Monday, February 21, 2011

‘Rating for Najib is good but rating for UMNO is not good’, kata Daim.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin meluahkan pendapat beliau di dalam Malayisan Business yang terbaru bahawa pencakar langit Warisan Merdeka yang dicadang dibina PNB adalah tidak perlu.

Kerajaan seharusnya menumpukan perbelanjaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat daripada keghairahan membina pencakar langit. Walaupun perbelanjaannya oleh swasta iaitu PNB tetapi rakyat merasakan mereka tidak memerlukanya.

Menurut Tun Daim jika beliau ada sebanyak RM5billion seperti jumlah kos pembinaannya, beliau akan laburkan di England dengan perolehan pendapatan sebanyak 6% setahun bermakna RM300juta.

“Saya tidak fikir pembinaan projek tersebut akan memberi pulangan yang sama sebanyak RM300juta malah saya boleh membina setiap tahun satu bangunan 20 tingkat” kata Tun Daim.

Berhubung dengan ura-ura untuk mengadakan PRU tahun ini Tun Daim berpendapat BN masih belum bersedia untuk menang kerana keserabutan politik di akar umbi masih belum selesai.

Walaupun kepimpinan DS Najib dilihat agak memberansangkan tetapi prestasi BN khasnya UMNO masih diparas tercorot. ‘Rating for Najib is good but rating for UMNO is not good’, kata Daim.

BN masih lagi gagal memenuhi kehendak asas pengundi dan harus kurangkan laungan dan slogan.

9 comments:

  1. Dulu pun Tun Daim dah sindir Pak Lah dan Dato Najib buat tak kisah sahaja.Masing-masing ego dengan rasa hati sendiri.Masa PRU 12 apa jadi.Terguling dan tergolek lima negeri.Aku amat berharap agar Dato Najib cari lah sedikit ruang dan masa ambil pendapat tokoh berbisa ini dan yang lain nya.Begitu juga pemimpin hari ini di semua peringkat kena juga tinjau pendapat bekas pemimpin.Tajam makna nya " Rating for Najbi is good but rating ror umno is not good".bahaya ungkapan ini.Dato Najib kena waspada dengan tukang kipas dan cium tangan nya itu.Dibawah masih lagi tenat dan ICU.Ini semua angkara sikap ego.acuh tak acuh pimpinan bahagian,lemah daya pimpinan,kurang berilmu,naik kerana rasuah ,hambat kemewahan,gila kuasa dan pangkat,lupa diri dan lupa pada tanggung jawab.Waspada Dato Najib.Jangan kalut dan gelojoh.Belajar lah dari pengalaman yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Tapi Muhhudin Yasin dah berdengung yang UMNO dah terror untuk membungkamkan PR. Jadi lain cerita di media dan lain pula cerita di realiti.
    Kita dimandikan cerita mulus-mulus tentang UMNO di media yang dikawal oleh UMNO juga tapi awas cerita di lapangan mungkin tak serupa.Kalu Madey rasa anaknya semakin hampir menjadi golongan elitdalam UMNO beliau akan mengembangkan cerita UMNO itu baik, jika sebaliknya mampus UMNO kena lanyak dan mungkin dia akan keluar UMNO buat kali ke tiga. Nak tahu cerita muluk tentang UMNO dan buruknya PR bacalah Utusan/BH atau ikuti RTM1/RTM2/AWANI dan TV 7. Cukup memualkan. Kena tukar kepada Aljazeera kerana di sana ada iblis Barat/sekular/ yang memberi berita adil dan bermaklumat.

    ReplyDelete
  3. being an ex-finance minister, a lot of channels you can use to kickstart Najib's mind or help UMNO.
    but you chose the mass media.

    ReplyDelete
  4. Yang baik dijadikan Teladan dan Buruk dijadikan sempadan. Beringat sebelum KENA.

    ReplyDelete
  5. Maknanya pemimpin2 yg ada dibahagian masih lagi tak dapat diterima olih rakyat,,itulah Realiti yg ada,,,,,,Dato seri Najib buatlah tindakan yg tegas,,,,,,,Rakyat nak Perubahan yg Bermakna,,,iaitu nak PEMIMPIN yg BENAR2 Berkerja untuk memaju dan pertahankan hak MELAYu,,,,,Bukannya penyamun Khazanah Negara,,,,jangan bagi Ruang Langsung Sekiranya UMNO nak kembali berkuasa...........Dato Seri Najib ada semua maklumat2,,,mengenai kelaku dan perangai semua pemimpin umno,,,,,,,,

    ReplyDelete
  6. Tun daim ada pandangan tesendiri,tapi sebagai pemimpin no1 negara ds.najib juga ada pengamatan tersendiri,rasanya teguran yg iklas kalau nak lihat umno terus kuat bukanlah melalui kenyataan terbuka.kalau esok pilihan raya aku yakin bn akan memenanginya walaupun pr tetap memberi saingan tetapi mereka amat sukar mengulangi kejutan yg lepas.umpama lee chong wey yg cuba malukan lin dan.begitulah pr dan bn saingan tetap ada dan kadang kala sengit tapi untuk menang amat sukar. Dlm hal ini bn adalah lin dan.

    ReplyDelete
  7. Parlimen Merbok 'calonnya mestilah' dato' Tajul sbg. MP dan Romli karim S/U Bahagian merangkap Penyelaras DUN Tg. Dawai sebagai calon bagi kerusi DUN Tg. Dawai..,Tun Daim tolong 'Diam' jangan dok pandai-pandai nak mengajar kami rakyat di Merbok, kami lebih arif yg mana intan dan yang mana kaca, yang kami nak 'kaca' yang diatas tadi...Tun Daim pun kenai sangat dgn puak niii..

    ReplyDelete
  8. berok mana la yg dok kutuk Tun Daim. tun daim byk berjasa kat org merbok.

    tajol & romli ni semua penyamun.yg ckp tu cuma mewakili diri sendiri.bukan orang merbok.

    sebab letak tajol la.. parlimen merbok dapt kat pembangkang. pasal org merbok meluat dengan pemimpin yang mcm ni. yang sokong dia org umno yg ada kepentingan saja. org merbok mana suka dia.

    apa tun daim kata tu utk peringatan kita semua.. jangan esok sampai anak cucu cicit kita nak kena duduk kat tanah orang lain sudah.

    ReplyDelete
  9. Amboi hang kata Kat aku berok, awat hang tu elok sangat ke, hang faham ka dak aku tulis ayat diatas tu nak bagi Romli dengan Tajul syokkkk baru depa rasa seronok mangkuk oooiii,aku dengaq kata dulu Romli s/u bahagian Merbok pernah mencadangkan Tun Daim (waktu tu Ketua Bahagian Merbok) sebagai pemeriksa Kira-Kira di Merbok noo, padan muka Tun Daim baru dia tau sapa Romli Karim.., orang kuat Tajul di Merbok la niii.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.