Tuesday, September 29, 2009

TUN Abdullah Badawi juga layak dilantik penasihat

Dr. M selesa jadi penasihat melalui blog, ucapan

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau lebih selesa menyuarakan pandangan serta nasihat mengenai banyak perkara terutama isu-isu negara melalui blognya dan ucapan-ucapan yang disampaikan di majlis-majlis awam.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjadi penasihat rasmi kepada kerajaan ataupun parti seperti yang dicadangkan beberapa pihak.

"Saya memang sudah bagi nasihat melalui blog dan ucapan. Saya bagi nasihat pada semua orang... saya adalah penasihat am kepada seluruh negara.

"Sama ada anda suka nak dengar nasihat dan pandangan saya, saya tak peduli saya bagi saja," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Pentadbiran Korporat 2009 di sini hari ini. (Utusan Online 29/9/2009)

AS I SEE IT :
Jika Tun Mahathir lebih selesa menjadi penasihat melalui blogging dan ucap-awam bagaimana pula dengan bekas PM Tun Abdullah Badawi? Apa nasihat Tun Abdullah berhubung dengan cadangan supaya Samy Vellu, Presiden MIC bercuti selama 20 tahun?

Saturday, September 26, 2009

Sampah di Alor Setar dan Selcat di Selangor

Semua Media telah mendedahkan kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.

Dan beliau menafikan ini adalah kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat.

Dalam masa yang sama di Selangor, Persuruhjaya PAS Selangor, pakar motivasi Ustaz Hassan Ali dikecam hebat oleh Pakatan Rakyat kerana menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Selcat berhadapan dengan kritikan ekoran pendirian pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Hasan turut mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula. Hasan menambah, kononya beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan.

Berbalik kepada isu sampah di Kedah, apakah MB Kedah juga bermain politik dengan pegawai-pegawai pentadbiran negeri untuk mengambil pendekatan Hassan Ali takut menegur pegawai-pegawai daerah dan Datuk Bandar?

Yang sebenarnya mereka takut untuk menegur pegawai-pegawai ini kerana takut dihinggap kurap kepada parti mereka yang kelak akan menjerumuskan PAS ke dalam telaga buta.

Persolannya siapakah yang pantang menerima teguran dan siapa yang sedang bermain politik? Pakatan Rakyat? PAS? Hassan Ali? Selcat atau Pegawai-Pegawai?

Monday, September 21, 2009

Tidak mudah Samy Vellu untuk melepaskan jawatan

Najib, pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata Samy Vellu ada berjumpa beliau sebelum pemilihan MIC Jun lepas di Kuching untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.

Perjumpaan itu untuk memaklumkan kepada Najib bahwa beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.

Yang sebenarnya untuk seseorang pemimpin yang telah memegang kuasa selama 28 tahun bukanlah satu perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan. Ianya tidak sama seperti perletakan jawatan mana-mana pegawai kerajaan, pekerja swasta atau mana-mana pekerja kilang.

Tampuk kuasa yang dipegang selama 28 tahun melalui cekaman kuku politik yang kuat samalah seperti pokok besar yang telah berakar umbi di mana akar dan tunjangnya telah menjalar di merata tempat sehingga menimbulkan masaalah kepada pokok-pokok lain.

Sepanjang berkuasa selama 28 tahun dan telah memegang jawatan penting sebagai Menteri Kerja Raya juga salah seorang menteri kanan sudah pastinya beliau telah melalui berbagai liku-liku di dalam pengubalan dasar di kementerian.

Mungkin harus diingat semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya lah banyak projek-projek mega dan supermega yang diuruskan di bawah kementerian beliau. Ekonomi negara pada masa itu begitu makmur dan projek-projek lebuhraya bersusun atur untuk ditender, dirunding atau ”direct award”.

Di dalam menguruskan projek-projek besaiz besar sebegini sudah pastinya ada lubang-lubang yang dibuat, sama seperti bermain dengan lobang-lobang congkak. Ada lubang yang telah dikambus, ada lubang yang belum dikambus dan ada lubang yang hangus malah ada lubang misteri yang tak tahu apa nak dibuat dan apa akan berlaku.

Lubang-lubang misteri inilah yang perlu berhati-hati, takut-takut tersilap diserah kepada pewaris harta yang tidak ”friendly” akibatnya kelak akan memakan diri sendiri.

Jika ini berlaku beliau tidak akan dapat mempertahan diri lagi kerana ketika itu beliau sudah tidak berkuasa. Kes-kes Fujimori, bekas Presiden Peru dan Ferdinand Marcos, bekas Presiden Filippina harus dijadikan pengajaran.

Inilah yang paling ditakuti dan sedang dihantui oleh Samu Vellu. Perletakan jawatan beliau bukan sahaja setakat peralihan kuasa tetapi yang lebih penting ialah peralihan harta. Malah akibat yang paling ngeri ialah jatuh status kasta dari kasta yang tinggi sehingga ke tahap menjual botol dan besi.

Saturday, September 19, 2009

Bagan Lalang - Isa Samad a recycle candidate

(Staronline 19.9.2009)
PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Isa Samad should not be nominated as candidate for the Bagan Pinang state by-election, Tun Dr Mahathir Mohamad said.

He said Umno’s image would be affected and it would be regarded as not being serious in fighting money politics if the party chose a candidate already found guilty of political corruption.

“Even if he can win there, we have to consider what the whole of Malaysia thinks of Umno,” he said yesterday.

AS I SEE IT:
How desperate and exhausted UMNO in sourcing young capable of high integrity leaders if they were to keep on recyling candidates.

Are they giving space for Anwar Ibrahim to dance on the floor?

Friday, September 18, 2009

Tun, disebut jangan dikenang pun jangan

Kata Tun "Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin UMNO kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada UMNO.

"Saya duduk dalam UMNO dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.
(Utusan Malaysia)

AS I SEE IT
Nampaknya bukan setakat paria sahaja yang patut memohon maaf tetapi juga Nazri Aziz dan Mahadzir Khalid.

Kalau mereka tidak membuat demikian bermakna mereka lebih teruk dari paria dan Samy Vellu.

Mungkin lafaz mohon maaf nya patut berbunyi "Tun, maafkan kami. Jangan lagi disebut dan jangan lagi dikenang. Disebut jangan dikenang pun jangan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

Thursday, September 17, 2009

Laporan Polis, Laporan Polis, Laporan Polis, Laporan Polis....

Wakil IRIM, Maiden Mohamed (tiga dari kiri) dan Pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan, Mohd Fazil Willian Abdullah (dua dari kiri) bersama ahli mereka berbincang selepas membuat laporan polis terhadap perwakilan MIC M. Sukumaran berkaitan usul mengalungkan selipar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibupejabat Polis Brickfelds, Kuala Lumpur. - Utusan

Seperti satu trend di kalangan NGO, Parti Politik dan mana-mana pertubuhan dalam Negara ini apabila berbangkit isu-isu panas dan sensasi maka semangat mereka berkobar-kobar dan terus membuat lapuran Polis.

Mereka membawa rombongan-rombangan penyokong mereka ke balai Polis dan sebaik sahaja keluar dari Balai Polis tersebut maka akan ada media-media yang akan mengambil gambar mereka untuk disiarkan pada muka depan, muka dua atau muka tiga.

Persoalannya di sini apa jadi dengan lapuran-lapuran Polis yang telah mereka buat selepas daripada itu? Apakah susulannya dan yang penting keputusannya.

Mungkin kalau dikumpul laporan-laporan yang telah dibuat ini ia boleh dijilid menjadikan satu ensaiklopedia untuk bahan rujukan pelajar akademi Polis.

Meminjam dialog Labu-Labi : "Laporan Polis....Laporan Polis...Laporan Polis...Laporan Polis...Laporan Polis....."

Monday, September 14, 2009

Paria naik tocang

Semalam golongan paria dalam MIC mencadangkan diletakkan 'kalungan selipar' pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

”Sukar untuk memisahkan MIC dengan Samy Vellu kata Muniandy, salah seorang perwakilan.yang juga mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang dan menyifatkan Samy Vellu sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Paria-paria ini menggangap Samy Vellu seperti tuhan mereka. Inilah akibatnya memberi betis kepada paria-paria berada dalam Kerajaan ini.

Langsung tidak menghormati bekas pemimpin yang telah banyak berjasa bukan sahaja kepada paria tetapi kepada rantau ini.

Sebab itulah Bristish meletakan mereka ini di dalam estate-estate untuk menoreh getah pada siang hari dan dibina kedai tuak untuk mereka menikmati tuak pada malam hari.

'Suara rakyat suara keramat'

Oleh HAMDEN RAMLI
pengarang@utusan.com.my
Utusan Malaysia

TAWAU 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.

Beliau berkata, hakikat itu perlu menjadi pegangan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, yang menjadi penentu jatuh bangun pemimpin adalah rakyat.

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.

"Sebagai Presiden UMNO, saya boleh mempertahankan jawatan kalau saya menjaga 2,500 perwakilan tetapi saya tidak mahu semata-mata menjaga 2,500 perwakilan UMNO.

"Sebaliknya, saya mahu menjaga 27 juta rakyat Malaysia dan saya harap ini menjadi sikap pemimpin kita di semua peringkat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Kauthar di sini hari ini.

AS I SEE IT:
Syabas DS Najib!! Melayan karenah Perwakilan UMNO inilah kadangkala lebih memeningkan dan lebih "demanding" dari melayan keperluan rakyat.

Mereka rasa mereka telah kuat apabila mereka boleh "mengebooooo" mana-mana pemimpin dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Saturday, September 12, 2009

Ucapan Najib - adakah UMNO akan belajar dan sedar

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.
(Berita Harian)

KOMEN:
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada UMNO khasnya di kalangan pemimpin dalam negeri-negeri yang mereka kalah.

Malah ada di kalangan mereka apabila menghadapi pemilihan di dalam UMNO mereka sanggup belanja habis habisan wang dan harta mereka tetapi apabila berhadapan dalam pilihanraya mereka akan menunggu peruntukan dari Ibu Pejabat parti baru ingin menggerakkan jentera pilihanraya.

Malah yang lebih parah ada yang membelot peruntukan ini untuk digunakan sebagai modal untuk bertanding dalam pemilihan UMNO.

Mereka menang bertanding dan popular dalam pemilihan UMNO tetapi mereka tidak popular di kalangan pengundi.

Friday, September 11, 2009

Hikmah Mahathir meninggalkan Proton selama empat setengah tahun

Proton telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM64 juta pada suku penggal pertama tahun ini menunjukkan industri berkenaan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Inilah hikmahnya setelah 4½ tahun Tun Dr Mahathir merajuk meninggalkan Proton.

Lapuran Bernama- Bagai sirih pulang ke gagang, pengasas dan penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke kilang pengeluaran kereta nasional pertama negara.

Beliau melahirkan perasaan gembira kerana dapat melihat serta mengimbau kembali nostalgia di bangunan yang menyimpan sejarah tersendiri.

Wednesday, September 9, 2009

DAP sedang bekerja Melayu sedang bercakaran

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.

Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
(Utusan Online 9.9.2009)

AS I SEE IT:
Kerancakan tindakan DAP mendaftar pengundi baru adalah simptom-simpton Melayu akan ketinggalan jauh dalan PRU13 yang akan datang.

DAP sedang menangguk di air yang keruh apabila Gerakan dan MIC langsung lembab dan meninggalkan ruang lompang ini.

Kesibukan parti-parti politik Melayu bercakaran sesama mereka sehingga mereka terlupa tugas utama mereka.

Sebagai contoh UMNO Kedah sedang ghairah bercakap tentang lompat-melompat parti sejak Radhi Salleh, ADUN Lunas meninggalkan PKR.

Kerja-kerja fundumental seperti mendaftar sebanyak mungkin pengundi-pengundi baru untuk berkuasa kembali tidak mereka lakukan.

Sunday, September 6, 2009

UMNO gunakan agama untuk memulihkan kuasa?

Hampir setiap hari sejak selepas PRU12 media-media perdana memaparkan wajah-wajah bengis Malaysia. Isu-isu sensitif yang dahulunya dibawa berbincang dalam ruang yang tertutup dengan penuh berhemah, saling hormat menghormati kini telah terburai keluar di khalayak ramai dengan kata-kata nista dan caci maki.

Apabila saban hari perkara ini berlaku terlintas pula tulisan Dr Aisar Yee Abdullah, ”Jalan pintas UMNO raih sokongan?” dalam akhbar Sinar Harian 6/9/2009.

Seorang pensyarah jabatan anthropologi dan sains sosial Universiti Malaya merumuskan terdapat satu usaha teratur dibuat oleh pihak tadi dengan bantuan media milik parti dan NGO-NGO tertentu menyemarakkan api perkauman yang sensistif kepada orang Melayu dan Islam.

Pensyarah itu menyenaraikan akhbar-akhbar harian tertentu. Tindakan bermula dengan tuduhan kepada Theresa Kok berkaitan isu ‘azan’ tuduhan ke atas Ronnie Liu yang dikatakan ada kaitan dengan samseng dan pelacuran, dan tindakan kerajaan Selangor membelakang orang Islam.

Mengikut pensyarah itu, semua ini dibangkitkan oleh pihak itu dengan tujuan orang lslam menjadi marah kepada Pas dan PKR yang dituduh tidak berkesan dalam kerajaan Pakatan Rakyat dan membenarkan parti jadi tunggangan DAP.

Semuanya ini terarah agar orang Melayu kembali menyokong UMNO tanpa perlu UMNO terlebih dahulu membuktikan bahawa parti itu sudah kembali ke matlamat asal ia ditubuh baik seperti mana tuntutan rakyat yang dirakamkan pada 8 Mac 2008 dulu. Mereka hanya mencari jalan pintas mendapatkan kembali sokongan Melayu.

Yang sebenarnya isu-isu sensitif sebegini bukan perkara baru ianya berlaku. Mungkin dahulu media-media dikawal rapi dan setiap wakil kaum di dalam Kerajaan itu sangat berpengaruh dan mudah melaksanakan setiap keputusan yang di buat dalam perbincangan ”within the four walls”.

Dengan kekuatan pengaruh wakil-wakil kaum itu juga mereka mudah untuk mengawal pengikut-pengikut mereka dari bertindak secara emosi.

Kesimpulannya siapakah yang meruntuhkan tembok perpaduan ini?

Friday, September 4, 2009

Terangganu - Apa guna berumah tangga kalau tidak tidor sekatil, apa guna tidor sekatil kalau tidak berkasih sayang

The Straits Times, Singapura melapurkan “Umno rift in Terengganu? Nine assemblymen said to be threatening to defect to opposition over feud with Menteri Besar” dan “report by the Malaysian Insider news website this week said that nine assemblymen planned to join the opposition Parti Keadilan Rakyat (PKR), a member of the PR alliance, and together with PAS topple the BN state government. There was also talk that they had met opposition leader Anwar Ibrahim.”

Nampaknya ribut dalam cawan kopi di Terangganu lebih hebat dan membimbangkan daripada ribut politik di Perak.

Kalau tiada angin masakan pokok bisa bergoyang. Kumpulan Idris Jusoh dan kumpulanMB, Ahmad Said nampaknya sudah tidak ada keserasian lagi. Apa guna berumah tangga kalau tidak tidor sekatil dan apa guna tidor sekatil kalau tidak berkasih sayang.


Seharusnya masaalah peribadi tidak diseret bersama ke dalam Parti sehingga mengakibatkan bertambah satu lagi negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Bayangkan bagaimana mereka akan berucap berkempen untuk PAS dan PKR.

Wednesday, September 2, 2009

Pulau Pinang pengotor- Singaporekan Pulau Pinang


(Pic : The Star)
Utusan Malaysia 2/2/2009
Selain itu, tabiat para penjaja yang kurang menitikberatkan kebersihan turut mencemari imej Pulau Pinang sebagai 'syurga makanan.' Keadaan para penjaja tepi jalan atau di pusat-pusat penjaja yang menjadi tumpuan para pelancong seperti di Pesiaran Gurney dan Padang Kota sudah boleh membuat orang berfikir dua tiga kali untuk singgah menjamu selera.

Keadaan yang sama dapat dilihat di beberapa restoran di sekitar pusat bandar yang masih menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di kaki lima selain mencampakkan sisa-sisa makanan ke tepi-tepi jalan raya.

Begitu juga dengan keadaan pantai peranginan dan laut di sekitar negeri yang terus dicemari sampah dan sisa kumbahan. Tin, plastik, botol, kayu, ranting pokok dan lain-lain lagi adalah antara sampah sarap yang boleh dilihat dengan banyaknya sama ada terdampar di pantai dan terapung di laut Pulau Pinang terutama sekitar Padang Kota Lama dan Batu Feringghi.

Perkara yang dikesalkan ialah Padang Kota Lama contohnya menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong untuk melihat peninggalan sejarah dan keindahan alam bukannya warisan sampah sarap.


AS I SEE IT:
Pendedahan secara ikhlas dan terbuka tersebut telah dibuat oleh Utusan Malaysia hari ini mungkin jika semasa pemerintahan BN dan Gerakan dahulu jika pendedahan ini dibuat sudah pastinya Ketua Pengarang Utusan Malaysia akan dipanggil dan dibelasah oleh Tan Seri Koh Tsu Khoon kerana cubaan mengotorkan nama beliau dan Utusan akan dilabel sebagai konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Perangai kotor di Pulau Pinang khasnya lokasi-lokasi yang strategik dalam bandar datangnya dari peniaga-peniaga Cina yang tegar tidak mahu berpindah ke lokasi lain dan perniagaan mereka sehinga ke gigi jalan. Sisa-sisa makanan dibuang sewenang-wenangnya sesuka hati mereka.

Persatuan-persatuan peniaga kecil tepi longkang ini begitu kuat sekali sehingga sukar ditegur dan disentuh. Mereka merasakan mereka berkuasa menentukan siapa Kerajaan yang akan memerintah Pulau Pinang samada Gerakan atau DAP.

Jika Lim Guan Eng ingin mengekalkan DAP memerintah Pulau Pinang maka Guan Eng terpaksalah ”close one eye” menghalalkan segala kekotoran di Pulau Pinang seperti sekarang.

Jika tidak Guan Eng terpaksalah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari Uncle Lee Kuan Yew bagaimana PAP mencuci bersih Singapura.