Thursday, May 5, 2011

DS Ustaz Azizan nak milik negerikan UUM

Nampaknya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memohon agar pihak UUM menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika tidak tanah kampus akan dirampas dan UUM akan dimilik negerikan. Lagi lama Kerajaan Persekutuan dingdong-dingdong perkara ini lagi bertambahlah pengaruh PAS di Kedah kerana rakyat Kedah akan membuat ketetapan untuk menyokong PAS kerana Kerajaan Pusat @ Kementerian Pengajian Tinggi tidak perihatin untuk menolong rakyat Kedah.

“Wang yang berjumlah RM1.7 juta pun depa nak kira, yang depa dok belanja bini depa pi persidangan antarabangsa tu awat depa tak kira?” kata seorang waris semasa berjumpa MR di UUM selepas menyampaikan ucaptama baru-baru ini.

Pandangan-pandangan golongan marhaen bawahan di Kedah seharusnya jangan dipandang sepi.

5 comments:

  1. azizan ni dah pun dikenali sbg org berotak batyu , bukan setakat UUM , malah KUIn pun dah kena , dimana pelajar tahfiz telah diarah diahalau keluar dr sana kerana meanggap gol ni sebagai parasit yg menghabiskan duit negeri krn tidak membayar yuran pengajian seperti pelajar lain , tindakan org yg meanggap diri sbg ulama dan khalifah ni dah menimbulkan tahap meluat gol pelajar agama di sana yg meanggap tindakan tak berhati perut khalifah pas ni sbg memandang rendah kepada pelajar tahfiz yg jika menurut undangx2 zaman islam lg gol tahfiz sememangnya layak menerima bantuan drpd kerajaan islam

    ReplyDelete
  2. Tentera FisabilillahMay 5, 2011 at 8:44 PM

    Isu Insaniah pun tak boleh settle..nak pi jaga UUM...cuba selidik sama... banyak mana dah puak2 kroni PAS balas dalam Insaniah...setakat bawa bini pi makan angin tu..puak2 kroni PAS pun dah start buat dah...check sama...jgn dok tgk sebelah pihak saja...sebenarnya sama saja...bukan Islam sgt yang dipegang...tapi biar perut yang kenyang..Melayu tetap Melayu...bila dah senang..lupa dah sapa dia dulu...

    ReplyDelete
  3. cik mummy oi... bkn rakyat kedah je marhaen. rakyat melaka pun marhaen gak...

    klu takat bagi rebet pun keberatan, tak payah la canang negara kebajikan. rakyat sejahtera and so on.

    orang tk pandang pun, buku teks free, yuran pengajian rendah, dan malah ada yang kena suap dengan biasiswa.

    orang kata itu tanggungjawab kerajaan, tp orang tk ckp pun tanggungjawab kerajaan pr. Semua benda nak kerajaan umno buat.

    orang dok menuding umno berkereta besar, tp bila org Pr pakai kereta besar... org tak kisah pun..

    klu alasan kerajaan negeri takde duit... abis selama ni tak pening ke kerajaan bn cari duit.

    ReplyDelete
  4. TOK SAH DOK SALAH KERAJAAN KEDAH, HAMPA DOK GATAI UNDI DEPA BUAT APA ,LANI HAMPA GARULAH BARU NAK PADAN DGN MUKA HAMPA.

    ReplyDelete
  5. BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

    Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

    Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

    Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

    Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

    Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.