Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?
Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''
Perenggan di atas dipetik dari tulisan Bro Zaini Hassan dalam ruangan Cuit Utusan Malaysia hari ini.
Zaini mengakhiri tulisan beliau dengan soalan yang pendek tetapi besar tersiratnya kerana melibatkan takhta Perdana Menteri DS Najib yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi.
Proses pengulingan pemimpin adalah proses yang halus dan licik. Dalam senyuman, dalam seloka jenaka, dalam puji melambung dan macam-macam lagi lakunan di mana jarum halus akan berjalan dan menjalar sehingga ke urat nadi.
Perangai TIKAM BELAKANG bukanlah perangai orang Melayu cuma mungkin yang tikam itu adalah kaki tikam.
MR kurang pasti dari mana Zaini memprolehi maklumat ini tetapi soalan di atas amat sukar dijawab. Atau patutkah kita semua diam sampai ubi berisi?
𝗥𝗲𝗹𝗶𝗴𝗶𝗼𝗻 𝗗𝗼𝗲𝘀 𝗡𝗼𝘁 𝗗𝗲𝘁𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗲𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀
-
Many people assume that countries sharing the same religion will naturally
stand together in global politics. But history repeatedly shows that this
assump...
19 hours ago
