Sunday, July 12, 2009

DAP Kedah kembali bertaut dalam PKR setelah dihadiah pusat proses Babi

Bak Kut Teh
YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.

KOMEN:
Sejak bila pula Babi disembelih? Sejauh mana Ustaz Azizan nak jamin ”zero discharge”? Air Babi yang dikitar semula nak dibuat mandi atau basuh baju?

Apabila dikatakan ”zero discharge” rakyat yang beragama Islam perlu tahu sedalam-dalamnya bagaimana tulang-tulang babi, kulit babi, kuku babi, bulu babi, gigi babi diuruskan selepas bangkai Babi dibuat sup ”Bak Kut Teh”.

Apakah Ustaz Azizan nak ”recycle” bahan buangan Babi atau Kerajaan PAS nak wujudkan industri hiliran berasaskan tulang Babi di Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong.

Hakikatnya penduduk Sungai Toh Pawang menjadi mangsa kerana kampung mereka dijadikan hadiah pusat proses Babi oleh Kerajaan PAS Kedah kepada DAP Kedah untuk mereka bertaut kembali dalam PKR Kedah.

20 comments:

  1. incoduntuk keselematan blog anda sila buang flag blog di atas segera. layari alamat ini untuk tahu mengapa dan caranya. jika lambat terdelete le blog anda oleh mereka yang tak bertanggungjawab.http://penembak-tepat5.blogspot.com/2008/10/bagaimana-membuang-flag-di-blog-anda.html

    ReplyDelete
  2. pasal babi tak payahlah politik, benda macam ni tak pernah diajar disekolah, malu lah kat budak2 sekolah. ko orang yang cerdik pandai guna otak tu baik2 lah sebelum allah ambil anugerah akal yg waras tu sebelum jadi gila, macam abang aku yg kuat bn tu dah jadi GILA. itulah hakikat selagi tak terhantuk tak sedar diri, lupa kepada Allah, bila dah gila baru gila ke masjid.

    ReplyDelete
  3. Sejak bila pula Babi disembelih? Sejauh mana Ustaz Azizan nak jamin ”zero discharge”? Air Babi yang dikitar semula nak dibuat mandi atau basuh baju?...sangat sukar untuk diyakini bahawa tiada sisa effluent yg akan terlepas dari proses menyiang babi ini.

    malahan selepas ini mungkin orang2 pas akan merasa was2 selepas berjabat tangan dengan ustaz Azizin dan balik rumah terpaksa gali tanah satu hasta untuk samak dan membuang was2 akibat bersalaman dengan pemimpin pas yg dah terpukau dek penangan LKS ini.

    ReplyDelete
  4. buat pemimpin islam 'especially' pemimpin pas:-
    -bukan ke haram menjual / menyediakan sesuatu yg semmgnya haram?

    - mahu bg mkn benda haram buat generasi akan dtg?

    - dan mahukah melahirkan genarasi haram? (mknan yg haram tu kan jadi darah daging)

    soalan cepu emas:-
    - itu kah perjuangan PAS selama ni?

    -lupakah pd wabak JE yg melanda dunia terutama malaysia ketika itu
    dan kini H1N1 dan baru2 ini 2
    malah 2lagi virus baru telah ditemui dlm binatang itu?

    oh lupa islam dalam pas 'konfem' masuk syurga
    islam dalam pas yg haram itu halal yg halal itu haram
    o0o lupe PAS buat takpe mgkn neraka utk mereka ada aircond

    PAS --> (Pe2 la Asal Selamat)

    saya mmg xde side mane2 sbb saya ni budak lg
    tp kalo camni mmg hilang respect pd pas pd pemimpin2 pas
    terutama pd Nik Aziz(tak layak di gelar Tuan Guru) dll lain2 yg rase dia seangkatan..

    ReplyDelete
  5. Akom Mummy,,..

    Amboi,,,mummy kira nak tembak saja noo,,bg la peluang dia buktikan dulu,,kita sama sama tgk macamana diana kbuat,,,kita dok negara kita mcm nie kena lar adil pada semua bangsa dan ugama,,,walaupun babi tu haram sesungguhyna haram,,.tp kenalar ada cara nya untuk menguruskan supaya dia tak jadi bahan memecah belahkan masyarakat,,,dia tau lar mcm mana nak buat,,,

    ReplyDelete
  6. Aku rasa ini langkah paling bijak Kerajaan PAS Kedah kerana pandai menjaga hati DAP dan orang-orang bukan Islam di Kedah. Kita kena akui, depa adalah penyokong-penyokong dan tentunya yang mengundi PAS dalam PRU 12 lalu. Tak kan bila dah tutup Pusat Cucuk Babi di Kampung Berjaya, tak ada gantinya. Tentu tak patut!

    Kalau semua tempat di Kedah pakat tak mau, susahlah Kerajaan. Kampung Sungai Tok Pawang memang sesuai. Bagus la kalau hang kata semua penduduk di situ setuju.

    Sebelum ni pun kalau kita lalu kot Kampung Sungai Tok Pawang, memang baunya tersangatlah sedap!!! Tak lama ni bila ada Pusut Cucuk Babi, lagi sedaplah baunya.

    Bagus la kalau hang kata semua penduduk di situ setuju. Lagi pun di situ belum ada lagi projek Kerajaan PAS Kedah. Dapat Pusat Cucuk Babi ini pun dah cukup. Untuk sementara ni, tak payahlah dibuat projek lain kat situ.

    ReplyDelete
  7. EEErrrrrr...

    Babi nie...ada di Malaysia saja ka?? Binatang nie baru wujud ker?

    EEErrrrr...

    Dah 50 Tahun merdeka...baru terasa babi ujud??

    Sori saya berkecuali kiri tak kanan pun tak..cuma rasional saja..

    ReplyDelete
  8. Mummy,
    Baik juga disedia satu tempat khas untuk "bunuh" babi jika tidak babi akan dibunuh bebas di ladang-ladang getah, kelapa sawit, belukar dan tepi-tepi sungai.Depa yang makan babi jika tak makan dua tiga hari, boleh jadi gila babi. Babi-babi jika tak bunuh nanti membiak bukan tak tau binantang ni senang biak, habis kampung, pekan dan bandaraya alor setar, dia merayau. siapa yang susah. Nak ekport ke negeri-negeri jiran pun tak laku kerana negeri mempunyai bekalan yang melebihi dan permintaan. Jangan takut hasil zero discharge dikitar semula jadi new water, kedah boleh eksport ke singapura. he.. he. I'm seriously joking la.

    Pro Zam

    ReplyDelete
  9. Pusat Lapah Babi.tolong guna ayat ni lepas ni.

    ReplyDelete
  10. Isu ini telah berlaku 30 tahun dulu lagi. Apakah tindakan yang dilakukan oleh UBN. Kenapa sekarang baru nak heboh, sepatutnya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Kedah kerana ambil perhatian masalah tersebut

    ReplyDelete
  11. Terima kasih lah Ustaz Azizan sebab buat tempat baru utk babi-babi ni..tak pa aih..ustaz hampa tu kan yang dok perintah Kedah. Bagus lah no..banyak betoi jasa ustaz Azizan ni. MB UMNO dulu semua bukan buat apa. Semua ngang-ngang. Yang pandai Ustaz Azizan jugak. Tu yang Komplek Belia dan Sukan di Baling tu Pas yang buat gak tu.Titi Semeling tu pun Pas yang buat. Pekan Rabu, UITM Merbok, MRSM Merbok tu semua Pas yang buat. Cuma hampa tak mau heboh saja. Projek-projek agensi kerajaan pun, ahli Pas yang dok conduct semua. Hampa buat habis kat geng-geng hampa. Program kat imam-imam hampa. Pas memang bagus.Kerja rasmi turun temurun ialah pacak bendera.Pas memang baguih. Pegang Harakah ke hulu ke hilir, senyum lebih dari senyum PM kepala dongak kat langit sebab darjat tinggi.Bagi salam lepas tu semua orang tak betul. Periuk nasi untuk anak bini tu lah diludah hari-hari tapi tetap digaul-gaul dibuat makan. Pas memang baguih!!!

    ReplyDelete
  12. UMNO VII

    Nak lapah pun kena cucuk bagi mati dulu. Elok guna Pusat Cucuk Babi!

    Anonymous

    Tak kan pasai tutup Pusat Cucuk Babi nak kena bagi terima kasih kat Kerajaan PAS Kedah? Muua muua muua! Kalau bina atau rasmi surau (itupun belum tentu PAS boleh buat) patutlah nak bagi terima kasih! Muua muua muaa! Nak tergelak la tu!

    ReplyDelete
  13. Pas ambil perhatian dan prihatin pasal babi ni untuk dipolitikkan. Sapa dulu yg pernah gelar Tun. Abdullah (sebagai badwi yg jaga babi) kalau bukan pas.

    ReplyDelete
  14. apa nak heran aii.. poster PAS dulu pun menjanjikan masa depan lebih cerah untuk babi .. ayatnya "babi, masa depanmu terjamin"telah berjaya direalisasikan oleh PAS .. Syabass

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Saya merasakan apa yang Azizan buat di Kedah sama seperti kes Babi Di Sepang Selangor yang mahu diwujudkan tempat khas oleh PKR (Khalid Ibrahim)dengan peruntukkan RM 1 juta,,persoalan disini sedarkah bahawa binatang yang bernama BABI ini sering mendatang kesan serta penyebaran wabak penyakit kepada manusia dan yang terbaru H1N1. Selain itu, apa kejadahnya buat pusat penyebelihan babi banyak-banyak kerana berapakah sangat bilangan penduduk Malaysia yang makan babi dan saya tidak pernah dengar isu kekurangan daging babi terutama semasa sambutan tahun baru cina...ada baiknya Kerajaan PAS Kedah membuat pusat penyebelihan Ayam kerana sudah pasti semua rakyat Malaysia makan dan isu ayam sentiasa menjadi topik perbualan terutama semasa musim perayaan baru dimanakan kerajaan yang prihatin

    ReplyDelete
  16. Kalau babi dah dibenarkan ternak seluruh Mesia - tentulah kena ada tempat cucuknya. Takkan nak 'tinkan' sekor sekor dengan taiknya sekali...

    Selain menyentuh babi, makan babi, menternak bani tentulah menyokong babi juga termasuk dalam kategori najis berat.

    Dalam hal ni, biarlah Ustaz Azizan tanggung semua isu babi2 ini seperti lain2 MB diseluruh Mesia.

    ReplyDelete
  17. alahai awat masa UMNO dulu tak roboh tempat sembelih babi padahal hangpa dak perintah Kedah 50 tahun. Pas roboh UMNO la pula nak bising, jadi tapak haram tu masa UMNO dan tempat baru kenalah dapat persetujuan semua pihak, Pelik UMNO ni.

    ReplyDelete
  18. Bukan nak bersangka buruk tapi manusia ni bersikap nak mudah dan senang kerja saja..Perkara ni mestilah dipantau dari masa kesemasa sehingglah kiamat - "mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," tidak kira siapa pun yg memerintah nanti.

    ReplyDelete
  19. Salam,
    biarkan babi dengan babinya...
    awat tak dak cerita lain ka? pasai babi pun nak kecoh...

    babi pun "malu" sal dia jadi babi, cek oii, nikan "orang" sibuk2 cita pasai babi...

    bayak cita lain yang boleh di citakan...

    ReplyDelete
  20. Lepas ni PAS akan buat fatwa makan babi harus sebab dah banyak sangat babi daripada lembu

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.