Monday, January 3, 2011

RTM tidak sensitif kerana menayang filem Tamil ganas

NV Subbarow
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow menyatakan pihaknya menerima banyak aduan daripada ramai ibu bapa mengenai penayangan filem Tamil yang ganas oleh RTM.

Katanya ada sesetengah filem yang disiarkan lebih empat kali atau lebih dalam tempoh setahun.

“Sebagai contoh, hari ini (semalam) filem Tamil bertajuk Billa disiarkan melalui TV2, iaitu kali kelima sejak Januari 2010.

“CAP mendapati filem ini mengandungi unsur-unsur keganasan yang melampau, sehingga boleh mempengaruhi minda dan perlakuan anak-anak muda untuk meniru aksi sedemikian.

Poster filem Billa
Subbarow berkata, ada juga sesetengah filem Tamil yang disiarkan RTM tidak mengandungi sebarang mesej baik untuk dijadikan sebagai contoh pengajaran yang berguna kepada masyarakat khasnya kanak-kanak. (sumber : Berita Harian)

MR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NV Subbarow kerana sensitif dengan perkara ini. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

MR tidak menonton filem Tamil maka itu MR tidak tahu kandungan filem Tamil cuma dulu pernah MR tonton filem MGR dengan bunyi adegan tumbuk menumbuk “dush!, dush! dush!”.

Tetapi yang menghairankan bagaimana RTM sebagai sebuah stesyen TV Kerajaan boleh terlepas pandang perkara-perkara yang sensitif sebegini? Di mana peranan lembaga penapisan drama-drama dan filem-filem RTM?

Inilah akibatnya dari terlalu bertempurung yang ada di RTM sehingga pegawai-pegawai mereka buta dan tuli dengan membeli filem-filem Tamil yang ganas tanpa ditapis terlebih dahulu malah tanpa mengetahui apa yang mereka sajikan kepada penonton.

Secara tidak langsung menyuburkan dan mengembalikan semangat Hindraf di kalangan masyarakat Tamil dalam negara ini.

Apakah dasar perolehan filem RTM? Adakah membeli filem kerana sekadar membeli filem kerana ada peruntukan untuk dihabiskan atau membeli filem untuk memupuk nilai-nilai murni dan perpaduan dikalangan rakyat majmuk negara ini? Atau membeli filem kerana ingin menghabiskan stok lapuk pembekal yang mereka kasihi.

Nampaknya RTM tidak pernah berubah malah sukar untuk berubah kerana di sini lombong emas melimpah ruah.

2 comments:

  1. Dah berapa menteri datang dan pergi tetapi RTM masih begitu juga kerana pegawai-pegawai lebih berkuasa dari menteri.
    KSU pandai mengampu menteri habis laa..semua menteriikut telunjuk KSU dan konco-konconya.

    Itu sebab mereka tidak boleh berubah.

    ReplyDelete
  2. cerita, berita, pengacara, dan apa juga yg berada disiarkan di RTM menggambarkan

    'kemunduran' & kebengongan kerajaan yg memerintah..


    Tak tahu lah hari ini..siapa lagi yg mau menonton RTM..Kakitangan RTM?, org yg dah tak da siaran laimn??

    berapa byak Menteri & PM..tak boleh compare RTM dgn ASTRO/TV3..lepastu bangi banyak alasan bodoh2..

    kalau tak boleh kerja ..berenti aje..dari hidup mcm bangkai..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.