

They felt the time was right to channel funds to Malaysia where new opportunities have opened up as the United States is experiencing its worst recession.

Datuk Stanley Cheah, founder of the chain of Penang and Nyonya restaurants in the United States, was happy that Malaysia was now moving in the right direction to compete in the global market.

He welcomed the removal of the 30% bumiputra equity requirement for 27 sub-services, including health, tourism, computer and transport services, adding that it would provide a more conducive business environment in the wake of global challenges.

Cheah is looking at investments in the tourism and construction sectors, adding that the economic slowdown in Malaysia offered an opportunity to pick up some choice properties.

This is not the first time that Cheah is investing in Malaysia, having set up the popular Asia Cafe food court in Subang Jaya five years ago.

“I will probably scale down my business in the US and expand the Malaysian side. I hope to retire in Malaysia one day; it is my home,” said Cheah, who has lived in the United States for 18 years and owns eight restaurants here.

Another restaurateur, Michael Bong, who operates the famous Laut Restaurant near Broadway, is also keen to invest in Malaysia, saying he had started discussions on tourism-related businesses in Kuala Lumpur and Malacca.

KOMEN:
Nampaknya kesan dari dasar liberalisasi yang baru diumumkan DS Najib dengan pemansuhan 30% equiti Bumiputera dalam sektor perkihidmatan dan kewangan telah menampakkan hasil dengan sekelip mata. Dasar ini telah memikat dua tauke besar pengusaha restoran rakyat Malaysia di AS untuk kembali melabur di Malaysia.

Persoalannya adakah tauke-tauke restaurant di AS ini kembali melabur ke tanah air mereka sendiri kerana dasar pemansuhan equiti 30% Bumiputera atau kerana Bumi Malaysia ini telah maju dan memang ”viable” untuk perniagaan mereka?.

Umum mengetahui dengan sikap peniaga-peniaga Cina bahawa mereka cukup berhati-hati dengan setiap ringgit pelaburan mereka, apa lagi kalau pelaburan mereka tidak menyakinkan pulangannya.

Apakah dasar selama ini meletakkan syarat bahawa pengusaha-pengusaha restoran Cina di Malaysia mesti melibatkan 30% equiti Bumiputera sehingga kerana faktor ini membuat mereka membawa diri ke AS untuk membuka restoran di sana?

Apa pun kesuburan pelaburan di bumi Malaysia hari ini kerana dasar pemimpin yang terdahulu.