Saturday, February 16, 2013

DR HARUN DIN AL HAFIZ TIDAK HARUS KELUAR PAS

Angin bertiup kencang membawa berita yang mengatakan beberapa ulama terkemuka di dalam PAS mungkin akan meninggalkan parti itu. 
Salah seorang tokoh ulama terkemuka tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din Al Hafiz yang diberitakan akan keluar PAS kerana berpendirian tegas memegang bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain seperti kehendak puak DAP Kristian untuk menterjemahkan God kepada Allah di dalam Bible mereka di Semenanjung Malaysia. 
Pendirian tegas Dr Harun Din telah mendapat tentangan yang hebat oleh beberapa pihak khasnya pro Keadilan atau pro Anwar Ibrahim. 
Apa yang lebih mendukacitakan ialah apabila Dr Harun Din menerima sms dimaki oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pedirian beliau. Inilah di antara sikap ganas sesetengah pihak di dalam PAS cara melayan tokoh yang tidak sehaluan dengan mereka.
Bagi Dr Harun Din dalam apa hal sekali pun beliau tidak akan berkompromi malah beliau cukup bertegas dan akan mempertahankan kalimah Allah ini sehingga ke akhir hayat beliau. 
“Jika kita relakan dan kita redza Allah itu diletakkan kepada God ini maknanya kita relakan Allah itu disyirikkan oleh manusia” kata Dr Harun Din. 
Kenyataan Dr Harun Din ini sudah cukup untuk menyedarkan mana-mana juga kelompok penyokong PAS untuk kembali ke pangkal jalan dan berhenti dari bersekongkol dengan DAP dan Keadilan. 
Samada beliau keluar atau tidak dari PAS itu perkara lain tetapi yang jelas sudah sampai masanya DAP ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 
Ulama dalaman PAS harus bangun memperbetulkan parti itu dari dalam dan tidak harus membiarkan puak-puak pak lebai masam seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mahfoz Omar, Khalid Samad dan beberapa lagi bermaharajalela menghancurkan PAS sedikit demi sedikit.
Di samping itu PAS juga harus membuka mata bahawa telah terdapat petanda yang tidak baik apabila akhir-akhir ini nampaknya terdapat penyokong-penyokong akar umbi yang sudah mula bangun menyatakan nada yang tidak sehaluan dengan kepimpinan atasan mereka.
Sedarlah pokok tidak akan mati jika pucuknya layu tetapi pokok akan mati jika akarnya busuk.

9 comments:

  1. Kita kenal Dr Harun Din penyusun buku ilmian Manuiis dan Islam.
    Lagi pun ceramah pemimpin Pas sudah banyak sangat puji LGE terutama dari Tanjung.Puji tak bertempat.Nampak sangat kerdilnya Pas dimata ualamk saat ini.Pemimpin Pas membesar-besar serta mengagungkan Dap.
    Eloklak Dr Harun keluar Pas pun biar tinbggal Nik Aziz dan Mat Sabu dalam Pas.Hj hadi kita kenal dia dalam keadaan serba salah setelah orang kuatnya Nasarudin di tendang keluar sikit demi sedikit.
    Sebenarnya pengaruh Anuar ada dalam PAS dan DAP.
    Pengaruh Anuar juga ada dalam UMNO dll.

    ReplyDelete
  2. Dato' Harun wajib meninggalkan pas kerna perjuangannya dalam pas adalah sia-sia. Gunalah parti umno yang dominan untuk merperjuangkan islam dan menyatukan ummah. Melayu akan lebih kuat untuk menentang dap kafir harbi jika orang melayu bersatu. pas hanya memecahbelahkan melayu tanpa arah perjuangan yang konkrit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana pula UMNO yg bersekongkol dgn MCA , MIC dll dlm BN menentang Islam... macam mana pula dgn ahli DAP beragama Islam? Adakah mereka jg kafir?

      Delete
  3. Haram kan saja PAS. Ajaran yang memecahbelahkan umat dengan berbagai-bagai fatwa yang songsang dengan berselindung di balik parti politik. Sama lah juga spt ajaran sesat yang lain spt berikut:
    1.Budi Suci Sejati
    2.Silat Sunda Pukulan Ghaib
    3.Potong Maya
    4.Kalimat Sakti
    5.Mohd Nordin Putih
    6.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
    7.Al-Arqam
    8.Syiah Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
    9.Tarikat Mufaridiah
    10.Tarikat Aurad Ismailiah
    11.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
    12.Ajaran Ayah Pin

    Cer cuba banding-bandingkan, apa kah perbezaannya. Kemudian fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh kau ni...bnyk beza tu bodoh

      Delete
  4. yg peliknya harun din sokong annuar aljuburi......
    yg peliknya harun din diam seribu bahasa mcm syaitan bisu bila ahli pas doakan kebinasaan keatas org islam umno......
    yg pelik nya harun din tak kata apa soal kalimah allah ygmana hadi awang dah kata sejak 2010 lagi ....
    otak harun din tak percaya perbuatan terkutuk anuar ketika tun m pecat anuarr dlu.....
    otak ulama, otak geliga katakan????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa slhnya doa ameno hancur..bknnya doakan "seseorang"...pegi belajar agama la wei

      Delete
  5. Hassan Ali, Harun Din dan tokoh2 agama seangkatan dgnnya tidak seharusnya menceburi politik tetapi sepatutnya bernaung dibawah majlis raja2 melayu sebagai penasihat dan tmpt utk merujuk hal2 dan kemusykilan2 berkaitan agama islam seterusnya diberi kuasa oleh YDP Agung & majlis raja2 utk memantau dan mengerah pasukan bagi memastikan hukum-hakam Islam dipatuhi oleh semua individu & masyarakat beragama Islam.

    ReplyDelete
  6. Dalam UMNO hanya ada Biro Agama yang ikut telunjuk pimpinan atas. Dalam PAS pimpinan terpaksa mengikut acuan Dewan Syura. Ini beza dasar parti melayu dan Islam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.