Tuesday, October 16, 2012

Peribahasa Melayu untuk orang-orang politik


Sinar Harian : Pemuda Pas berkata pihaknya ada tiga bukti Umno terpaksa tunduk terhadap ugutan dan tindak tanduk MCA terutamanya dalam isu-isu berkenaan dengan Islam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).
Katanya, ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.
Utusan Malaysia : Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.               
Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.
"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
"Mengata Dulang Paku Serpih, Mangata Orang Dia Yang Lebih"

7 comments:

  1. Sini cakap lain. Sana cakap lain.

    ReplyDelete
  2. Sini cakap lain. Sana cakap lain.

    ReplyDelete
  3. Sini cakap lain. Sana cakap lain.

    ReplyDelete
  4. Sini cakap lain. Sana cakap lain.

    ReplyDelete
  5. Mca negatif terhadap hukum hudud kerana hukum hudud pas yg digubal mencerminkan ketidaksempurnaan hingga org bukan Islam sendiri merasa ketidakadilan.

    Tetapi mca dapat menerima dengan senang hati malah org bukan islam turut menjadi sebahagian pengguna kpd bank Islam, gadaian Islam, takaful dll yg nyata lebih adil Dan sempurna.

    Hukum hudud perlu digubal secara penubuhan jawatankuasa bersama terdiri dari para ulama, pertubuhan Islam Dan lain2 kepakaran Dan perlu jauh dari kepentingan politik

    ReplyDelete
  6. MR.

    Pas pun dah merapu.
    Cakap tak serupa bikin.
    Pas dgn UMNO serupa.
    Dulu Pas cakap lain.
    Hari Pas cakap lain.

    Ceramah Pas dah cakap bohong.
    Tak boleh percaya.

    Islam Pas hanya dibibir saja.
    Pas bukan parti Islam lagi.
    Pas parti rojak yg gila kuasa dan Ringgit.

    Pas dah jadi pak turut.
    Takut pada Nik LKS Mursidol Dap.
    Takut pada Nik Kapal sing Mursyidol Dap.

    Itulah Pas yg melepas segalanya.

    ReplyDelete
  7. Halal pada kita tp harap pada orang lain...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.