Tuesday, July 28, 2009

Negara kehilangan seorang tokoh di sebalik tabir

Di dalam kita baru saja mengenang pemergian Mikael Jackson dan Yasmin Ahmad, Mummy juga baru sahaja kehilangan seorang rakan dan sahabat yang Mummy kira tokoh disebalik tabir yang tidak semahsyur MJ dan Yasmin.

Tokoh tersebut ialah Dr Mahadzer Mahmud, 47, Director Infrastructure Research and Development Center Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Beliau yang merupakan salah seorang pakar dalam kajian tanah runtuh di negara ini telah pulang ke rahmatullah pada 28 July 2009 jam 12.15 malam di Hospital Kajang kerana serangan jantung.

Beliau banyak membantu Mummy dan beberapa wartawan lain semasa membuat liputan tragedi Tsunami dan kejadian-kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi di negara ini di mana yang terakhir sekali ialah di Bukit Antarabangsa.

Seorang jurutera yang berkhidmat penuh professional dan dedikasi yang dikira pakar kajian tanah runtuh ini tidak pernah ditonjolkan dan mahu menonjolkan diri.

Tetapi setiap kajian beliau digunapakai oleh JKR dan kertas-kertas teknikalnya digunakan oleh pemimpin-pemimpin negeri khasnya Selangor dan Pulau Pinang untuk membuat kenyataan akhbar semasa kejadian tanah runtuh.

Marilah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan para-para wali dan anbiya.

11 comments:

  1. As-Salam MummyR,..
    ان لله و ان اليه راجعون

    Moga2 Roh Arwah di tempatkan brsama2 org2 yg soleh..amiin..

    http://brobrotherhood.blogspot.com/2009/07/mj-mikaeel-murder-conspiracy.html

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah, semoga rohnya berada bersama orang yang dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. Di Msia ini mereka yang pandai bodek orang politik sahaja yang dapat iktirafan.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah..
    Betul tu Mami, Political statement tidak sama dengan Technical statement.
    Kejadian Bukit Antarabangsa, MB Selangor hanya berani membuat statement selepas mendapat lampu hijau dari kajian kejuruteraan.
    Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama roh-roh orang yang beriman.

    ReplyDelete
  5. sekali masa tpt mummy duk di kl dulu bermasalah..masa mumy kluaq tv bg statement.hehehe

    ReplyDelete
  6. salam

    Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT

    ReplyDelete
  7. jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..

    ReplyDelete
  8. Alfatihah.
    Beliau bekas Profesor di UTM Sekudai dan pernah menjadi Presiden KLUIC yang merupakan Kolej IKRAM.
    Bidang beliau lebih kepada slope analysis dan geotechnical Engineering.
    Honestly was he 47?
    I think he must be 50 something.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.