Monday, October 29, 2012

SYED MOKHTAR, MELAYU DAN UMNO

AHLI Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim tidak senang dengan teguran arjuna terkemuka Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang menegur Syed Mokhtar Al Bukhari kerana memonopoli banyak perniagaan strategik negara ini.

Apakah orang kaya sudah tidak boleh ditegur dan disentuh lagi? Cukupkah UMNO dan Melayu hanya berbangga dengan seorang Syed Mokhtar? Apakah hanya Syed Mokhtar sebagai kayu pengukur pencapaian Dasar Ekonomi Melayu? Ke mana perginya tokoh-tokoh usahawan Melayu yang lain? Apakah usahawan-usahawan Melayu yang lain memang tidak mampu atau tidak diberi peluang seperti Syed Mokhtar?
Apa yang patut UMNO persoalkan ialah sudah berapa ramai kah Syed Mokhtar lahirkan usahawan Melayu hasil dari perolehan projek-projek Kerajaan kepada beliau.

Ramai yang berpendapat Syed Mokhtar ingin bersaing dengan Robert Kuok yang telah lama memonopoli perniagaan-perniagaan utama negara ini seperti gula, tepong, minyak sawit dan peladangan negara ini sejak lepas Merdeka lagi.
Walaubagaimanapun pengalaman pahit membangunkan usahawan Melayu era Daim Zainudin membuatkan UMNO dan Melayu hari ini menjadi bimbang dan tidak yakin jika pendekatan yang sama diambil. Mungkin pada ketika itu pendekatan meletak proxy di dalam syarikat-syarikat berkepentingan UMNO dirasakan sesuai sebagai cara short cut untuk membina usahawan Melayu secara instant tetapi banyak yang berakhir dengan cerita duka dan pendekatan itu sangat rapuh serta tidak mampu bertahan dan tidak sealiran dengan kehendak pasaran bebas.
Menyingkap kembali sejarah hubungkait perniagaan Melayu dan kaum Cina atau khususnya UMNO dan MCA pada permulaan terbentuknya Parti Perikatan selepas Merdeka, Tun HS Lee seorang pelombong dan banker yang terkenal yang juga Bekas Menteri Kewangan pertama pernah menyatakan:
 “..kita orang Cina hanya memiliki 20% sahaja dari ladang getah dan 25% sahaja dari lombong bijih timah dan jika kita ingin mengekalkannya kita perlu mendapatkan sebahagian dari kuasa politik. Kita tidak akan dapat melakukannya sendiri. Orang Melayu juga tidak akan dapat berkuasa dengan bertindak secara sendirian. Cara yang terbuka untuk kita hanyalah bersatu dengan orang Melayu” *Michael Stenson, 1980: 164 
Melihat senario politik terkini kenyataan Tun HS Lee telah membuktikan bahawa kaum Cina bukan setakat berjaya melebarkan perniagaan sebaliknya kaum Melayu hari ini harus mengemis sokongan politik kaum Cina untuk terus berkuasa dalam negara ini.
WASALLAM.

7 comments:

  1. Bro,

    Kita menggulanggi kesilapan yang lama dengan lagu yang lama untuk tujuan yang lama - bukan untuk Melayu kebanyakkan tetapi untuk segolongan Melayu elitis!

    ReplyDelete
  2. Jahamy,
    Melayu yang terpinggir akan mencari jalan keluar. Kaum lain berpolitik kearah satu destinasi yang jelas. Melayu berpolitik sehingga terpisah jauh.
    ***

    ReplyDelete
  3. Ramai orang Melayu yang berkaliber Dan berkebolehan kat bandar-bandar Dan luar Negara.

    Cuma tak de kabel Dan bukan kroni BN, je.

    Pura-pura buta, ke?

    ReplyDelete
  4. Usahawan yang berjaya mesti bermula dari tangga satu sehingga menaikki tangga tertinggi dengan titik peluh, kerja keras dan pengetahuan terkumpul sepanjang penglibatannya bukan bergantung pada hero UMNO seperti Madey, Dewan Perniagaan Melayu dan jauh sekali berharap dari nasihat ulama/agamawan.
    Usahawan Cina bermula dari kain sehelang sepinggang tanpa bantuan kerajaan dan lihat mereka pejal pada bisnisnya tidak seperti usahawan Melayu yang dibela oleh UMNO yang gagal, contoh terbaik usawahan didikan Madey seperti Tajuddin Ramli dan ramai lagi habiskan bogheh aja.Kalu ada yang berjaya lagi mereka masih perlu projek kerajaan dan sokongan politik UMNO jika tidak nanti bungkus. Macam mana nasib Syed Mokhtar nanti andaikata PR ambil alih Putrajaya?
    Usahawan yang selaku proksi pada UMNO tidak tahan lama.Usahawan jika nak berjaya kena belajar dari zero, ada passion nak jadi usahawa dan kena kerja keras , pandai jimat , pandai buat pelaburan bijak dan jangan masuk politik dan berani berdikari.

    ReplyDelete
  5. melayu dari dua2 belah divide politik malaysia dalam mimpi lagi ka mummy?

    tak kan u tak tau yang di malaysia ni kalau nak bisness u tengok satu belah ni semua cina....melayu langsung tak bole masok.,

    yang sebelah satu lagi melayu kat level ataih aja - bisnes dgn gomen, tapi lepaih tu bawah semua cina balek....?

    senario ni kerajaan mana pon kelu, pasai cina dia dah control semua.

    tau sama tau tapi buat tak tau

    ReplyDelete
  6. MR.
    Nak jadi usawahan Melayu kini.
    1.kena ada kabel UMNO.
    2.kena ada kebal dlm jabatan
    3.kena sanggup huloq komisen.
    4.kabel umno pula kena yg kaw -kaw punya.

    sama-sama dlm umno pun belaga perais.

    berebut peluang.

    rezeki pengusaha dibawah pun kena pijak.

    macamana nak undi BN.

    yg kaya dibertamabah kaya dan dikayakan.'

    yg miskin eloklah rasa puashati dgn Rm 500.

    Rm 250.

    Rm 200 budak ipts/a
    rm 100 budak sekolah.

    umnp/pas/pkr serupa saja.bila dapat kuasa .utamakan temolok depa dulu.


    ReplyDelete
  7. Usahawan melayu yg bru nk mula bisnes, bl nk pinjam o mnta bantuan, mcm2 benda nk kn sediakn. Itu pn blm tntu dpt. Bkn nk pinjam o bantuan byk pn n bru nk buat bisnes yg x libatkn kerajaan. Klu nk projek yg berkaitan kerajaan klu x kabel jgn mimpi la.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.