Wednesday, May 5, 2010

UMNO Kedah tak ada modal. KPN beri modal pada DAP

Di Kedah isu YB Nasir Mustafa kononnya menghina sultan digembar-gemburkan oleh UMNO Kedah yang tidak ada ada modal lagi untuk hentam PAS. Kenyataan Nasir Mustafa diputar belit seperti TV3 memutar belit bekas MB Datuk Seri Syed Razak bagi pihak Mahadzir Khalid ketika itu.

Isu yang tidak ada isu diperbesarkan konon untuk “political milage” mereka. Hakikatnya semua pengundi tahu bahawa itu adalah wayang tongkoi mainan UMNO Kedah. Mereka gagal menghidu isu yang lebih besar untuk menghentam PAS kerana pentadbiran MB Ustaz Azizan berjalan licin.

Di Selangor, peristiwa malang adik Aminurasyid Amzah mati ditembak Polis mendapat simpati ramai. Ramai yang bersedih dan simpati. Insiden ini juga dipolitikkan sepenuhnya oleh DAP kerana ramai di kalangan mereka adalah lawyer-lawyer ternama kalau di bandingkan dengan lawyer PKR dan PAS.

Kematian adik Aminurasyid diperalatkan sepenuhnya oleh DAP untuk menghapuskan kewibawaan Polis DI RAJA Malaysia dan mungkin berusaha menjadikan Polis DAP Malaysia. Apabila berlaku kes-kes yang sebegini, DAP nampak lebih “champion” dari Kerajaan sendiri. Karpal Singh tampil sebagai hero.

Mereka telah berjaya menanam jarum halus di dalam minda rakyat bahawa kalau Polis mesti jahat seperti filem Hindustan. Yang malangnya terdapat di kalangan Polis yang memang bertindak dengan emosi malah kenyataan KPN sendiri yang agak emosi apabila beliau menyatakan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 30/4/2010 :

"Kalau anda tak nak (polis menguatkuasakan undang-undang), saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak melaksanakan undang-undang.Tak payah periksa kereta yang mencurigakan, tak payah tahan samseng jalanan yang membawa motosikal tanpa ada lesen."

Sesungguhnya kenyataan-kenyataan sebegini lebih banyak membantu dan memberi modal kepada DAP.

19 comments:

  1. Saya memang sokong POLIS...

    sekarang masalah nya kes tembak itu adalah kes jenayah bukan masalah INTERGRITI POLIS secara keseluruhan..

    Kalau rasa tak selamat dengan polis suruh Pembangkang usulkan di parlimen dibubarkan PAsukan POLIS dan suruh tentera ambil alih

    ReplyDelete
  2. umno kedah memang tak ada modal pun.isu rumag tangga dia pun tonggang terbalik.setiap bahagian dia pun celaru.pancung sana sini.yang paling terok umno bahagian padang serai.malu nak cerita kat orang.

    ReplyDelete
  3. kami di bahagian jerai pun serupa juga.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya sekarang banyak tindakan polis yang salah sebelum ini kerajaan gagal bertindak mungkin mahu jaga hati polis yang banyak bantu BN.

    Ini bukan pertama, ada kes remaja lain yang ditembak, janda, dua penyokong PAS di terengganu dan seorang pemuda di Perlis.

    Mengapa polis tolak MACC?

    Perkara ini tak kena pada ahli keluarga sendiri bolehlah cakap, cuba adik anda ditembak polis kerana lari dari sekatan jalan raya sebab adik anda tak ada lesen?

    ReplyDelete
  5. Rakyat d pendalaman Kedah yang miskin dan kekurangan Air mengapa tidak d gembar gemburkan!


    ......wawa

    ReplyDelete
  6. Anon 8:10..
    Elok sangat lah tu,kalau dah tak percaya kat PDRM kita suruh jer mereka satu Malaysia pakat-pakat ambil cuti tahun serentak bagi semua pangkat..dari yang bawah hingga yang atas.Tengok apa nak jadi selama PDRM cuti.Suruh tentera ambilalih menjaga ketenteraman awam beberapa minggu.Tentu kena dengan selera pembangkang(pembangang?)

    3abdul(abdul quyyub?)..
    Bukan kerja UMNO nak buat bising dan huru hara tak tentu pasal kalau soal2 sepele cam pas buat di Perak tu..UMNO tak buat hal soal2 peribadi dalam DUN tapi tetap membawa agenda rakyat untuk dibincangkan.Soal UMNO Pdg Serai tu tak relevan pun nak disalahkan kerana soalnya kepimpinan.Pemimpin yg salah tapi mengapa pertubuhan yang dikaitkan??Pemimpin boleh datang dan pergi..ada akai ka tuduhan UMNO Pdg.Serai teruk??

    Kalau nak tahu...rata2 rakyat daerah DUN Serdang-Bagan Samak tak kenal pun siapa wakil DUN (PAS) kawasan mereka kerana sejak menang PRU12 yang lalu tak pernah/jarang seluloi melawat kawasan berbanding mantan DUN sebelumnya....Dah 2 tahun memerintah tapi tak nampak apapun pembaharuan yang dilakukan. Yang ada skrg cuma lanjutan projek2 yang dibawa oleh BN sebelumnya...

    ReplyDelete
  7. Jika ada pun tak lah sampai, pemimpin UMNO keluar parti macam PKR yang PAS gunakan untuk cucuk hidung. Takut ADUN PKR lari bagi jadi Exco. Itu tutup mulut namanya.

    Yang dapat jadi Exco ok lah, yang dibuang daripada Exco, orang tu bukan depa nak terima kasih, puak PR/PAS ni kutuk lagi. Ini maananya tak mengenang budi.

    Mami jangan kata UMNO tak tahu cari isu. Berlungguk isu yang kita ada dan dikemukakan kapada rakyat. Bila isu ni ditonjol kapada MB. Dia akan jawa "TAK TAU TAK TAU....". Itu jawapan standed lah.

    1) Air?
    2) KHTP pekilang banyak lari?
    3) Manifesto? tiada pelaksanaan.
    4) SULLIH di Yan? mana? Jawablah!
    5) Pemerintahan Islam, mana pelaksanaan? Nak tukaq Imam proBN kpd proPAS, adala!
    6) Bagi bank utip hutang rumah kos rendah. Jawab? Awat diam?
    7) Kerugian/hilang duit rakyat rm4juta kerana melabor di Papua new Ginue, jawab lah!.

    Banyak lagiiiii ... sabenarnya.

    Ustaz Azizan? TAK TAU... TAK TAU.. TAK TAU... TAK TAU. Jawatan dia ialah 'MENTERI tak BESAR tahu"

    ReplyDelete
  8. anonymous 2.57pm

    you bengkak hati lagi ke sebab UMNO dan mahathir Khalid kalah PRU 12? Dont worry la...UMNO punya makankedarah duit rakyat lagi banyakkk...
    Tak apalah, jangan khuatir, cuba lagi PRU13 nanti, kalau menang UMNO nanti, sambung balik makankedarah duit rakyat.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  9. yang dimaksudkan umno kedah tak ada modal ini umno kedah sedang lena nampak/nampak terlalu yakin akan menang pru 13 ini.aku nampak jauh sangat.apa program yang umno buat untuk tarik pangundi terus sokong bn.yang dok nampak macam jala ikan dikolam sendiri.kemudian gah dalam utusan.krisis dalaman parti ada ditahap lama juga.modal inikah nak dijadikan asas untuk hadapi pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  10. modai umno kedah.harap puak-pauk katak lompat sahaja la.he..he..he.he

    ReplyDelete
  11. umno kedah....dok peghabis duit kemas,jasa,keda,jkm.depa ingat duit bapak depa punya.cukai rakyat.

    ReplyDelete
  12. tak payah kacau isu oranglah.isn umno kedah teruk.

    ReplyDelete
  13. umno...projek/komisen/kroni/politik wang.

    ReplyDelete
  14. hoi umno kedah.orang kata hangpa longgak lagi.banyak sekeru kena peketat.

    ReplyDelete
  15. Nihhh.. pengutuk2 UMNO, suruh bos hampa jawab satu persatu 7 perkara yang anon 2.57 pm tanya tuuhh...

    Hampa jngan dok cakap pandai lah...

    bosanlah, pembohong rakyat korang niihh...

    ReplyDelete
  16. no 6.setahu aku yang dapat rumah kos rendah tu ramai orang umno.yang banyak tak bayar hutang pun orang umno.cerita ini dah lama masa zaman bn lagi.samapi berjuta-juta hutang pada kerajaan federal.yang ini warisan zaman bn.cuba hampa tanya bashah zaman dia jadi exco jaga rumah.apa cerita dia.

    ReplyDelete
  17. 7 soalan itu tak cukup.cari la lebih sikit sekurangnya 50 soalan.soalan itu lah juga pas bangkit masa dia belum jadi kerajaan dulu.melayu tipu melayu.melayu tekan melayu.melayu kecoh melayu.melayu benci melayu.pas pun melayu umno pun melayu.

    ReplyDelete
  18. Nihh.. anak mergong 7/5 7.58, hang tak nampakkah yang bendera hijau banyak kat Perumahan Taman Wira tu?, yang tak bayaq sama tu penyangak PAS sama la tuuuu...

    Ooo.. hang ingat orang UMNO yang taka bayaq?. Banyak hang punya pandai? geng hangpa ysng buat peghangai tak bayaq, hangpa kata oghang UMNO.

    Masa Bashah jadi exco perumahan dulu, dia tak alah ada cadangan macam Yahudi yang kerajaan hangpa buat, nak ambik mudah, pi seghah kat benk. Semua oghang boleh buat macam hangpa tuuu..

    Tu keghajaan PR/PAS hangpa tak dak duit dah lah tu. Nak caghi jalan lain tak boleh hangpa seghah kat bank.

    Tui bodoh punya keghja.

    ReplyDelete
  19. geng sahab perdanaMay 7, 2010 at 10:11 PM

    anon.6.31...jangan kalut dan jangan emosi.cuba hang pi siasat betoi-betoi.puaklah umno yang banyak.puak pas pun ada juga.tapi sikit.mana aci utang tak mau bayar.duit rakyat.tak kira lah sapa jadi kerajaan pun.tapi kerajaan pas tegas dalam hal ini.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.